Friday, 29 July 2011

"I beli baju kat Butik"

U all dah dapat GAJI? Tak dapat lagi ?? Saya dah dapat gaji, Yippie!!! Dah settle segala pembayaran & hutang2, so now dah boleh cerita pasal shopping :-)

Pst, pst ... baca sampai habis sebelum "muntah" baca tajuk N3.

Saya bukan "fashion" punya manusia. Dulu tak kisah nak beli baju kat mana2 pun, pasar malam, pasar tani, Giant, Tesco, Hari-hari ...sebut jer. Asal berkenan, CAPAI!!! (** sambil check latest statement withdrawal RM). Nak quality skit, saya belilah kat Jusco, Parkson, Mid Valley, Metrojaya etc ... tapi now kejadahnya dah jadi SAHM (Stay At Home Mom) beli baju kat BUTIK kan?

Memang bener (slang Indon skit) saya beli baju kat Butik. Sebabnya sekarang susah nak carik baju yang sesuai dengan saya kat Jusco ni. (Jusco jer yang dekat dengan rumah saya). Kekadang baju terlalu formal, sesuai le untuk orang yang bekerja. Then banyak yang lengan pendek (kena beli inner ek?), baju yang berambu-ramba, kain nipis sgt, kain tebal sgt .... semua tak berkenan ler gamaknya. Bila berkenan 1 baju tapi bila test pakai, jenis kain yang strecthable le pulak, habislah nampak all my "square" body. Atau pun baju yang boleh masuk half badan sahaja. Boleh??

Atas advise kakak saya, now saya beli kat Butik. Mampu ke nak beli kat Butik? Alah, now asal kedai baju jer, mula ler banner kedai tulis Butik dot.dot.dot walaupun bajunya MANA mari??

Di MITC Melaka terdapat banyak butiks. Nama pun Kota Fesyen. Ha, baju kat sini sesuai untuk saya. Labuh pun melebihi vontot, takde cutting lebih2, lengan panjang and banyak dari cotton2 yang lembut. Memang sesuai nak bawa pergi kerja atau bersantai bersama keluarga. Harga pun banyak yang below RM100. Kalau nak yang "kelassssss" skit, belilah kat Hajaba. Hajaba ada jugak kat MITC. Saya baru survey beberapa BUTIKs tapi dah rambang mata!!!

Saya suka beli kat Butik Mawar. Pink color kedai tu. 1st floor banyak blouse & tudung. 2nd floor maybe ada baju kurung / jubah kot. Tak survey lagi sebab penat keluar masuk fitting room kat 1st floor. Dapat le beli beberapa helai blouse.

Bilalah dapat shopping di Butik ini ??

Next shopping akan menyusul khas untuk baju2 suami dan kids. Shopping setakat di Jusco / Parkson jer. Nak raya kan? So ada reason SHOPPING, SHOPPING & SHOPPING

*** Tajuk N3 tu saya ambil kata2 dari Hamba Allah. Sila sebut dengan suara & gaya Gediks okeyyy ... mesti orang Meluat !!!!

Thursday, 28 July 2011

Pening Carik Kerja

Saya tengah sibuk mencari kerja ni. Serius ke tak serius, ikut mood la :-) Mood berkobar2 tapi bila tak dapat, mula ler mengutuk company yang takmo ambil saya bekerja tu. Boleh?? So far, baru sekali gie interview ... hehehe.

Ada ler hantar resume kat company2 secara online & by hand. "Rempuh" company tu!!! Yang hantar resume & sijil2 by hand, mula ler dorang buat "janji-janji manis". Saya lebih pengalaman bahagian teknikallah, so nanti resume saya akan dihantar ke tempat lain. Takke MANIS janji itu??

Wokey, tempat kerja korang ada kerja kosong tak untuk "makcik" ini?? Tu ler susahnya dah tua2 nak carik kerja. Nak jadik cikgu, umur terlebih. Diingatkan kat korang semua :-)

"SAYANGILAH KERJAYA ANDA"

Bertambah PENINGS. Depan, belakang, kiri, kanan dok Pot-Pet Pot-Pet kat saya.

"Belajar tinggi-tinggi, muka lawa, gaya ada, jadik surirumah"

Perhhh, berdesing telinga dengau. Tu belum lagi Mak bapak ku yang mempertikaikan seluar belang kegemaran saya yang selalu saya pakai !!!

"Orang lain bergaya, ni awak asyik2 dengan seluar belang".

The next day saya terus gie "rempuh" mana2 company.

Hubby tak kisah kalau kerja pun tapi niat biar NAK TOLONG SUAMI.

Saya tahu memang ramai nak jadik surirumah tapi saya rasa kalau ada rezeki, saya nak bekerja semula dan berkawan. Jadik TEA LADY gaji RM3k pun I tak kisah ... hahaha, gurau jek. Saya tak demand pasal kerja, pasal gaji etc ..... janji kerja tu menyeronokkan dan berbaloi !!!

