Tuesday, 9 October 2007

Something to share

JADIKAN ANAK SEBAGAI WINNER

Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. Tips dari Robert D. Ramsey.
  1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.
  2. Berikan anak anda pelukan setiap hari – Anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
  3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.
  4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.
  5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
  6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga – Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu.
  7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
  8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.
  9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya – ada masa2nya mereka akan gundah gulana.
  10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
  11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Anak2 yg datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
  12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali – ada setengah budak kena banyak kali ajar, baru dia faham. Jgn marah sbb kalau marah nanti terbantut proses pembelajaran dia.
  13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
  14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka – jadilah pendengar setia mereka.
  15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
  16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam – biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi mereka.
  17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
  18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
  19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.
  20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. Hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.

"Wahai Tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."
"Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa. ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Tuesday, 2 October 2007

Majlis Berbuka Puasa

Date : 29/9/2007.
Venue : Restoran Ibu Mertuaku, Kundang

Our annual gathering berbuka pose. Kami ni tinggal jer area Selangor, KL tapi nak jumpa memang le payah. So every Ramadhan or raya memang time to jalinkan silaturrahim.

Actually this group start from bapak-bapak. They all berkawan since bujang, sewa rumah bersama. After kahwin, still kamceng. Ibu-ibu and anak-anak secara AUTO bersahabat juga.

Hopefully this relationship sampai ke anak, cucu, cicit ....

Depan restoran