Tuesday, 31 May 2011

Pulau Tioman

Kami baru balik dari Pulau Tioman. Pengalaman & perjalanan yang indah & menarik dan pastinya meninggalkan banyak kenangan2 manis di Tioman.
Before pergi ke Pulau Tioman, buat research apa aktiviti yang nak dibuat di Pulau Tioman. Dalam fikiran hanya ada mandi laut, snorkeling and scuba diving .... the kids suka ke?? For ME, kalau tak best atleast saya dapat menikmati keindahan & ketenangan di pulau yang termasuk dalam kategori 10 pulau terindah di dunia.
Perjalanan Kami
Kami bertolak before Subuh hari Jumaat from Melaka. Hubby hanya boleh cuti pada this week sahaja. Terpaksa pontengkan the kids sekolah but already informed the teachers ye!! Maisarah pun dah ambil exam B. Arab awal. Ni gara2 paper B. Arab tak masuk dalam jadual exam and ustazah nak buat hari Jumaat pulak. Niece, Jade (Darjah 3) pun turut serta ke Tioman.
Pengangkutan Mersing --> Pulau Tioman
Kami sampai Mersing and berehat sekejap di rumah PAMA. Kami gunakan agen untuk booked tiket ferry & chalet. Ticket ferry pergi-balik untuk Dewasa (RM70 seorang) and Kanak2 (umur > 2tahun, RM60 seorang). Ferry dari Mersing sepatutnya pukul 11:30am tapi delayed. Biasa la tu kan?? Atlast at 12:3o tghari, ferry bertolak. Masing2 muka very excited.
Dalam ferry
Perjalanan dengan ferry selama 2 jam. Kami dah makan ubat tahan mabuk. Ubat ni memang betul2 buat mengantuk. Saya paling teruk "jetlag" (kononlah). Tidur sepanjang hari!!!
Kami turun di Tekek, pusat "bandar" di Pulau Tioman. Sepanjang jalan di jeti, dah ternampak keindahan pulau ini. Air jernih sampai boleh nampak ikan. Dan bila masuk ke "bandar" Tioman, terasa macam di Venice.... :-)
Kami bernasib baik coz ada orang tolong tumpangkan van FOC. Kesian dia tengok budak2 bawak beg. Mana taknya, bantal busuk pun nak dibawanya!!! Kalau tengok mak bapak lagilah kesian, tangan, bahu semua penuh dengan begs. Kami tak kisah sebab fikiran tengah nak ENJOY!!! Saya bawak cerek electrik walaupun air panas boleh dapat di cafe (sgt berguna coz saya suka minum air teh), bekas air yang besar untuk buat teh la (berguna jugak!!), kuali kecil (kononnya nak goreng nugget, akhirnya tak guna pun & nuggets disedekahkan di cafe). Yang lain2 adalah makanan dari Melaka & Mersing. Takut kebulur di pulau ... hehehe.
Penginapan
Kami tinggal di Coral Reef. Chalet mengadap laut, tu yang best!!! Walaupun chalet kecil tapi paling penting semua orang dapat tidur atas katil and ada aircond. Harga chalet RM150 (guna agen RM180).
Our chalet
Sampai sahaja di chalet, letak beg and the kids pun apa lagi, berlari ke laut.

Saya tidur sepanjang hari kecuali bangun utk solat & makan. Saya memang terasa macam "jetlag" gara2 makan ubat tahan mabuk tu kot. Dah le tak tahan dengan keadaan dalam aircond. Hubby tertidur di buaian di luar chalet. The kids pulak memang takde jetlag, berendam sepanjang masa then memekak dalam bilik sampaikan saya bangun semata-mata nak marah mereka then sambung tidur.. zzzzzzzzzz

Monday, 30 May 2011

Kampung Juara @Pulau Tioman

Ramai orang kata, "Kalau pergi Tioman, kena pergi Juara, kalau tidak tak complete perjalanan" ... yoo.. o.. o.. la tu!!!
Kampung Juara ni terletak di bahagian timur Tioman. Tekek (chalet kami tinggal) terletak di belah barat. So kiranya merentas pulau ler ni.
Hubby charter 4WD from Norman's friend. Senang dah ada contact. Dia charge RM200 untuk satu kereta. Perjalanan merentas hutan & mendaki bukit-bukau selama 45 mins.
The kids prefer duduk di belakang. PAMA pun "terpaksa" la.
Sakit punggung kami!!!

