Cuti sekolah bermula

Jeles tengok anak-anak yang celik je mata, TV!!! Kalau dorang ni bukan "kategori penakut", aku rasa sampai ke tengah malam pun they all boleh mengadap TV tu. Memang balas dendam betul!!!

Aku pun rileks sikit. Tak perlu jadi TARZAN pagi-pagi. Tak payah terkocoh-kacah nak iron baju sekolah. Kerja yang tak minat nak buat!!! Pagi tadi gosok baju kerja ayah dan diri sendiri.

Baju yang dah lama tak pakai, bila disarungkan ke badan, mak aiii!!! Macam BUNGKUS NANGKA!!! Kenalah iron baju lain. Fuhh!! memang dah tak boleh nak melaram.

19 November 2009

HAPPY BIRTHDAY TO ME...

Terlambat pulak nak wish untuk diri sendiri dalam blog ni. Bertambah lagi setahun umur. Aku ambil cuti. Terima kasih pada kengkawan yang wish birthday kat aku. Penuh dalam FB tapi sebab aku tak aktif lately, so sorry la!!! Baca thru email sahaja.

Macam-macam perkara berlaku pada hari bersejarah ni :-)
1) Maisarah dapat Anugerah dari sekolah.
Ia cuma Anugerah Kehadiran Penuh, tapi aku bangga dengan Maisarah. Dia tak pernah ponteng sekolah

  • walaupun tertinggal van (kenalah jalan kaki and masuk lambat ke kelas),
  • walaupun ada sekali dua beg sekolah tertinggal (ibu terpaksa bergegas balik dari PJ to Sg Buloh) dan
  • walaupun ibu selalu terlupa bawa kain sekolah Maisarah, apalagi pinjam kain sekolah anak jiran la. Nasib baik ada jiran yg baik hati and ada anak yang sama saiz.

    (1) Maisarah dapat hadiah (2) Maisarah with her best friend, Syabiha. Syabiha pun dapat Anugerah Kehadiran Penuh dan No 1 dalam kelas.

Aku pergi ke sekolah awal, excited nak tengok penyampaian hadiah. Nak tunggu Maisarah dpt hadiah lama sangat. Aku sempat balik rumah 2 kali, basuh and sidai baju.

(2) Hanizah dapat 5A

Anak saudara ke-3, anak abang long dapat 5A. Anak sulung and menjadi harapan dan contoh untuk adik-adiknya.

(3) Hadiah birthday???

Hubby belanja dinner di SU je. Tempat pilihan kami, Kedai Kopi Labu-Labi. Tapi sebab ramai sangat orang (masing-masing celebrate UPSR kot), so kami pun berpindah ke De Melody Cafe.

Pokok ni "hadiah birthday" dari Makcik Rubiah (jiran next few doors). Lepas balik dari majlis penyampaian hadiah, dengan still ayu berbaju kurung, aku angkut pokok besar ni dari rumah Makcik Rubiah. Tapi bukan seorang, NAK MATI, berat woo!!! Aku, Makcik Rubiah dan Kak Sal (babysitter) tolak guna trolley ke rumah. Sambil tu diiringi dengan kanak-kanak. Kecoh and meriah sepanjang jalan. Kak Sal tolong tanamkan pokok ni di laman rumah aku. Then habis laman rumah aku dibersihkan oleh Kak Sal dengan pasu-pasu disusun semula. Almaklumlah, aku ni suka tanam sana, tanam sini dan sampai tak terjaga.

Ni statement Nabilah “Sukalah ibu sebab rumah ibu dah jadi hutan” …. Yes, aku suka kalau ada laman yang penuh kehijauan.

(4) Pergi ke library.

Dari malam Rabu dah janji dengan anak2 nak bawa gie library. Kononnya nanti dah cuti sekolah, ramai yg pinjam buku and takut tinggal buku yang tak best je …. Tamak!!
Penat mengangkut pasu dan bersihkan laman tak habis lagi, layan juga la anak-anak. So dapatlah pinjam 9 buah buku (seorang 3 buah). Semoga cuti sekolah dorang terisi dengan membaca tanpa peningkan kepala Kak Sal (babysitter).

Selera yang sama

Oh No!!!
Our kids dah mula try food yang aku suka and they all pun dah suka....
Camne ni??? Terpaksa la berebut-rebut dengan anak-anak ... hehehe ...
apalah kedekut punya mak!!!!

Aku suka makan Tempe, Nabihah pun dah suka. Goreng, angkat and kejap je dah hampir habis. Dulu aku beli 1 (untuk perut sdn bhd), now kena beli lebih... Nak goreng yang malas ni!!!

Aku suka makan siput sedut. Tapi jangan haraplah aku nak masak sendiri... tak sanggup nak tengok!!! Last weekend belilah sikit (utk perut sdn bhd jugak!!!). Maisarah nak rasa, aku suruh dia sedut sendiri. Part menyedut yang membuatkan Nabihah (dia lagi!!!) teringin juga. Atlast they all macam dah suka. Maisarah berlaga-laga tangan dengan ibu sebab berebutkan last kopek punya siput. * benda yang dah sikit tu la yang sedap direbut.

Hati and mempedal ayam pun they all nak try makan tapi aku tak beri.
Tak elok makan organ dalaman binatang, but I Like!!!

Customer from oversea


Minggu ni ada buat penghantaran One Drop Perfumes jauh sikit ... over the sea!!! Hahaha ... takde jauh sangat, Brunei sahaja. First time hantar "oversea" so teruja sesangat. Selama ni paling jauh pun ke Sabah & Sarawak and ada juga customer from Singapore, tapi tu pun hantar setakat ke JB.

Thank you to Farynnah .... ada rezeki boleh kita berurusan lagi!!!

* Berniaga ni sometimes boleh release tension ku !!!!

New Product

Jusmate5 - ni produk terbaru dijual di kedai online ku.


Kenapa aku nak try produk ni??

Ada 1 malam tu, Imran tengah baring sambil minum susu & gentel bantal busuk.
Aku pun baringlah sebelah dia. Terdengar dia cakap something berulang-ulang.
Mula-mula aku tak peduli sebab tak dengar jelas pun. Cakap sambil botol susu kat mulut.
Tapi sebab dia dah cakap berulang-ulang, nak tak nak kena layan jugak.

Aku tanya sekali apa yang dia cakap, TAK JELAS!
2nd time tanya, DAH JELAS SIKIT-SIKIT!.
3rd time tanya, memang CLEAR dengar.

??? Nak tahu apa Imran cakap ???

"Siapa yang gemuk ni??" sambil tersengih-sengih

Terguris hati keibuan ku ini ...


Promosi... !Promosi ..!! Promosi .. !!!

Sedap makan Jusmate5 ni sebab ianya mengenyangkan. Kalau bukan yang jenis "pelahap" makan (mcm aku ... hehehe), insyaAllah ambil Jusmate5 ni cukup untuk gantikan dinner ke.