** Bila dok Melaka, banyak le pulak kerja best2 kat KL.

Macam-macam request

Imran ni baru 4 tahun 6 bulan. Banyak cakap + pandai bercakap. Pandai bodek pun ye jugak. Nak tahu tak, kami terpaksa berdoa depan Kaabah masa buat Umrah in June' 2009. Masa tu umur Imran 2 tahun 5 bulan. Dia hanya tahu cakap Ibu, Ayah and kakak sahaja, tu pun susah nak dengar. Babysitter pun risau tapi kami tahu dia tak bisu.

Lepas hampir sebulan saya tak jumpa (pergi Umrah then outstation ke US), mulut dia dah asyik bercakap sahaja. Sometimes dia boleh menggunakan words yang unik. Alhamdulillah, maybe berkat doa di Tanah Suci.

Imran belum sekolah lagi so setiap pagi kami berdua sahaja di rumah. Dia layan TV la ... Astro Ceria Ch611. Pengaruh TV itu "kuat", mintak kita "something" yg tak pernah terpikir. Tak sure dia dapat idea dari tengok kartun mana agaknya ? Hagemaru/ Nono-chan/ Chibi Maruko chan ?

"Ibu, dah lama kita tak meluncur salji. Boleh la kita pergi meluncur salji"

Terkedu dengar request dari Imran. Entah bila masa agaknya kami pergi meluncur salji ni? Yg bagusnya, pandai pulak dia guna word "meluncur" tu.

"Ibu, Imran nak beli anjing macam Pesu"
(Pesu tu anjing kepada Hagemaru-kartun Jepun)

Bab ni susah nak terangkan kat dia. Dia bukan faham apa maksud HARAM. Terangkan kat dia sebaris, dia tanya lagi berbaris2. Kenapa tak boleh pegang? Kenapa Hagemaru boleh pegang Pesu? Tu belum masuk bab cuci dengan tanah. Sometimes seronok jgk melayan tapi jgn salah jawab, jawapan kita "terpeleot" skit jer, dia boleh meraung 1 rumah.

Hagemaru dan Pesu

Pernah jugak Imran request nak rambut macam Hagemaru. Senang je nak botakkan tapi camne nak tinggalkan 3 helai rambut kat tengah2 tu?? hehehe ... mamak gunting rambut boleh tutup kedai camni !!!

Wednesday, 27 July 2011

Step by Step

Nota : Saya dah draft this N3 since 10th July tapi tak publish. Terasa nak publish bila baca N3 Ayu yang berada di Jepun. Cerita dia di SINI.

Saya mula mengenakan tudung 12 tahun yang lalu, tarikhnya mungkin 14/9/1999. Kenapa saya boleh ingat tarikh itu? Ni saya ceritakan.

Saya mula masuk kerja pada May 1999 after grad . Masa tu tak pakai tudung with blonde hair. Baru grad oversea le katakan!!! Siapalah yang tak tengok/ usik kalau saya lalu di production line tu? "Awek CUN, awek CUN !!". Sampaikan salah faham sebab ada senior lelaki saya yang nickname "CUN" di kilang tu. Senior tu dah berkahwin.

Then saya involved dalam tarian untuk company anniversary. Modern dance!!! Malam anniversary, di Hotel Mandarin Oriental, saya menari dengan pakaian ala-ala "berkemban" dikenakan dengan seluar panjang ketat. Lepas dah habis menari, tukar pulak dress pendek with highcut boot. Saya terlupa yang saya bekerja di area kampung agaknya. (saya membesar di kampung jugak, sampai sekarang.). Banyak mata yang tak SUKE, I guess !!!

The next day company beri cuti. The next next day saya datang kerja dengan bertudung litup. Orang yang mula2 nampak saya di pagi2 morning itu terus bersalaman & berpelukan dengan saya, ucapkan "Omedetou! Tahniah! Alhamdulillah!! ". Boleh tak bayangkan camne muka2 excited mereka? Saya tengok kakak tu hampir menitiskan air mata. Kecoh jugaklah. Saya jadik lagi "glamer" dari waktu tak pakai tudung. Mungkin ada jugak yang tak sempat nak mengutuk dressing saya pada malam anniversary itu.

Alhamdulillah step by step saya cuba improve to be MUSLIMAH. Memang sukar terutamanya berada di dalam rumah mak bapak sendiri. Beberapa bulan yang lepas saya cuba untuk memakai tudung di dalam rumah mak bapak sendiri. Mula2 rasa pelik. Orang tanya, "Nak pergi mana?". Lama2 alah bisa tegal biasa !!! Alhamdulillah sekarang dah boleh !!

Saya bukan nak buka keaiban sendiri tapi mungkin saya rasa semua orang boleh buat / kena buat. Saya bukan alim ulama/ustazah pilihan tapi bak kata suami saya, "Takkan nak tunggu jadi baik, baru boleh suruh orang jadi baik?"

*** Doakan saya diberi keteguhan HATI. Camne pun saya tetap seorang yang HAPPY GO LUCKY.

Hukum aurat bersama ipar duai ...

Assalamualaikum w.t.w..

Alhamdulillah , Segala Puja - Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Bagaimanakah aurat seseorang wanita muslimah itu di hadapan ipar-duainya yang berlainan jantina .