Semua orang duduk di belakang, di dlam kereta hanya driver sahaja!!!
On the way to Kampung Juara, kami singgah ke Air Terjun. Nak ke air terjun, kena meredah semak-samun pulak. Seram jugak masuk hutan. Bila sampai ke Air Terjun, ada beberapa tourist tengah bermandi-manda. Air terjun tu dalam, so kami ambil gambar sahaja.

Akhirnya kami sampai ke Kampung Juara. "Comel" sahaja kampung ni. Masa kami datang agak meriah jugak sebab ramai penduduk kampung tengah main sepak takraw.
Laut di Kampung Juara lagi cantik. Laut sini kiranya laut lepas = Laut Cina Selatan.... the kids berendam lagi!!! Terdapat banyak jugak chalets di sini.
Berangan if 1 day saya mampu sewa kapal seperti di belakang ittew ...!!!

Nabilah ❤

Nabihah ❤

Imran ❤

ME melepak sambil memerhatikan anak2 bermandi-manda. Sambil itu terhibur tengok gelagat kanak2 Kampung Juara yang terjun dari jeti ke bawah. Seronoknya cuti sekolah mereka!!! Tiap2 hari mengadap laut. Kalau boring main di padang, terjun laut pulak.

Kami balik ke chalet around kul 7pm. Sempat jugak the driver bawa kami ke Marine Park. Hari dah gelap masa sampai di situ. Takpelah kami dah puas snorkeling di situ masa waktu siang.
We had dinner di Restoran Peladang. Driver tu kata restoran ni antara yang termurah. Restoran lain memang level hotel kot. Kami keletihan sebenarnya. Memula ingat nak makan maggie sahaja tapi gagahkan juga diri ini berjalan kaki beramai-ramai ke Restoran Peladang. Ramai orang ambil angin malam.
Nasib baik jugak makan di restoran. Masing2 kebulur. Nasi dan air kena order extra. Lauk-pauk licin.
The next day, the kids berendam until 9:30am then kami dah berkemas untuk balik. Our ferry kul 12:00 tghari. Kami berjalan kaki ramai2 ke jeti dengan bags yang besar2 tu. The kids nak beli souveniers so kami singgah di kedai Duty Free.
On the way to jetty. Ni satu2 nya jalan yang ada di Tioman.
Kat Tioman banyak kelawar. Bergantungan di pokok2.

Nota :
Kena bawa cash banyak2 sebab bank ada 1 sahaja (BSN). Kebetulan ATM rosak hari Sabtu, susah jugak kami nak membayar boat & 4WD yand disewa. Dorang tak accept credit card, nasib baik boleh transfer online.

Snorkeling @Pulau Tioman

2nd day adalah hari untuk aktiviti luar. Nabihah bertanya tanpa was-was "Ayah, bila nak Snowkeling?? "Snow" + "keling" ... hehehe. Tu ler pentingnya English Education!!! (ala2 Usop Wilcha)
Hubby charter boat untuk kami sahaja untuk snorkeling ke 2 destinasi, Marine Park & Pulau Renggis. Hubby bayar RM300 kepada Coral Reef. Kami dapat tahu ada yang mengenakan bayaran < RM300 untuk pergi ke 4 tempat. Ikut nasib la ...
Bot yang membawa kami ke Marine Park & Pulau Renggis.
Gunakan khidmat Norman walaupun payment dibuat kepada Coral Reef.
Kami memang takde experience pasal snorkeling, nak pakai baju apa pun tak tahu. Beranikan diri sahaja + excited sebab nak mencuba benda yang baru.
Ayah & Maisarah
ME menenangkan Jade yang ketakutan!!!
Nabihah yang sentiasa COOL.
Bot membawa kami ke destinasi pertama : Marine Park. Kat sini kami dah mula keluarkan roti & biskut yang dibawa. Memang dorang pesan bawa roti/biskut untuk kasi ikan2 makan. Ikan2 timbul ................... CANTIKKKKKKKK!!! Air memang jernih sangat tapi sangat dalam walaupun nampak dekat dengan pantai.

