Di ambang merdeka

Tahun ini sambutan kemerdekaan bagi negeri Johor diadakan di Mersing. Kami tak mahu ketinggalan untuk merasai saat-saat bersejarah itu. Malam merdeka, setelah tidurkan Imran, saya, husband dan 3 orang princess pergi untuk menyaksikan perarakan kereta berhias dan nak tunggu detik 12 malam (kononnya!). Terpaksa menapak agak jauh juga sebab banyak jalan telah ditutup. Namun kami tetap berjalan dengan seronoknya menuju ke tapak pentas utama.

Kami agak terlambat untuk menyaksikan antara kereta berhias yang terawal. Selain dari persembahan kereta berhias, ada acara bunga api dan banyak lagi acara selepas itu di pentas utama. Tapi memandangkan keadaan yang sesak, anak-anak kami mengamuk nak balik. Frust sebab tak dapat tunggu detik 12 malam. Dengan berat hati, kami pun beredar dari situ. Dalam perjalanan balik menuju ke kereta, kami bertemu lagi dengan perarakan kereta berhias. So dapatlah kami tengok kereta berhias yang kami tertinggal tadi. Sampai di rumah terus tertidur. Rasanya ayah seorang sahaja yang tunggu detik 12 malam. " SELAMAT HARI MERDEKA".

Pokok-pokok di rumah mertua

Geramnya tengok pokok-pokok di rumah mertua. Kawasan rumah memang luas + tangan mak mertua "sejuk" agaknya, so bermacam-macam pokok ada di sini. Rasanya kalau kat rumah sendiri, sehari suntuk saya akan habiskan di kebun.



Dari pokok hutan, keladi hingga ke orkid semuanya ada. Kalau kat belakang rumah, pokok cili, serai, daun kesum, pokok kari, pokok limau purut & macam-macam lagi. Mak mertua memang suka memasak, so tak perlu membeli setakat nak guna sikit sahaja. Semuanya hidup "segar-bugar". Boleh buka nursery.




Kampung Husband - Mersing

Pada 30/8/2008 sempena cuti hari kemerdekaan 3 hari, kami balik ke kampung Ayah di Mersing. Sudah berbulan-bulan kami tidak balik kampung. Kali terakhir kami balik adalah pada bulan February, sempena Tahun baru Cina. Kami bertolak dari Saujana Utama pada pukul 5 pagi. Kejutkan anak-anak dari tidur dan tanpa mandi, mereka semua bersemangat nak balik kampung. Kami singgah di Puchong sebab nak hantar makcik (bibik) ke rumah anak saudaranya.

Mr Suzuki (boss ayah) & wife ikut kami sebab mereka hendak pergi ke Pulau Tioman. Kami berjumpa di Restoran Jejantas Ayer Keroh. Kami sembahyang dan bersarapan. Selepas itu kami meneruskan perjalanan terus ke Mersing. Mula-mula ada terpikir nak stop di Kluang Station, pekena teh tarik and roti bun tapi memandangkan boss ayah nak ambil bot ke Pulau Tioman, kami terpaksa batalkan niat murni itu. Perjalanan dari Melaka ke Mersing mengambil masa selama 3 jam lebih. Mungkin kami boleh sampai lagi awal, tapi Mrs Suzuki dah pesan jgn bawa laju-laju, so kami terpaksa ikut walaupun beberapa kali mereka tertinggal jauh di belakang. Sampai di Mersing pada pukul 10:30 am. Mr Suzuki & wife bertolak pergi ke Pulau Tioman menaiki bot pada pukul 11:30am.

Semangat kemerdekaan bapa mertua tetap diserlahkan hingga ke rumah. Every year dia akan gantung bendera. Dah macam rumah menteri pula.



Aktiviti di kampung semestinya 1st day .... TIDUR. Letih sungguh perjalanan. Anak-anak pula menonton TV. Husband ada 2 orang adik-beradik sahaja, jadi pada hari biasa mak and bapak mertua sahaja yang ada di rumah ini. Kakak pun tak kahwin lagi, so my kids sahaja cucu-cucu mereka. Rumah jiran pun jauh antara satu sama lain.

Aktiviti-aktiviti my kids.

Inilah aktiviti anak perempuan. Habis pokok bunga nenek, di"togel"kan oleh bebudak ini.


Maisarah sedang khusyuk membaca suratkhabar. Gossip ke?





"Ultraman" dah terjatuh dalam longkang ... siapa nak jawab? hehehe ...

Imran tengah mengilai karektor kartun macam ultraman, spiderman, power rangers etc. Sibuk beraksi sampai boleh masuk dalam longkang. Ngam, ngam dengan badan dia.

Petua Elak Hidung Tersumbat

(Forward email dari Kak Maziah)

Kalau terkena selsema, pastinya hidung kita akan tersumbatkan? Terutamanya bila waktu malam masa nak tidur. Kalau hidung tersumbat, memang susah betul nak bernafas. Kalau hidung korang tersumbat macam tu, biasanya apa yang korang buat untuk mengurangkan kesumbatan hidung tu? Sapu dengan minyak cap kapak? tiger balm? kalau anda sapu ngan minyak angin camtu, mungkin ianya memberikan sedikit kelegaan, tapi masih belum cukup berkesan. OK, sekarang saya ajar anda satu petua yang sangat berkesan untuk mengelak hidung kita daripada tersumbat. Begini caranya ;
  1. Ambil halia dan hiriskan (atau nak lebih bagus, sagat halia tu)
  2. Masukkan halia yang sudah dihiris atau disagat dalam segelas air panas (air jangan banyak sangat)
  3. Ambil tuala kecil/sapu tangan dan rendamkan dalam air halia tadi (biarkan sehingga kira2 5 minit)
  4. Perahkan tuala kecil/sapu tangan sikit (jangan perah sampai kering pulak)
  5. Tekapkan pada bahagian permukaan lubang hidung dan sekitar mulut
  6. Tekapkan dan dalam masa yang sama, tarik nafas panjang2 ikut hidung. Lepas 4-5minit, insyaAllah pasti hidung anda tidak akan tersumbat lagi.

Selamat mencuba

Exam papers

Yesterday, while having dinner with Maisarah, she told me that she got her exam's paper. I was so excited to hear that. What did you get, kakak?? As usual her favourite answer " Ibu tengoklah dulu". Very safe answer.

After coming back from mengaji, then I had enough time to check her exam papers. Wow ... not bad!!!! Only got Science & Bahasa Arab papers. Careless mistakes for Science, she lost her marks on simple questions and of course she laughed at that. All in English. I asked Maisarah " Kakak buat sendiri ke?". Then she answered " Yelah, ini kan periksa mana boleh tiru. Demi Allah kakak buat sendiri". Wah! Bila pulak she knows to say "Demi Allah...". Nasib baik dia tak sebut " Kakak bersumpah ...", nanti jadi kes lain pulak.

I'm not sure how the students learn Science in english. Susahnya!!! Every single word need to be understood. They will face problems if they dont have basic understanding of the English language. Risau with my twins, suka main-main. But sometimes Nabihah/Nabilah take me by surprise when they utter english words that I myself cant figure out the meaning ... hahaha. As of this date, I'm still "lembab" in english and trying very hard to practise the spoken English with my kids & my collegeues. Teacher Emy ... bila nak buka class?

My Little Chef

Rezeki jangan ditolak ....
Pagi ahad macam biasa bangun awal setelah dikejutkan oleh Imran. Dah terang sikit, keluar ke halaman sambil belek pokok-pokok bunga. Imran dah bawakan shoes dia, bermaksud nak ajak keluarlah tu. Melayan Imran di luar rumah sambil tunjuk apa-apa yang menarik, aeroplane, birds .... Tiba-tiba Kak Sal jerit panggil Imran dari rumahnya. Imran apa lagi, dengar suara mak kesayangannya, berlari dengan excited dan tersipu-sipu malu. Kak Sal selalu juga ambil Imran even dah ada makcik (bibik) kat rumah. Yelah, dia dah jaga Imran dari umur 2 months. I pun follow Imran sampai ke rumah Kak Sal. Kak Sal keluarkan cempedak dari boot kereta. Dapatlah sebiji cempedak. Alhamdulillah, rezeki ...

Farah, anak Kak SAl bawa Imran jalan-jalan dengan kereta. I balik rumah, hantar cempedak and breakfast. Pergi ambil Imran coz nak get ready to go to Bird Park. Kak Sal beri lagi buah rambutan, langsat, manggis. Rezeki ... rezeki .... Puas my kids makan buah-buahan. Kat rumah still ada apples and nenas.

After balik dari Bird Park, ayah suruh buat Cempedak Goreng. Nabihah tolong ibu yang keletihan. Yang lain melepak depan TV.

Banyak isi cempedak. Kalau jual cempedak goreng, boleh untung.


My Little Chef ... Nabihah.

Bird Park KL

Hari Ahad, hari terakhir cuti sekolah, kami sekeluarga pergi ke Bird Park. Bird Park terletak di Taman Tasik Perdana. Kami bertolak dari rumah around 10:30am and sampai di sana lebih kurang pukul 11am lebih. Tiket untuk masuk ke Bird Park : Adult = RM 15 and kanak-kanak 3-12 tahun = RM 6.

Besar juga kawasan Bird Park. My kids enjoyed tengok berjenis-jenis burung sambil meneka nama burung-burung di situ. At Zone 4, we all boleh beri makan pada burung kakak tua. Imran pun turun dari stroller sebab nak beri bird makan. At 12:30, ada show about 45 minutes. Then after the show, kami meneruskan perjalanan. Terpaksa keluar around 1:45pm sebab hari dah hujan. Kids sempat ajak pergi souvenier shop. They bought keychain. Nabilah dah tarik muka masam coz dah lapar. Lets go for lunch! We went to Mid Valley for our late lunch.



Imran yang cool


Hanya Nabilah sahaja tiada dalam gambar beri parrots makan. Nabilah penakut sikit. Masa ini dia duduk di stroller Imran.

DIY - Keychain holder

Dulu zaman belajar, suka mengumpul keychain. Maklumlah student, mampu beli souvenier murah & senang nak dapat pulak tu. Kat rumah memang banyak keychain & I letak dalam small basket sampai berhabuk. So, need to do something with this "valuable" things.

How to make key-chain holder. (Dapat ilham dari rumah Abang Long)

Bahan diperlukan :

(1) Papan (Ambil dari almari anak. Bahagian yg tak digunakan but still simpan this papan under bed sampai berhabuk).

(2) Penyangkut for key-chain (bentuk ?)

(3) Penyangkut for papan

Ukur papan dan tandakan untuk buat lubang. Setiap lubang berjarak 5cm antara satu sama lain. Ketullah dulu penyangkut for papan. Then ketuk penyangkut for key-chain. Then gantung key-chain .... dah siap. Tengoklah hasilnya.

Tips : Cari papan nipis / polisterin pun ok juga utk gantung key-chain yang ringan.

Lawak seram ... hehehe

Last night hubby & I keluar dinner berdua at D Melody Cafe. Anak-anak tinggal di rumah coz we want to have very peaceful dinner. Melalak they all nak follow ... hahaha.

After dinner, pergi ke Central Mart coz hubby nak cari DVD kosong untuk kerja. Dah merayau-rayau dalam CM, still tak jumpa CD. Hubby tanya kat pekerja bangla sorang ni.

Hubby : Ada CD kosong ka?
Bangla : Ada bang, ada ...!!!! Ada dekat kaunter nombor 7. <= dengan muka confident.

Hubby pun pergi ke situ dengan very excited... Banyak CD tapi CD ULTRAMAN!!! We all belasah gelak. Untuk Imran sesuai la ...

