Monday 22 October 2012

Kematian tidak mengenal usia

Entri sebelum :

Alfatihah buat arwah suami tercinta


Seminggu berlalu. Alhamdulillah saya punye sedikit kekuatan untuk meneruskan hidup ini. Anak-anak penguat semangat. "Ibu, ibu jangan menangis. Nanti kitaorang pun menangis".

Saya selalu fikir, suami ku outstation, suami ku pergi kerja. Hakikatnya memang tak boleh lari dari kesedihan bila teringatkan arwah telah tiada. Tak boleh bayangkan macam mana nak habiskan sisa-sisa hidup ini. Ini semua ketentuan Allah.

Just nak share with readers Teratak Hami. Ini juga kenangan kami bersama arwah.

14 Oktober 2012 (Ahad)

Seperti selalu, sebelum Subuh arwah suami saya akan menuju ke masjid untuk solat Subuh berjemaah. Arwah bersembahyang di masjid Bukit Katil. Setiap hari Ahad juga, arwah akan bawa kereta ke masjid kerana selepas solat Subuh, arwah akan menuju ke Masjid Bukit Beruang. Di Masjid Bukit Katil tiada kuliah Subuh. Arwah menuju ke masjid Bukit Beruang sebab suka Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Imam 2 masjid Bukit Beruang, iaitu Ustaz Rashidi.

(Cerita seterusnya ada yang disampaikan oleh orang lain. Harap2 cerita ini tiada tokok tambahnya).

Kuliah Subuh ada menyentuh tentang kematian. Selalunya setiap hari arwah akan post status nasihat/agama di FB dan di hari kematiannya, dia post status dari surah Al-Ankabuut ayat 57
Share Surah Al-'Ankabuut ayyah 57
MyQuran Android
Al-'Ankabuut ayyah 57
Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).
Dan untuk menambahkan kesedihan, saya terbuka nota kuliah subuh pada hari tersebut. Buku kecil sahaja. Tertulis tarikh 28 Zulkaedah (= 14 Oktober ) di nota tersebut. Beberapa baris di atas, tertulis mengenai bulan2 Islam. Mata terpaku pada catatan seterusnya.

"Baca Yassin .... mempermudahkan roh keluar dari jasad"

Meremang rasa..... kebetulan agaknya !!!

Selepas habis kuliah Subuh, semua jemaah balik. Hanya 2-3 orang sahaja yang stay di masjid, baca Al-Quran etc. Bilal masjid pun ada. Dia beritahu arwah buat solat sunat, maybe solat Dhuha etc. Bilal pun tak sangka akan kematiannya. "Eh, baru ada pagi tadi"

Then arwah pergi beli sarapan di Warung Isabella di rumah awam Bukit Beruang. Sambil menunggu roti canai untuk kami, arwah sarapan. Arwah suka air milo di situ. Pernah dia bertanya jenis Milo yang digunakan di warung itu. Ye... arwah memang peramah!!! Skrang baru saya tersedar.

Di rumah, saya dah siapkan air. Roti canai yang dibeli, dihidangkan. Saya ajak arwah sarapan skali tapi dia kata dah makan. "Wah, lepaskan perut seorang aje ye". Arwah tersenyum. Saya ajak temankan saya bersarapan.

Kami berbual-bual macam biasa. Arwah kata nak mesin rumput. Saya kata tak perlulah mesin rumput. (Dah 2 minggu berturut-turut arwah mesin rumput). Buat kerja di dalam rumah pulak. Ada benda nak di drill. Drill dah lama pinjam. Tapi arwah kata 1/2 jam sahaja, exercise, lagipun nanti rumput dah panjang, lagi penat. Then kami berbual tentang plan nak beli buaian untuk Luqman petang hari, untuk dihantar ke rumah babysitter.

Around 9 lebih AM, arwah mesin rumput dan saya tanam pokok bunga. Arwah panggil saya untuk bawakan tali mesin rumput itu. 9:45am Maisarah panggil saya masuk. Di bilik saya sempat tengok ke luar. Tersenyum tengok gaya arwah mengayunkan mesin rumput itu. Macam menari ada irama. Terpikir nanti nak gelakkan arwah sebab kami pernah "bergaduh manja" tentang cara mesin rumput. Arwah mesin rumput ke belakang, saya bagitau selalu orang mesin rumput ke depan. Kami bergaduh-gaduh manja gitu sampai suruh search kat google "cara mesin rumput". Tapi on that day, arwah mesin rumput ke depan, SAYA MENANG .... tapi tak sempat saya nak sampaikan .....:(

Saya mandi then at 10:10am camtu, bertolak untuk hantar Maisarah tuisyen. Tak terpikir untuk suruh arwah STOP. Selepas hantar Maisarah di Padang Jambu, saya ke pasar borong di Peringgit then saya singgah ke Mydin di sebelah pasar untuk belikan pampers Luqman. Rasanya macam tak sampai sejam, on the way nak ke kereta, terima panggilan dari Nabilah beritahu Ayah pengsan, kejut-kejut tak bangun. Mulut ayah berdarah. Saya suruh dia panggil jiran sebelah.

Bila saya sampai rumah, beberapa orang jiran dah berkumpul. Nampak arwah meniarap tak sedar diri di tepi longkang belakang rumah. (Longkang bersih, takde air). Muka arwah ke bawah dan ada darah. Darah dari dagunya yang luka. Muka ada calar skit. 2 orang jiran duduk pada arwah. Mereka suruh saya pegang nadi. Saya pegang, entah mana nak carik nadi pun saya tak tahu. Saya kalut!!!! Mereka minta kebenaran untuk memusingkan arwah. Saya ok sahaja. Saya pangku kepala arwah. Tengok dengupan jantung mcm takde. Saya buat2 tak pandang pada jantung arwah. Badan arwah panas lagi. Lega!!! Dikepala ini memang pikir ARWAH HANYA PENGSAN.

Sementara menunggu ambulance, saya ke dalam sekejap untuk simpan barang2 dapur yang dibeli. Beberapa jiran lain sibuk calling2 ambulance. Babah saya datang. Jiran sebelah rumah kata, tak sampai 5 minit dia sampaikan kad jemputan pada arwah, arwah tersenyum-senyum macam biasa, arwah kata "InsyaAllah nanti saya sampaikan pada isteri". Menurut kata my twins, dia nampak ayah dah berhenti mesin rumput, dia tanya "Ayah, ayah buat apa?". Arwah jawab, "Ayah penat, ayah nak rehat sekejap". Then dia masuk dalam. Tengok arwah tak masuk2, dicarinya di luar rumah. Tu yang jumpa arwah meniarap tak sedarkan diri. Paling tak sanggup nak dengar bila the twins cerita terdengar suara arwah sayup2 panggil, "Nabihah, Nabilah .....". Mungkin masa tu arwah sudah jatuh. Ya Allah tak sanggup nak kubayangkan. Arwah dah stop mesin rumput, kasut boot pun dah dibasuhnya. Kami terpikir, gaya arwah terjatuh tu menuju ke arah bukan nak masuk rumah. Arwah nak ke mana? Mungkin nak tutup air paip di luar yang masih menitik? atau nak halau burung merpati yang selalu melepak di tepi tingkap rumah?

Ambulance datang agak lewat. 2 orang attendant hospital terus buat CPR di tepi longkang itu jugak. Seorang tu sampai buka baju, berpeluh-peluh. Saya pulak kelam kabut, sekejap ke dalam, sekejap ke luar, sekejap pujuk Imran yang menangis sebab arwah tak bangun-bangun. Tak terlintas langsung benda buruk akan berlaku. Hanya fikir ARWAH PENGSAN. Setelah hampir 1/2 jam CPR, saya nampak babah bongkok di tepi longkang, membisikkan sesuatu di telinga arwah. Then babah ke belakang dinding rumah. Nampak mata seorang attendant hospital merah. Ya Allah, still saya tak terfikir tentang KEMATIAN. Until seorang tu STOP CPR then dia minta maaf. Masa tu saya SPEECHLESS. Then saya suruh attendant tu beri CPR lagi atau hantar ke hospital untuk electricshock. Memang tak boleh diselamatkan sebab jantung sudah stop terus. Hanya airmata yang mengalir sambil terbayang wajah anak2 yang masih kecil. TERKILAN .... sebab meninggalkan arwah seorang diri. The twins beritahu arwah suruh mereka kemas rumah, nanti ibu (saya) balik, ibu marah.

Jenazah dibawa masuk ke dalam rumah. Babah & saya sibuk calling2 untuk memaklumkan pada family. Saya memaklumkan pada ibu mertua saya di Mersing. Dengar suara saya pun dia dah boleh agak, BAD NEWS!!! Dia meraung, saya faham kesedihan hati seorang ibu. Dah le ada 2 orang anak sahaja dan kakak arwah pun belum berkahwin. Berkali-kali saya minta maaf kat dia.

Jenazah dibawa ke Kg Bukit Beruang, kampung saya, untuk dikebumikan. Dari rumah kami (Bukit Katil) ke Bukit Beruang hanya ~ 5 km sahaja. Ambulance hospital yang menghantar. Kesedihan menyelubungi seluruh keluarga.

Perjalanan arwah on that day : Masjid Bukit Katil for solat subuh --> Masjid Bukit Beruang for kuliah Subuh dan solat sunat --> Beli sarapan untuk isteri dan anak2 --> bersihkan rumah.

Dari pandangan mata kasar, alhamdulillah, semua baik2. Kami sedih tapi redha dengan pemergiannya. Ibu saya kata "Ini semua ketentuan Allah. Allah nak ambil nyawa tak lambat sesaat, tak cepat sesaat pun. Semuanya telah tertulis"

** InsyaAllah bersambung ke next entri.

58 comments:

Unknown said...

salam kak...

sebak baca entri ini. Yus dapat rasakan akak memang seorang yang tabah. Dapat catitkan setiap perkara yang berlaku di sini dalam masa seminggu kejadian berlaku. Semoga akak terus tabah.


Jujur kak,.... yus menangis baca entri ini, dan yus tak mahu tambah kesedihan akak. Maaf kalau komen yus buat akak sedih ,moga akak terus kuat demi anak-anak yang masih kecil.

Al-Fatihah untuk arwah.

puanstoberi said...

kak...sedihnya saya.. mengalir air mata trus. teringat arwah ayah saya. begini juga. pergi dalam sekelip mata. masa tu nak bangun solat subuh. kami adik beradik seme takde kat rumah (memasing kerja jauh), mak je yg ada. Mungkin perasaan akak, sama dgn mak saya skrg.
Apa pun, Allah memilih kita diuji, kerana Dia tahu.. kita tabah utk menghadapi ujian ni..
Al-Fatihah utk arwah..

Fazlinil Irma said...

salam takziah utk akak sekeluarga..
dr smlm sy baca entry yg lepas smpai hari ni sy tergamam..

moga akak dan anak2 tabah menghadapi saki baki kehidupan.. alfatihah..

Chekgu Azrine said...

Kuatnya sis...al fatihah utk arwah..

Anonymous said...

alfatihah.. moga arwah tenang disana ye !

Amzar said...

salam kenal singah dr blog izan..
salam takziah ..alfatiahah tuk arwah...tabahkn hati...semoga dpermudahkn segala urusan..

qemaishak said...

Hiba qema baca ni kak...takziah untuk akak sekeluarga, moga tabah...A-Fatihah, moga arwah ditempat golongan yang beriman..

*Mrsfarahzaki * said...

Al fatihah..sabar yea kak..Dia tak kan uji hambaNya yang tak mampu..

Fazleyatul Aini said...

alfatihah..semoga arwah di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan soleh

Anonymous said...

salam takziah kak..
moga sabar dgn ujian dr Allah ni.

Anonymous said...

salam takziah kak..
moga sabar dgn ujian dr Allah ni.

♥MAMASYAZA♥ said...

salam ziarah, salam takziah dari akak utk hami sekeluarga. akak sedih baca n3 ni. jaga diri baik2 ok. tabahkan hati hadapi setiap dugaan yg mendatang

Anonymous said...

salam takziah kak..

nazayiena said...

