Terima kasih kepada LEBUH AMJ kerana cepatkan perjalanan kami. Ala-ala highway jugak and tak banyak kenderaan.

Camne pun "pilot" takle bawak laju2 coz dikhuatiri bertemu dengan segombolan lembu yang tak reti2 nak ikut traffic-lights !!
Hasilnya :-)

Adale dalam 21 bijik dalam kampit coklat tu. Rasa ralat / tertipu pun ada tapi tu semua pengalaman kan? Masa sampai satu gerai ni, dorang show yang 1kilo=RM1 tinggal 1 longgok jer & tak menarik. Tapi kami makan jugak durian kat situ. Biasa2 jer, isi tak banyak but kena bayar RM20 for 4 bijik !!!
Lepas tu meneruskan "pencarian" ke depan lagi. