Dalam setahun ini aku rasa ilmu aku tak cukup banyak lagi. 4 bulan pertama aku still lepak2, bergayut kat telefon and surf internet sahaja. Masa awal tahun pulak banyak cuti yang "dipaksa" sampai lah sekarang. 3 hari ini (Mon ~ Wed) company di Malaysia shutdown, nasib baik le aku ada di US kalau tidak tolak lagi gaji aku. Tapi cuti2 begini memang aku tunggu. Boleh aku habiskan masa melepak kat rumah dengan tenang.
Lunch tadi Zxxxx belanja lunch tapi bukan sebab celebrate aku setahun di company ni.... hehehe. Ini sebagai balasan sebab masa dia datang Malaysia, boss aku belanja dia. Masa dia datang pun aku belum masuk company ni lagi. Rezeki!!!! Dia ni cina dari Tanah Besar, ambil Phd and migrate. Now Test Development Engineer kat company ni. Company ni memang multinasional, dari China, India, Mexico etc. Dia ajak migrate ke US tapi asyik cerita ekonomi USA and bisnes company DOWN, kalau sesiapa ada niat nak migrate pun terbantut. Aku takde langsung niat nak migrate.
Ingat dulu masa abang nak kerja di Jepun, nak bawa aku dan anak-anak, "satu kampung menangis" tak mahu kami pergi. Mana taknya, parents dah tua, apa2 jadi bukannya dekat nak balik. Kerja kat Selangor ni pun kelam kabut balik Melaka masa arwah nenek meninggal. Tapi kalau abang dapat peluang kerja kat US / UK / negara omputih, memang 80% aku nak pergi. Aku nak anak-anak pandai cakap omputih, nampak "class" gitu!!! Entahlah sebab aku pikir kalau pandai cakap omputih, nak cari kerja pun senang, nak belajar pun senang. Tengok macam aku, nak communicate pun susah. Tak gitu ke?Masa aku bagitau kat family aku kena pergi US, kena interview untuk apply visa. Kak Emy cakap "kalau tak tahu cakap omputih, tak boleh dapat visa". Bergurau / serious?? Masa tu aku pikir, alah kalau tak approve pun takpe. Orang2 kaya tak tahu cakap omputih, lepas juga pergi vacation ke US, so interview ni buat syarat je. Anyway aku dah berasa di sini.
((*o*))Kenapa berlumba-lumba nak belajar cakap omputih, lagi baik belajar bahasa Arab kan???.......






5 comments:
ilmu makin di cari makin banyak yang kita banyak tak tahu lagi..itu bestnya mengembara keluar negara bekerja sambil belajar kata orang jauh perjalanan luas pengetahuan,luas pandangan....
Hi Aja,
Dilla here. Found your blog through kak Emy. :) Bestnya dok training kat US, tapi sure Aja dah miss anak-anak, kan?
I enjoy reading your stories.. Do write on. Jangan marah saya datang lagi, ya? ;)
Masshah, saya setuju!!! Banyak benda yang boleh improve bukan setakat kerja sahaja tapi environment, culture etc ..
Hi Dilla,
Thanks sudi menjengah kat sini...
Fizah,
tak payah gi oversea utk pandai cakap omputih. Kat msia pun kita bleh juga pandai cakap omputih kalau slalu dipraktikkan.
If u ask me, Msia is the best. Kalau tak takkan omputih, omhitam, ombiru berlumba2 nak migrate ke msia, legally or illegally.
Cepatlah balik, SU dah rindukan awak... heheheh...
Yanty,
Saya dah lama cuba praktikkan cakap english kat rumah dengan anak-anak, tapi susahnya. Kalau kat office automatic boleh cakap. Tu yg rasa pelik sangat!!!
Malaysia is the best. Tempat tumpah darah. Ni yang dok terkenang kampung je ni ... hehehe.
Dah takde MOOD nak kerja.
Post a Comment