Happy Birthday to Abang Long

Tuesday, 21 April 2009

Today birthday Abang Long yang ke 40. Dah tua dah!!! Satu-satunya adik-beradik lelaki dalam family aku.

Minggu lepas aku pinjam duit dari Abang Long, bukan Along tau!! Pinjam 9k untuk buat bisnes. Alhamdulillah dia dengan rela hati beri pinjam. Katanya adik nak pinjam, takkan along tak nak tolong ..... syahdu aku dengar ulasan dari babah. Aku ni pun satu, macam tahu2 pulak dia dapat dividen bank rakyat. Kakak2 aku ada yang jeles la tu ..... Janji nak bayar dalam masa 2 bulan tapi kalau extend, bolehkan??? dan pasti rumah tak kena simbah dengan cat merah sebab aku bukan pinjam dari "Kami bukan Along, tapi kami mahu Tolong" .... hehehe.

Ngumpat sikit pasal Abang Long. Dia ni kategori simple tapi berduit. Tapi mungkin ada yang pikir dia kedekut termasuklah kami adik-beradik anggap dia camtu. Teringat masa dia di MCKK / KPP, setiap kali balik kampung mesti pakai T-Shirt merah buruk yand ada tulis Hollywood. Dan sebab dia anak sulung, jadi dia taklah semewah aku kot. Masa dia kat UK pun jarang dia balik / tak pernah balik. Lainlah aku, spring balik, summer pun balik.... janji duit sendiri!!!

Abang Long still pakai kereta proton saga yang entah tahun berapa agaknya, buruk giler!!!. Rasa aku kereta tu adalah kereta pertama dia. Baru-baru ini dia tukar enjin baru. Babah kata "enjin Merc".Kami adik-beradik dan bini dia dah bising2 suruh tukar kereta baru, tapi dia tukar enjin sahaja. Kat Bank Rakyat tu ada parking khas untuk dia, ada satu hari tu pak guard tak kasi masuk sebab katanya parking untuk pegawai je. Abang aku jawab, itu parking saya la . Salah siapa?

Yang paling best, dia tak pernah sekali pun pukul anak-anak dia. Ini perkataan yang selalu ibu cakap kat aku... almaklumlah aku ni kategori garang juga. Tapi garang aku dengan mulut sahaja.

Segala-galanya simple dalam hidup Abang Long aku.... HAPPY BIRTHDAY ... semoga dimurahkan rezeki...

1 comments:

the principal said...

Sorang adik pinjam 9k, sorang lagi pinjam 2k. Yg pinjam 2k tu dah bertahun tak byr. Sape makan cili, dia terasa pedas..

Teratak Hami Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino