IntraLasik at Optimax

Jumaat (6 March 2009), satu tarikh sejarah dalam hidup aku. Setelah berfikir panjang hampir bertahun juga, kira-kira budget, dan dengan segala kekuatan dan keberanian yang ada, akhirnya aku berjaya juga buat IntraLasik. Kalau sesiapa tak tahu apa itu IntraLasik, ianya adalah satu kaedah untuk pulihkan rabun jauh. Selama ini aku pakai contact lens then ada problem, aku tukar kepada specs masa 4 bulan lepas.

Aku dapatkan check-up bulan Jun tahun lepas di Optimax, Sek9 Shah Alam dan surgery ini di Optimax, Taman Tun Dr Ismail. Kak Emy (principal) tolong drive untuk aku sebab after survery tu aku tak dibenarkan bawa kereta. Tiba di Optimax, aku seorang diri sahaja sebab principal sibuk pergi makan. Aku kena check mata lagi dan yang check aku tu "mat salih" muda. Mulalah lidah aku tergeliat nak speaking London. Aku kalau dah kena cakap lain dari bahasa Melayu, Jepun aku pun tersasul juga keluar. Bila dah soal jawab dengan mat salih tu and dia terangkan panjang lebar, aku pun setuju buat IntraLasik. Apa-apa pun mat salih tu kena refer pada doktor sama ada aku patut buat Lasik (murah sikit) atau IntraLasik. Masa aku dibawa ke bilik operation tu, tergamam aku sekejap sebab semuanya Melayu termasuk doktor. Ini yang part aku tak puas hati ni sebab sampai tergeliat lidah aku rupanya ada juga orang melayu kat situ.

Masa nak tunggu turn, perasaan takut tu ada sampai rasa boleh cramp badan aku. Yelah takut kalau tersilap, bukan boleh "repair" semula. Tapi Optimax beri jaminan yang belum ada kes orang jadi buta. Surgery tak lama lebih kurang 20 minit sahaja. Memang dalam keadaan sedar and takde bius. Memang tak rasa apa2 and aku boleh nampak doktor buka lapisan kornea "flap" then tutup semula. Then doktor guna alat, sapu atas mata untuk betulkan posisi "flap" tu ke asal. After surgery boleh huha huha lagi tapi after 1 hour, nak buka mata pun rasa perit. Perit takla perit sesangat cuma macam perit masa kupas bawang. Nasib baik buat waktu petang, so dah dekat dengan malam. Dalam rumah and tidur pun kena pakai sunglasses. The next day, alhamdulillah dah tak rasa apa-apa cuma ada part kat mata yang merah-merah lagi. Aku boleh pergi berniaga pagi tu.

Before and After

2 comments:

YaNti ArShad said...

Fizah,

a few years back, Lan pun nak buat lasik tu jugak, kat Optimax. gi tanya... lebih kurang 5-6K sebelah mata. Now entah berapa la agaknya ek?

Nor Hafizah said...

Yanty,
Tengok condition mata, brapa power, silau etc. But kita yang nak bayar, ikut decision kita la. It's around 3k~7k for both eyes.