Maka jawapannya ialah : Wanita itu TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA AURATNYA di hadapan ipar-duainya ( yang berlainan jantina ) . Wanita itu mestilah bertudung dan memakai pakaian menutup aurat .

Walaupun begitu dibenarkan wanita itu TIDAK MEMAKAI STOKIN dan juga MENYINSING LENGAN BAJUNYA agar mudah dia melaksanakan tugas-tugasnya di rumah ( seperti di dapur ) . Ini disebabkan kalau si wanita itu mesti sentiasa berstokin dan berlengan labuh , sudah tentu ini agak menyukarkan dia melakukan tugasnya di dalam rumah .

Walaupun begitu , ini bukanlah alasan untuk si abang ataupun adik ipar untuk " MEMANDANG SECARA LAIN MACAM " ( pandangan penuh berahi ) kepada kakak ataupun adik iparnya . Bagaimanakah dibolehkan jika pandangan itu sendiri mempunyai " makna jahat " !? .

Tudung kepala ( yang juga menutup lehernya dan dadanya ) TIDAK BOLEH ditanggalkan di hadapan ipar-duainya ( yang berlainan jantina ini ) .

Inilah dia hukumnya berdasarkan mudahnya Islam . Di samping kemudahan diberikan , Islam tidak lupa juga memberi amaran akan bahayanya apabila kemudahan itu disalah gunakan .

Tidak dapat dinafikan , di dalam dunia moden ini kadang-kadang seseorang wanita itu terpaksa tinggal serumah juga dengan ipar-duainya lantaran pekerjaan ataupun pengajian . Hubungan ipar-duai itu hendaklah dijaga dengan batas-batasnya .

Ya kita boleh mempunyai hubungan mesra dengan ipar-duai kita tetapi hubungan sebagai ipar-duai sahaja . Tidak lebih daripada itu .

Tapi BAHAYA ipar-duai ini juga perlu diawasi . Tidak sedikit manusia yang " TERLAJAK " dengan ipar-duai sendiri disebabkan hubungan dengan ipar-duai ini LEBIH HALUS , LEBIH SUKAR DIKESAN DAN LEBIH MESRA .

Kerana itulah Baginda Rasulullah s.a.w telah pun memberikan amarannya dengan mengatakan bahawa " Ipar-duai itu adalah MAUT " iaitu , " hubungan sumbang " dengan ipar-duai sendiri lebih merbahaya berbanding dengan orang yang tiada kaitan kekeluargaan dan persemendaan . Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :

Ertinya : Drp Saidina 'Uqbah Bin 'Amir r.a , Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : (( " Jaga-jaga ! , Janganlah kamu bersunyi-sunyian ~ khalwat ~ dengan mana-mana wanita " )) , maka bangunlah seorang lelaki drp Kaum Ansor bertanya : " Bagaimana pula dengan ipar-duai ? " . Jawab Baginda s.a.w : " Ipar-duai itu sendiri adalah MAUT " )) . ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh ( 9 / 5232 ) dan al-Imam Muslim rh ( 4 / 2172 ) . Juga diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad ( 4 / 149 ) dan al-Imam at-Tirmidzie rh ( 3 / 1171 ) serta al-Imam as-Suyuthi rh ( Al- Jamie? as-Soghir : 2905 ) .

Sebaik-baiknya kita tidak duduk serumah dengan adik-beradik ipar kita .

Namun jika AMAN DRP SEBARANG BAHAYA ( apatah lagi dengan keganjilan perilaku dan kecenderungan seks zaman sekarang ) , maka TIDAKLAH MENGAPA tinggal serumah dengan mereka .

Mudah-mudahan Allah Ta'ala menyelamatkan kita sentiasa drpd musibah2x yg xdiingini.... Amin Ya Rabbal Alamin .

Monday, 25 July 2011

Buah Binjai

My ibu offer 2 biji buah binjai. Kalau nak, ambik. Kalau takmo, takyah ambik. (senang jer syarat2 nya).

Dah kecur tengok buah binjai + baunya yang "menggoda". Dah 2 kali my ibu offer, so ambil jugak la. Sebenarnya tak tahu nak masak apa. My ibu rasa buah binjai itu, MANIS, so makan camtu pun ok kot.

* gambar dari google

Dengan bantuan pakcik "Google", dok carik Resepi Buah Binjai. Alamak, kecur air liur. Resepi Sambal Belacan Binjai !!!

Resepinya senang, buat sambal belacan lepas tu letak buah binjai. Perhh, makan dengan nasi panas, sure dah tak toleh kat orang sekeliling.

Sambal Belacan ada lagi dalam peti ais tu tapi dah letak tempoyak. Kalau Sambal Belacan Tempoyak + Binjai, apa rasanya yek?? Rasanya boleh jadik PITAM tak?? Nak try test dinner nanti.

Nota kaki : Banyak sangat KECUR sebab today PUASA.

Dah boleh mengundi ??