Semoga Hami sentiasa tabah,semoga arwah suami tergolong dlm org2 yg beriman.

Arysa Nasir said...

Salam, mohon maaf tersinggah tanpa izin.. takziah dari saya...insya-Allah, semua ketentuan Allah ada sesuatu yang baik untuk kita...

Unknown said...

:'(....

sabar ye kak... kita faham perasaan akak.. kita pun baru kehilangan abg ipar minggu lepas.. dia ada 4 org anak2 yg masih kecil... perginya sekelip mate je..

Semoga arwah suami akak ditmptkn di kalangan org2 yg soleh.. Amin....

kalau teringatkn arwah selalu2 sedekahkan Alfatihah/Yaasin ye... be strong sis!

amiey lee said...

salam kak..takziah..semoga akak sekeluarga tabah... alfatihah tuk arwah

Ummi Hanie said...

Salam takziah diucapkan...

Semoga puan terus tabah membesarkn anak2... mmg ank2lah penguat semangat kita kan ...

yatie chomeyl said...

ya Allah mengalir air mata saya baca entry ni kak. dari apa yg saya baca dlm entry2 akak sebelum ni, arwah orang yg soleh dan baik. Insya Allah arwah tunggu akak & anak2 di syurga Nya kelak..ameen. Saya doa akak dan anak2 tabah...semoga Allah mudahkan kehidupan anak dan akak2 walaupun tanpa suami di sii

Kniedaz said...

Salam Sis,
Sedihnya..mengalir air mata saya membaca entry sis ni..kalau saya yang tiada kena mengena pun rasa sebak apatah lagi sis...banyakkan bersabar ya dan tabah hati demi anak2..
Take care

wifemdnavy said...

Assalam..
Dr N3 ni.. WN dpt rasa Hami sgt tabah.. dpt menulis w/pun hanya Allah yg tahu betapa luluh nya mengingat kan setiap detik2 terakhir bersama Arwah.. tak tahu la jika perkara sama berlaku ke atas WN.. Bertabah lah Hami..

Unknown said...

Innalillahi wainnaillaihi ro'jiun...

Salam takziah buat akak sekeluarga. Menitis airmata membaca n3 akak ini. Semoga roh arwah tenang di sana dan segala amalannya diterima Allah swt...aamiin.

Al-Fatihah...

transformed housewife said...

Semoga terus tabah menghadapi ujian ini. Sy baca td sebak dada tp sy yakin Fizah seorg yg kuat.

Unknown said...

inalilillah dari pahan.my :(

adianiez AIDA said...

Berdebar aida tika baca post ni. Allah lebih Menyayangi beliau.
P/S: umah kat mana? Umah aida kat tmn merbok, bkt katil :-) salam kenal...

kasihredha said...

Kesedihan hami dpt Akak selami...sebak dada ni Dan air Mata menitis tanpa disedari saat mbaca n3 ini.
Baru je Rasanya hami post n3..arwah tgah mesin rumput..beberapa minggu LEPAS Rasanya.
Sabar ye hami..arwah pergi dgn baik...Semoga rohnya tenang di sana...Sabar adikkk ku ...love you...hugs

Unknown said...

Salam takziah.. semoga tabah.. AlFatihah

Mama Zharfan said...

sedeynya :( arwah suami u org baik2...moga ditempatkan di Jannah yg abadi..amiin

ajumohit said...

innalillah kak hami, tabahkan hati, ya allah moga akak
dikuatkan semangat, moga arwah ditempatkan dgn org beriman

Wan Amira said...

sungguh mulia cara arwah pergi.. moga akak tabah menghadapi dugaan besar begini.. salam takziah .. alfatihah

Kuazue Mohamad said...

Allahhuakbar!!!..semoga kamu sentiasa dalam lindungan nya dan arwah ditempatkan dikalangan org beriman...

Chik Na said...

semoga Fizah tabah menghadapi dugaan allah ini ..

ummi_khalish said...

salam takziah..semoga terus kuat kak...saya terasa kesedihan itu...

sasha @ mumyalyaqil said...

takziah sekali lagi..semoga roh arwah dicucuri rahmat..bertabah ye..insyaAllah,ada hikmah disebalik ketentuan ini..
yup,kematian tidak mengenal usia..saya sendiri baru kehilangan adik bongsu yang baru berumur 24tahun..
alfatihah buat arwah suami mu dan arwah adik saya..

