
"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."


(Left) Dengan Makcik Aishah. Aku sentiasa bersama makcik, pakcik Sulaiman and Umi (daughter - darjah 4). They all tak tahu cakap omputih and just follow Kak Nani's family yang they all jumpa masa kat LA Airport.
Aku tak ambil gambar pulak dengan Kak Nani, Abg Suhaimi and Fizi. They all antara 13 orang in our group. Abg Suhaimi and Syed banyak bantu we all, where to go?, what to do ? ... kiranya macam Group Leader for package to LA and to Bangkok. Tanpa they all maybe we all tak merasa nak dapat lepak kat LAX Lounge, Bangkok Lounge and Bussiness Class to Malaysia. Group kami ni berbagai kaum - Cina, India, India US, Melayu. Pure Mat Salleh je takde. With this group pun orang dah pandang2. Masing-masing dengan muka letih, "sememeh" and kalau tengok Kak Nani punya dressing, memang ready to bed with selipar Jepun, seluar track and T-shirt. Siapa sangka terkandas kan?
Ada hikmah disebalik dugaan ini. Aku dapat ramai kenalan, "merasa" tidur di LAX Hilton, lepak di Lounge sambil makan-makan sahaja, naik Bussiness Class from Bangkok to Malaysia. Walaupun flight 2 jam, dapat juga merasa hidangan VIP and tengok movie Hannah Montana dengan keadaan yang begitu selesa. Gelak sampai orang sebelah senyum je kat aku.... hehehe. **Kalau naik Economy Class pun aku akan gelak camtu jugak kot tengok cerita Hannah Montana tu.
Tapi kalau terkena macam keadaan macam ni, memang aku tak sanggup.





Aku memang minat menjahit tapi selalunya "hangat-hangat tahi ayam". Mesin kat rumah tu sampai dah berhabuk. Aku rasa dari awal tahun aku nak belajar kat EPAL tapi kewangan tak mengizinkan dan lagi satu, tu la takut "hangat2 tahi ayam". Dah le mesin EPAL tu mahal.
Aku survey macam-macam pasal Quilt dalam internet. Tengok corak-coraknya buat hati tertawan. Lunch tadi aku ambil peluang ke kedai ini. Dah last day so kalau boleh taknak sampai menyesal tak sudah. Aku tanya macam-macam la pasal Quilt kat Auntie. Dia suruh aku attend class esok tapi dah sah-sah esok nak balik. Dia kata kalau dalam masa 3 minggu aku berada di sini, sempat belajar ... emmm benda dah berlalu kan? Auntie tu very friendly. Dia kata takde mesin khas untuk jahit quilt. Guna sahaja mesin biasa tapi ada gadgets yang kena beli. Aku minta permission untuk ambil gambar dalam kedai and aku beli 1 buku untuk beginner. Mana tahu kalau ada budget, boleh ikut kelas kat mana-mana.
Ingat dulu masa abang nak kerja di Jepun, nak bawa aku dan anak-anak, "satu kampung menangis" tak mahu kami pergi. Mana taknya, parents dah tua, apa2 jadi bukannya dekat nak balik. Kerja kat Selangor ni pun kelam kabut balik Melaka masa arwah nenek meninggal. Tapi kalau abang dapat peluang kerja kat US / UK / negara omputih, memang 80% aku nak pergi. Aku nak anak-anak pandai cakap omputih, nampak "class" gitu!!! Entahlah sebab aku pikir kalau pandai cakap omputih, nak cari kerja pun senang, nak belajar pun senang. Tengok macam aku, nak communicate pun susah. Tak gitu ke?
Masa aku bagitau kat family aku kena pergi US, kena interview untuk apply visa. Kak Emy cakap "kalau tak tahu cakap omputih, tak boleh dapat visa". Bergurau / serious?? Masa tu aku pikir, alah kalau tak approve pun takpe. Orang2 kaya tak tahu cakap omputih, lepas juga pergi vacation ke US, so interview ni buat syarat je. Anyway aku dah berasa di sini.
((*o*))Kenapa berlumba-lumba nak belajar cakap omputih, lagi baik belajar bahasa Arab kan???.......