Sabtu lepas pergilah Career Fair di MITC, Melaka. 1st time pergi. Selama ni carik kerja ONLINE jer. Wah seronok sebab boleh pilih2 gitu. Kalau rasa macam sesuai, isi borang then hantar resume. Doakan semoga ada ler rezeki kerja di negeri kelahiran sendiri... huk! huk!!

Masa dah nak balik, ternampak ler counter SPR. So dapat ler mendaftar dengan jayanya. Ya Allah, umur dah "lanjut" baru nak daftar?? Di manakah tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia?? Hehehe ... dulu time sibuk orang berpilihanraya, saya pun sibuk berkempen tapi dalam company je ler sebab membidas kata2 pembangkang ... kononnya!! Tapi diri sendiri pun tak mendaftar!!

Apasal lambat daftar??

"Saya baru balik dari oversea!!"

Jawapan yang Ringkas dan padat walaupun hakikatnya, berada di Malaysia sahaja. Alasan tak boleh diterima.

Hanya sekeping kertas

"Mahal" harga kata2 di kertas itu.
Ramai ke yang pernah jadik "hantu-hantu" daku sebelum ini :-) ??

Nota kaki : Petang ni baru boleh blog walking !!

Friday, 22 July 2011

Tidur dengan ???

Imran ni setiap malam nak ajak saya tidur di ruang tamu coz dia suka tengok TV. Walaupun daku dah "menyanyi" di sebelah, dia masih terkebil2 tengok TV seorang diri. Memang tak elok untuk kanak2, so now slowly kena control !!!

Now dah 11:58 pm, saya masih menjahit. Hubby conquer TV, so Imran "lari" ler kat bilik menjahit ni. Setia menanti tapi akhirnya "Imran Tak Setia"

Sebabnya,

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

DIA DAH TIDUR DENGAN ULTRAMAN !!!

** Imran ibarat my Bodyguard/ Handbag Coach sebab dia sentiasa di sisi saya.

Thursday, 21 July 2011

Happy Birthday !!!

21 July 2011, Genaplah umur hubby ke 3* tahun. Belum tukar angka 40 tapi bak kata lirik lagu Wali Band, Tobat Maksiat ....

♫♫ Ingat mati, ingat sakit
♫♫ Ingatlah saat kau sulit
♫♫ Ingat ingat hidup cuman satu kali ...

Tiada acara tiup-tiup lilin semenjak tahu buat itu HARAM (sila rujuk di SINI). Tapi sepatutnya kek wajib ada. Camne pun takde kek di majlis ini. Makanan pun dah banyak jenis, jangan membazir ... hehehe.

Juadah berbuka puasa untuk birthday boy dan makan malam untuk kami.

Saya masak bubur kacang sahaja. Itu kegemaran birthday boy. Lauk lain "angkut" from rumah PAMA. Setiap hari Khamis memang saya tak masak sebab ambil "package" lunch & dinner from rumah PAMA.

Banyak juadah tapi birthday boy teruja dengan Sambal Tempoyak itu !!!

Birthday Card from staff pompuan :-)

Happy Birthday Abang ... semoga happy selalu, murah rezeki, dipermudahkan segala urusan & menjadi Hamba Allah yang dirahmati olehNya.

Wednesday, 20 July 2011

Tukang Jahit "Emergency"

Saya ni suka menjahit. Ikut MOOD jugak. Bak kata diri sendiri, "Baju sendiri pun tak siap". Project langsir rumah my Busu, dia dah selamat masuk rumah baru tapi saya tak siap2 kan langsir. Nasib baik dia cakap, "Nak guna masa RAYA".

Pagi semalam saya BZ menjahit langsir. Sepupu saya SMS at 11pm malam kelmarin, minta tolong jahit langsir 5 keping. Pada mulanya saya tolak sebab MOOD nak jahit takle datang tiba2 ... kononlah. Dia memang minta tolong sesangat coz tempat kerja dia nak adakan function, and langsir/kain tu nak guna di stage nanti. Terpaksa le cakap OK.

My "buah hati" sedang menjalankan tugas. Sungguh kerekot jari-jemari ku.

At 9:15am, dia hantar kain. Kalau boleh nak at 11:00am. Saya cuba jugaklah. Nasib baik rumah TUKANG JAHIT EMERGENCY banyak benang warna-warni. Kalau tak, mahu jer guna benang putih untuk kain warna maroon. Alhamdulillah, berkat anak2 masih tidur (seorang demam), sempat saya habiskan 5 keping kain langsir itu. Jahit lurus sahaja tapi sebab jahit lurus le saya "kureng".

<== Muncung tukang jahit "Emergency". Sambil concentrate menjahit, sambil pikir diri tak mandi lagi, masak pun belum lagi, nak ambil anak balik sekolah ...blah, blah, blah ...

Lepas tu sepupu datang nak ambil tapi dia request ada lagi 2 kain putih nak kena jahit. Kain tu dah ler berjela-jela panjang, jenis kain yang stretchable pulak. Sepupu terpaksa le tunggu saya menjahit sambil melayan saya pot pet pot pet berborak. Atlast before 12 noon, dah siap !!

