We all dah terkena "gian" bercamping agaknya. This weekend kami bercamping di UK Resort. This place terletak dekat dengan Hulu Yam. Owner dia husband & wife yang dah tua, macam bapak dan mak we all camtu. Dusun tu they all punya and ada sungai pulak tu. Orang kampung and business minded so they all buat beberapa biji rumah untuk dijadikan tempat orang yang nak bermalam / setakat tumpang untuk berkelah, memancing etc. Sesuai juga untuk kursus motivasi / jati diri juga.
Low budget with small house yang 2 family berkongsi. 2 orang PaPa dah plan nak tidur dalam khemah. Makanan paling banyak dibawa, semua kami bawa dari rumah termasuk ayam marinate. Plan nak buat barbeque. Abang Kamal memang suka memasak, so segala-galanya dibawa. Hubby buat ayam marinate. Resepi diambil dari emak, internet dan pengalaman semasa hidup di Jepun... not bad!!!!
Petang tu kami bermandi-manda di sungai. Sejuknya!!! Baru lepas hujan jadi air keruh dan deras. Tapi budak2 apa kisah semula tu. Ada pula disediakan pelantar untuk terjun, jadi bergilir-gilir terjun dalam sungai.
Malam pula kami buat barbeque. Rasanya banyak makanan pada malam tu. Petang punya kenyang pun tak hilang lagi. Lepas kenyang, aku tertidur. Ni Imran punya pasal la, nak tidurkan dia, ibu sekali tertidur. Hubby and Abang Kamal pasang unggun api. Kerja paling mencabar, mencari kayu api yang kering untuk buat unggun api. Tapi they all berjaya juga ...
Before balik kami sempat lagi berendam dalam sungai. Air jernih sangat sampai boleh nampak batu-batu. Ramai juga orang datang berkelah di situ.
Makcik & pakcik tu business minded, so everything kena bayar. Even kami tidur di situ, kena juga bayar for parking rm7. Hubby buat lawak, parking SOGO pun tak semahal gitu. Abang Kamal pula tolong jawapkan bagi makcik & pakcik tu, tempat aku, aku punya sukalah .....hehehe. tapi they all very friendly. Pasal parking tu kenapa kena bayar, mungkin sebab ada yang datang untuk berkelah sahaja, so macam mana pun they all kena bersihkan etc ...
Yang paling kelakar sepanjang camping tu ialah masa nak nyalakan dapur gas yg baru dibeli. Wah bukan main bergaya lagi masa Abang Kamal bawa keluar. Kira canggih la tu!!! Hubby pasang gas yang dalam tin (lupa lak nama omputihnya). Maybe pasang tak betul, dah Abang Kamal terbau gas. Abang Kamal suruh hubby check and at the same time dia nyalakan api. Apa lagi, api marak la ... Abang Kamal try ketuk2 dengan senduk, tapi tak padam juga. Oleh kerana terlalu panik, Abang Kamal terus tolak dapur tu jatuh ke tanah. Berterabur la ... kami apa lagi, ketawa macam nak pecah perut. Abang Kamal yang nak marah pun terus tak jadi marah.
Apa-apa pun kami rasa enjoy sangat ... maybe next visit bulan Jullai sebab masa tu musim buah ..