Showing posts with label Medan - Dec'11. Show all posts
Showing posts with label Medan - Dec'11. Show all posts

Friday, 23 December 2011

Medan - Day 4

** Sambungan N3 Medan & maybe last N3.

The last day, hujan le pulak. Today kami dah start naik 2 van dan 1 van lagi dikhaskan untuk angkut beg2 besar kami, akan direct ke airport.

Memula nak pergi Istana Maimon tapi the Girls power request nak pergi lagi Pasar Ikan. Sebab hujan, hanya orang2 yang TAK cukup bershopping sahaja yang pergi termasuk SAYA. Yang lain tunggu dalam van.

Di Pasar Ikan saya beli telekung dan kain pelekat untuk keluarga mertua sebab keluarga saya semua dah dtg sama...hehehe... SAVE !!!!

Kami ke Medan Mall. Ni tempat khas untuk the kids pulak. Cuaca pun hujan, so jalan2 dalam Mall sahaja.

Dah namanya pompuan, asyik carik accessories sahaja ler... The kids beli rantai silver.

Sejuk2, hujan2 masih boleh lagi dorang makan eskrem. Saya rasa skit je. Kang kalau SINUS dah menyerang dan saya akan bersin, bersin sepanjang masa. Mungkin boleh "bergegar" Medan Mall ini

Hubby baru teringat yang dia takde beli apa2 untuk diri sendiri.... so dia beli baju sukan ... Oppss, saya dah "kunci" mulut dari mengata. Kami tunggu lama di kedai itu :( lelaki kalau shopping ....... setuju??

Kami lunch di restoran ala-ala masakan minang ..... sedap, sedap!!! Style makan kat sini, dorang akan kluarkan semua lauk-pauk dalam bekas kecil. Pulangkan kalau takmo. Kang tak pasal2 kena bayar walaupun tak cuit pun.

Shopping last-minutes. Masih ada yang menunggu di luar restoran. Saya beli bags lagi tapi lain pesen, janji BATIK .... memang suka bags ♥

OTW to airport, banyak lalu bangunan2 sejarah kat area Medan. Peninggalan zaman Belanda.

Kami kena beri tips pada driver van, Pak Adam dan orang2 yang tolong angkat beg. So jangan lupa tinggalkan Rupiah untuk TIPS. Juga untuk airport tax RM30/orang.

Melepak before Imigresen check.

*** Saya habiskan Rupiah saya di Airport. Saya hanya bawak RM400 dan banyak jugak hubby tanggung ♥.

Antara souvenier yang saya beli ♥

Jajan yang MESTI beli adalah BIKA AMBON dan LAPIS LEGIT. BIKA AMBON macam kek span basah. Suka tengok dalamnya yang unik. Lapis legit pulak macam kek lapis Sarawak tu. Di airport pun ada jual. Harga Bika Ambon yang saya beli 60k Rupiah tapi kat airport boleh dapat 40k Rupiah.

Lapis Legit

Dalam flight, Imran tak tidur .... baru ler dia dapat merasa flight terbang, tengok awan di bawah dan merasa flight mendarat. Jakuns sekejap anak ku ini :-)

Bye-bye MEDAN.

Inilah kisah saya yang pertama kali ke Indonesia. Entah bila lagi dapat naik kapal terbang? Next year family plan nak ke "somewhere". Saya terpaksa diamkan diri. Diam2 untuk beberapa tahun maybe :-)

Thursday, 22 December 2011

"Pecah Telur" @ Brastagi - Day 3

Brastagi ni ala-ala Cameron Highlands. Dingin sangat. Pepagi lagi kami dah check out untuk ke bandar Brastagi.

"Pecah telur" sana, "pecah telur" sini ...... "Pecah Telur" ??

Early in the morning lagi kami dah start bershopping. Kedai pun ada yang baru bukak. Tu pasal kami asyik cakap "pecah telur" masa nak mintak harga murah & penjual pun cakap "pecah telur" bila suruh kami membeli.

Kat Brastagi ni banyak jual buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Pisang kaki murah bangat. Sekilo 10000 Rupiah (=RM3.5 ).

Pisang kaki

Buah-buahan macam markisa, pisang kaki etc sangat manis dan fresh. Sayur pun fresh.

Tomato

Bunga-bunga pun banyak .... geram je tengok

Posing "pecah telur" di pagi hari. Ayoyo ... nampak perut ku !!

Kraftangan pun banyak. Barang kraftangan boleh beli kat sini sebab kat Pasar Ikan@Medan macam kureng jumpa le pulak.

The kids naik kuda. While ibu bz with shopping.

Kuda adalah haiwan yang kuat dan tahan lasak. Tak kira berapa berat pelanggan, semua "diangkut"nya. Mungkin secara terpaksa :(

Abg Long, Abg Ijan dan Aiman di depan ... all the "fatty" .. jgn mare ;-)

So ni barang-barang yang saya dah "Pecah Telur" @ "Pecah Rupiah"...

Beg dari patchwork batik. Saya suka sebab UNIK. Beli 3 sahaja (untuk ME, mak mertua dan isteri boss hubby). Rugi tak beli banyak sbb nampak cantik pulak. 3 bags untuk 100,000 Rupiah (RM35).

Selipar untuk dalam pantang ... hehehe. Actually sepasang tu nak kasi boss hubby. Tapi macam tak sampai hati pulak nak kasi, boleh??

Of course .... FM

Kami menuju ke Medan. Ni ambil masa "kurang lebih" 3 jam .... bila sampai Medan, mulalah terasa "sesaknya" dengan kenderaaan dan orang.

Kami dibawa ke 1 kedai ni. Maybe tour guide akan dapat komisen kot kalau bawak customer. Kedai ni jual telekung tapi kami tak berminat nak beli. Kat kepala kami dah ingat nak ke Pasar Ikan sahaja.

PASAR IKAN, here we COME. No ikan2 ok !!

Kat sini ada banyak kedai2. Kami rambang mata tengok telekung, kain ela, kain batik, kain pelekat etc .... kraftangan saya tak carik sebab kain2 telekung yang bergantung2 dah buat kami fenings....

Telekung sulam penuh antara 200k~250k Rupiah ( RM70~) ... mahal lagi pun ADA. Yang biasa2, dah cantik bersulam pun dalam RM35 shj.

Mdm Principal dan Ardilla fenings nak pilih telekung.

Joke of the day : Sibuk dorang carik telekung yang ringan. Telekung ringan ke berat ke, yang penting amalannya :-)

** Next N3 saya share apa yg saya beli di Pasar Ikan ye :-)

Hujan renyai-renyai tapi jangan risau coz kedai2 kat PASAR IKAN ada bumbung. Penjual2 jalanan ramai yang "follow", jual hanger tudung, key-chain etc ... tapi kalau taknak, cakap skali je / takyah bersuara terus!!! Makin bersuara cakap "TakNak" ke "Dah ada" ke, makin galak dorang promote. Kalau boleh jangan ada eye contact pun. Ni pengalaman saya yang shopping dalam kumpulan la. Kalau dah sorang berhenti nak tengok telekung ke, yang lain tu mesti kena "follow" dengan penjual jalanan.

Masa dah time coz kami terpaksa check-in ke hotel untuk lunch. Kami tinggal di Deli River Hotel. Jauh 12 km dari bandar dan sangat peaceful. Kalau 1 family je maybe saya tak tinggal di sini kot. Sebab macam takde orang lain check-in (ke mungkin dah fully-booked oleh kami ??)

Imran start muntah2 .... kesian si kecil ni mabuk. Dah ajar petua MAKAN ku kalau mabuk tapi tak jalan :-)

Lunch di bilik sahaja. Masakan memang SEDAP.