Hahaha ... dapat upah RM20. Kalau sedara-mara minta tolong jahit, memang saya tak ambil upah pun. Tapi ni untuk kegunaan company dorang. Lagipun sepupu kata, "Ambil jer, suruh hantar kat kedai Cha Ya Nun Alif, datin kata mahal". Petang tu Datin (Boss sepupu) suruh tambah lagi RM5 duit upah.

Tapi betullah, time nak dekat raya ni tukang jahit "demanding". Kakak saya hantar kat kedai Cha Ya Nun Alif sebab baju dia ada bocor skit je. Baju baru 1st time pakai, takkan nak buangkan?? Cha Ya Nun Alif tu reject. Atlast TUKANG JAHIT EMERGENCY jugak was ON CALL.

** Tak lama lagi Tukang Jahit "EMERGENCY" pun nak kena demand lebih2 :-)

Petang pulak saya BZ bawa anak2 pergi klinik. Nabilah demam & Imran pulak cirit-birit. Tapi ni takde kaitan dengan makan durian sebab mereka tak suka durian.

Sunday, 17 July 2011

Sekilo Seringgit

Teruja nampak / dengar pasal durian 1 kilo = RM 1 buatkan saya sebagai pilot membawa hubby gie carik durian sampai ke Muar. Actually tak sampai bandar Muar pun, kat Kesang, dalam 30~40 km from Bukit Beruang ni.
Terima kasih kepada LEBUH AMJ kerana cepatkan perjalanan kami. Ala-ala highway jugak and tak banyak kenderaan.

Camne pun "pilot" takle bawak laju2 coz dikhuatiri bertemu dengan segombolan lembu yang tak reti2 nak ikut traffic-lights !!
Hasilnya :-)

Adale dalam 21 bijik dalam kampit coklat tu. Rasa ralat / tertipu pun ada tapi tu semua pengalaman kan? Masa sampai satu gerai ni, dorang show yang 1kilo=RM1 tinggal 1 longgok jer & tak menarik. Tapi kami makan jugak durian kat situ. Biasa2 jer, isi tak banyak but kena bayar RM20 for 4 bijik !!!
Lepas tu meneruskan "pencarian" ke depan lagi. Cari tempat yang longgokan banyak skit. Cepat2 apek tu keluarkan kampit coklat. Apek tu cakap, "Mahu yg sekampit penuh Rm30 / sekampit penuh RM50? " Yang sekampit Rm30 kecik2. Tak timbang pun & tak sempat kami nego/pikir2, terus disumbatnya dalam kampit coklat tu. Zass, zass.... tak sampai 5 minits, selamatlah durian masuk dalam boot kereta. RM40, ambik ko!!! Isi durian ok jugak, ikut nasib. Tapi ada jugak yang dalam sebiji tu ada 3 ulas isi sahaja. Yang takde langsung pun ada. 

Itulah pengalaman TERUJA sangat dengan 1 kilo = RM1 . Peniaga2 durian masih boleh "berlagak" dengan durian mereka. Tunggu le lagi 2 minggu, pasti dorang terpaksa LELONG.
Mungkin jugak silap kami pakai kereta PLAT SELANGOR!!!

Saturday, 16 July 2011

Bila ANAK berkurangan ....

Anak apa ye?? Bukan anak mata, bukan anak tekak dan bukan jugak anak2 yang seangkatan.

Ni kisah ANAK KANDUNG ler :-) Siapa lagi kalau bukan HAMI 4 orang tu.

Selalunya setiap hari Jumaat, anak sedara (nickname Jade), akan tidur di rumah kami. Semalam dia takle tidur coz kakak Jade ada di rumah (kakak Jade tinggal asrama so balik cuti). The twins dengan tak malunya meng"offer"kan diri nak tidur di rumah Jade. Hubby lak terus gave permission. Melompat the twins, punya ler HAPPY. Maisarah pulak takmo ikut coz dia kata tak biasa tidur rumah orang. (Alasan macam takle terima bcoz rasanya dia nak conquer TV). Saya siapkan baju mereka and telekung. Pesan supaya SOLAT !!! Kekadang bebudak terlebih excited, lupa segala rutin mereka.

So di dalam rumah ini tinggal le kami berempat. ME, hubby, Maisarah and Imran. Alamak memang terasa sunyi. Baru 2 orang takde!!! Terasa sunyi sebab takde suara gaduh2, suara menyanyi, suara berleterkan orang tak tentu pasal, suara berebut2 nak mandi, berebut remote control etc. Saya jugak RINDU nak keluarkan suara tarzan pagi2 morning ni :-)

*** Twins dah telefon, suruh ambil di rumah atuk pukul 3pm. Sempat tanya "Kakak rindu kat kitaorang tak?"

Friday, 15 July 2011

JOM ....JOINT MY GIVEAWAY.....Lynn's Cottage

Terliur tengok hadiah giveaway by Kak Lynn ni. Kalau dapat boleh buat hiasan raya ni. Meh saya buat korang sama2 terliur !! Rasanya blogger perempuan mesti SUKE.

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN. Tarikh TUTUP 29HB JULAI 2011

HADIAH PERTAMA

HADIAH KEDUA

HADIAH KETIGA

Jom join ramai-ramai ...

Boleh pergi ke blog Kak Lynn sebab macam2 hiasan ala2 English and cookies ada dijual.

Giveaway FM

Giveaway FM lagi.... yes, yes, yes ... Semoga saya dimurahkan rezeki dapat FM. Kali ini dianjurkan oleh Jieda. Klik banner dibawah untuk join :-)

Tarikh tutup pada 20 Julai 2011

Jom join beramai-ramai.

Gimme the FM ♥♥♥

Saya memang minat FM sebab tulah souvenier yang paling senang nak carik, murah, cantik and senang nak dibawa. Nak tunggu pergi jejalan sendiri, collect FM sendiri, memang "tak larat" RM. (Check my collection @Labels "Fridge Magnet")

Ada orang bermurah hati nak beri GiveAway Fridge Magnet. Orang tu adalah DAYDECK86. Bukan satu sahaja dia nak beri, tapi tengok ler collection yang nak di let-go tu!!

Korang pilih le mana korang nak. Saya dah pilih saya punya ... hahaha. Memang mengharap DAYDECK86 kasi semua... sorry, tamak haloba kejap!!

Tak cukup ke yang berkenan di hati?? Nah kat bawah ni lagi banyak. Ni DAYDECK86 nak let-go jugak, kalau ramai yang join.

Amacam, ada "blink2" mata korang??

Saya dah blink2 ni ...

Ustazah Pilihan

Boleh tak jadik calon Ustazah Pilihan di Astro Oasis tu? Sorry, umur baru 10 tahun!!

Today Maisarah wearing tudung color hitam gie sekolah. Sedikit pemerah pipi, eyeshadow and lipstick by ME yang sendiri pun tak pakai/pandai make-up. Today majlis Guru Besar pulak bersara. Takde tersilap "Guru Bersalin" seperti di SINI.

Maisarah join macam koir la menyanyi lagu Jepun yang famous tu ...... MIRAI (未来) by Kiroro. Dalam seminggu ni, di dalam rumah ini asyik berkumandang lagu tu sahaja dinyanyikan oleh the girls. Sampaikan Imran (4 tahun) pun dah boleh hafal starting lagu tu.

*** Pasal Ustazah Pilihan : Setiap kali keluar iklan kat TV, mesti dorang suruh ME join tapi lepas tu ada seorang pulak yang menyampuk, "Ibu tak bolehlah, ibu dah TUA!!"

Gerammmmmm...........Takde "tapis2" itu MULUT.

Nak dengar lagu Mirai, boleh try klik
Kiroro - Mirai e
Found at abmp3 search engine

Wednesday, 13 July 2011

Takut tengok badan sendiri

Semua orang akan risau kalau berat badan bertambah. Camne nak control ye?? Dulu rajin jugak men"try" berbagai jenama makanan2 untuk kurus, now dah M!!!

Masa bujang, nak capai 42 kg pun susah. Now "berlumba-lumba" jarum penimbang nak capai 55 kg ~ 60kg. Pertambahan berat badan bermula bila mula2 masuk bekerja, sikit demi sikit meningkat. Nak tunggu kurus semula, masa lepas bersalin. Tu pun sebab breastfeed anak. Lepas tu, back to normal ++ abnormal.

Pernah sekali berat badan saya dropped tanpa disedari. Turun sampai 48kg. Nak tahu apa aktiviti saya yang "unplanned" itu. Setiap hari skipped lunch sebab saya keluar dari office, pergi pos barang. Then waktu petang saya makan TEMPE. Sedap wei tempe sambal itu!! Makan tempe & tauhu sumbat, confirmed waktu malam saya tak makan sebab kenyang sesangat. Lepas dah beberapa minggu ada le orang tegur saya kurus. Bagus jugak cara "unplanned" diet ini.

Berat badan saya bertambah lagi sejak jadi SAHM. Dan apa yang saya alami & perhatikan pada diri sendiri, semakin berat badan bertambah, selera pun makin bertambah2. Itu yang takut !!!

Alahai kesian si suami terpaksa pakai seat belt.

Nak share tips dari hubby :-)
Sama sama target nak kuruskan badan bukan kerana nak bergaya dan nampak anggun dgn latest fashion di pasaran tapi semata mata nak ikut Rasullullah kerna nabi kita itu tak gemuk....Insya Allah

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah pemergian Nabi ialah kekenyangan perut. Sebab apabila sesuatu kaum itu kenyang perutnya maka akan gemuklah badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalelalah syahwatnya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Tuesday, 12 July 2011

GiveAway IPOD

Semalam courier hantar parcel ke rumah. Attention to Mr Hubby. Si isteri ni pun bukak la. Dapat IPOD from Bank ISlam. Pemenang Hadiah Harian Kempen "Berbelanja & Menang". Ni kira macam GiveAway le jugakkan. Not bad!!!

So dalam rumah ni dah ada 2 IPOD. Tapi orang zaman ni dah guna IPAD la ... Kalau dapat satu IPAD, best jugakkan tapi rasa macam "menyusahkan" nak bawak IPAD sana-sini. Yelah kalau dah ada, mesti nak bawak kemana-mana kan? Tu sayalah tu !!!

Yang color oren tu dapat saguhati from Cornetto.

Tapi semalam nak download & guna IPOD yang kecik kenot tu pun payah, ni kan pulak IPAD !!! Kecuali ler kalau ada orang nak kasi GiveAway IPAD (^v^)

Saturday, 9 July 2011

Check In Concorde SA

Alhamdulillah, kami selamat stay di tingkat 15 ni.

Perjalanan from Melaka lancar kecuali di Toll Ayer Keroh jammed becoz of roadblocked. Saya terpaksa volunteer to drive sampai Shah Alam. Ni gara2 hubby pekena nasi lemak, bawak kereta pun terhoyong-hayang.

Check-in at Concorde Hotel Shah Alam. My friend boleh agak which room we all stayed becoz of the carpet. Regular customer Concorde agaknya!!

Ngada-ngada tidur hotel kan walhal sedara-mara ramai kat sini & rumah pun ada di sini. Dah tu camne, rumah kami dah disewakan, so kami terpaksa ler carik hotel sewa... hehehe. Actually hubby ada kerja dibawanya. Kalau dah stay rumah orang, limited !!!

Mintak Deluxe Room tapi last2 tukar ke Premier Room. Tak besar mana pun, maybe ada jugak yg kena tidur kat bawah if nak tidur lagi selesa. Saya rasa the room macam standard dengan Superior & Deluxe tapi dorang just letak katil lebih??? Emm, maybe!!!! Pandai photoshoot sampai nampak cam besar, camera DSLR gaknya?? hehehe ... (pemilik DSLR, jgn marah!! Nanti kedut)

Shah Alam tidak jammed .... perjalanan lancar, Alhamdulillah. Permandangan cantik !!!

The Pool

Hubby luangkan masa menghadiri Forum Perdana @ Masjid Shah Alam itu :-)

Susahnya nak book hotel

This weekend kami kena pergi kenduri kahwin di rumah sepupu di KL. Hubby suruh booked Legend KL sebab sayang pulak tak gunakan our Legend Worlwide Holidays punye membership.

Legend penuh then tukar ke Grand Season, KL. Penuh jugak. Legend Water Chalet pun sama. Jenuh jugak berurusan. Anak2 dah tak sabar nak tidur hotel. Bukan sebab apa, biasalah SWIMMING POOL !!!

Last2 carik dekat Shah Alam jer coz dekat dgn my sister house. Survey jugak hotel2 lain di KL & Shah Alam. Fuhh, bilik biasa2 dah fully booked. Pelik jugakkan??? ..... pikir punya pikir teringatlah PERHIMPUNAN BERSIH ... emm patutlah!!!

Makcik ni pun booked hotel kat Shah Alam setelah disoal sana, soal sini, request katil king saiz, request view mengadap masjid... berkali2 jugak telefon. Last2 ok orait TAPI ......
"Boleh terlupa nak tanya harga."

Nak telefon lagi, MALU last2 telefon ler jugak coz takut hubby takle tido malam dok pikirkan RM ... hehehe.

Booked this room. Jangan indah khabar dari rupa.
Macam biasa akan ada yang tidur kat bawah.

Hopefully perjalanan kami ke Selangor dipermudahkan ..

Thursday, 7 July 2011

Ada-ada sahaje tau !!!

Kesian Imran. Dia takde kawan boy dalam rumah ni. Kakak ada 3 orang & semua dah bersekolah. Camne pun dia tetap GANAZZ cuma sometimes kakak2 tak larat nak layan.

Dah malam2 pun still bermain. Tengok ler peluh tu.

Nak tahu Imran main apa masa ni? Dia main Teng-Teng sebelah kaki and melompat keliling rumah. Main seorang sahaja coz kakak2 sibuk doing homework & revision kat study room.

Macam ni le gaya dia main Teng-Teng. Main pakai jer spek kakak color pink. Kebosanan sangat2 kot sebab takde kawan boy dalam rumah :-)

Tunggu jelah Ayah balik kerja.

Berbagai aksi Imran. Setiap malam camni. Terjun, lompat, berlari .....

Party Malam Jumaat

Party apa lagi, PARTY DURIAN la ...

Durian kampung!! Tak kisah durian apa pun, janji SODAP .

Hubby bought 4 biji. Dah makan hampir separuh. Dah le tadi puasa. Orang azan sahaja, terus teguk Milo Ais. For supper, "belasah" durian. Semoga takde penyakit yang datang :-)

Nampaknya ada orang request Bubur Kacang Durian again.

Tuesday, 5 July 2011

Hadiah, Giveaway, Contest

Saya tengah melayan blog yang adakan Giveaway. Nak cuba nasib, nak dapat hadiah FREE. Yang mana GA sempoi2, senang2, saya join lah ...

Kalau korang nak join jugak Giveaway yang saya join, gie check kat blog saya ini, di Labels tajuk "Giveaway N Contest".