Mengaji

Aktiviti anak-anak waktu malam adalah pergi mengaji. And jadi aktiviti I juga everynight Mon-Thu, menghantar they all mengaji. I hantar anak-anak mengaji semenjak awal tahun ini. Ketiga-tiga anak I hantar. Senang hantar dari kecil sebab after they all dah masuk sekolah rendah, maybe from std 3 /4 dah kena hantar tuisyen. I dengar from my neighbour's experience la. Kesian Maisarah, agak terlewat sedikit. Tapi ...

Masa nak cari tempat mengaji punyalah susah. Dah penuh la and ada tempat mengaji yang agak jauh. So hubby & I decided hantar di rumah Ustazah Rozana @ Jojie. Glamour tak nick ustazah? Ustazah ni adik kepada Aziz M Osman. Dulu ahli kumpulan nasyid Huda. Dah lama I hantar anak mengaji dengan dia, baru I tahu siapa ustazah ni. Rumah dia takde jauh sangat tapi kena naik kereta juga. Before ada bibik, I terpaksa bawa semua anak-anak pergi mengaji termasuk Imran and mostly everynight on the way nak pergi mengaji, akan order nasi ayam kat Kedai Cengal. Tapi now kedai tu pun dah berpindah & tak buka waktu malam. So macam mana lewat balik kerja, I will make sure 7:45pm ~ 8:30pm, waktu they all mengaji. Selalu juga ponteng mengaji. Alhamdulillah now they all dah celik jawi.


Photo Frame Painting

Aktiviti ini dijalankan sempena cuti sekolah. Organized by Kak Azlina, Kak Bulkiss & Kak Laila. They all ini kakak2 dari WanitaSU. Ada 3 session : Sweet Beading, Photo Frame Painting & Little Chef. We all tak pergi kemana-mana for this holiday, so I think better hantar my kids for the activity. Atleast taklah cuti sekolah "kosong" sahaja. So my kids semua nak join for Photo Frame Painting.

They all very excited to go. Dari malam dah suruh I keluarkan baju apa yang perlu dipakai. Then on that day, around 9:45am, Nabilah called and tanya "bila auntie nak datang ambil?" Baru 9:45am coz Kak Laila janji nak pick-up my kids at 10:30am. But Kak Laila ambil they all around 11:00am. Makcik cerita anak-anak I dah lama bersiap, ada yang sempat tertidur.

So below are their creative photo frame.

Nabilah's, Maisarah's, Nabihah's

Petang I balik, banyak lah story they all. Semua nak bercerita & tanya cantik ke they all color. Cantik ....

I hope next time ada lagi yang buat aktiviti macam ini. Better kalau ada aktiviti yang ke arah agama, macam solat, mengaji ke ...

Bosannya weekend ku!

Really happened to me.

Tak tahu la kenapa last weekend begitu membosankan. Cuti sekolah pun dah start. Last time we all planned nak pergi somewhere for holiday dengan keluarga abang Kamal tapi hubby kena outstation and I pulak tak boleh nak ambil cuti panjang. Cuti have to reserve for Hari Raya. So terkebil-kebil kat rumah. Jiran pergi camping and terasa SU pun lengang, sunyi semacam. Rindu ke kat hubby??? Rindu juga sebab takde orang nak lawan bercakap ... hehehe.


Hari Sabtu Kak Yaty datang rumah. Lunch di rumah kami. Seronoklah juga coz my kids dah lama tak jumpa their cousins. I belikan cendol. Cuaca panas, sedapnya makan cendol ....


Hari Ahad, I macam dah hilang arah. Bangun pagi, selepas subuh mengecat rumah untuk habiskan saki baki cat. Tapi ada bahagian yang tak cukup... Pedulilah!!! Kemas rumah, buang unwanted things.Then plan nak pergi buat facial di Shah Alam (murah RM 28 - produk Dr Murad), nak pergi Pasar Tani kat stadium, last-last tak jadi pergi. Layan tidur!!!!


