Umrah - Day 6 (Khamis)

Today ada Ziarah Kota Mekah. Mutawwif bagitau pukul 6:30am kena berkumpul di lobi. After Subuh, around 5am kami nak balik ke hotel. Dalam Masjidil Haram ada seorang makcik from Malaysia tegur kami, bagitau dia dah sesat, tak ingat jalan balik. Dia tak tahu dia datang dari gate mana. Kami hanya boleh refer pada nametag dia je untuk tanya orang. Hotels memang berlambak kat situ, tanya pengawal kat dalam Masjidil Haram pun dia tak tahu.

Abang try call hotel and mutawwif yang incharge makcik ni. Takde siapa pick-up call. Just imagine, makcik dah tua, sebaya dengan mak-mak kita, macam mana pun kami kena tolong juga. Dah tu makcik tu sentiasa pegang tangan aku, takut agaknya. Kami naik teksi, nasib baik abang ada bawa duit. Susahnya driver teksi tak tahu cakap English, so macam itik and ayam bercakap. Kalau kat kedai-kedai, ramai peniaga boleh cakap Melayu. Atlast Abang dapat call Mutawwif then mutawwif beri instruction pada driver teksi tu. Syukur kerana makcik tu dapat kembali ke hotel dia.

Kami sempat balik hotel, sarapan and bersiap untuk Ziarah. Today kami Ziarah ke
(1) Jabal Thur
(Abang and our mutawwif - Ust Abd Rahman)


(2) Jabal Rahmah di Arafah - tempat pertemuan Adam dan Hawa
Arafah- Antara tempat paling mustajab unuk berdoa. Macam pesta kat situ. Ada banyak unta yang dihias untuk sesiapa yang nak naik or bergambar dengan unta. Boleh sewa motor, so ramai jemaah Malaysia yang muda-muda ni "merempit" kat sini. Permandangan yang tak menarik bagi aku, on the way nak naik ke Jabal Rahmah tu, ramainya peminta sedekah.




(3) dari dalam bas, melalui Muzdalifah and Mina
Masa di Muzdalifah aku tertidur tapi sempat dengar penerangan dari ustaz. Di sini jemaah haji akan kutip batu untuk melontar. Kalau tengok tempat, memang tak banyak batu tapi ustaz kata masa musim haji, tak pernah pun jemaah yang tak dapat batu.

Khemah-khemah untuk musim haji di Mina.


(4) berhenti di Ja'ranah untuk miqat Umrah
Selepas Ziarah kami berhenti di Ja'ranah untuk bermiqat umrah. Yang lelaki nak buat umrah boleh salin ihram di sini. Ni 2nd umrah kami. Umrah sunat so boleh niat untuk orang lain. Means diri sendiri dan orang yang kita niatkan tu dapat pahala. Buat umrah masa tengahari so memang panas. Walau macam mana pun orang tawaf tetap ramai, tak kira tawaf umrah atau tawaf sunat. Lantai di luar Masjidil Haram dan di dataran Kaabah warna putih and memang silau. Nak buka mata pun perit. Tapi walau macam mana panas pun, lantai tu tak terasa panasnya. Bahkan kalau sembahyang fardu, memang ramai sanggup berpanas sembahyang di dataran tu. Panas itu seperti satu rahmat dari Allah.

Jemaah dari Malaysia diketuai oleh Ust Abdul Rahman - sewaktu Saie

Ada yang sanggup bawa baby and anak-anak.


Selepas tahallul. Alhamdulillah, selesai sudah Umrah kami.


After 2nd Umrah abang botak kepala..... macam Alien...hehehe ... di tempat tahallul tu takde servis botak kepala, jadi pergi kedai bayar 10 Riyal

0 comments: