Nama tempat camping ini Sekeping Serendah. Hanya ada lebih kurang 5 banglo kayu sahaja. Yang kami tinggal paling depan sekali. Ada 2 buah yang dindingnya kaca sahaja. Mula2 katanya nak book yang ini tapi dah full. Tak boleh imagine kalau tidur / mandi boleh nampak dari luar ... maybe ada cover2 sikit kot. Kalau dari tepi jalan, takde nampak jelas sangat sebab banglo ini dikelilingi oleh pokok-pokok. Banglo kami dindingnya papan. Ada 2 bilik, satu bilik memang besar sangat dan salah satu dindingnya pun kaca, boleh nampak hutan di luar. Lagi satu bilik, dinding yang mengadap dapur memang papannya dibiarkan terbuka, jarang-jarang. Dapur, shower, ruang tamu semua konsep terbuka. Rasa lapang sahaja.
Ini banglo yang kami sewa ....
Banglo kaca .... boleh try next time!
Bedroom 1 and 2
Dapur ...... kids bergambar di beranda rumah
Bilik mandi ... konsep terbuka. Mandi kena berkemban, nanti burung pun tak selera nak tengok ... hehehe
Hubby pasang khemah di atas, abang Kamal pasang khemah di bawah. Hehehe ... tengoklah siapa yang berani nak tidur dalam khemah? Aktiviti di sini, makan, berenang di swimming pool dan barbeque. Petang bawa anak-anak berenang di swimming pool. Air di swimming pool ini air semulajadi, sejuk dan bersih. Anak-anak enjoy bermain dan berenang dengan kawan-kawan.
Khemah yang ayah pasang ..
Swimming pool, bersih dan nyaman ..
Malam kami buat barbeque. Ketuanya abang Kamal dan Ijat (adik abg Kamal). Kids pun sibuk barbeque mashmellow. Mulanya masa abang Kamal pesan hubby beli mashmellow for barbeque, tak boleh imagine macam mana barbeque mashmellow tu. Sedap juga mashmellow bila dah kena bahang api, mashmellow jadi cair dan lembut. Ayam barbeque sedap hingga menjilat jari. Yummy!!! Then kids tengok VCD. Masa ni aku dah dibuai mimpi. Terjaga pun bila Imran minta susu. Disebabkan takut (dah konsep terbuka), so aku kejutkan hubby buat susu. Hubby tidur dengan Maisarah and Nabihah di dalam khemah. Jangan tak caya! Experience bagi Maisarah dan Nabihah, so topik berborak memang itu sahaja la ...
Barbeque .. anak-anak menikmati mashmellow
Pagi tu kids sempat berenang di swimming pool. After dah check out, kami menuju ke kawasan air terjun yang berhampiran. Kids berendam pula main air terjun. Mula-mula masa kami sampai di situ, tak orang. Ramai yang berkelah di bawah sahaja. Tak lama kemudian, ramailah pulak yang "join" kami. Dan yang ramai kaum Ixxxx, they all punya bising, memang macam kawasan tu they all yang punya. Hampir 2 jam di situ, kami berangkat pulang. Kami lunch di Kedai nasi ayam di Rawang. Then after lunch, kami berpisah, pulang ke rumah masing-masing.
Air terjun ini hanya lebih kurang 3 km dari tempat kami tinggal ...