Aku ada masukkan link terbaru kat senarai "My Favourite Link". Profesor ni aku "kenal" melalui buku dia. Buku dia yang aku baca sebelum menunaikan Umrah. Catatan beliau memberi keinsafan. Bilalah dapat peluang mendengar ceramah beliau?
>>>http://muhdkamil.net/kehidupan/
Salam takziah buat Siti Marlina binti Zainal @ MIKE ( 1 year srikandi junior) yang telah kembali ke rahmahtullah pada 6 July 2009. Pemergian disebabkan breast cancer pada usia yang masih muda. Semasa di STF, dia satu dorm dengan Nelly and Hana (kengkawan "terbaik" aku) and dorm dia di atas dorm aku sahaja.
Berita terima dari other srikandis. Paling sedih sebab dia baru dapat baby. Bacalah catatan-catatan beliau. Aku tak sempat nak baca kesemuanya lagi sebab kat office ni asyik dengar "sok-sek" aku je. Air mata and air hidung sama-sama keluar. Sedihnya!!!Mari sedekahkan AL-FATIHAH buat arwah.
>>>http://www.radiologymalaysia.org/mystory/Winners/SitiMarlina





Today kami pergi ke Anthem Mall. Ada midnight SALE dari pukul 8pm ~ 12pm. Pergi ke tempat Rental Car dulu, kena tukar kereta sebab cermin depan dah bergaris, kena batu. After dapat kereta "baru", kami terus cari jalan ke Anthem Mall. Perjalanan around 1 jam lalu highway tapi highway kat sini bukan boleh pecut. And paling best sebab takde toll.
So apa lagi, shopping la .... Simon terkejut bila aku bagitau jumpa pukul 10:00pm after shopping. "Why so long ha?" Yelah kedai pun tak banyak sangat, bukan macam MidValley or One Utama pun. Pukul 10pm aku dah tunggu Simon depan kedai Levi's then dia kata tak pergi satu side lagi. Aku pun sambung cuci mata. Rasanya dah berkali-kali aku round kat kedai yang sama, pergi semula depan kedai Levi's, dia takde lagi....Atlast dah nak pukul 12 mlm baru dia muncul. Lelaki kalau bershopping lagi teruk dari perempaun. Dia penat men"try" and membeli baju. Dia plan nak beli jeans Levi's tapi bila dah jumpa jeans yang dia berkenan below 6USD, terus tak jadi beli Levi's. Beza jauh tu cuma quality lain la.
Ni beg sahaja ...
Aku banyak shopping baju anak-anak. Jenama Osh Kosh B'Gosh, Carters etc ... tengah sale, harga T-shirt ada semurah USD2.99. Kalau convert to RM, maybe around RM10~ tapi better jangan convert sebab nanti terasa mahal pulak. So aku pikir beli USD2.99 tu macam RM2.99.
(Atas) Baju untuk anak-anak. Imran paling banyak dapat baju. Untuk girls, mostly aku beli same design. Tak pening kepala!!! Susah nak cari gown untuk budak besar, kalau ada pun mahal harganya. Aku sampai bawa tali tape kat dalam kedai tapi last-last main agak je ukuran anak-anak.
(Kanan)
Untuk abang and diri sendiri, aku beli jeans je. Tengok handbag, kasut semua macam tak berkenan di hati. Kalau FREE maybe semua aku berkenan .... hehehe.
Aku plan nak pergi ke Arizona Mills lagi, nak beli T-shirts High School Musical macam aritu aku beli. Nak cari design lain pulak. Aku dah promote kat Simon and dia pun nak beli untuk anak-anak sedara.
Before aku datang ke US, ramai kengkawan and bukan kengkawan pun asyik cerita pasal shopping kat aku instead of cerita pasal kerja. They all pesan suruh bawa beg besar and jangan bawa baju banyak sangat. Then suruh bawa extra beg kosong untuk shopping purpose.