Showing posts with label Birthday Celebration. Show all posts
Showing posts with label Birthday Celebration. Show all posts

Saturday, 17 September 2011

Happy Birthday !!!

17 September 2011.

Genaplah si "mata besar" berusia 10 tahun.

Dulu si Ayah suka baca komik/Manga Jepun. Mak mertua kata pasal tu anak ikut mata kartun Jepun... kebetulan sahaja !!!

Kami dinner/ celebrate @ Secret Recipe. Makan2 dan minum2. Semua orang pilih minuman yang bercoklat/ berlemak krim kecuali ibu.... plain water !!!

Then bought hadiah for Maisarah.

Maisarah pilih !!!

Ibu pulak excited. Tak sabar nak tunggu esok, nak "kerjakan" hadiah Maisarah.

Fridge Magnet.... I LIKE ♥♥♥

Thursday, 21 July 2011

Happy Birthday !!!

21 July 2011, Genaplah umur hubby ke 3* tahun. Belum tukar angka 40 tapi bak kata lirik lagu Wali Band, Tobat Maksiat ....

♫♫ Ingat mati, ingat sakit
♫♫ Ingatlah saat kau sulit
♫♫ Ingat ingat hidup cuman satu kali ...

Tiada acara tiup-tiup lilin semenjak tahu buat itu HARAM (sila rujuk di SINI). Tapi sepatutnya kek wajib ada. Camne pun takde kek di majlis ini. Makanan pun dah banyak jenis, jangan membazir ... hehehe.

Juadah berbuka puasa untuk birthday boy dan makan malam untuk kami.

Saya masak bubur kacang sahaja. Itu kegemaran birthday boy. Lauk lain "angkut" from rumah PAMA. Setiap hari Khamis memang saya tak masak sebab ambil "package" lunch & dinner from rumah PAMA.

Banyak juadah tapi birthday boy teruja dengan Sambal Tempoyak itu !!!

Birthday Card from staff pompuan :-)

Happy Birthday Abang ... semoga happy selalu, murah rezeki, dipermudahkan segala urusan & menjadi Hamba Allah yang dirahmati olehNya.

Friday, 4 March 2011

Happy Birthday Twins

3rd Mar 2011

Dah 8 tahun berlalu. Masih teringat keletihan + keseronokan mengandung, melahirkan & menjaga mereka. Dah makin besar, besar pulak demand for present. Nabihah nak make-up set and Nabilah nak rollerblades. Disaat-saat hari "bahagia" mereka + hari dorang demanding for present, AYAH OUTSTATION ..... Grrrrr.... lotih dah ibu beri 1001 alasan untuk tunggu hadiah-hadiah tu coz Jusco & Parkson kat Bukit Beruang ni takde hadiah2 tu!!!

Apa-apa pun kek MUST ada.

The twins. Muka baru balik dari sekolah without make-up.... hehehe. Apa-apa pun, tengoklah GIGI mereka. 
Maintain same!!! Twins le katakan.
Tersengih sepanjang masa.

Celebrate birthday di rumah datuk & nenek. Hari Khamis memang lunch di sini. Then aku akan bawa all the kids to our house termasuk Jade coz Jade join the twins mengaji di rumah jiran kami. Our kids mengaji hari Selasa - Jumaat but Jade join hari Khamis & Jumaat. 

Jade, Nabilah, Nabihah, Maisarah. Terseksi pulak tengok Maisarah. 
Dia dah get ready untuk pergi sekolah agama.


Malam pulak datuk calling2 coz my ibu tak sihat. Kak Ina & me datang after Maghrib then barulah my brother datang. Apalagi CALLING, CALLING 1-300-88-2525 ... We ordered 2 large pizzas, Hawaiian Chicken & Thailand Seafood. Harganya ~RM44.
(If order 1 large  ~RM32, If order 1 large + 1 medium, harga boleh cecah ~RM52. Memang untung order 2 large pizzas terus.).

Tengok tu tangan siapa yang tak sabau2 nak makan pizza?? AIMAN tak kisah !!!

Hadiah?? Hadiah?? !!!!@###@%%$*** Kacau!!

*Pizza boleh dihantar masuk sampai ke kampung, rumah tanpa nombor & tanpa pagar. Kena beri instruction, you nak ikut jalan masuk dari kubur / depan sekolah??

Tuesday, 21 April 2009

Happy Birthday to Abang Long

Today birthday Abang Long yang ke 40. Dah tua dah!!! Satu-satunya adik-beradik lelaki dalam family aku. Minggu lepas aku pinjam duit dari Abang Long, bukan Along tau!! Pinjam 9k untuk buat bisnes. Alhamdulillah dia dengan rela hati beri pinjam. Katanya adik nak pinjam, takkan along tak nak tolong ..... syahdu aku dengar ulasan dari babah. Aku ni pun satu, macam tahu2 pulak dia dapat dividen bank rakyat. Kakak2 aku ada yang jeles la tu ..... Janji nak bayar dalam masa 2 bulan tapi kalau extend, bolehkan??? dan pasti rumah tak kena simbah dengan cat merah sebab aku bukan pinjam dari "Kami bukan Along, tapi kami mahu Tolong" .... hehehe. Ngumpat sikit pasal Abang Long. Dia ni kategori simple tapi berduit. Tapi mungkin ada yang pikir dia kedekut termasuklah kami adik-beradik anggap dia camtu. Teringat masa dia di MCKK / KPP, setiap kali balik kampung mesti pakai T-Shirt merah buruk yand ada tulis Hollywood. Dan sebab dia anak sulung, jadi dia taklah semewah aku kot. Masa dia kat UK pun jarang dia balik / tak pernah balik. Lainlah aku, spring balik, summer pun balik.... janji duit sendiri!!! Abang Long still pakai kereta proton saga yang entah tahun berapa agaknya, buruk giler!!!. Rasa aku kereta tu adalah kereta pertama dia. Baru-baru ini dia tukar enjin baru. Babah kata "enjin Merc".Kami adik-beradik dan bini dia dah bising2 suruh tukar kereta baru, tapi dia tukar enjin sahaja. Kat Bank Rakyat tu ada parking khas untuk dia, ada satu hari tu pak guard tak kasi masuk sebab katanya parking untuk pegawai je. Abang aku jawab, itu parking saya la . Salah siapa? Yang paling best, dia tak pernah sekali pun pukul anak-anak dia. Ini perkataan yang selalu ibu cakap kat aku... almaklumlah aku ni kategori garang juga. Tapi garang aku dengan mulut sahaja. Segala-galanya simple dalam hidup Abang Long aku.... HAPPY BIRTHDAY ... semoga dimurahkan rezeki...

Tuesday, 3 March 2009

Happy 6th Birthday to Nabihah dan Nabilah

3/3/2009 - Genaplah usia 6 tahun kembar kami. Dari bulan lepas asyik bercerita pasal birthday they all. Pagi tadi bawa kek dan party pack untuk kengkawan they all kat sekolah. Sorry girls ... ibu dah try nak cari kek High School Musical tapi kek kena order advance 3 - 7 hari. Party pack pun takde HSM, tapi princess pun ok juga kan? Hadiah? Demand sangat pulak ... they all nak roller blade. Kalau beli, kena beli 2 set. Tunggu lah dulu sebab bulan ini gaji ibu unpaid 5 hari.... hehehe .... keselamatan pun kena pikirkan juga. Nampak macam bahaya je roller blade tu. Dulu masa ibu muda, ada juga beli roller blade tapi sampai now tak pandai and entah ke mana pergi roller blade tu. Teringat masa they all ini dilahirkan. Dah la tak cukup bulan, then kena tahan kat hospital. Nabihah kena seminggu, Nabilah kena 2 minggu. Bill hospital ~RM13k . Terima kasih sesangat kepada company ayah masa tu kerana tanggung 100% kos hospital. http://teratakhami.blogspot.com/2007/09/permata-hatiku.html

Wednesday, 7 January 2009

Imran 2 years - Happy Birthday

Tuesday (6/1/2009) bersamaan 9 Muharram 1430 Aku memang set alarm pukul 5:30am tapi today aku terjaga pukul 5:17am. Aku terus terpikir pasal Imran yang dah 2 tahun today. Dia lahir pukul 5:14am pada 6/1/2007. Mungkin naluri aku yang buatkan aku terjaga awal. Sebelum tu aku dah terjaga pukul 1:30 am, buatkan susu untuk Imran. Walaupun kami berbual, buka lampu, kakak-kakak buat bising masa bersiap untuk ke sekolah tapi Imran tetap tidur dengan lena. Ayah dah cium-cium Imran, dia buka mata, senyum then sambung tidur. Anyway, semalam sebelum tidur, kakak-kakak sempat menyanyi Happy Birthday to Imran. Dia pun menari, menyanyi dan tepuk tangan bersama. Penat sangat bermain :) Kami celebrate di rumah sahaja dengan kek dan KFC. Ayah belikan birthday boy BOLA. Senang je nak pilih permainan untuk Imran sebab dia memang suka main bola.

Wednesday, 19 November 2008

Happy Birthday to ME

Hari ini (19 November)hari lahir aku yang ke 33. Aku sambut birthday pada hari ini bersama ex-STFian (Sherliza - same batch) dan ADUN Lembah Pantai, Nurul Izzah. Happy Birthday semua ...
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes
Happy Anniversary to Kak Hanizah. Every year this makcik tak pernah lupa nak wish Happy Birthday kat aku. This year, walaupun aku dah pindah company lain, dia dah beri advance wish coz today dia bercuti. Husband dah beri present malam tadi ... jeng.. jeng .. jeng .. Seutas jam tangan. Thanks a lot ... Dah lama aku tak ber"jam". Jam GUESS aku (old design dari Form 5) dah rosak and dah tak boleh diperbaiki. Jam yang husband beri still tak pendekkan tali, buka harga etc, just in case aku tak berkenan. Berkenan tu memang berkenan tapi aku tetap nak tengok other design yang menarik kalau ada. So jam tu aku tak boleh pakai lagi.