LydSunshine said...

Salam, Teratak Hami... Saya singgah dari blog Asmara Dayana. Sebaknya saya baca. Saya faham perasaan tak dapat berada di sisi sewaktu dia menghembuskan nafas yang terakhir itu. Saya baru kehilangan mak saya sebulan lepas. Juga tak dpt jumpa utk kali terakhir. Cuma, yang menyejukkan hati, ialah suami awk pergi dengan cara yang baik. Amalan terakhir sebelum dia pergi juga amalan yang baik. InsyaAllah akan ada tempat yang baik untuknya dia sana.

Rasp said...

semoga sis sekeluarga tabah mengharungi hari depan mu....

Al-Fatihah...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Aya.Menitis airmata k.atie membaca n3 kali ini.Siapa yg tak sedih apabila insan yg selalu berada disisi kita...saat suka & duka,kini telah meninggalkn kita.
K.atie doakn semoga aya tabah...kuatkn semangat demi anak2.
Alhamdulilah,Arwah seorg ayah & suami yg trbaik...jg hamba Allah yg sgt taat.
Kehidupan Aya harus diteruskn...biarlh kenangan bersama Arwah terus bersemadi dihati Aya & anak2...kenangan bersama nya adalah sesuatu yg paling indah utk dikenang.
Semoga Arwah ditempatkn dlm golongan org2 yg beriman.
Al-fatihah

p/s:Teruskn berblog aya...sekurang2nya ada kami(kwnn2) yg akan sentiasa bg semangat & support Aya.Tpt aya bercerita juga...
sayang dr kak atie...

Sumijelly said...

Takziah kak.... semoga tabah bersama anak2... sumi pun tak tahu la kalu berada di tmpt akk... mesti tak terkata..

akk kuat. sumi percaya. ramai yg sudi membantu dn memberikan akk semangat. terutama anak2. itula semangat yang akan meneruskan kehidupan kita.....

Sumijelly.com

Mimie said...

Al-Fatihah untuk arwah suami akak...

Sedih saya baca entri nih. Semoga akak terus tabah menghadpai hari2 mendatang

Shariman... said...

Takziah,semoga puan kuat demi anak2..Insya Allah, arwah dikalangan orang2 yang beriman..

AnneRaini said...

salam kak.. sedihnya saya baca.. saya tahupun dari blog kak lia. walau sy tak pernah kenal akak tp sy doakan semoga akak tabah dan kuat. Al fatihah untuk suami akak.

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

salam takziah kak......rupanya kite nih sgt dekat.
opis sy dekat bukit beruang.
kalau kelapangan blh lah bertemu ya..

semoga arwah ditempatkan org2 yg soleh.

AZZ said...

alfatihah
semoga kak tabah dan kuat, untuk anak2..ni semua ketentuan Allah.sebaknya hati saya..

Matjoe said...

takziah sis. datang dari blog suzie284.

Asmara said...

Al-FAtihah... saya dpt tau masa tengok FB DS Ali Rustam kat rumah akk. Saya tengok mcm kenal muka akk, terus saya mesej fb akk pulak nak tau lebih lanjut. Kalau berkesempatan nak je saya jumpa akk. Moga akk terus tabah bersama ank2 tersayang.

NM02 said...

takziah kak. saya dapat tahu dari wahida. terkejut tak terkata. sebak baca kesah akak ni. moga akak terus kuat bersama anak2 ye...

wahida said...

saya tumpang sebak kak...

tapi saya tahu akak kuat demi anak2...

akak take care ye...

Al Fatihah buat arwah...
semoga dibariskan bersama org2 yg beriman...amin...

Mama Kembar Tiga said...

Al Fatihah untuk arwah & takziah utk u & family. Moga Allah tempatkan arwah dikalangan orang orang yang beriman.

Moga Allah berikan ketabahan & permudahkan segala urusan untuk u & anak anak juga. Amin...

