"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."
Wednesday, 15 July 2009
Rindu kat family, rindu kat anak-anak, rindu kat Imran.
Pagi tadi as usual buat video call dengan anak-anak. Ha ... tak puas rasanya!!! Best sebab kali ni semua anak-anak masih tak tidur lagi. Dah nampak "kenakalan" Imran. Panjat sana, panjat sini. Kacau kakak-kakak. Pukul kakak sebab jeles la tu ibu cakap dengan kakak-kakak sahaja. Setiap hari mesti ada sahaja benda yang Imran nak mengadu. And ayat yang selalu dia cakap "Ibu ..... tengok kakak ni". Kakak-kakak tak usik dia pun!!!
Maisarah macam biasa suka buat "muka". Kejap senyum, kejap lopong, kejap gediks. Susah nak tengok Maisarah fresh waktu-waktu dah dekat pukul 10pm. Hari ni juga dapat tengok free show Nabilah menari. Alahai dia ni kalau menari memang tak ingat dunia. "Kena" pulak steps yang dia menari tu, kiranya tak janggal la kita tengok. Tengah leka berbual dengan Nabihah, tiba-tiba terperasan, "mana yang lain?". Yang bising tadi semua dah tidur, tinggal Nabihah sahaja. Nabihah baru baik dari demam. Demam rindu kat ibu? Ayah mengadu, last week nenek masakkan nasi goreng then tanya Nabihah, sedap tak? Nabihah jawab "Sedap tapi ibu masak lagi sedap". Ayah tanya kenapa? Nabihah jawab "Sebab tu ibu Nabihah". Alah cair hati mendengar. Walaupun ibu jarang masak ..... Ni memang jawapan ikhlas dari anak sebab aku takde di situ. Nabihah memang anak yang paling suka MAKAN, suka MENGEMAS RUMAH dan hati dia lembut dari adiknya, Nabilah.
4 HARI LAGI NAK BALIK, 6 HARI LAGI NAK SAMPAI MALAYSIA.... cepatlah masa berlalu.
Labels:
USA - Jun'09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Semoga selamat kembali ke tanahair...anak-anak puan tentu rindu nak lihat muka Umminya dari dekat..
Kami dok menghitung hari je ni. Boss tak "buka mulut", insyaAllah tak kena extend.
Post a Comment