Abang mencuba nasib. Takde special training, cuma Norman pesan bernafas ikut mulut dan jgn risau, takkan tenggelam punye!!!
Kemudian diikuti oleh saya. Memang seronok sebab boleh terapung.... hahaha. Berkali-kali jugak tertelan air masin sampai rasa nak muntah. Di Marine Park ni hanya nampak ikan sahaja. Ombak kuat jugak sebab dah dekat dengan pantai and kebetulan ada 2 buah boat berhenti di situ. Penat jugak nak berenang ke pelantar yang disediakan.
Kami berempat dah sampai ke pelantar. Nabihah, Jade & Imran berada di atas boat. Lama jugak kami bermain-main dengan ikan di sekeliling pelantar itu.
The next destination ialah Pulau Renggis. Lajus giler Norman bawak boat. Sakit punggung kami bila boat "berlaga" dengan ombak.
Di Pulau Renggis tenang skit. Ombak kurang & orang pun tak ramai. Hanya ada 2 couple sahaja. Lagi cantik sebab ada coral + ikan.
Ayah & Imran tengah exploring .... terdengar2 Imran menyanyi
♫♫ Jgn pandang2, jgn pegang2, duduk diam2 ..... ♫♫


ME snorkeling sambil membawa the kids bergilir-gilir. Semput MAKCIK!!! Memang seronok sangat. Dasar laut tersangat cantik. Terasa2 macam berenang dalam akuarium!!!


The kids snorkeling di tepi tangga

Lebih dari 1 jam kami snorkeling di sini. Rasa tak puas tapi masing2 pun dah penat. Dan kami terpaksa balik sebab ada activity lain pula selepas ini.

Wednesday, 25 May 2011

Paper Exam paling SUSAH + LECEH ....

Anak2 saya masih bersekolah rendah, paper exam yang paling rileks tapi "membebankan" untuk ibu mereka ialah LUKISAN (now panggil PSV). Saya bukan insan kretip tapi kena memerah otak untuk PSV mereka. Saya kena prepare untuk 2 tajuk lukisan. The twins dipaksa ambil tajuk yang sama supaya ibu mereka tak perlu memikirkan 3 lukisan.

The twins akan lukis buah-buahan (dipaksa untuk pilih tajuk ini). Berhelai2 kertas A4 mereka gunakan untuk practice lukis buah-buahan.

  • Bila lukis buah anggur, gugusan anggur dari atas sampai ke bawah kertas A4.
  • Lukis pisang, dah macam sikat.
  • Lukis strawberry, lagi besar dari buah epal.
  • Ada tambahan Matahari (di atas) & Pasir (di bawah). Apa kebendanya??? (Cuba "mencabar" kreativiti ibu???)
Yang buat pening, bila tegur silap 1 buah, merengek 5min, "Macam mana ni ibu?, "Macam mana ni ibu?". Kalau 2 orang?? Tak ke pening kepala nak melayan.

Maisarah pulak kena buat BONEKA dari benda2 terbuang. Sukalah Maisarah, sebab DOLL kan, nampak gegirl skit. Idea kami, buat badan DOLL guna botol mineral, kepala guna perca kain disumbatkan dengan kapas. Rambut & baju pun guna perca. Tangan guna kotak dan paling best KAKI DOLL. Terpaksa le pinjam botol minyak wangi ATTAR ayah.... hehehe... (Pesan kat Maisarah, "jangan lupa bawa balik"). Ibu buat tadi nampak cantik jer, tak tahu ler camne Maisarah buat esok.

Cuma beza exam PSV kali ni kami tak perlu "serbu" / beratur ramai2 di kedai alat tulis untuk beli bahan2 for PSV. Jimat duit ...... ngeh, ngeh, ngeh.

Saya kepenatan, letih badan dan otak dan tak prepare for dinner coz sibuk buat PSV, boleh??

Tuesday, 24 May 2011

Puasa

Puasa yang saya maksudkan adalah Puasa Ganti. Soalan yang selalu diingatkan,

"Dah habis ganti puasa? "

Saya belum habis ganti puasa. Last year hormon saya "meracau" sampaikan saya tak berpuasa se-maksimum 15 hari. Last 2 years pula saya puasa penuh.

Semalam saya berusaha menghabiskan lagi 6 hari baki puasa yang tertinggal. Selalunya saya ganti pada hari Isnin & Khamis bersama-sama hubby yang puasa sunat. Cuaca yang sangat panas membuatkan saya berpuasa macam budak kecil. Letih, penat, haus, sangat-sangat terasa walaupun bangun sahur. Petang memang "flat" sangat. Sampaikan Maisarah teguk air berwarna hijau (Mirinda kot??) from peti sejuk boleh rasa terliur. Nak cakap pun tak larat sebab tekak terasa kering.... itulah antara dugaan berpuasa di rumah. Waktu bekerja tak terasa coz busy dengan kerja and duduk dalam office yang beraircond.

Bila tengok pekerja2 yang bekerja di luar rumah, kerja di panas terik, terasa bersyukur sangat sebab kes saya ini mungkin tak seteruk mereka.

Cepat habiskan PUASA GANTI supaya kita boleh ambil keberkatan berpuasa di bulan Rejab, Syaaban & Ramadhan.

Sunday, 22 May 2011

Jalan2 cuti sekolah

The kids belum start exam pun, ibu dah pikir pasal cuti2 sekolah. Dah berminggu-minggu pikir nak bercuti.
Ayah ada RM, tapi susah nak cuti, Ibu pulak sentiasa cuti, tapi RM cukup2 makan".
So ibu punya job kena pikir2 pasal tempat nak bercuti la....
Dari awal tahun terdengar kawan hubby ajak pergi
::::: UK :::::
Terdiam kami!! Hubby kata, "macam nak berjalan kat rumah sebelah" ... hehehe.
Then ME nak pergi ke Danau Toba dengan TH Travels, kena reject jugak sebab tak berbaloi (RM & duration) & mungkin the kids tak boleh enjoy di sana. [Actually saya kepingin nak jejakkan kaki ke Indonesia, bak kata orang, dah serata dunia ku berjalan, negara jiran yang dekat tu tak pernah sampai].
The kids tak kisah pergi mana2 pun, asalkan dapat naik ini
Tapi PAMA mampu sewakan ni sahaja.
Atlast kami plan nak ke Pulau Tioman sahaja. Dekat dengan kampung hubby. Walaupun dekat dengan kampung tapi seumur hidup hubby, tak pernah pergi pun ke Pulau Tioman. Boss Jepun hubby and wife dah beberapa kali pergi and dorang suka.
InsyaAllah kami akan ke Pulau Tioman.

Thursday, 19 May 2011

Dia Tidur

Siapa tidur tu? Ha, Nabilah??!! Emm tak heran sebab budak cinnonet ni memang kuat tidur. Dia akan lagi cepat tertidur bila "melibatkan" buku.

Letihnya belajar!!! Tengok tu kaki sampai terjongket pun still boleh maintain tidur.

Saya ada spy di kelas untuk check Nabilah tidur or tidak. Spy tu mestilah kembarnya, Nabihah. Nabihah mereportkan, Nabilah selalu tidur dalam kelas, sampaikan meleleh air liur. Ishh, loya jer!!! Ada 1 hari tu cikgu suruh baring supaya students diam tapi bagus Nabilah, sampai lena!!!

Saya nasihatkan dia supaya tak tidur dalam kelas lagi, malu jer budak lelaki nampak. Apa dia kisah!!! Nabilah pakai tudung pun hanya kemas di waktu pagi sahaja, waktu balik sekolah, tudung sampai nak tertutup mata. Comot kemain lagi, ada dia kisah???

Jika masih di Sungai Buloh, the twins terpilih jadik pengawas KAFA. Macam tak percaya je kan? Dorang quite femes kat sekolah. Itu dululah ...

