Hubby charter boat untuk kami sahaja untuk snorkeling ke 2 destinasi, Marine Park & Pulau Renggis. Hubby bayar RM300 kepada Coral Reef. Kami dapat tahu ada yang mengenakan bayaran < RM300 untuk pergi ke 4 tempat. Ikut nasib la ...
Bot yang membawa kami ke Marine Park & Pulau Renggis.
Gunakan khidmat Norman walaupun payment dibuat kepada Coral Reef.
Kami memang takde experience pasal snorkeling, nak pakai baju apa pun tak tahu. Beranikan diri sahaja + excited sebab nak mencuba benda yang baru.
Gunakan khidmat Norman walaupun payment dibuat kepada Coral Reef.
Ayah & Maisarah
Bot membawa kami ke destinasi pertama : Marine Park. Kat sini kami dah mula keluarkan roti & biskut yang dibawa. Memang dorang pesan bawa roti/biskut untuk kasi ikan2 makan. Ikan2 timbul ................... CANTIKKKKKKKK!!! Air memang jernih sangat tapi sangat dalam walaupun nampak dekat dengan pantai.
Abang mencuba nasib. Takde special training, cuma Norman pesan bernafas ikut mulut dan jgn risau, takkan tenggelam punye!!!
Kemudian diikuti oleh saya. Memang seronok sebab boleh terapung.... hahaha. Berkali-kali jugak tertelan air masin sampai rasa nak muntah. Di Marine Park ni hanya nampak ikan sahaja. Ombak kuat jugak sebab dah dekat dengan pantai and kebetulan ada 2 buah boat berhenti di situ. Penat jugak nak berenang ke pelantar yang disediakan.
Kami berempat dah sampai ke pelantar. Nabihah, Jade & Imran berada di atas boat. Lama jugak kami bermain-main dengan ikan di sekeliling pelantar itu.
The next destination ialah Pulau Renggis. Lajus giler Norman bawak boat. Sakit punggung kami bila boat "berlaga" dengan ombak.
Di Pulau Renggis tenang skit. Ombak kurang & orang pun tak ramai. Hanya ada 2 couple sahaja. Lagi cantik sebab ada coral + ikan.
Ayah & Imran tengah exploring .... terdengar2 Imran menyanyi
♫♫ Jgn pandang2, jgn pegang2, duduk diam2 ..... ♫♫
♫♫ Jgn pandang2, jgn pegang2, duduk diam2 ..... ♫♫
ME snorkeling sambil membawa the kids bergilir-gilir. Semput MAKCIK!!! Memang seronok sangat. Dasar laut tersangat cantik. Terasa2 macam berenang dalam akuarium!!!
The kids snorkeling di tepi tangga

Lebih dari 1 jam kami snorkeling di sini. Rasa tak puas tapi masing2 pun dah penat. Dan kami terpaksa balik sebab ada activity lain pula selepas ini.










4 comments:
Last wat xtvt snorkeling thn 2008.. tunggu anak pandai swimming nak jelajah balik Perhentian dan Tioman..
seronoknyaa...bilalah agaknya saya berpeluang kesana...
WN,
Kami pun tak tahu swimming tapi life jacket tu memang betul2 membantu terapung.
Cik Puan Izan,
Ni cuti sekolah ni pergilah, tenangkan fikiran.
As salam,
Saya baru balik dr tioman. Tengah nak buat blog update. Saje je browse blog org lain. In fact saya rasa pernah refer ur blog sebelum kami ke tioman. Ur family looked like they had tonnes of fun kat tioman tu. We did too!
Post a Comment