Saya mempunyai pengalaman yang hampir sama untuk kelahiran kesemua 5 orang anak saya kecuali kelahiran kembar Nabihah & Nabilah. Yang lain semua lahir awal 1~ 2 minggu. Walaupun hampir bersalin, perut saya still "cantik" bulat ke atas. Selalu orang kata perut akan "jatuh" bila time dekat nak bersalin. Akan keluar tanda darah/lendir instead of air ketuban pecah. Selalunya doktor yang akan pecahkan air ketuban dan setelah air ketuban dipecahkan, barulah the REAL sakit CONTRACTION akan menyerang. Itulah the same situasi semasa saya nak bersalin.
Hari Isnin 9 Julai 2012, saya bangun pagi around 5:30am, dah terasa lain macam perut. Masa tengah menggoreng burger untuk breakfast, sempat sound kat hubby, dah terasa macam ada contraction. Soklan biasa dari hubby, "Nak saya bawa ke hospital?" dan "Kalau nak gie hospital, baik cepat, takyah saya pergi kerja".
Saya selalu buat kerja all in 1 time - nak cepat!!!!. Sambil goreng burger, berlari ke ruang tamu, sangkut baju ke hanger untuk disidai di luar rumah. Sambil tu buatkan Imran susu dan sambil-sambil tu apalagi.... membebel kat anak2 lain, suruh itu, suruh ini. Bila perasan ada contraction, baru sibuk nak kira timing. Ghupa-ghupanya mahu 5 minit sekali contraction datang.
Bila semua dah pergi kerja & sekolah, saya pula bersiap untuk ke tempat kerja. Hati 50-50, nak kerja / stay kat rumah? Atlast pergi kerja, lagi "selamat" kalau nak bersalin. Saya ada appointment dengan orang TM @ 10am kat rumah baru kami, nak pasang line telefon & internet. Sebab nak pergi ke rumah baru, so saya angkut 1 kotak besar untuk disimpan di rumah sana. Dalam hati pikir, alang2 dah boleh beranak, biar cepat skit beranak dengan angkut kotak besar itu ke dalam kereta. Hari Ahad sebelum tu saya dah bekerja keras dengan hubby, mop lantai dan angkut beberapa kotak.
On the way nak gie tempat kerja, call kakak, ceritakan pasal contraction yang kerap tapi saya tak rasa sakit. Serius memang tak sakit cuma rasa tak selesa sebab bila bergerak, terasa macam ngilu kat bahagian bawah. Kakak saya nasihatkan pergi hospital sebab takut2 memang dah nak bersalin. Camne pun, saya pergi office dulu.
Kat office muka saya cemas sahaja. Sampaikan staff lain pun perasan. Saya kata saya tengah STANDBY je ni. Saya kata saya takut nak gie hospital, senang citer, takut nak bersalin. Dorang kata, "Kak Fiza dah kluar ramai anak pun takut jugak ke?" ... wei, sebab dah kluar ramai anak le aku takut. Sebab dah tahu camne prosesnya dan camne sakitnya.
Cepat2 saya beli breakfast, apa2 hal, biar makan dulu. Beli breakfast pun tak tunggu orang lain. Saya makan LONTONG dan MILO AIS. Lepas tu gie toilet, dah ada tanda "coklat" dan lendir ... lagi le berpeluh saya. Nak balik rumah, TAKUT .... Nak gie hospital, TAKUT .... lepas beberapa staff dah perasan "kecemasan" wajah ku, dorang suruh pergi check kat klinik di bangunan tu.
At 9:30am, saya keseorangan turun ke tingkat bawah, guna lif la (office kat tingkat 4). Nasib baik doktor dah ada. Patient ramai tapi saya minta untuk check dahulu. Doktor check and awal2 Dr Wahidah kata " Ni dah nak bersalin ni, dah ada darah & lendir". Doktor check bukaan .... Dah buka 4 cm ni... doktor nak panggilkan ambulance tapi saya kata takpa sebab staff saya semua tengah tunggu kat office. Doktor tak beri saya bergerak until staff turun ambil saya. Dah bukaan 4 cm, anytime boleh terberanak. Tapi masa doktor tengah check patient lain di bilik lain, saya "berlari" balik office di tingkat 4.
Staff tengah tunggu saya. Menjerit dorang bila saya kata dah buka 4 cm dan kena pergi hospital segera. Office saya ni kebanyakkannya masih bujang & dorang macam excited bila dapat experience camtu kot. Mereka suruh saya duduk dan kerumun di meja saya. Masa ni peluh saya jgn ceritalah. Entah peluh takut/ peluh penat, saya pun tak tahu. Ada yang sempat buat lawak. Seorang ambilkan wheelchair. Saya kata tak payah, tak payah ... dan2 tu jugak dorang kluarkan 1 kotak wheelchair. (Office kami ni kekadang macam badan kebajikan, ada extra 2 wheelchair untuk disedekahkan kepada yang memerlukan). So saya pun duduk di wheelchair. Camne bila boss balik UMRAH, tgk2 wheelchair sudah ku rasmikan?? hehe ...
