Aku memang dah boring tahap ultraman. Tu pasal aku merapu meraban. Oklah saje nak ingat balik saat aku menerima cahaya mata. Alah semua orang sama , + - sikit-sikit sana sini.
Tahun 2000 aku kahwin then sebulan lepas tu aku kena operate apendiks. Aku kena "berpantang" tak boleh mengandung. Biar kasi clear semua luka-luka dalaman. Alhamdulillah aku mengandung masa hujung tahun bulan 12 camtu. 1st time mengandung, semua private. Lagipun ex-company abang sponsered, so everymonth pergi check-up kat DEMC. Aku pilih situ sebab doktor perempuan. Doktor yg check aku masa tu Doktor Norleen. Memang pakar tapi tak kahwin lagi.
Aku pergi jugak check kat klinik kerajaan tapi punyalah leceh. Nak minta tukar dekat dengan office pun tak boleh. Takkan everytime aku nak pergi check kena ambil "late arrival" atau 1/2 day. Dah le kena tolak bonus. Atleast kalau dekat dengan office, boleh minta keluar sekejap. Ramai yang minta keluar sekejap, tu yang aku tak puas ati ... hehehe. So sekejap jelah aku check dengan kerajaan, janji dapat buku merah.
Masa mengandung memang aku takde alahan or muntah-muntah. Maybe ada alahan mengada-ngada and malas. Banyak krisis berlaku masa mengandungkan Maisarah ni. Antaranya kami laki bini melarikan diri ke USJ masa krisis perkauman dulu tu. Kami menyewa rumah di Taman Sentosa, Klang. Rumah kami dikelilingi oleh kaum xxx sahaja. Takut juga!!!! Lagi satu Maisarah masa dalam perut memang bergerak aktif. Pantang dengar lagu, bergerak bagai nak rak.
Masa dah minggu ke 34, aku ingat hari tu hari Jumaat dah keluar tanda darah. Berderau jugak!!! Bagitau kat "makcik seniors" kat office aku. Madam Yu and orang lain dah suruh aku balik rumah tapi aku tunggu juga sampai petang sebab takde sakit apa-apa pun. Hari Sabtu tu plan nak balik Melaka tapi before tu pergi check-up kat DEMC. Dr Norleen kata "jauh lagi". Kalau macam ni maybe boleh tunggu 1 ~2 weeks lagi. Lega, boleh balik kampung.
Hari Ahad balik ke Klang, memang penat rasanya. Penat sebab selalunya memang bersuka-ria kat kampung. Malam tu pulak hujan, sedapnya tidur. Dah nak dekat Subuh, aku terkejut and terus bangun. Rasa macam ada benda meletup kat dalam perut. Terus kejut abang sambil jerit panik "Air ketuban pecah ke?" Tilam dah rasa basah. Abang pun panik suruh cepat-cepat siap. Aku terus pergi toilet. Bila keluar, aku tengok muka abang tercengang tengok aku. Siap tanya "kecil ke besar?" Buang kecil je and abang terus cium tilam yg basah. Awak kencing kot??? Aku menafikan sambil cakap aku rasa memang benda meletup dlm perut. Kami terus ke DEMC.
Aku admitted. Nurse beri ubat (untuk kuatkan paru-paru baby??) then masukkan air (induce). Ada lagi mesin yang letak kat perut, seluk kat bawah beberapa kali, check berapa cm dah buka etc. Dari pagi sampai ke petang, berbotol-botol dah masuk air and contraction pun dah kuat. Tapi aku masih selamba lagi tak rasa sakit. Parents dari Melaka, Kak Emy & Shahrul dah sampai. Riuh bangat!!! Pukul 6 pm camtu Doktor Fairuz yang bertugas datang check. Dia pecahkan air ketuban sebab doktor kata maybe sarung tu pecah sikit je, tu pasal aku lambat rasa sakit. Aku dah mula rasa sakit, dah tak boleh nak cakap. Dalam rasa sakit tu, tension dengar family aku yang riang ria bercerita. Then masa nak maghrib aku ditolak ke labor room. Doktor check aku then dia kata nak pergi tengok closing Sukan Komanwell yang kebetulan berlangsung di Shah Alam. Perasaan aku bertambah takut le. Dah le takde experience, tetiba doktor selamba je buat camtu. Nasib baik abang sentiasa berada di sisi aku. Ibu pulak dengan selamba beberapa kali menjengah, tanya "sakit? Dah?". Bagus .... aku betul-betul tengah mengangkang!!!
