Monday, 17 December 2012

Kisah lawak batu nesan

Semalam (Ahad) dah tempah batu nesan (nisan?) untuk arwah suami. Saya pergi tempah kat Kampungku Sayang, Bukit Baru. Saya pergi dengan Abg Long saya.

Kampung tu besar, rumah rapat2 plak tu. Terpaksa tanya orang kat mana tempat tempah batu nesan.

Abg Long keluar dari kereta dan berlari-lari, tahan sebuah kereta yang lalu kat dalam kampung tu. Kita "flashback" perbualan yang lebih kurang camni  ...

Abg Long : "Saya nak tanya, kat mana tempat nak tempah keranda?"

Terpinga-pinga brader tu ... lama dan "dalam" renungannya ...

Lalu brader tu jawab

"Kita orang Islam tak pakai keranda bang. Batu nesan ada le ..."

Perhhh... tak dapat dibayangkan camne muka Abg Long ku. Excited punye pasal, sampai tershashul !!!

Akhirnya jumpa jugak rumah Hj Mad, pembuat batu nesan.

Letak batu yang bersimen adalah HARAM, sebab tanah kubur adalah tanah wakaf, bukan untuk kubur persendirian. So beli jenis kepungan camni untuk elakkan tanah terhakis semasa hujan. Kubur arwah di lereng bukit.


Batu nesan yang ditempah macam ini lah.
Batu nesan jenis batu marmar camni mahal skit. Tapi untuk batu nesan yang telah ditempah, akan dibuat tapak camtu.


Pilih simple sahaja. Harga RM780 termasuk upah pasang di kubur. Tak tahu le mahal/murah. Semua kos akan ditanggung oleh PAMA mertua. InsyaAllah akan siap mid Januari nanti.

Nota : Ada orang tempah batu nesan sendiri ???


14 comments:

Unknown said...

harap harap nanti kalau dah sampai masa saya, ahli keluarga tak tempah kepungan untuk tempat saya bersemadi.. cukuplah dengan batu tanda supaya diorang boleh datang melawat sesekali..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Tempah keranda????
Mau budak tu diam lama
Sure dia pikiq buat aper cari keranda
Not bad gak rega ekkk

amaniammar said...

sis...cm nak ty je..
tpt buat batu nesan tu..ada x buat nesan dari batu sungai..
sy rancang je r ni..(kalu saya tiada di dunia atau ahli keluarga meninggal) cadang nak pakai sebiji je nesan batu sungai x nk pakai smpai dua..
(sejak kebelakanganni ty jg kgkawan ttng kalu buat nesan dari batu sungai ni boleh ke x?)
tp ada yg kata mahal....

Rasp said...

hehehehehe mesti abg long u malu bukan main kan hehehehehehe...

Fazleyatul Aini said...

mahal jugak ek rege dia

Aziela said...

So, yang itu bukan batu yer? Kayu ker tu? Di cat putih yer? Arwah atok pun pesan, jangan letak kepungan batu kat kubur dia. Kami guna kayu jer.

kasihredha said...

Hihi...sure brother tu heran.
Mahal juga ye

Anonymous said...

kl kat kg kami diorang letak batu nisan 2 biji jer takde kepungan gitu.

Izan Ishak said...

teringat sblm ni family arwah FILpun ada buat kepungan n nisan juga. tapi yang kayu saja...

kasihredha said...

Salam hami
Di pameran bad wolf ni semua murah....yg paling Mahal pun rm 3o sahaja...itu buku yg kulitnya tebal.
Ada yg rm 10...15 dan 20
Kamus tu akak dah lupa harganya...satu set...anak akak yg punya.

JALAN REBUNG said...

salam TH,

lama jugak tak singgah ...heheheh saya pun terbayang gak apa yg brother tu dok pikir kan bila abg long tanya soklan keranda tu ...kim salam kat abg long ..:)

p/s : dia budak SAS ke ???

ashra said...

hehe..ye lakan.tersasul..kita tau tak bekeranda,tapi lupa nyebut batu nisan..

=p

Chekgu Azrine said...

kelakar jgk abg sis ye. saya pu. trkjut jgk bila baca..hehe

semoga arwah tenang di sana.

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

hahahhahha keranda?? appaadaa...
kompem konyokkk muka budak tuh...bia betul bro ni nak tempah keranda...