Klinik Dr Wahidah called. Mana taknya, patient "lari". Saya suruh HR staff settlekan dengan klinik sebab saya tak sempat inform doktor. Sepanjang naik wheelchair, turun lif dari tingkat 4 ke ground floor, saya malu nak tengok sekeliling. Tu nasib baik tak panggil ambulance, mahu semua orang di KOTA CEMERLANG, Ayer Keroh kenal diriku ini. Buat havoc jer !!!
"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."
Friday, 27 July 2012
Monday, 23 July 2012
Kami jadi orang Bukit Katil le pulak ♥♥♥
Salam semua, salam ramadan ..........
Kami telah selamat membawa jiwa raga, harta benda, anggota2 badan ke rumah baru kami di Bukit Katil. Dah 2 malam pun tidur di rumah baru. Jadik orang Bukit Katil la kami yek!!!! Rumah baru tu masih dlm proses renovation lagik (tgh tunggu orang pasang kabinet di bilik).
Alhamdulillah ..... kesyukuran kedua di bulan Julai ini.
** Update & BW maybe slow skit sebab rumah baru belum setting computer bagai. Rumah pun masih penuh dengan kotak2.. huk, huk...

1st - bersalinkan Luqman ( 9 Julai 2012) dan
2nd - pindah ke rumah baru + birthday hubby ke 40 ( 21 Julai 2012).
** Update & BW maybe slow skit sebab rumah baru belum setting computer bagai. Rumah pun masih penuh dengan kotak2.. huk, huk...
Labels:
Pondok Hami
Thursday, 19 July 2012
Kes BERTUNGKU paling lawak dalam hidupku
Semalam saya ada buat n3 WW pasal tungku moden. Tungku Moden tu saya dapat dari mak mertua saya yang melawat kami pada hari ke-6 after bersalin. TQ mak !!!
Selepas bersalin aritu, saya minta orang dtg urut selama 3 hari dan mandikan Luqman sehingga tanggal pusat. Saya ngeri nak mandikan baby kalau pusat tak tanggal lagi. Kalau ikutkan, memang saya tak prepare segala mcm tungku/batu untuk bertungku. Bertungku ni memang baik untuk peredaran darah, kluarkan angin2 dlm badan, kecutkan rahim etc ....
Nak dijadikan cerita, tukang urut saya ni kira kreatif jugak. Dia tungku guna seterika. Mula2 dia panaskan seterika, tekapkan kat kain. Lepas seterika dah panas, dia matikan suis. Lepas tu saya ingatkan dia nak tekapkan kain tu atas perut saya, GHUPANYA ....
kain tu dibalut pada seterika dan dengan seterika tu sekali naik atas perut & badan saya .... hehehe, NGERI dan bila dah tengok lama2, LAWAK jugak!!! Saya nak snap gambar, TAPI almaklumlah, masa tu perut ku still "4 FLAT". Macam kes "penderaan" ... lagi sikit nak jadik macam kes Nirmala Bonat???
Hampir setiap hari nurse dari Poliklinik Ayer Keroh datang check saya dan baby. Bila seorang nurse check perut saya, dia kata "Cepatnya rahim kecut" .... dalam hati ku berkata, mana taknya .... sampai SETERIKA NAIK ATAS PERUT !!!!
** Takyah nak bazir duit untuk bertungku. Tukang urut tu jugak pernah goreng pasir, masukkan dalam bunjut untuk dijadikan tungku..... susah2 jer <== ni kalau dah kes terdesak le!!!
Selepas bersalin aritu, saya minta orang dtg urut selama 3 hari dan mandikan Luqman sehingga tanggal pusat. Saya ngeri nak mandikan baby kalau pusat tak tanggal lagi. Kalau ikutkan, memang saya tak prepare segala mcm tungku/batu untuk bertungku. Bertungku ni memang baik untuk peredaran darah, kluarkan angin2 dlm badan, kecutkan rahim etc ....
Nak dijadikan cerita, tukang urut saya ni kira kreatif jugak. Dia tungku guna seterika. Mula2 dia panaskan seterika, tekapkan kat kain. Lepas seterika dah panas, dia matikan suis. Lepas tu saya ingatkan dia nak tekapkan kain tu atas perut saya, GHUPANYA ....