Ermayum said...

be strong- easier said than done babe- but be strong -

kurus said...

kak .. maaf banyak2 sbb ieda x tahu .. ya allahhh
salam takziah dari ieda buat akak dan keluarga .. sungguh tabah akak , tanah masih merah , terasa panas mata bergenang airmata membacanya kak ..
sabar ye kak

akak memang kena kuat
insyaallahhh , saya doakan arwah abang tenang disana .. dia pergi terlalu pantas , tetapi siapalah kita untuk melambatkan saat itu walau sekejap ..

akak ... be strong kak .. yess akak strong kerana akak masih mampu menitipkan kenangan akhir bersamanya ..

al fatihah buat arwah ..
speechless !

iman said...

Salam... kak, silent reader blog akak. harap akak tabah menghadapi hari-hari seterusnya dalam hidup akak. kuatkan hati demi anak-anak kerana mereka juga menjadikan akak sebagai kekuatan untuk mereka teruskan hidup. apapun yang terjadi dalam hidup kita, suka tak suka kita kene hadapinya dengan berani... jadilah mak berhati besi walaupun seribu ujian datang melanda. arwah suami akak pastinya sentiasa berdoa untuk akak dan anak-anak... beruntungnya akak... kerana pernah memiliki lelaki soleh sebagai suami.. menjadikan kenangan itu indah untuk diingati.

semangat sekuat besi ye kak... alia

iman said...

salam kak...

kuatkan semangat kerana semangat itulah yang anak-anak akak perlukan untuk teruskan hidup. dalam hidup ini kita perlu menghadapi segala kemungkinan yang datang dalam hidup dengan hati berani. gantilah 'kesedihan'itu dengan 'kerinduan dan doa'. jadilah ibu berhati besi. akak bertuah kerana pernah memiliki lelaki soleh sebagai suami... menjadikan kenangan itu amat manis untuk diingati sepanjang hayat... salam.. alia.

iman said...

salam kak... kuatkan semangat akak demi anak-anak. jadilah ibu berhati besi kerana itulah yang akan menjadikan anak-anak akak berani dan tabah untuk meneruskan hidup. bertuahnya akak kerana pernah memiliki dan akan sentiasa memiliki lelaki sesoleh itu sebagai suami.. pastinya kenangan itu amat manis untuk dikenang sepanjang hayat.. alia

ckLah @xiiinam said...

MasyaAllah...mengalir laju air mata saya membaca catatan ini. Ternyata, aruah seorang suami, bapa dan pekerja yang baik...dan Allah sangat menyayanginya. Aruah meninggalkan seorang isteri yang baik, dan tabah. Semoga Allah mengampuni segala dosa aruah, dan mengurniakan kekuatan buat puan untuk meneruskan kehidupan bersama anak anak. Amin...amin.

Nur-nba said...

Sebak rasanya bila membaca entri ni. Moga Kak Fizah dan anak2 sentiasa cekal dan sabar dengan ujian dariNya.

Kami doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi arwah.. Al-Fatihah untuk arwah.

Eray Majid said...

akak takziah, lama tak menjengah ke sini. tetiba mendapat perkhabaran sedih nie. eray doakan arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman & soleh.

http://welovesusuibu.blogspot.com/2012/11/vitamin-kulit-cantik-kulit-lebih-sihat.html

QasehnyaRania said...

betul kak.kematian tak mengenal usia.

al-fatihah.

arwah adik pergi pon tak lambat sesaat.itu janji ALLAH..

kita redha..

Ummi Husna said...

salam kak,

pertama kali baca blog akak.
sebenarnya beberapa minggu lepas ada baca komen akak di laman prof kamil. tak sangka terbuka pulak link ke blog akak melalui blog kawan. kecilnya dunia ni.

saya rasa sangat sedih bila membaca entri ni. saya skrang tinggal di jepun, setiap kali gempa bumi saya tetap rasa takott..takott sgt... dan memikirkan mengenai kematian, menakotkan saya..

bertabahlah akak. melalui entri akak nampaknya akak seorang yang kuat dan beriman. ...bertuah suami akak.. terima kasih kerana menjadi contoh juga kepada saya..

takziah ..