
Kami diberi kunci bilik. Bilik kami nombor 209. Ada 4 katil single. Hotel kami pun tak begitu jauh dari Masjid Nabawi. Segera kami salin baju dan melangkah ke masjid. Niat kami tak mahu tertinggal saat-saat "berharga" di bumi mulia ini.
Di Masjid Nabawi, jemaah lelaki dan perempuan dipisahkan. So masuk pintu pun lain-lain tempat. Aku dan hubby buat "perjanjian", setiap kali after sembahyang tunggu di lobi hotel sahaja. Di dalam masjid tidak dibenarkan bawa kamera. Handphone yang ada kamera pun tidak dibenarkan. Pengawal kat situ begitu strict sekali.
Selepas sembahyang Subuh, ada pengumuman dalam bahasa Arab and ramai orang bangun untuk sembahyang. Aku niat sembahyang sunat tapi imam angkat 4 takbir. Emm ... bila balik hotel, tanya abang, barulah aku tahu tu sembahyang jenazah. Tawakal je la semoga Allah terima sembahyang aku. Lagi satu sembahyang subuh kat sini takde doa qunut.
6:30am kami dibawa Ziarah Dalam oleh mutawwif. Ziarah ke Perkuburan Baqi, Makam Rasulullah, Makam Abu Bakar al-Siddiq, Makam Umar bin Khattab. Perkuburan Baqi diluar masjid sementara makam Rasulullah, Abu Bakar dan Umar berada di dalam masjid. RAUDHAH (taman syurga) memang tak putus-putus orang and memang susah nak masuk ke situ bagi perempuan sebab perempuan ada waktu-waktu tertentu. Dah ada waktu tertentu pun, berebut-rebut juga orang. Alhamdulillah selepas Ziarah Dalam, aku dapat bersembahyang di Raudhah, di saf pertama dengan pertolongan jemaah yang pergi dengan aku. Tapi lepas sembahyang terus kena halau. So kalau nak doa panjang-panjang tu, dinasihatkan berdoa sambil sujud.... nak buka buku doa, jgn haraplah ... Ramai orang yang bertolak2 sampaikan ada yang sujud atas kaki orang etc.

Aktivity jalan seperti biasa. Kami banyak habiskan masa di masjid. Time ni aku gunakan masa nak belajar sembahyang-sembahyang sunat, membaca al-quran, berzikir etc. Environment sekeliling macam tu, so at the same time jadi motivasi pada diri sendiri. Tenang sungguh!!!! Shopping??? Memang "terbeliak" biji mata tengok di sekitar hotel tu. Tapi aku tak heran pulak... Datang jauh2, niat nak buat ibadat sebanyak mungkin, mencari ketenangan .... Tapi aku sempat juga beli stokin yang tebal sikit untuk sembahyang and abang beli minyak attar.
Malam aku bawa diri ke Raudhah sendirian. Ramai orang tapi aku tawakal sahaja. Alhamdulillah dapat juga bersembahyang di saf pertama. Orang-orang Iran tak kira tua atau muda, memang "ganas-ganas". Actually group Iran after group Malaysia& Indonesia, so tu yang dapat rasakan asakkan they all. Tak kira orang tengah sembahyang ke tidak, selamba je marah orang yang sembahyang lama-lama.






0 comments:
Post a Comment