Tuesday, 5 July 2011

Pasaraya Cowboy

Sorry ye bukan di USA / oversea tapi ianya terletak di Melaka sahaja.

Ni macam pusat memborong lah. Macam-macam ada. Lenguh jugak kaki saya dan mata saya dok tengok barang2 kat sini. Harga pun boleh tahan murah.

Alkisah jejakkan kaki ke sini sebab kawan hubby dari Seremban pun nak datang shopping di sini. Dia nak beli perkakas kawen for her sister. Tapi we all takle pergi together-gether. Dia kata kat sini banyak choices & murah compare dengan kat Nilai 1,2,3 tu .

Dok merayau dalam tu, memang rambang mata dibuatnya. Memang betul, perkakas kawen banyak pilihan. Cantik2, comel2, kawaii2 ..... Berbaris2 di rak. Banyak giler!!! Nasib baik saya dah kawen, kalau tidak mahu dok bertapa dalam Cowboy.

Tu belum sampai kat tempat periuk belanga. Adoiii, berbagai jenis & saiz kuali, periuk, belanga, sudip, senduk etc. Semuanya berbaris cantik jer. Mengerlip-ngerlip!!!

Segala macam mesin pun ada jugak spt mesin parut kelapa, perah santan, mesin ABC, pengisar daging

Saya memang dah rambang mata. Sampaikan nak pilih pun tak jadik pilih sebab penyakit rambang saya kalau barang dah banyak sangat, satu menda pun tak boleh nak beli .. hehehe. Ada jugak beli benda2 lain tapi ....

Yang penting saya dapat beli ini.

Rambang mata jugak sebab berbagai-bagai color. Tengok ler entah bila nak jadik benda dengan benang2 itu.

** Malunya daku nak keluarkan camera di tempat2 camtu. Sure orang gelak kalau ambil gambar kuali kan?

1 comment:

NzA said...

slalu p melaka ttp xprnah tAU lak tmpt tu....