Wednesday, 17 September 2008

Happy Birthday Maisarah

Dah lama tak update blog. Today Maisarah's birthday (17 September 2008 ) yang ke 7. Dari awal bulan dia asyik mengira hari sahaja. Maisarah plan nak suruh ibu buat birthday party untuk dia tapi sebab bulan puasa and kebetulan hari ini public holiday for Nuzul Quran, so maybe esok bawa goodies bag for friends sahaja. Dah setengah bulan umat islam berpuasa. As for Maisarah, so far dia dah ponteng 3 hari. Not bad compare dengan last year yang hanya puasa beberapa hari sahaja. Bangun sahur pun dia takde masalah. Kejut 2-3 kali sahaja dah celik mata. So selalunya bila ibu balik kerja, dia akan melepek depan TV. Adik-adik yang tak puasa enjoy main dengan friends di luar. Ayah busy dengan kerja so memang jarang kami dapat berbuka bersama kecuali hujung minggu. Ayah selalu balik lewat, waktu bersahur sahaja masa untuk berborak. Selalunya Maisarahlah yang banyak bercerita di waktu pagi.

Thursday, 24 July 2008

Birthday Hubby ke xx on 21/7/2008

Birthday hubby 2 days after birthday Adam. Dari awal dah promise nak beri hadiah to hubby, nak beri jam coz jam hubby dah hilang. Hubby dah ada target jam, nak ada digital & analog, so pergi survey kat Jusco Melaka. Budget ciput & for jenama yang hubby nak, among budget ciput memang tak banyak choice. So tak jadi beli. Balik from kampung singgah ke Mid Valley coz during hubby outsation, kereta hubby tinggalkan kat office for sevice. Office hubby dalam Mid Valley. I pakai T-shirt yang lusuh, anak2 pakai baju tidur, hubby dengan short pants masuk Mid Valley nak survey jam. Plan tiba2. Cakap dengan hubby, macam bangla! Hubby kata kalau bangla masuk Mid Valley terlebih smart. Apa2 la janji dapat juga jam yang diidamkan ...

Monday, 21 July 2008

Birthday Adam 9 tahun

19/7/2008 - Birthday Adam yang ke 9. Celebrate di Melaka bersama sepupu2 tersayang ... ahak! Kak Yaty beli cake chocolate untuk Adam. Plan nak join celebrate birthday hubby tapi bila tengok cake & belon decoration, tak sesuai pulak "orang tua" join sama.


Birthday boy senyum kambing. Malu nak tunjuk takde gigi depan.
 
Atlast nampak juga ...
 
Adam boleh duduk sekejap sahaja untuk blow candles. Then continue playing with cousins. Pening kepala datuk & nenek.
 
Aiman & Daniel .... kembar tak seiras. They all ni lahir beza sebulan tapi badan jauh berbeza.

Saturday, 15 December 2007

Birthday Celebration

After hari raya, dapat invitation for birthday pulak. Birthday Dina(anak abang kamal) & Danish(classmate Sarah @ Q-Dees) celebrate on the same day tapi rumah lain-lain. Abang Kamal paksa kami datang untuk memeriahkan the party. Actually tanpa dipaksa pun kami akan datang. Family Kak Ina & kami sekeluarga sahaja yang dijemput.

My kids with friends.
Birthday girl tengah buka present from my kids
Birthday Cake ... Blossom
 
Eat time. KFC .... mulut Nabilah sampai kembong

Sunday, 25 November 2007

32th Birthday

Happy Birthday To Ibu. Birthday celebration delayed coz hubby baru balik outstation.

Birthday present from Sarah. After makan2 di Secret Recipe, Sarah informed dia nak beli present for me. Dia nak beli flower tapi I cakap taknak. Then I lepak at MPH.

After a few minutes, Sarah jerit from outside MPH " ibu size apa?". I thought she planned to buy baju, so I said " saiz 40". Then she come again & bring to kedai jual silver accessories. I pilih je but masa I tengah pilih, Sarah cakap " kalau ibu taknak, beri kat kakak". Rupanya ikut taste dia. Later, ayah yang kena bayar.

Ibu & Maisarah
 
Twins lepas geram ke?
 
Imran leka tengok kakak-kakaknya
 

Thursday, 23 August 2007

35th Birthday boy

Celebrate at Japanese Restaurant at Shah Alam.
Birthday boy