Umrah - Day 9 (Ahad)

Today macam biasa, after Subuh, sarapan, kami ready untuk Umrah sunat. 6:30am kami ready di lobi hotel untuk ambil van ke Tana'im. Alhamdulillah group 16 orang tu ada juga and group yang kami join before pun ada juga. So kami naik van dengan group lain ke Tana'im untuk miqat Umrah.

Kaki Abang dah mula sakit, macam ada ketuat. Tapi abang gagahkan juga diri untuk buat Umrah. Jalan terdengkot-dengkot. Kalau pakai kasut Crocs yang dibanggakan sangat tu tak rasa sakit sebab tutup semua and tak kena tempat sakit. Nak buat umrah kenalah pakai selipar. Lagipun pergi ke Masjid memang pakai selipar 10 Riyal je. Pakai Crocs tak muat sarung kasut nak simpan and kalau hilang, haru-biru!!! Aku tetap pakai selipar Bata rm29.90 .... alhamdulillah tak hilang. Memang kat rak tu ditinggalkan, kat situ jugalah letaknya. Kalau tak pun terjatuh ke bawah sahaja. Selalu kami letak kasut di rak 202 di dataran Kaabah. Kalau penuh, maybe ke 203 or 204 (kenangan ni, mesti tulis!!!)

Malam ni jadi pergi Gua Hiraq. Berbaloi beli kasut 10Riyal untuk panjat bukit. Kami berdua sahaja wakil dari hotel kami. Yang lain macam-macam alasan. Kami join dengan group from Abeer Garden 10 orang dan 2 orang ustaz.

Bertolak dari hotel 10:30pm. Sampai di bawah bukit, tengok dari bawah, betul ke aku nak memanjat bukit ni? SubhanaAllah, memang sayup je tengok ketinggiannya. Then start memanjat bukit 11:20pm. Start panjat je dah memang cerun, mahu 45 darjah camtu. Seorang abang yang badan besar sikit dah surrender awal2. Sambil mendaki, kami berzikir dengan zikir yang diajar oleh mutawwif. Kuatkan hati juga, sedangkan Siti Khadijah umur 55 tahun boleh mendaki untuk jumpa Rasulullah. Dulu lagi la, takde jalan, semua batu-batu. Now ada bahagian yang dah dibuat tangga oleh hamba Allah. Tangga pun, tangga yang cerun. Bila sampai satu step untuk berehat, memang sayup je tengok bawah. Tak nampak kaki bukit. Tapi mutawwif beri semangat, dia kata selepas Rasulullah naik, takde seorang pun yang pernah jatuh dari bukit tu. Lampu memang takde, harapkan satu torchlight and cahaya bulan. Jalan dia ada berbatu pasir, so senang tergelincir. Kena pegang batu-batu di tepi.

Permandangan waktu malam memang cantik. Selepas sampai ke puncak, boleh tengok Masjidil Haram, paling terang antara yang terang. Dah sampai puncak, kena turun bawah sikit untuk sampai ke gua. Kami sampai dalam 12:20am (lebih kurang 1 jam mendaki).Jalan nak ke gua ada batu-batu besar. Kami orang Malaysia bolehlah lepas walaupun terpenyek sana sini tapi orang "Arab" yang group lambat sikit dari kami kena lalu atas sebab they all besar. Kami berwuduk dan dapat bersembahyang sunat di dalam gua itu. Perjuangan Rasulullah untuk menegakkan agama Islam begitu dikagumi dan disanjungi.

Ni jalan dari puncak bukit nak ke gua Hiraq. Tengok tangga tu memang sayup je..


Jalan masuk ke Gua Hiraq. Jalan celah batu-batu tu insyaAllah muat untuk semua orang, kata mutawwif, tapi siapa tak confident, kenalah cari alternative lain. Macam group "Arab" lepas kami, they all jalan dari atas. Kat sini memang gelap, tapi bila snap gambar terang pulak. (Camera canggih ke? Tak jugak). So bolehlah share this experience.


Permandangan dalam Gua Hiraq, selepas melepasi batu-batu besar. Boleh solat untuk 2 orang.


Abang with mutawwif (Ustaz ?? and Ustaz Abdul Rahman)


Kami turun dalam 1 jam jugak. So around 2:30am dah bertolak balik ke hotel. Masa dah sampai ke bawah, baru rasa sakit sana sini. Tapi memang berbaloi!!!!

0 comments: