Showing posts with label Dapur Hami. Show all posts
Showing posts with label Dapur Hami. Show all posts

Thursday, 16 August 2012

Puding Karamel

MOOD RAYA ♥♥♥


Bila anak-anak dara dok kat dapur, lagi kecoh dari ayam bertelur tau!!! Dorang tengok Mak Ngah buat puding karamel kat rumah nenek, lepas tu nak ajar ibu, atlast ibu sempat jengah kejap2 jer sebab Luqman susah nak lelapkan mata. Mana taknya, kakak2 memekak kat dapur.

Maisarah (kakak "kepoh") sedang menggoreng gula
Ramai yang interprem. Sorang tu Jade, anak sedara.
Tunggu GULA digoreng berlatar belakang DAPUR MERAH ku ♥

Memasukkan gula dalam bekas plastik. Dapat le dlm 17 bekas jer.
Rasanya SEDAP !!! Lagi sedap makan sejuk-sejuk.


Puding Karamel ( 1 adunan)

5 biji telur *
1 tin susu pekat *
1 sudu besar tepung jagung *
2 cawan air *
1 sudu kecil esen vanila *
Gula (agak2 1/2 cawan) - digoreng

Cara :
1.  Masukkan satu-persatu bahan yang bertanda *. (Saya kurangkan susu pekat dan lebihkan tepung jagung).
2. Tekstur adunan adalah CAIR. Biarkan adunan sementara nak menggoreng gula.
3. Goreng gula sampai cair dan warna keperangan. Macam gula hangus.
4. Masukkan gula hangus tadi dalam loyang. Agak-agak dapat menutupi permukaan loyang. Jangan banyak sangat, nanti manis. Gula tu akan kejap jer beku kat permukaan loyang tu.
5. Kemudian masukkan adunan *.
6. Kukus dalam 30 minit/ sampai masak. Cucuk dgn garpu untuk test masak/tidak.
7. Sejukkan semalaman. Klu tak sabar, boleh je makan.

Harap2 takde bahan yang tertinggal dalam resepi di atas :-)

Saturday, 17 September 2011

Apam Snow White

Dapat resepi ni dari blog ChikNa. ChikNa pun dah lama tak update blog ye :-)

Resepi yang ringkas untuk minum petang. Tapi pastikan ada NASI!!! Hari ni saya masak nasi lebih, semata-mata nak try resepi Apam Show White ini.

~~ Sedap dan lembut ~~

Resepinya :
3 cwn tepung beras
1 cwn tepung gandum
1 1/2 cwn gula pasir
1 paket mauripan
2 cwn nasi
3 cwn air
Kelapa parut putih + gaul ngan sdkt garam (Jika suka - untuk makan bersama Apam)

Cara:
- Masukkan semua bhn di atas kecuali nasi dan air ke dlm bekas, gaul rata dan ketepikan sebentar.
- Kisar nasi dengan air sehingga betul2 hancur.
- Masukkan campuran kisaran nasi dan air ke dlm bekas tepung tadi, sebatikan
- Perap adunan selama minimum 1/2 jam.
- Tutup bekas adunan dengan kain bersih.
- Panaskan periuk kukus. Sapukan sdkt minyak pada acuan lompang.
- Masukkan bancuhan separas acuan.
- Pada yg nak warna warni boleh la bahagikan adunan tersebut kepada beberapa bahagian ikut berapa warna yg nak buat.
- Kukus 10-15 min, api sederhana.

+++ Selamat Mencuba +++

Tuesday, 16 August 2011

Resepi Laksam @Laksang

Hubby request nak makan laksam and nasi dagang. Dia paksa suruh saya belajar buat. Berbuka puasa memang hubby tak makan nasi. So saya cari resepi Laksam dulu. The resepi sungguh senang (dpt dari My Resepi.com ~Yani). Camne pun saya mintak "kesahihan" / refer resepi pada MIL jugak.

Bahan-bahan - ubah skit dari asal. Boleh 5~6 orang dewasa makan.
(Utk Laksam)
  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 4 cawan air suam
(Utk Kuah)
  • Ikan (direbus dengan asam keping, then buang tulang) - saya guna ikan kembong. Masa beli sekilo Rm6. Sgt murah !!
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam
  • Santan - saya guna 3/4 biji kelapa.
  • Asam keping
  • Sdkt garam
(Ulam)
  • Timun, kacang panjang, taugeh, daun kesum, kobis (dipotong halus)
(Utk Sambal)
  • cili merah
  • belacan
  • garam
  • limau

Cara-cara : (Laksam)
  1. Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak - utk mengelak dari melekat. Ambil sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak. Sekejap je masak, dalam 1~2 minit.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai tepung habis.
(Kuah Laksam)
  1. Kisar bahan tumisan : halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Asingkan.
  2. Kisar isi ikan.
  3. Tumis bahan2 yg telah dikisar. Masukkan isi ikan dan santan. Masak dan selalu kacau sehingga agak pekat.
(Untuk cili / sambal belacan)
  1. Cili merah dan belacan digoreng kemudian tumbuk. (Saya suka goreng dulu sebab senang nak tumbuk. Kalau tak goreng pun takpe)
  2. Tambah sedikit garam. Jika suka, boleh perahkan air limau.
~~ Selamat Menjamu Selera !!! ~~

Hubby and the kids sangat SUKA. Not bad for the 1st try !!!

Thursday, 11 August 2011

Kuih Raya

Saya dah ada 1 jenis kuih raya. Biskut Sarang Semut. Jangan marah ye kalau saya terbuat kuih raya awal. My ibu minta saya tolong buat pada 8 Ramadan, saya jawab "Awal lagi bu....!" .. so lambat skit buat, 9 Ramadan .... ???

3 hari berturut-turut saya ber"kampung" di kampung. Waktu pagi sahaja sebab petang my ibu nak tidur. Biskut Sarang Semut ni memang my ibu punya speciality, so kami adik-beradik akan dapat 2 botol FREE. Jimat duit beli butter, tepung etc. Maybe next week ada sambungan the making of Biskut Sarang Semut lagi.... fuhhh, patah pinggang !!! Orang kampung pun ada order jgk, tu ikut sempatlah nak buatnya. RM15 sebotol = 48 biji ... murah jgk kan? Ni pun my ibu kata boleh untung.

Biskut Sarang Semut tunggu nak dibakar. Masa mula2 buat, "pedih" jgk dengar bebelan ibuku. Ada jer tak kena hasil tangan ku ini...

Orang bekerja memang famous dengan Kuih Raya Tunjuk2 kan? Before this saya pun sama, Kuih Tunjuk2. Belum start Ramadan, list dah penuh. Tunggu nak bayar jer. Tapi this year rasanya nak buat sendiri la. Walau tak sedap / tak glamer kuih raya aku, janji HOMEMADE ASLI.

** Berapa jenis kuih raya korang??

Monday, 8 August 2011

Bihun Singapura

Hubby tak makan nasi time berbuka. Saya pun terikut2 juga tapi bila ada Bubur Lambuk, saya surrender!! Sukanya Bubur Lambuk. Tapi saya tetap akan masak nasi dan lauk-pauk untuk berbuka dan untuk sahur.

Bab masak2 mee memang saya tak reti sgt. Memang jarang sangat masak mee. Tu yang hubby "muncung2" sayang bila takde menu untuk dia berbuka ... hehe. Tapi bukan takde langsung tau !!!

Today masa dia nak pergi kerja, dgn gaya manja saya bertanya

Saya : Laling, today nak makan apa? Nanti saya masakkan untuk laling... (semangat berkobar sebab baru pinjam buku resepi my ibu, 1 Hari 1 Resepi by Chef Hanieliza)

Hubby : Alah masakkan saya Bihun Singapore jer ..

Saya : Huk... apasal jauh sangat? Apasal tak suruh masak Bihun London je?? (Dlm hati, laki aku ni sajer nak perli tau!!)

Hubby : Bukan susah pun. Bihun warna putih letak lada hitam/lada sulah jer ...

La ye ke?? Selama ni dah berkilo2 masuk perut, baru tahu itu Bihun Singapore. Makan je tau!!

Hajat kesampaian ..... dengan penuh kasih sayang.

Rasanya sesangat ok cuma pedas skit. Ni kes terlebih letak lada hitam la. Time berpuasa, bau lada hitam pun sedap tau!!

Saya baru "celik" skit bab memasak ni. Kalau peratikan sesuatu menu tu, bahan2 yang digunakan sometimes biasa2 sahaja tapi mesti ada satu cara/ bahan yang buat masakan itu lain dari yang lain. Contohnya Bihun Singapore la ... bahan utama adalah lada hitam dan tak guna lada.

Saya dan Nabilah sempat pergi Jusco dlm kul 6pm. Nabilah nak beli kek sponge, sambil tu dia teringin Dorayaki. Belilah 4 Dorayaki.

Kena tulis nama masing-masing ......... SEBABNYA ???

Nabihah dah buat "gigitan" pada 1 Dorayaki.

Tulah kerja budak SUKA makan.

Saturday, 2 July 2011

Homemade Chapati

Tak habis2 Chapati. Memang dah kemaruk Chapati agaknya. Today kita sarapan Chapati yang di"uli" sendiri tau!!

Carik tepung Chapati di Mydin. Tak jumpa. Rupanya nama glamer "Tepung Atta". Dapat tahu pun sebab tengok resepi kat belakang tulis "Cara-cara membuat Chapati".

Sebab dah tertulis di belakang the resepi, so saya takyah ler mintak bantuan "Pakcik" Google search untuk resepi Chapati.

Mudah jer nak buat. Refer resepi kat belakang pack tu jer. Perlukan tepung, sikit marjerin/minyak sapi, air suam & skit garam. Apalagi, uli ...... lah !!!! Bab canai saya serahkan pada "anak2 dara sunti" di rumah ni. Dorang memang SUKA main pondok2 camni :-)

Chapati makanan sihat tapi opsss .... ada kari le pulak !

Ini le hasil Chapati in the house. Berbagai-bagai saiz. Ikut ukuran siapa yang canai. Pastikan canai tebal skit coz kalau nipis, jadik macam keropok.

Tuesday, 14 June 2011

Bubur Sum Sum

Kami panggil this kuih tradisional TEBAK. Arwah nenek suka buat tebak masa bulan puasa.

Dah lama saya "pendam" resepi ini, tetiba pagi ni teringin. Tak ambil masa yang lama pun nak buat.

Bubur Sum Sum and air gula.

Ready to eat.

Next time kena tambah skit color / guna acuan. Biar nampak lagi menarik!!!

Resepi Bubur Sum Sum:
1 1/2 cawan tepung beras
1 sb tepung jagung
4 1/2 cawan santan (1/2 biji kelapa)
1/2 sk garam

Air Gula
1~2 cawan gula
1 cawan air
Daun pandan

Cara :
1) Campurkan kesemua bahan untuk bubur. Tapis dan masukkan ke dalam periuk. Seeloknya periuk non-stik.
2) Kacau adunan di atas api yang kecil sehingga likat.
Tips : Untuk pastikan bubur masak. Ambil semangkuk air. Ambil sedikit bubur yg dah likat, bulatkan then masukkan dalam air. If terapung, maksudnya dah masak ler tu.
3) Tuangkan bubur di dalam bekas yang dah disapukan sedikit minyak. Biarkan sejuk.

Air Gula
1) Goreng gula sehingga warna keperangan. Macam buat gula hangus.
2) Masukkan air dan daun pandan. Tapis & sejukkan.

*Sedapnya makan bila dah sejukkan !!

"Selamat Menjamu Selera"

Friday, 6 May 2011

Pembuka Tin

Entah apa2 le entry. Dah tu apa lagi "makcik" nak celoteh kalau bukan pasal dapur. Kang buka entry pasal 6 Sigma, lagi le tak sesuai .... ni sebab baru ke dapur teringat nak berceloteh.

Saya selalu guna untuk buka tin susu pekat. Then lepas dah guna susu tu, simpan dalam peti sejuk. Bila nak guna susu, kenalah panaskan dulu tin supaya susu senang keluar. Nak senang, beli sahaja yang penutup senang buka tu tapi beza harga ~20sen jugak kot dengan yang biasa. Saya dah habiskan banyak RM untuk pembuka tin. Tapi takde le sampai ratus2 RM.. hehehe. Dulu time muda2, baru masuk rumah sendiri, dah banyak jenis saya beli. Nak yang buka tepi, atas, semua ada. Selalu cepat rosak, cepat berkarat & mudah tumpul. La ni saya guna yang jenis zaman dulu2, harga pun murah and tahan lama.

Kedai RM2 pun ada jual.

Ni saya nak share cara nak guna pembuka tin antik ni. Nampak macam remeh tapi dulu saya pun tak tahu guna, tu pasal beli sampai berpuluh2 RM. Yelah kat tempat kerja mana pernah cerita pasal pembuka tin kan? Gossip lagi best agaknya!!!

Senang sahaja. Tebuk 2 lubang. Kena sengetkan skit pembuka tin tu menghala ke belah kanan. Lepas tu jalankan ke hadapan macam potong biasa turun naik, turun naik. Dulu saya tegakkan pembuka tin, memang payah!!

Senang kan? Lepas ni kalau terasa-rasa nak buat teh tarik/ kopi susu sebab dah jemu minum 3 in 1, Kopi Janda, Kopi Jantan etc .. takyah ler terjerit2 manja suruh isteri bukakan tin ye, dengar jiran sebelah nanti !!!

Wednesday, 27 April 2011

OREO Muffin

Tergoda dengan Oreo Muffin yang Chik Na buat (Thanks... sharing is caring). Dah lama simpan bahan2, tapi setiap kali beli OREO, hilang dimakan oleh the kids. Ingredients simple and senang nak buat.

****************************************************

Resipinya:
Bahan-bahannya:
250gm butter
1 cawan gula castor
2 cawan tepung naik sendiri - shift
1 tsp baking powder - shift
4 biji telur
1 tsp esen vanila
8 - 10 keping biskut oreo - hancurkan bersama krimnya
Caranya:
  1. Campurkan semua bahan-bahan kecuali biskut oreo di dlm mangkuk adunan, pukul selama 2 minit.. jangan over beat
  2. Masukkan oreo yg telah dihancurkan ke dalam adunan dan gaul sekejap
  3. Pipekan adunan dalam papercup muffin
  4. Bakar dalam ketukar yang telah dipanaskan dengan suhu 170'C selama 10-15 min
****************************************************

OREO Muffin yang saya buat :-

Next time saya kena kurangkan gula, maybe 3/4 cawan. Color kurang menarik sebab saya gunakan 8 ketul Oreo sahaja. Rasa?? MARVELLOUS, FABULOUS, AWESOME !!! Percayalah...

Dapat ~80 ketul guna papercup kecil.

Mungkin akan ada conversation camni ketika anda sedang mengaul adunan??!!

Anak : Ibu tengah buat apa tu?

Ibu : Nak buat muffin.

Anak : Kenapa susah-susah? Makan camtu pun boleh juga. (mengendeng nak oreo lagi le tu)

Ibu : (dalam hati) Betul juga cakap anak aku.

Makan oreo begitu sahaja pun dah sedap, tapi kenapa kita susah-susah nak buat Oreo Muffin?? Jangan terpedaya dengan kata2/sindiran anak/suami, teruskan niat suci anda untuk men"try" resepi Oreo Muffin ini.

Friday, 11 February 2011

Apam Gebus

*This post specially dedicated to "someone" yang dah 2 kali called coz tak sabau2 nak baca post pasal Apam Gebus.... takde menda pun, just nak show, show sahaja ...:-)
 
Masa majlis perkahwinan Dibob, someone sponsered apam yang comel and apam tu kami masukkan 2 ketul dalam plastic bag, seal then masukkan dalam goodie bags yang akan diberikan pada tetamu yang datang. Ada juga benda lain dalam goodie bags for tetamu selain dari apam. Kesian orang yang incharge for goodie bags, iaitu ME coz dok terliur tengok apam yang cute bangat. Banyak juga yang dah masuk mulut tapi kena cover-cover juga la ye ... hehehe.

First time buat apam ni iaitu before CNY, gambar tak sempat snap coz tak sempat hidang, dah diNgap! Lepas tu beberapa ketuls selamat distribute kat PAMA & sedara-mara di Bukit Beruang. So ni hasil 2nd time buat.



First time buat apam ni, design kat atas main conteng-conteng sahaja. This time buat polka-dot with 2 combination colors. Dapat ilham dari pakar kek & deco cupcakes, Lynn Hasan. Amacam?? Chou kawaii deshou !!?? Lagi berselera ME & the kiddos makan. Seloyang hitam tu gave to PAMA. Babah terpegun!!! (ke buat-buat terpegun?? hehe). As appreciation (kot!), ME and the kiddos dapat makan lunch FREE for 2 days di rumah PAMA. ♫♫♫♫ lalalala ♫♫♫♫ 


Gambar sebelah kiri ini ialah Ovalette. Gunanya untuk gebukan kek and selalunya guna bila buat Kek Sponge. Tapi jangan terlebih guna pulak sebab takut merekah2 pulak kek. Ikut resepi betul2 la ye :-) Aku pun baru tahu and try masukkan sikit pada Apam Gebus :-) Memang rasa "lopong" skit apam kali ini. Jenama yang aku terjumpa / guna .... Nur

Saturday, 16 January 2010

Murtabak Yummy (^o^)

Thank you to Yanty for the yummy recipe.

Aku buat murtabak "SiberBaq" yang dicilok dari Yanty. Check this link : http://meethechef.blogspot.com/ . Disebabkan banyak sangat kulit popia yang "diperam" since bulan puasa, niat kononnya nak buat popia simpul tapi tak menjadi. So aku buat murtabak.

Ini baru inti untuk murtabak. Murtabak belum siap tapi aku dah kenyang makan inti sambil menonton ulangan AJL. Sila abaikan rupa kuali tu ye!!! Hanya orang yang rajin masak sahaja yang ada kuali antik ini.

Jeng .... jeng ...
Murtabak dah siap!!! Sedap!!! Tiada di pasaran sebab padat dengan daging.

Inti masih ada lagi. Banyak jugak boleh dapat kalau ikut resepi 500gm daging tu.

Dan masih ada lagi 3.5 bungkus kulit popia dan setiap bungkus ada 50 keping. Everyweek kena buat murtabak ke????

Monday, 14 September 2009

Aku "Terbang"

Ni yang malas nak tunjuk skill memasak, anak-anak dan suami puji melambung-lambung. Tu baru masak simple, belum sampai level Grand Menu. Hari Sabtu aku masak Masak Lemak Cili Padi Ayam dan Ikan Cencaru Sumbat untuk berbuka puasa. Masakan ni biasa je and simple. Ikan Cencaru "bersumbat" tu aku baru belajar. Siap telepon mak mertua minta resepi, rupa-rupanya Sempoi! Anak-anak makan bertambah and sorang-sorang puji sedap. Tak senang aku duduk <-- perasan tahap Gaban! Aku suruh anak2 and suami stop puji aku sebab kononnya kepala aku dah sakit terhantuk kat siling ... <--- bertambah perasan!! Dan sebab terlebih PERASAN, satu tupperware besar tembikai jatuh ke lantai bila aku nak makan ...