Ulam dan sambal cili merah ... marvellous !!!

ON YOUR MARK

GET SET

GO !!!! Yeah, si "tua" try test mainan tu punye safety.

Ramai yang menolong angkat barang ... jangan lupa TIPS nya ye buk :-)

Azan pun boleh dengar. Hubby kluar sembahyang Subuh dan disuruh jadik Imam di masjid berdekatan. Pada mulanya bimbang jugak saya. Yelah kat tempat orang kan.

Selama 3 hari 3 malam the kids merengek, akhirnya di Deli River Hotel ni dorang dapat LEPAS GERAM kat swimming pool.

Kena pakai swimming-suit dan kami sewa. Seorang 6000 Rupiah (RM 2.1 ) ... eh, eh baru ku perasan, murah bangat !!!!

Dah malam, gereja berdekatan dok pasang lagu. Adoi nasib baik tak dapat "menembusi" tidur ku.

OTW to Brastagi - Day 2

Dapat bas besar so dapat le saya duduk seorang di 2 seats. Banyak lagi seat kosong. Nak ke Brastagi kena naik turun gunung-ganang lagik. Driver pulak bawak laju.

Saya mula mabuk. Alhamdulillah cepat recovered. Petua saya senang sahaja kalau mabuk. Makan, makan, makan..... sepanjang mengandung & tak mengandung memang saya ikut petua ni sahaja. Kalau rasa mabuk, makan sampai ~2, 3 kali sendawa, then insyaAllah hilang mabuk. Orang yang mengandung boleh try test petua yang takle pakai ni :-)

Cuaca mula dingin. Kami stopped kat Simarjarunjung ......

Imran yang TAK mo pakai jacket.

Kat sini ada minuman TEH BANDREK... untuk kasi tenaga, badan panas, awet muda dan jugak untuk kesihatan. Saya TAK brani nak try tapi hubby try :p

Habislah .... lepas minum PASTI banyak angin kluar :-)

Bahan2 untuk TEH BANDREK

Kami minum teh biasa sahaja bersama pisang goreng. Sejuk2 gini memang berselera.

Notty face ♥

Minum teh biasa + pisang goreng untuk ~10 orang pun dah 182k Rupiah ( RM63 ). Tu tak termasuk TEH BANDREK. Anyway .... datuk bayar ♥

Tempat MUST go adalah SIPISO-PISO waterfall. Kami sampai dah nak gelap tapi sempat jugak bergambar. Dinamakan SIPISO-PISO kerana katanya airnya setajam pisau/piso.

Macam Niagara Falls ... hehe, macam le aku pernah pergi Niagara itu :-)

Boleh nampak Danau Toba yang entah belah Utara? selatan? timur? barat?

Family pic yang bergegar skit

Susah betul nak ambil gambar dengan si kenit ni.

The twins :-) Entah apa2 pesen agaknya.

Pinjam kata2 anak sedaraku "Sumpah sejuk !!!" Memang sejuk dengan angin yang menyapa ke pipi.

Sampai Brastagi already dinner time. Check in di Mikie Holiday Resort .... alahai, cantiknya hotel. Decoration untuk Krismas, so bercahaya sana-sini. Bilik pun santekkk ......

Ada budak yang tak sabar nak terjah katil.

TAPI

Spoilt betul pepagi buta coz dalam kul 5am takde air. Dah le makcik nak "terkenc ....". Istinjak! Istinjak!!! Nasib baik air ada semula sebelum habis Subuh at 6:20am gitu.

Sekitar Mikie Hotel

Baju saya sama tema

Swimming pool yang buat the kids "meleleh" je tengok. Sejuk wooo...

Imran dan datuk

Saya ni memang pantang nampak bunga cantik2 gini.

Suka aksi melompat Hana & Imran.

The kids.

Aksi melompat jugak. "Budget" cute sangat la tu :-)

Next N3 di Brastagi ♥