Dinner at restoran Jepun

Sempena sambut birthday abang yang dah terlewat, kami makan-makan at restoran Jepun, Ryu Raku pada hari Sabtu lepas. Secara kebetulan Abang Kamal and family ajak dinner bersama, so they all pilih nak makan makanan Jepun. Preparation nak ke Jepun???!!!

Dari dulu abang Kamal ajak kami sekeluarga pergi jalan-jalan ke Jepun. Kami ni ala-ala tourist guard bagi they all tapi tu lah, tourist guard tak berbayar, so lambat la sikit nak kumpulkan duit. Ekonomi tengah "melecet" pulak tu, memang tak sesuai melancong ke mana-mana.

Kanak-kanak order nasi goreng udang. Mak bapak makan mewah sikit ... hehehe. Aku macam biasa makan Saba Teishoku. Abang Kamal and Kak Ina order makanan set, also ada sushi and California Roll. Walaupun mak bapak order mewah, tapi kena share dengan anak-anak. Nak biar kids juga merasa.

Apapun niat aku nak belanja birthday boy macam tak jadi je sebab birthday boy bayar sendiri. Shhh, diam-diam sudah le!!!

0 comments: