Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts
Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts

Sunday, 16 October 2011

Rumah Idaman - Part 2

Berangan saya pada 21 August, 2011 ........ sila tengok SINI. Berangan no 5 iaitu memiliki rumah SENDIRI di Melaka.

Tanah di rumah PAMA memang ada untuk kami 4 beradik perempuan (muat buat banglo 4 bijik, RM je tak mengizinkan .. hehehe.) Tapi bak kata hubby, "Tak cukup dekat lagi ke? Kalau boleh nak rumah bersambung terus dengan dapur ibu?" ..... eh, kalau boleh, NAK JUGAK (^O^) !!!

Pada 28 Sept, kami "mengomel" bila dapat loan tapi conventional. (cerita di SINI) Tu pun setelah penat menjejakkan kaki ke banyak bank. Saya dah macam give-up dari memiliki rumah itu.

Akhirnya, Bank Islam meluluskan permohonan loan. Pada Jumaat 14/10/2011 malam, hubby sign the contract bertempat di Food Court, Jusco Melaka. (Hubby BZ so kat food court pun bolehlah). Bank officer baru kahwin, patut ko lambat process ye dik oii !!!

Bank Islam tak offer "bagus" but ISLAMIC and we got the amount yang nak dipinjam, cuma BLR and monthly payment not the best compare dengan offer dari bank lain.

Lepas ni kena tunggu S&P pulak. Not sure how long the process will take tapi harap2 takde masalah. Beli rumah atas tangan orang lain tak sesenang beli rumah dengan developer. Duit2 untuk lawyer pun kita kena sediakan.

Overall ..... dah dapat loan hati senang skit. Dah nampak ada CAHAYA ...chewah !!! Maybe boleh dikatakan 1/5 kerja dah selesai. Kerja kami dah selesai kot? Lepas ni biar lawyer buat kerja.

Wednesday, 28 September 2011

Dugaan.... Cobaan

Nak sangat !!!!!!! Dah banyak BANK ku jejaki .... Dugaan sebab ....

  1. Geran tanah pertanian
  2. Dapat Loan Conventional

Reason tak boleh dapat ISLAMIC loan sebab tanah pertanian.... Sedih sangat!!! CONVENTIONAL ada Riba'.

Hukum Riba'?
  1. Pemakan & pemberi riba' adalah seperti memerangi Allah SWT dan Rasulullah SAW.
  2. Riba' menyebabkan kehilangan berkat harta dalam kehidupan.
  3. Memakan riba' diumpamakan seperti berzina dengan ibu bapa sendiri.
  4. Memakan riba' lebih berat dari 36 kali zina.
  5. Riba' adalah salah satu dari 7 dosa besar.

Ada sesiapa yang arif bab pinjaman bank?

Mungkin bukan rezeki kami untuk memilikinya ??? .. huk, huk ...

Saturday, 5 February 2011

Our new life in Melaka

Ini rumah sewa kami di Bukit Beruang. Kami pindah ke rumah sewa ini on 2/1/2011. Rumah kecil with 3 rooms, 2 toilets and kitchen. Rumah style kampung tapi yang bestnya sebab ada tanah yang luas. Ada pokok pisang, jambu, mangga, avocado etc. Belakang rumah ada gaung@kebun orang. Pada mulanya takde pagar then request to tuan rumah suruh buat pagar. Takut le anak-anak jatuh kat gaung belakang tu. Depan rumah jalanraya and bertentangan dengan rumah ialah kubur Cina. Atas bukit depan rumah ialah Istana Melaka. Senang nak cari, just cari signboard to Istana Melaka atau Jalan Istana. Taman ni juga berdekatan dengan Pantai Medical Center, Jusco, masjid dan sekolah. Semua tu dalam 300 m ~ 500 meter sahaja. Dan paling best berdekatan dengan rumah PAMA.




Kids sekolah di Sek Keb Bukit Beruang. Dorang ni dah 3rd generation. Ibu aku, then aku & sisters and now turn the 3 kids pulak yang sekolah di sini. Ramai pulak sedara-mara lain kat school. Anak-anak sedara aku pun sekolah sini jugak. Setiap darjah ada 3~4 kelas sahaja dengan ~40 students/class. Pada mulanya Nabilah tak suka sekolah sini and stay di Melaka sebab katanya, KAMPUNG LA IBU.... isshhhh, meluat tak dengar??? Kononnya macam orang town masuk kampung ler tu. 1st day sekolah buka, aku dah terjumpa colleague masa kerja Toshiba dulu. What a small world!!!! Tak sangka di kampung jumpa coz dorang ni pergi jalan2 oversea sahaja.

Sek Keb Bukit Beruang

Petang the kids pergi Sekolah Agama (KAFA). Sekolah Agama kat sini hanya 3 hari sahaja. The twins hari Isnin - Rabu & Maisarah hari Rabu - Jumaat. Setiap hari pergi & balik sekolah the kids naik kereta walaupun rumah dekat sahaja. If di SU maybe Imran dah sekolah di Q-Dees tapi di sini maybe tunggu dia 5 years.

Bestnya tinggal di sini sebab dekat dengan rumah PAMA. Kalau rasa malas nak "asapkan" dapur, boleh keneng2 di kampung. Sometimes di"bekal"kan lauk untuk makan malam juga. Bila suami outstation, lagi rasa safe. In 5 mins babah boleh sampai di rumah kami. Pernah Nabilah demam panas waktu malam and hubby pulak outstation, bukan takat PAMA, my sister pun melawat sama. Sedara-mara pun ramai. Di sini  aku dah pernah bertugas jadi "driver" to Ibu and Busu yang buta ke klinik. Dengan Ibu pernah Ibu bayarkan Nasi Ayam yang aku order for lunch. Ibu kata "Adik bukannya kerja pun, duit minyak pun Ibu tak bayar"..... auw, auww .... Rezeki jangan ditolak!!!

Wednesday, 26 January 2011

Sayonara Saujana Utama

Nota : Rumah saya ini sudah ada penyewa ye :-) ---- 21/5/2012

Betul-betul hati sedih nak tinggalkan Saujana Utama. Saujana Utama tinggalkan banyak kenangan. Mulalah teringat story camne kami terpaksa meredah Sungai Buloh yang sentiasa jam untuk pergi kerja. Terjumpa pulak jalan shortcut dari Merbau Sempak ke Subang Bestari yang masa tu masih tanah merah lagi. Orang kata tinggal kawasan jin bertendang. Kereta kami sentiasa berselut tanah merah!!!
Dah 10 tahun kami tinggal di rumah ini. Lebih sedih bila teringatkan URI twins & Imran berada di halaman rumah ini. Sentimental skit kalau teringat pasal URI tu. Mula-mula terpikir nak jual rumah ini tapi sayang le pulak. Nak sewakan pun sayang tapi takkan nak biarkan kosong kan? Pe-pe pun setelah seronok nak masuk ke rumah sewa di Bukit Beruang, akhirnya kami dapat clearkan semua barang dalam rumah di SU. Now Alhamdulillah rumah di SU dah ada penyewa pun. Hopefully penyewa itu dapat jaga rumah kami dengan baik.
Gambar rumah di Saujana Utama yang dah dikosongkan. Ambil gambar ni sebab nak iklankan. Tak sempat pun and dah ada penyewa.
Living
Living to Dining and Kitchen
Kitchen. Ni yang sayang sesangat!!!
Stor and tandas.
Kami gunakan lori 10 tan untuk berpindah. Pada mulanya dapat lori 3 tan with the charge RM700 termasuk 4 orang pekerja tolong angkat barang. Kalau camtu gayanya, banyak barang yang nak di "let go" termasuk sofa buluh kesayangan aku. Tapi akhirnya kami dapat lori 10 tan and the driver just suruh upah duit minyak, tol and makan sahaja. Kami cari 4 orang untuk tolong angkat barang di Saujana Utama (SU) dengan upah RM300. Di Melaka cuma gunakan khidmat sedara-mara sahaja. Cost memang berbaloi sesangat dengan lori 10 tan coz kami dapat angkut hampir kesemua perabot2 dan barang2 "sentimental" kami walaupun banyak juga kami buang.

Thursday, 10 July 2008

Cat rumah

Today busy mengecat rumah. Actually projek ini tertangguh since a few weeks ago. Dinding lama warna kuning terang & nak dicat dengan warna light green. So kena guna cat under coat tapi sebab main belasah je, sebelah dinding dah berbelak warna & bekas conteng anak2 still can see kalau direnung dekat. Nasib baik dinding tu covered with sofa & frame gambar. Main wall buka pintu dah nampak so nak nampak cantik beli juga cat under coat. Penat & keletihan mengalihkan sofa2 yang besar. Cat tak cukup, alamak tangguh lagi kerja. Nasib baik tempat yang tersorok dari pandangan.

Before ... 1/2 dinding dah dicat tapi still can see bekas conteng anak2.


In progress
After ..... tenang dan damai


Next projek tak tahu bila. Now sibuk nak berkebun. Semai benih cili, papaya, tanam pokok pandan .... Tiap-tiap hari merenung anak pokok "bila agaknya nak besar?". Macam tu jugaklah merenung anak2.