Penantian dari PERKESO telah ku terima. Penantian hampir 1 1/2 bulan. Cepat jugak prosesnya :-)
Alhamdulillah ... pencen seumur hidup untuk diriku dan anak-anak.
Kalau korang nak tahu, bagi yang tak tahu dan nak tahu, sebab saya pun baru tahu tentang Socso ni.
Sebelum saya tahu mengenai pampasan dari Socso ni, saya dok kira-kira berapalah Socso akan "bayar" kat saya? Saya ambil contoh orang lain yang alami kes macam saya. Memula saya kira peratusan dari basic gaji arwah suami. Kira punya kira, perhhhh .... memang banyak saya dapat, kiranya boleh hidup senang-lenang la. Senyum kambing sakan !!!
Actually PERKESO ni caruman untuk pekerja yang gaji bawah RM3000. Untuk yang gaji atas RM3000 atau 5 angka ke, tetap diambil kira RM3000 jugak. Dan untuk
kes kematian macam saya ini, PERKESO hanya akan bayar paling maksimum
RM1900 sahaja. Ni dipanggil
PENCEN PENAKAT.
Jadik kami
6 beranak dapatlah lebih kurang, yang boleh untuk sara hidup ini. (Bahagian anak2 semua sama walaupun lelaki/perempuan dan bahagian untuk saya lebih skit). Alhamdulillah, syukur !!! Buat ku menangis kesyukuran. Ini adalah pencen saya seumur hidup dan untuk anak-anak sehingga umur mereka 21 tahun atau kalau tengah belajar, sehingga mereka tamat ijazah pertama.
Riak? Berlagak? Eksen?
<-- TAKDE niat pun !!!
Ada yang jeles ke??? hehehe ...........
Apa yang korang nak jeleskan? Korang lagilah bahagia. Bagi "can" le kami anak-beranak HAPPY sekejap. Kalau yang rasa jeles tu, cubalah korang bayangkan bila alami situasi macam saya. Harapkan "si dia" yang pergi tidak akan kembali lagi.
Think positive !!!