Friday, 30 December 2011
Buku Merah
Semalam 1st time gie pregnancy check-up kat Poliklinik Ayer Keroh. Punyalah lama ku menunggu, dari orang ramai sampai dah tinggal 2 orang sahaja. Buat buku baru, so banyaklah yang nak ditulis, dicheck sana sini. Saya baru 11 minggu.
So inilah Buku Merah rekod kesihatan. Setiap anak memang saya akan pergi check-up di klinik kerajaan dan jugak kat private hospital. This year plan nak beranak kat Pantai Hospital sebab saya nak carik doktor perempuan. Masih awal lagi untuk berangan !!! Just plan jer dulu sebab kena kumpul RM dari skrang kalau nak beranak kat private. Kang terkena lagi bill sampai RM13K macam lahirkan si kembar, mana nak "korek" RM kan. Boleh baca pasal mengandung dan melahirkan si kembar. Ada Part1 and Part2 lagik... hehe
Dan semalam jugak dok borak2 dengan nurse yang bertugas kat situ. Ok ke beranak kat Hospital Melaka? Dengarnya banyak kes. Walaupun pernah beranakkan Imran di Hospital Sg Buloh, rasa cuak jugak. So bila dengar cerita nurse tu macam ok jer. Dan paling best, katanya maybe boleh request nak doktor perempuan .... emmm.... akan difikirkan !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

12 comments:
Kakak lahirkan anak-anak semua di hospital swasta sebab kakak pun kerja swasta dan kalau ke hospital kerajaan tak ada check-up pada hari Ahad/Sabtu itu yg semuanya lahir di klinik swasta. Tak ada kad merah tapi kad putih hihi... tapi content lebih kuranglah...
saya dengar pengalaman kawan2 / sedara mara bersalin kat hospital melaka, dorang ckp ok je. tapi ikut kemampuan masing2 la. kalau mampu RM apa salahnya ye tak.hihi
sampai RM13K...huhu. Banyak tu kak?
Saya dari dulu gov je, anak pertama je doc lelaki,yg lain alhamdulillah perempuan...
masa bersalin kat UK pun, kira gov kot, sbb bersalin di UK foc je, tp layanan sangat tip top...:)
Kakzakie,
Salah satu sebab saya buat check-up kat private sebab gov takde Sabtu/Ahad. So mana sempat je la ...
Lya Colours,
Anak pun lahir kat hospital Melaka jugak .. hehe. Cuma nak carik doktor pompuan.
~yus~,
13k company tanggung :-) UK foc ye? Akak dengar kalau indon beranak kat hospital sini, harganya mahal dari rakyat sini.
alamakkkk camne terlepas ni..
tahniah kak..sy baru tau akakpregnant lagi ehehhe tahniah again
13k? wah2..nntibesor claim balik wakakakkka
ehem ehem ehem.....heheheheh....
kalo RM mengizinkan, why not ke swasta kannn...
and i pun prefer doc perempuan...
malu aaa doc lelaki nie...
rose,
Takyah claim... company dah tanggung 100%.
Cikgu,
Apa ehem, ehem ?? :-)Akak tunggu awak naik pelamin ni.
rasp,
RM tak mengizinkan tapi maybe boleh mintak bantuan CC :-)
semoga semua berjalan lancar... eh baby ada kawan la..nanti leh jumpa...
RM13K tu....fuh!!!! banyak tu...
Alhamdulillah akak lahirkan anak2 semua di hospital kerajaan dan dpt layan yg sgt2 baik...mayb sbb dok Kelas 1st(A) kot n dpt dok dlm bilik sorg2 n selesa...
Hanis MY,
Ramai kawan baru 2012 :-)
Kak Nza,
Anak ke-4 saya pun kat hospital Sg Buloh. Hospital baru masa tu dan saya sgt puas hati walaupun duk kat kelas 3 je. Beranak kul 5pagi, by 10 am dah boleh balik. Takyah nak stay kat hospital lama2.
hehe..
saya dua2 pernah rasa.private n gov.
rezki masing2kan..
dua2 ada pro and cons.
tuk yang ni,gov gaks =)
Post a Comment