Ilmu

Saya sedang baca buku tajuk Soal Hati. Bukan buku loving, loving ye!!! Dah hampir seminggu saya baca tapi tak sampai 1/2 buku pun lagi. Genre Islam (betul ke penggunaan "Genre"). Bukan sebab the genre tapi sebab saya rasakan setiap patah perkataan dalam buku tu ada maksud and penggunaan bahasa2 yang sangat indah sekali.

Buku ni banyak beri nasihat/ tips/ rujukan pasal Ilmu dan Ibadat. Saya suka banyak kata-kata di dalamnya. Antaranya :-)

"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadanya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."

Ilmu pun ada bahayanya jugak.

Imam al-Ghazali juga mengingatkan bahaya ilmu juga besar. Sesiapa yang menuntut ilmu untuk memalingkan muka orang ramai agar memberi perhatian kepadanya, atau untuk berdamping dengan pemerintah, atau untuk bermegah-megah dengan orang yang setanding dengannya, maka semua ini balasan NERAKA tempatnya.

Keberkatan sesuatu ilmu adalah bergantung kepada niat seseorang.

Tak kisah le nak belajar sampai PHD, (nasib baik takde lebih dari itu) atau nak jadi SAHM/supermom - belajar memasak, belajar menjahit etc, yang boleh sampai dapat title IBU MITHALI, pastikan niat kita BETUL ... Betul tak?? Betul, Betul, Betul ...

Wednesday, 18 May 2011

Study Mode kena ON

Mid term exam next week, jadi inilah masa the kids kena DERA dengan guru paling garang!!!

Tampal ini di dinding tempat study dorang, kasi motivasi skit. Thanks to majalah ASUH

Saya mengajar skit sajer tapi saya pastikan mereka buat latihan di Score A yang menyenangkan kerja saya untuk mengajar. Latih tubi sampai bertubi2. Setiap bab ada 3 sets soalan. Selagi tak dapat markah 100%, jgn beralih ke set yang lain. (Ibu beri arahan sambil cekak pinggang). Sambil tu saya boleh "layan" kerja2 rumah yang lain.

The kids masih gunakan computer ala-ala Cyber Home yang kami setup di rumah lama.

Ini kerusi Nabihah. Memang teruk budak ini study sampai tercabut kerusi? Ke sebab dia montel ??...... Hehehe.

Nabihah selalu buat ibu's temper UP . Study 5 mins, break 30mins. Then carik dia mesti tengah makan, buka fridge carik makanan. Sampaikan di sebelah meja study pun ada sekurang-kurangnya makanan. Kenapalah jadik camni ??? So the ibu secara spontan kena buat peraturan2 baru di rumah contohnya : "No food di meja study", No movement selagi tak habis exercises", "no FB the whole exam week kecuali ibu" .... boleh???

"We do the Best, Allah will do the rest"

"Ya Allah, permudahkan anak-anak kami untuk belajar"

Monday, 16 May 2011

Natsukashii SMAP tachi

Sekai ni Hitotsu dake no Hana (Eng/Jpn lyrics)

My kohai@junior forwarded this song in FB sempena Teachers' Day. Lagu kumpulan SMAP dari Jepun. (Hidup lagi korang ye??!!) Very nice song tapi yang buat saya terkenang2 adalah zaman "kegilaan" saya dengan this group ~16 tahun lalu.

Buku Nota yang saya gunakan. Di depan hanya tertulis nama sendiri !!

Tapi di dalamnya :-)

Ahli "pasukan" SMAP

Kimura Takuya (Kimutaku) - Ramai tergila-gilakan dia ni termasuk SAYA!!

Dan saya sukakan the leader : Nakai Masahiro --> sangat kelakar mamat ni!!

Mereka buat setakat menyanyi sahaja, berlakon, pengacara and banyak jugak program2 dorang... biasalah orang dah femes, berdiri kaku pun orang SUKE.

Pernah Maisarah tanya, "Ibu, Scrapbook tu macam mana?" . Dan saya tunjukkan Scrapbook yang saya buat khas untuk kumpulan SMAP. Dia tidak menunjukkan minat sebab dia kena buat Scrapbook pasal makanan seimbang :-P

** Dah tua agaknya mereka ini !!!