"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."
Monday, 23 November 2009
Cuti sekolah bermula
Friday, 20 November 2009
19 November 2009
- walaupun tertinggal van (kenalah jalan kaki and masuk lambat ke kelas),
- walaupun ada sekali dua beg sekolah tertinggal (ibu terpaksa bergegas balik dari PJ to Sg Buloh) dan
- walaupun ibu selalu terlupa bawa kain sekolah Maisarah, apalagi pinjam kain sekolah anak jiran la. Nasib baik ada jiran yg baik hati and ada anak yang sama saiz. (1) Maisarah dapat hadiah (2) Maisarah with her best friend, Syabiha. Syabiha pun dapat Anugerah Kehadiran Penuh dan No 1 dalam kelas.
Aku pergi ke sekolah awal, excited nak tengok penyampaian hadiah. Nak tunggu Maisarah dpt hadiah lama sangat. Aku sempat balik rumah 2 kali, basuh and sidai baju.
(2) Hanizah dapat 5A
Anak saudara ke-3, anak abang long dapat 5A. Anak sulung and menjadi harapan dan contoh untuk adik-adiknya.
(3) Hadiah birthday???
Hubby belanja dinner di SU je. Tempat pilihan kami, Kedai Kopi Labu-Labi. Tapi sebab ramai sangat orang (masing-masing celebrate UPSR kot), so kami pun berpindah ke De Melody Cafe.
Pokok ni "hadiah birthday" dari Makcik Rubiah (jiran next few doors). Lepas balik dari majlis penyampaian hadiah, dengan still ayu berbaju kurung, aku angkut pokok besar ni dari rumah Makcik Rubiah. Tapi bukan seorang, NAK MATI, berat woo!!! Aku, Makcik Rubiah dan Kak Sal (babysitter) tolak guna trolley ke rumah. Sambil tu diiringi dengan kanak-kanak. Kecoh and meriah sepanjang jalan. Kak Sal tolong tanamkan pokok ni di laman rumah aku. Then habis laman rumah aku dibersihkan oleh Kak Sal dengan pasu-pasu disusun semula. Almaklumlah, aku ni suka tanam sana, tanam sini dan sampai tak terjaga.
Ni statement Nabilah “Sukalah ibu sebab rumah ibu dah jadi hutan” …. Yes, aku suka kalau ada laman yang penuh kehijauan.
(4) Pergi ke library.
Dari malam Rabu dah janji dengan anak2 nak bawa gie library. Kononnya nanti dah cuti sekolah, ramai yg pinjam buku and takut tinggal buku yang tak best je …. Tamak!!
Penat mengangkut pasu dan bersihkan laman tak habis lagi, layan juga la anak-anak. So dapatlah pinjam 9 buah buku (seorang 3 buah). Semoga cuti sekolah dorang terisi dengan membaca tanpa peningkan kepala Kak Sal (babysitter).
Tuesday, 17 November 2009
Selera yang sama
Saturday, 14 November 2009
Customer from oversea
Minggu ni ada buat penghantaran One Drop Perfumes jauh sikit ... over the sea!!! Hahaha ... takde jauh sangat, Brunei sahaja. First time hantar "oversea" so teruja sesangat. Selama ni paling jauh pun ke Sabah & Sarawak and ada juga customer from Singapore, tapi tu pun hantar setakat ke JB.
Thank you to Farynnah .... ada rezeki boleh kita berurusan lagi!!!
* Berniaga ni sometimes boleh release tension ku !!!!
Friday, 13 November 2009
New Product
Kenapa aku nak try produk ni??
Ada 1 malam tu, Imran tengah baring sambil minum susu & gentel bantal busuk. Aku pun baringlah sebelah dia. Terdengar dia cakap something berulang-ulang. Mula-mula aku tak peduli sebab tak dengar jelas pun. Cakap sambil botol susu kat mulut. Tapi sebab dia dah cakap berulang-ulang, nak tak nak kena layan jugak. Aku tanya sekali apa yang dia cakap, TAK JELAS! 2nd time tanya, DAH JELAS SIKIT-SIKIT!. 3rd time tanya, memang CLEAR dengar. ??? Nak tahu apa Imran cakap ??? "Siapa yang gemuk ni??" sambil tersengih-sengih Terguris hati keibuan ku ini ...
Sedap makan Jusmate5 ni sebab ianya mengenyangkan. Kalau bukan yang jenis "pelahap" makan (mcm aku ... hehehe), insyaAllah ambil Jusmate5 ni cukup untuk gantikan dinner ke.
Sunroof stuck
Setiap pagi Sunroof kereta akan dibuka sebab twins akan keluarkan kepala they all sampai le ke Q-Dees. This morning lepas dah turunkan they all, aku tutup sunroof tu tapi bila dah tutup sekerat, ditolak semula sampai terbuka luas.
Hujan dah mula turun renyai-renyai. Memang kena hantar workshop juga kalau tidak, kat mana pulak aku nak simpan kereta?? Kat rumah?? Porch rumah aku tak muat agaknya nak masukkan badan kereta. Kalau hujan, air masuk juga.
Aku pecutkan kereta ke Shah Alam. Shah Alam tu dah le jam. Nasib baik hujan tak lebat. Sampai kat workshop, terus parking dalam. Seorang pun takde lagi sebab workshop buka kul 9am ... melepak le aku kat situ.
Dalam kul 9am, ada seorang mekanik. Dia menggodeh and tak sampai 10 minutes, dah settle. Rupa-rupanya hujung sunroof tu mcm terkeluar sikit, tu yang ditolak semula bila try tutup. Ni mesti tangan gatal Nabilah sebab dia selalu berdiri kat side tu.
Motivasi Diri
1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.

2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.

3.Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.

4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.

5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.

6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.

7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya.

8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula.

9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan.

10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.

11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.

12. Mandi setiap hari... jangan malas mandi tau !

13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.

14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.

15. Lakukan kerja seikhlas hati.

16. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada tuhan
.
Internet Problem
Wednesday, 11 November 2009
Q-Dees Concert 2009

Thank you to the Teachers

