Around kul 12 tghari, keluar pergi Econsave. Makcik suruh beli beras, ikan bilis etc. Semalam baru pergi pasar tani, bukan dia nak pesan sekali. Terlanjur nak pergi ke Sg Buloh, teringat si comel Imran!!! Dah lama nak belikan dia basikal. Basikal yang dia selalu naik, basikal Maisarah masa kecil, yang dah takde seat. Dah berapa generasi guna basikal tu. So kalau Imran guna, dia just berdiri & tolak pakai kaki .... hu ... KESIAN!!!! Dapat la beli satu RM 30. Untuk taknak semakkan rumah, basikal lama I jual kat kedai besi buruk (on the way to bandar Sg Buloh), dapat RM 1.60.



Untuk menambahkan kesibukkan, pasang bendera depan rumah. MERDEKA!!!! Anak-anak dah lama paksa, nanti sahaja jawapannya. So today boleh merealisasikan impian mereka. Then petang ajak kak emy kutip batu-batu putih kat longkang dekat dgn Q-Dees. Batu-batu ni selalunya orang guna buat longkang. Saje ambil nak letak kat taman, untuk menyemakkan lagi halaman rumah.

Sebulan di sini!

Today genap sebulan saya bekerja di company baru. Bermacam-macam ilmu yang saya dah input. Kerja sama macam company lama but now kena communicate dengan "mat saleh" US, dulu Jepun. Payah juga kalau dah berumur (bukan tua!!)nak belajar benda-benda baru. Kat sini very systematic & terlalu banyak system. Contoh : Data from production saved di banyak server. Berjenis2 bentuk data they all summarized at different server. Ni yang buat pening sikit kalau nak cari data.

Masa memang flexible. I pergi kerja memang "huha-huha". Tak sempat punch kul 8am, jadi kul 8:30am. Takde siapa nak marah & tak payah nak apply for Late Arrival etc. Tapi balik kena after 6pm even my boss tak pernah bersuara. Sometimes 5:45pm dah cabut. But then the other day kena pandai2 cover la.

Bye bye Ibu ..

Setiap pagi after hantar twins ke sekolah, they all akan berlari hingga ke belakang bangunan Q-Dees untuk melambai I. Sometimes ada beberapa orang kawan twins akan join sama, say bye-bye ... Just snap this photo untuk kenangan.

Snap dari dalam kereta.



Patah tumbuh hilang berganti

Amazing thing happened this morning. Gigi Maisarah tercabut semasa makan roti. Masa mandi Maisarah beritahu ibu pasal giginya yang dah nak tercabut tapi I buat tak layan sebab seriau tengok giginya yang dah tersentel keluar, tunggu masa nak tercabut.

After dah tercabut, Maisarah bangga sungguh. "I'm the super hero" ... Cerita pada ibu, makcik, twins. The same story diulang berkali-kali pada setiap orang dalam rumah ni. Maisarah kalau bercerita of cource dengan muka excited, mata besar bertambah besar, hidung kembang bertambah kembang and sengih memanjang. Suara dia sampai gap 2 ~ 3 buah rumah boleh dengar. Imran pun macam faham apa yang kakak cerita.


Senyum dalam paksaan. Dedicate this photo to Ayah yang jauh di perantauan.


AMEX card

Aku dapat my AMEX card (American Express Card). My boss asked me to apply coz senang bila nak outstation. Guna for hotel reservation / transportation etc, then company will pay - boss cakaplah. Dia boss, memang la company akan bayar. For orang macam aku, of course "sendiri guna, sendiri bayar".



Actually aku bukan berminat pun dgn. card2 yang "memudahkan hidup" ini , mcm credit card ke... Credit card aku guna untuk isi minyak tapi nowadays dah pandai sikit guna untuk beli barang2 diluar kemampuan ... hehehe. Hubby cakap aku patut bersyukur sebab dapat kemudahan2 di company baru ini. Of course aku sentiasa bersyukur dengan rezeki yang ada.