Siapa yang dah merasa beranak, sure tahu camne sakitnya nak beranak kan? Doktor datang pukul 9 lebih camtu. So mulalah process nak mengeluarkan anak. 1st time nak beranak, nak "Push" camne pun berpikir banyak kali. Tapi time datang sakit tu, teran je .... Alhamdulillah, tepat pukul 10:40pm, lahirlah seorang puteri yang kami tunggu-tunggu. Nurse terus letak baby atas perut aku. Aku mengeletek geli-geleman. Nak pegang baby pun tak pandai. Sebab anak bongsu ke? Tapi dah ada anak sedara. Entahlah aku tak pernah terdedah dengan aktiviti pegang baby rasanya. Apa yang pasti, lahir sahaja dah boleh nampak mata besar and hidung kembang. Itulah dia puteri sulung kami, Nurhami Maisarah. Lahir pada 17/9/2001.
Selepas lahirkan Maisarah, aku makan pil perancang. Masa ni badan naik mendadak. Selera memang bertambah. Dah tu berpantang kat Melaka, mandi pun tak boleh. Badan jadi letih and tidur je kerja aku. Aku pulak memang jenis tak suka makan ubat. After beberapa bulan aku stop makan pil. Masa ni tak kisah kalau mengandung pun. Kiranya tak pernah serik sakit bersalin.
Aku dah lewat sebulan and bila buat pregnancy check kat rumah, sah +ve. Pergi buat check up kat DEMC. Masa ni doktor lelaki tak bukan gynae la. Dia scan perut aku, tak nampak. Berbotol-botol air mineral aku minum sebab nak kasi "janin" tu terapung. Atlast tak nampak tapi confirm aku mengandung.
Minggu tu jugak aku kena pergi training ke Singapore dengan Hisham and Lee. Kat Advantest ke? Satu hari tu, tengah training, aku rasa macam menderu air keluar. Aku kencing ke? Tak terasa pulak nak kencing. Aku try tahan tapi tak boleh. Masa break aku pergi la toilet. Ya Allah, "seluar xxx" aku dah penuh dengan darah. Nasib baik pakai skirt hitam, so tak nampak sangat la. Aku cerita kat 2 seniors aku, nasib baik dah bapak budak, so paham keadaan camni. They all terus panik. They all terus cari minah Jepun yang selalu dengan we all. Aku still boleh pergi lunch, makan-makan dulu then minah Jepun tu bawa gi hospital. Actually dia pun tak tahu nak bawa check kat mana. After sampai hospital, tanya sana sini, last-last aku kena naik ambulance. Fuhh!!! memang saat-saat mencemaskan walhal mula2 aku pikir biasa je. Ambulance tu punyalah laju. Aku dihantar ke Univ Hospital. Strectcher dah tunggu. Kelam kabut semua tunggu "kedatangan" aku. Aku kena check dengan doktor lelaki ni. Selamba je dia "menyeluk". Dahlah ramai students tengok. (nama pun Univ Hospital). Aku disuruh relaks, jgn bergerak etc. Setiap 10 minutes, ada je yang datang check nak tengok sama ada bleeding lagi ke tak?Sampaikan aku nak pergi toilet pun tak boleh. They all pasang tube. Memang critical???!!!!!
Then aku dibawa dengan wheelchair untuk scan. Scan canggih, bukan kat perut tapi terus masuk camera kat bawah. Dengan jelas nampak TWINS. Doktor excited, aku lagilah excited. Aku punya bleeding pun dah stop so dibenarkan balik. 2 seniors aku sanggup datang and tunggu aku. They all siap offer kalau-kalau aku nak balik M'sia, they all boleh arrange dengan boss. Before tu pun they all dah inform boss. Aku rasa boleh lagi teruskan training selama seminggu tu.
Gembira sesangat sampai satu Malaysia aku telefon. Abang pulak ada kat Jepun, so jenuh jugak aku menjejak abang. Guna telefon hotel pulak, melambunglah duit telefon. Malam tu abang telefon. Kami happy sesangat. Rasa macam tak sabar nak balik Malaysia masa tu.
No comments:
Post a Comment