:
:
:
:
:
:
Hampir setiap hari nurse dari Poliklinik Ayer Keroh datang check saya dan baby. Bila seorang nurse check perut saya, dia kata "Cepatnya rahim kecut" .... dalam hati ku berkata, mana taknya .... sampai SETERIKA NAIK ATAS PERUT !!!!
** Takyah nak bazir duit untuk bertungku. Tukang urut tu jugak pernah goreng pasir, masukkan dalam bunjut untuk dijadikan tungku..... susah2 jer <== ni kalau dah kes terdesak le!!!
Wednesday, 18 July 2012
WW - Tungku Moden
Time berpantang selepas bersalin, bestnya dapat bertungku. Dah moden dah cara bertungku zaman sekarang. Macam2 bisnes dan idea kreatif manusia kan.
Saya ada cerita menarik dan kelakar untuk dikenang pasal bertungku ni .... nanti saya cerita k !!!
Monday, 16 July 2012
Ahli terbaru HAMI
Alhamdulillah .... Allah permudahkan segalanya. Terima kasih pada friends yang mendoakan dan juga ucapan tahniah.
Saya selamat melahirkan seorang PUTERA pada hari Isnin 9 Julai 2012, 12:52 tghari di Hospital Besar Melaka. Berat baby 2.9 kg. Paling berat antara anak2 yang lain. Tak berat mana pun sebab si ibu pun comel ... hehehe... sila muntah !!! Nama MUHAMMAD HAMI LUQMAN BIN MUZAFFAR. Another HAMI in the house.
** Abang Imran pesan nama baby LUQMAN bukan LOKMAN. Sila pronounce betul2 ye !!!
![]() |
| LUQMAN ... selepas ~ 4 jam dilahirkan |
![]() |
| LUQMAN - Day 3 ... dah pandai bersilat. Habis kain bedung semua terlerah |
![]() |
| LUQMAN - Day 5 ... aksi after BF. . Ibu pun sama2 terlena di sebelah. Tu belum lagi nampak aksi LUQMAN lena terselit di celah ketiak ibu .. hehe |
Saya berpantang di kampung. So far LUQMAN tak banyak ragam. Hanya malam pertama dan kedua sahaja dia "buat perangai" tak tidur malam. Hari2 seterusnya dia OK. Buat masa ini dialah anak kami yang paling "baik" sebab tak meragam. Shhh ... takle puji lebih2.
Masa dah ada contraction, sempat saya buat N3. InsyaAllah next N3 saya ceritakan saat nak keluarkan LUQMAN. Cemas ada, lawak pun ada ...
Monday, 9 July 2012
Standby Mode ♥
** Sempat buat new post !!!
Hari Jumaat dah start contraction. Contraction timbul tenggelam, timbul tenggelam !!!
Pagi ini start balik. Lebih kerap contraction tapi masih boleh ditahan kesakitannya, cuma rasa tak selesa. Now kat office. Walau contraction kerap, sempat breakfast lontong. After breakfast check dah ada warna ke"coklatan" di seluar dalam ....
Wahhhh ..... nak balik rumah. KeTENSIONan dan KeTAKUTan melanda !!!!

Thursday, 5 July 2012
Rumah dari udara
Makcik dah hand-over kerja. So now macam takde kerja ... hehe. Dari aritu berminat tengok google map ni. Skodeng rumah sendiri. Tapi tak bole show details, kang ada orang lain pulak skodeng.
** Uols boleh ler buat peta untuk open house raya :-)
| Rumah baru kami di Bukit Katil. Tangga depan rumah pun boleh nampak. (color putih) |
** Uols boleh ler buat peta untuk open house raya :-)
Labels:
Pondok Hami
Tuesday, 3 July 2012
Buang masa & Video SRIKANDI
Seriously semalam saya telah membuang masa di Hospital Besar Melaka. Appointment check-up dari kul 9 am until 2:45 pm. Check biasa je pun tapi mostly semua patients alaminya. Kerja lembabs !!! Atlast saya mintak MC. Tak berbaloi nak balik office. Penat, lapar coz menunggu dari pagi. Have to stay kat situ coz nombor giliran dipanggil tak ikut susunan. Lepas ni doktor kata tak perlu datang hospital lagi, just check kat klinik, macam biasa.... fuhhh, lega!!!
Sorry uols, semalam tak sempat BW, bukak blog pun tak sempat.
Today, happy happy kan diri.
Video to share .... our SRIKANDI (my batch) yang menyanyi. Mode sedih bila dengar lagu ni sambil tengok video.Teringat zaman sekolah. 5 years duk bertapa di sana.

Fokus pada minit 4:41 .... hehehe.
Subscribe to:
Posts (Atom)