Bertambahlah koleksi card dalam purse. Kad bank - 2, kad kredit - 2, IC, lesen .... tu belum termasuk kad Tesco, kad Hinode Shop, kad Ruzie de beauty, Bonus link etc and last but not least, kad merancang .... shhhh!!!! Biarlah rahsia ....
Nampak gayanya kena rearrange semula dlm. purse ini.

Music box for the girls

10/8/2008 - Hubby pergi shopping with the girls. I stayed at home with Imran, MOGOK ....
Hubby nak beli baju coz dah lama dia tak beli baju utk. kerja & preparation for outstation on Tuesday. I know kalau I ikut sure boring coz have to wait begitu lama. The girls so lucky coz hubby bawa they all.

Hubby bought beberapa pasang baju, seluar, inner wear & socks ... lengkap!!! So all the socks yang dah koyak masuk ke tong sampah. For the girls, hubby belikan music box. I tak tahu macam mana hubby boleh belikan. Before this they all suruh I belikan tapi ibunya tak rajin nak layan. Better beli food dari music box. Harga pun quite mahal. They all happy with the music box. Nak tidur pun pasang music box. Bangun tidur senang, buka mata terus capai music box. Tak perlu pagi-pagi ibu jadi "tarzan". And the good thing, they all boleh share the music box.

8th Anniversary

5/8/2008 - Hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 8. Alhamdullilah syukur kami bahagia hingga ke hari ini disamping 4 orang anak yang comel. We all celebrate at Tomoe Japanese Restaurant, Subang Jaya. Dah lama tak makan japanese food, tiba-tiba teringin & kebetulan puasa pulak. Boss hubby yang suggestkan tempat ini . Kalau dah orang jepun suggest, selalunya memang sedap.

Layanan memang class. Biasalah restaurant Jepun. Angguk kepala sepanjang masa. Pekerjanya ada Chinese yang boleh cakap BM. We all makan di tingkat 2. Naik lif dah ada orang layan. Then hubby pergi turun semula coz tertinggal rokok. Masa nak naik semula, hubby kata ada pelayan dia turun ikut tangga, then naik semula buka lif untuk hubby. Dlm lif hubby tanya "Ada mancis tak?" tapi dia jawab "I'm from China". Mmmmm.... tak boleh tanya lebih-lebih le nampak gayanya.

So hubby makan "Unajyu" .. roasted eel. Sedap!!! Tulang tak banyak sangat & manis. I makan "sashimi set" .Kalau set selalunya dah lengkap dengan miso soup & umeboshi (jeruk jepun???).... Yummy! Yummy!! Last sekali kami makan green tea ice cream disalut dengan kacang merah.

Unajyu set


Sashimi set

Family time

Kanak-kanak suka menonton TV. Sama macam my kids. They all suka tengok Disney Channel, Ceria etc. Tapi Maisarah memang terlalu focus bila menonton TV, hinggakan kalau kita panggil dia takkan jawab. Nak tinggalkan tempat baring pun susah. Twins pun dah terikut2 rentak kakaknya. Semenjak twins dah pandai tukar channel, selalulah berebut remote control.

I tengok TV pun beri influence pada they all. Now ada sahaja program High School Musical, so asyik terkinja-kinja kat depan TV & especially my twins dah suka menyanyi even lyrics berterabur. Tapi ada juga dengar slang English.

I risau tengok Maisarah sebab asyik tengok TV sahaja. Rupanya setelah di analyze, Maisarah ikut jejak ayahnya. Dulu masa ayahnya kecil memang suka tengok TV. Yelah apa lagi aktiviti ayah masa kecil selain main dengan Uncle Kamal. Sampaikan my FIL tak beri tengok TV. So after dia dapat further study, first thing dia beli was TV. Until now pun every week mesti ada VCD (ori ke ?) yang dibeli. Tidur pun berteman laptop yang tengah play movie. Kalau cuti, sanggup habiskan masa di wayang.

Like father, like daughter ... Sofa tempat favourite Maisarah


Twins memang ikut ibu, hisap jari masa kecil. Nabihah akan gentel rambut, Nabilah gentel hujung bantal busuk.


Imran terlena ...