Aku ni bukan kategori suka memasak. Aku lagi suka menjahit. Kat STF dulu ada subjek SRT (Sains Rumah Tangga), kelas memasak and menjahit. Kalau tiba minggu memasak, aku volunteer tolong cikgu kemas stor / sediakan peralatan. Nasib baik dapat partner terror memasak, Nelly. Tapi time practical SRP, pandai pulak aku buat teori & practical. Masakan aku pun dapat pujian ... hehehe ...

Aku juga "kureng" pendedahan memasak. Tapi masa kecik2 suka main pondok2. Aku belajar masak nasi masa hidup kat Jepun. Telefon ibu kat Malaysia, camne nak sukat beras and air. Dapur elektrik, senang sahaja.

Masa kat US aritu takde periuk elektrik, so aku masak nasi guna periuk atas dapur. Sampai berkerak hitam periuk tu. Masa nasi tengah atas dapur and bila air hampir kering, aku gi tambah air lagi and kacau. Bercampur le warna kerak and warna putih nasi. Satu bilik bau hangit. Tapi aku still makan nasi tu, ambil bhg yg putih sahaja la. Aku masih tak sedar kesilapan aku sampai beberapa hari jugak aku masa "stail" tak betul tu. Satu hari aku cerita dengan Simon (cina lelaki yg pergi US dgn aku). Dia soal siasat cara aku masak nasi. Rupanya aku tak kecilkan api masa air nasi dah nak kering. Ni kan benda yg biasa tapi camne le aku tak terpikir??? Simon kata patut le dia bau benda hangit bila lalu bilik aku ..

Apa-apa sahaja la asalkan perut kenyang!!!

Tuesday, 3 March 2009

Kelas memasak

Hari Ahad lepas aku pergi kelas memasak. Kelas ini dianjurkan oleh penduduk wanita di taman tempat aku tinggal - Pusat Giat Wanita (PGW). Ni yang best tinggal kat Saujana Utama, macam-macam aktiviti ada. Last 2 weeks aku missed kelas memasak breakfast for kids. So Ahad ini alhamdulillah dpt juga aku hadirkan diri. Aku ajak Mdm Principal, tapi almaklumlah dapur dia pun tak pernah berasap, jadi last-last aku gi sorang. Pergi ke kelas tu naik basikal je. Bayar rm1 / seikhlas.

Kelas ni ajar masak Kek Marble & kuih karipap. Actually Sabtu tu aku baru try buat kuih karipap sendiri. Takde ikut resepi pun, cuma ingatkan semula kengkawan kat Toshiba ajar. Jadi juga dan sedap. Pergi kelas ini just nak tambahkan ilmu di dada ... hehehe. Resepi kek marble dan kuih karipap yang diajar mudah. Banyak tips yang aku dapat. Mcm mana nak buat kek lembut, bekas yg sesuai, cara nak buat kek tu jadi ber"marble", kulit karipap lembut, macam mana nak masak inti etc ...

Rasa berbaloi pergi kelas ini. Dahlah bayar RM1 dan cuma ambil masa 2 jam shj.

Kuih Karipap

Kek Marble

Thursday, 31 January 2008

Kelas Cupcakes - 27/1/2008

Join kelas cupcakes with Lynn di SU. Kelas start 2pm - 7pm. Belajar deco. Seronok giler. Ni 9 deco yang aku siapkan ... have a look. Nak order?



Rasa macam senang je nak buat. Asalkan ada bahan-bahan and paling penting, MINAT!!!

Monday, 3 December 2007

Chocolate Chips Muffin

Semalam terasa sunyi @ SU. Jiran2 takde. Maybe semua pergi tengok Shaiful Apek @ Central Mart. Imran dah tidur so petang Maisarah request buat muffin utk. surprise kan adik-adiknya.

First bake. Temperature terlebih, tu yang merekah2 kat atas. Tapi suami suka sebab garing kat atas walaupun rupa tak cantik.

Maisarah dok mengira. Nak simpan utk. adik-adik tapi ayah asyik makan je.

Dapat banyak juga untuk minum petang & this morning Nabihah bawa gi rumah babysitter.