Today dah joined 5 GA ... ok la tu.

** Aku yang bekerja "tanam anggur". Dahhhhhhhh nak TIDO !!!

~Cuti Cuti Pnstoberi Giveaway~

Memang sempoi ini GA. Takyah buat N3 tapi takpelah, saya RAJIN ... fuh, fuh .. AMIN!!!

Kalau nak join, klik banner !!! Jangan malu2 :-)

Tarikh tutupnya adalah jam 12.00am pada ari Selasa-12 Julai.

Biqque's June Lucky Follower

Jom join !!! Klik banner tau :-)

Stay tune on 12th July 2011 at 9.00am, to know who got lucky!

GA - Saya peminat FM

Saya peminat FM, tapi tak berkesempatan nak berjalan2/ vacation... huk, huk. Kalau ada orang nak beri FM, free pulak tu, saya wajib tak tolak ... hehehe.

Jerit sahaja kat link banner bawah
"AKU NAK FM"

Klik tau banner tu, terus pergi ke blog owner yg organize GA ni.

GA ni bermula pada 01.07.2011 hingga 30.07.2011 jam 2400hrs

Pasaraya Cowboy

Sorry ye bukan di USA / oversea tapi ianya terletak di Melaka sahaja.

Ni macam pusat memborong lah. Macam-macam ada. Lenguh jugak kaki saya dan mata saya dok tengok barang2 kat sini. Harga pun boleh tahan murah.

Alkisah jejakkan kaki ke sini sebab kawan hubby dari Seremban pun nak datang shopping di sini. Dia nak beli perkakas kawen for her sister. Tapi we all takle pergi together-gether. Dia kata kat sini banyak choices & murah compare dengan kat Nilai 1,2,3 tu .

Dok merayau dalam tu, memang rambang mata dibuatnya. Memang betul, perkakas kawen banyak pilihan. Cantik2, comel2, kawaii2 ..... Berbaris2 di rak. Banyak giler!!! Nasib baik saya dah kawen, kalau tidak mahu dok bertapa dalam Cowboy.

Tu belum sampai kat tempat periuk belanga. Adoiii, berbagai jenis & saiz kuali, periuk, belanga, sudip, senduk etc. Semuanya berbaris cantik jer. Mengerlip-ngerlip!!!

Segala macam mesin pun ada jugak spt mesin parut kelapa, perah santan, mesin ABC, pengisar daging

Saya memang dah rambang mata. Sampaikan nak pilih pun tak jadik pilih sebab penyakit rambang saya kalau barang dah banyak sangat, satu menda pun tak boleh nak beli .. hehehe. Ada jugak beli benda2 lain tapi ....

Yang penting saya dapat beli ini.

Rambang mata jugak sebab berbagai-bagai color. Tengok ler entah bila nak jadik benda dengan benang2 itu.

** Malunya daku nak keluarkan camera di tempat2 camtu. Sure orang gelak kalau ambil gambar kuali kan?

GA PERTAMA PUTERI KATEK

Nota from TeratakHami : Takde mood@modal nak membebel, so layan GA sahaja:-)

TARIKH TUTUP : 15 JULAI 2011

Cara penyertaan :
  1. Buat satu entry bertajuk “GA PERTAMA PUTERI KATEK” (DONE)
  2. Copy banner di atas dalam entry tersebut dan link ke entry ini. (DONE)
  3. List kan 3 TAJUK ENTRY TERBAIK anda sepanjang berblog. Tak kira la entry zaman bila. Yang penting anda rasa entry tu terbaik. Link kan ke entry tersebut. (DONE)

    Entry terbaik yang saya rasakan :

    (1)Lambaian Kaabah

    (2) Aku tersadai di LA
    (3) Bertemu Prof Dr Muhd Kamil
  4. Last sekali!!! Dibawah entry GA tersebut (penutup) sila tulis :

“ LIFE IS TOO SHORT TO BE UNHAPPY!!”

SAYA NAK GA DARI KOREA DAN BANDUNG!

Ramai kalangan bloggers yang suka buat GiveAway atau Contest. First time saya nak join ni. Kot2 rezeki dapat Fridge Magnet :-) Giveaway ni disediakan oleh adik-beradik.

Photobucket

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Beralamat di Malaysia dan mempunyai BLOG. (DONE)
  2. Follow dua blog berikut.
  3. Buat satu entry bertajuk : SAYA NAK GA DARI KOREA DAN BANDUNG! (DONE)
  4. Copy code banner GiveAway di atas dan letakkan di entri anda (dalam ruangan EDIT HTML). (DONE)
  5. Tag sekurang-kurangnya 2 orang & pastikan dorang tahu yang dorang ditag.(DONE)

    Nak TAG :-
    Kak Nza - pengumpul FM tegar cam saya !!
    Adik MY yang comel

  6. Hantarkan link entri anda di ruangan komen entry INI sahaja. (DONE)
  7. Tarikh tutup penyertaan: 15 Ogos 2011. (Ok, orait !!!)

Jom ramai2 join the GA