Followers

Friday, 23 December 2011

Medan - Day 4

** Sambungan N3 Medan & maybe last N3.

The last day, hujan le pulak. Today kami dah start naik 2 van dan 1 van lagi dikhaskan untuk angkut beg2 besar kami, akan direct ke airport.

Memula nak pergi Istana Maimon tapi the Girls power request nak pergi lagi Pasar Ikan. Sebab hujan, hanya orang2 yang TAK cukup bershopping sahaja yang pergi termasuk SAYA. Yang lain tunggu dalam van.

Di Pasar Ikan saya beli telekung dan kain pelekat untuk keluarga mertua sebab keluarga saya semua dah dtg sama...hehehe... SAVE !!!!

Kami ke Medan Mall. Ni tempat khas untuk the kids pulak. Cuaca pun hujan, so jalan2 dalam Mall sahaja.

Dah namanya pompuan, asyik carik accessories sahaja ler... The kids beli rantai silver.

Sejuk2, hujan2 masih boleh lagi dorang makan eskrem. Saya rasa skit je. Kang kalau SINUS dah menyerang dan saya akan bersin, bersin sepanjang masa. Mungkin boleh "bergegar" Medan Mall ini

Hubby baru teringat yang dia takde beli apa2 untuk diri sendiri.... so dia beli baju sukan ... Oppss, saya dah "kunci" mulut dari mengata. Kami tunggu lama di kedai itu :( lelaki kalau shopping ....... setuju??

Kami lunch di restoran ala-ala masakan minang ..... sedap, sedap!!! Style makan kat sini, dorang akan kluarkan semua lauk-pauk dalam bekas kecil. Pulangkan kalau takmo. Kang tak pasal2 kena bayar walaupun tak cuit pun.

Shopping last-minutes. Masih ada yang menunggu di luar restoran. Saya beli bags lagi tapi lain pesen, janji BATIK .... memang suka bags ♥

OTW to airport, banyak lalu bangunan2 sejarah kat area Medan. Peninggalan zaman Belanda.

Kami kena beri tips pada driver van, Pak Adam dan orang2 yang tolong angkat beg. So jangan lupa tinggalkan Rupiah untuk TIPS. Juga untuk airport tax RM30/orang.

Melepak before Imigresen check.

*** Saya habiskan Rupiah saya di Airport. Saya hanya bawak RM400 dan banyak jugak hubby tanggung ♥.

Antara souvenier yang saya beli ♥

Jajan yang MESTI beli adalah BIKA AMBON dan LAPIS LEGIT. BIKA AMBON macam kek span basah. Suka tengok dalamnya yang unik. Lapis legit pulak macam kek lapis Sarawak tu. Di airport pun ada jual. Harga Bika Ambon yang saya beli 60k Rupiah tapi kat airport boleh dapat 40k Rupiah.

Lapis Legit

Dalam flight, Imran tak tidur .... baru ler dia dapat merasa flight terbang, tengok awan di bawah dan merasa flight mendarat. Jakuns sekejap anak ku ini :-)

Bye-bye MEDAN.

Inilah kisah saya yang pertama kali ke Indonesia. Entah bila lagi dapat naik kapal terbang? Next year family plan nak ke "somewhere". Saya terpaksa diamkan diri. Diam2 untuk beberapa tahun maybe :-)

12 comments:

ashra said...

hehe.kalu gi endon,mesti borong telekung kan..
lawa2 sana dan murah ek?

mak encik | SZ said...

sangat tak dinafikan bila kaum itu p soppingggg!
kita ni semua cantik macam semua nak beli...dia plak semua tak cantik kot, tu yg amik masa bertafakur kak...hihihi

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

wah jalan2 ke medan rupanya.. bestkan kalau jalan2 tempat orang

Teratak Hami said...

ashra,
Dah telekung je bergantungan ..hehe. Rasanya murah skit sebab yang bersulam penuh boleh dapat dalam RM70

mak encik,
tu pasal la tapi takle komplen.

Baby,
Memang best sebab dpt tengok cara kehidupan orang kat tempat lain.

Chekgu Azrine said...

kek nampak sedap sangat.. tak pernah rasa..kalau di bandung kebanyakan ada kerepek2 je..dan brownies..

Hanis MY said...

seronoknya... kek tu nampak sedap sgt!

Teratak Hami said...

Chekgu Azrine,
Kalau gie Medan, u kena carik the cakes tau!!!

Hanis MY,
Memang sedap. Bika Ambon tu lain dari yang lain.

IxoR@ said...

gi indon.... makanan minang mmg sedap2 belaka.... hmmmm

enjoy la baca entry akak ni, mengimbau kenangan waktu ke sana dulu.

:)

maya amir said...

kaum lelaki shopping..phewww peluh ketiak saya tunggu..cerewet benarnye derang ni..hhehe...

kek lapis mesti mende wajib kalau pegi ke medan kan..

Asmara said...

TQ kak! banyak info yg menarik. nnti kalau pergi saya refer sini je. :D

Nur-nba said...

Menariknya percutian akak kali ni. Nur pernah bercuti di Batam.

Kalau nak bercuti ke sana, kena kumpul duit dulu barulah seronok membeli-belah. :)

NzA said...

bestkan cuti2 pergi ramai2 camni..meriah sungguh.....