Maisarah request
"Ibu, nanti masukkan cerita MAP kakak dalam blog ke, facebook ke" . Don't worry, of course ibu akan masukkan cerita anak2 ibu dalam blog.
MAP - Motivasi Alihan Pelajar. Ini kem cuti sekolah yang Maisarah attend pada 20/3 & 21/3. Kem ni untuk pelajar-pelajar dari Darjah 3~, so Nabihah & Nabilah tak boleh nak join. Ayah dapat info mengenai kem ini melalui radio IKIM. Kem motivasi ini diadakan di Taman Seputeh, sebelah je dengan Mid Valley.
Kem ini start dari pukul 8am ~ 7pm, takde bermalam. Hari Sabtu pagi 7am, ibu tumpangkan Imran ke rumah babysitter and "berlepas" untuk hantar Maisarah pula. Twins ikut sama untuk "memeriahkan majlis". Sepatutnya ayah yang kena hantar tapi ayah outstation, so ibu "terpaksa" memberanikan diri, meredah KL dan mencari tempat kem motivasi itu. Nasib baik jalan "clear" di awal pagi. Sempat sesat kejap but arrived there on TIME.
"Biarkan anak-anak anda berdikari".
Itu antara pengumuman ketika sampai untuk pengesahan pendaftaran. Hanya anak-anak sahaja dibenarkan masuk ke dewan. ---> Sebenarnya lagi cepat proses macam ni. Tengok yang datang, rasanya ~100 orang peserta. Maisarah menuju ke dalam dewan. Then dia datang semula kerana pegawai bertugas nak berjumpa dengan ibu/bapa. Setelah sedikit penjelasan, Maisarah disuruh ambil tempat duduk dan kami pulang. Alhamdulillah Maisarah takde tunjukkan muka2 "meleleh" @ sedih.
Petang masa pergi ambil Maisarah, dia excited bercerita tentang activities kem. Bila tanya
"Kakak ada kawan tak?" Jawapannya,
"Takde" ... emm takpe lah Maisarah, janji Maisarah happy ikuti kem itu.
Waktu malam, dia tekun buat homework yang diberikan.
Keesokannya Maisarah bangun awal, dah janji nak pergi awal supaya tak terlewat. Ayah dah balik from outstation, so ayah pergi hantar. Petang tu majlis penutup, ibubapa dijemput hadir. Motivator, Dr Tg Asmadi memberi speech selama hampir 1 jam. Banyak tips yang kami terima dari Dr Tg Asmadi, amalan-amalan yang boleh dipraktikkan untuk membantu pembelajaran anak-anak. Rasa seronok dan excited bila dengar motivasi macam ini.