Jam tangan menunjukkan pukul 4:50am hari Ahad (19Jul). Sepatutnya aku dah berada di dalam flight MH095 dan sepatutnya sudah ~3 jam meninggalkan Los Angeles. Kenapa aku masih menulis blog? Jeng .... jeng .... jeng ....
Flight United Airlines dari Phoenix dah sampai LA pukul 10pm tadi di Terminal 8. Aku terpaksa membawa 3 bags yang aku ceritakan tadi. Memang satu bag tu berat sungguh, rasa nak tercabut bahu. Kat terminal ni kalau nak guna trolley kena bayar 4USD. Dah tu aku akan keluar dari terminal ni and akan pergi ke Tom Bradley International Airport (TBIA) dengan shuttle bus. Trolley memang tak boleh bawa so buat rugi je kalau aku bayar trolley. Jauh juga aku berjalan dengan 3 bags tu utk pergi ke tempat bus.
Di TBIA nasib baik boleh check-in lagi and of course bag paling berat aku masukkan dulu. Kalau tak boleh, memang mati aku. Aku kira untung sebab 2 bags check-in boleh sampai 46kg (kat US boleh check-in 23kg sahaja and maksimum bag 2 sahaja. They all very strict even terlebih 1 kg pun). Bag aku hanya dalam 11 kg. "Orang kaunter" tu tanya nak check-in semua bag ke? Tapi sebab 1 bag ada laptop and lagi satu bag aku simpan duit, handphone, kamera etc, so tak payahlah.
Flight to Malaysia pukul 1:40am. Pukul 12:45am dah kena board tapi pukul 1:00am "batang hidung" kapal terbang pun tak nampak. Ramai dah gelisah, bertanya kat kaunter. Atlast pukul 2:00am camtu kami diberitahu flight ada technical problem and tak tahu delay sampai bila. Yang nak balik ke Taiwan kena tukar flight naik China Airlines yang schedule pukul 3pm esok. Yang ke Malaysia, they all akan arrangekan. Semua orang dikumpulkan ke Hilton Hotel.
Hilton .... here I come, *suka!!!!. Berduyun-duyun la kami menuju ke Hilton naik shuttle bus. Dah pagikan, tunggu bas pun lama. Nak check-in pun lama and kena beratur panjang. Kesian juga pada orang yang ada anak kecil. Aku berkenalan dengan satu family (keluarga Embassy) masa on the way ke hotel. They all nak balik terus ke Malaysia after husband selesai kerja di Embassy Mexico. Best jadi orang embassy, asyik tinggal kat oversea je, but itu yang aku rasa tapi for the mum, dah bosan!!! And the mum very friendly and caring terlebih-lebih pulak kat aku.
Aku dapat satu bilik seorang di Hilton .... dapat merasa tidur di Hilton. We all dapat coupon for meals walaupun dah pukul 3:30am. Aku ambil air and cake then the mum beri instant noodles and aku makan sebelum tidur. Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Semua berlaku secara kebetulankan:
(1) Last week aku request to travel agency, nak tukar flight from Phoenix ke LA pagi sebab aku nak jalan2 di LA. Tapi setiap pertukaran domestic flight ke charge 150USD. Aku terpaksa cancel tapi today dapat juga aku stay kat LA and tidur kat Hilton pulak tu.
(2) Bag aku yang 2nd berat dapat check-in di LA. Kalau tidak jenuh nak angkut berjalan ke hotel. And bagai dirancang, aku tak setuju nak check-in semua bag. Kalau tak, sehelai sepinggang bersama passport sahaja.
(3) Masa check-in di LA, aku sempat ambil satu seluar untuk dibawa sebagai hand luggage. Aku fikir nak tukar seluar biasa je dalam flight, selesa untuk perjalanan 18jam. Aku tak pernah buat / fikir macam ni before this. Jadi ada lah benda nak ditukarnya. Lucky sebab dalam bag laptop, aku sumbat sehelai "seluar kecik" dan baju T-shirt lengan panjang yang sangat nipis. Berguna juga untuk dibawa sembahyang.
(4) Tersilap sebab telekung aku masukkan dalam bag yang check-in di LA. Tapi dengan izin Allah, aku teralihkan kompas untuk kiblat ke bag laptop (selalunya dalam bag sembahyang).
ONLINE dari LAX lounge - 3:40pm (19 July)
Aku dah berada di tempat exclusive ni. Dah macam "orang gila" kesana kemari tadi. Nasib baik ramai-ramai. Imagine 1 kapal terbang tak dapat flight. Untuk ke Taiwan, semuanya dah selamat. Yang nak ke Malaysia dah terpisah. Group yang masih di Hilton and group kami di airport. Ni semua communication error la .... Group kami ni ada dalam 13 orang sahaja. Apa lagi gunakan segala keistimewaan di sini. Kami sentiasa diberi latest info for our flight. Latest info, insyaAllah our flight will be at 11:10pm tonight dengan Thai Airlines. Sampai di Thai hari Selasa (delay 1 day) pukul 6:40am and have to "tersadaikan" diri di Bangkok selama ~9 jam untuk dapatkan Bussiness Class ke Malaysia dengan Thai Airlines.
Doakan aku selamat sampai ke Malaysia.