Actually dah lama aku nak mengaji, nak betulkan tajwid etc. Survey sana, survey sini tapi tak start juga. Selalunya banyak tempat mengaji yang dah penuh. Kalau ada pun masa tak sesuai. Dah hampir 1.5 years, every night (Mon ~ Thu), aku hantar and tunggu anak2 mengaji kat rumah ustazah. Rumah ustazah ni di area rumah aku tapi kena naik kereta, kalau tidak semput. So terpikir apa yang aku susah-susah nak cari tempat mengaji, why not aku pun ngaji sama dengan anak-anak aku. Atleast dapat juga aku buat benda berfaedah dari duduk di luar rumah ustazah.
Aku called ustazah menyatakan hasrat aku tapi mula-mula dia tak accept "mak2 budak". Reason dia sebab takut ada yg kecil hati kalau marah mak2 budak. Mak2 budak maybe sensitive lebih. Aku no hal pasal reason tu. Kiranya tak boleh terimalah reason camtu. Aku bagitau dia, kalau rasa-rasa aku dah tak sanggup kena marah, aku berhenti jelah. Alhamdulillah ustazah terima juga aku.
1st day mengaji (7Apr), ustazah tanya nak start Al-Quran / Iqra?? Excuse me ..... of course la Al-Quran. Iqra ???.... mahu anak-anak aku belasah gelak. Maisarah dah Al-Quran, Nabihah and Nabilah pun dah Iqra 5, so takkan le IBU nak start Iqra 1 ... hehehe. Tapi baru start ayat pertama, ustazah dah mula tegur. Panjang pendek tak betul. Yang paling haru-biru bila aku tanya ustazah, tapi ustazah tengah busy betulkan budak lain, ada pulak budak duduk sebelah aku tolong betulkan. Malu makcik!!!!
Tiap-tiap malam aku bersemangat nak pergi mengaji. 1 malam aku dapat baca 2~3 pages je. Bagi peluang orang yg ramai menunggu. Tak lama kemudian ada seorang lagi orang dewasa join mengaji. And makin lama makin ramai budak yang mengaji. Murah rezeki jadi ustazah walaupun garang sikit ... opppsss!!!!
*Ada juga member suggest and ada juga yang dah buat. Panggil ustaz / ustazah ajar mengaji kat rumah, maybe senang sikit kerja aku kot. Tapi husband aku kata, kita nak cari ilmu kenalah bersusah-susah sikit. Ni pendapat dia sahaja and takde maksud pada sesiapa pun. So selagi aku boleh, aku bawa le "askar-askar" aku mengaji rumah ustazah. Mencari ilmu biar sampai ke negeri China. (Jgn kutuk pulak kalau aku panggil org ajar kat rumah ... hehehe)
SS501
4 hours ago







0 comments:
Post a Comment