Thursday, 15 August 2019

Resepi Puding Karamel

Malam tetiba terasa nak buat puding karamel. Sementara anak-anak ada kat rumah (cuti sekolah), ada le orang nak perabiskan nnt.
Resepi mudah je. Ikut resepi Azie Kitchen. Tapi selagi tak buat, tak tahu apa yang do & don't kan?

Saya buat bermula pukul 9.30 malam hingga 12 lebih. Kukus 2 round.
1) Saya buat letak dlm bekas besar. So dpt le 8 bekas.
2) Kuah gula karamel tu letak sedikit shj dlm bekas. Mmg manis. Untuk adunan ni, kuah gula ada lebih. Next time boleh guna.
3) Sebab bekas besar, 1 jam lebih juga mengukus 😓.. sila pakai bekas kecik !!!!
4) Saya x tutup bekas puding / penutup pengukus, so air memang ke puding la akhirnya.

Apa-apa pun... sedap!!!!

Sebelum dikukus. Cantik shj kejadiannya :)

Puding Karamel Yang Sedap
Untuk: 20 bekas

Bahan bahan:
3/4 tin susu pekat manis
1 tin susu cair
1 tin air
5 - 6 biji telur - buang mata
Esen vanilla

Bahan Gula Hangus:
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan air

Cara cara:
Goreng gula hingga perang. Bila gula cair dan bertukar warna, baru masukkan air. Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula. 

Tutup api dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti ais. Esok pagi, masukkan ke dalam bekas bekas kecil.
Telur dibuang mata dan dipukul tetapi jangan sampai berbuih. Masukkan semua bahan lain. Kacau sehingga sebati. 

Tuang ke dalam bekas kecil yang telah diisi dengan air gula hangus. 
Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 10 - 15 minit atau sehingga masak dengan api sederhana. Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan karamel menjadi cantik. Atau dibalut penutup pengukus dengan tuala. 
Bila masak, buka tutup pengukus dan biarkan selama 2-3 minit tanpa penutup supaya air permukaan Karamel sedikit kering. Angkat dan sejukkan. 
Setelah sejuk, simpan dalam peti ais. Sedia untuk dinikmati.   

3 comments:

Warisan Petani said...

jalan2 sini
done follow

norhidana said...

sedapnya.... tp tulah dessert ni mmg bukan minat nk mencuba...
takat buat pengat ke bubur manis tu boleh la...

done follow...

ajumohit said...

sedap!! memang saya suka sangat mencuba dessert ni sebab anak2 pun jenis pemakan orangnya. makan sejuk2 pun lagi best kan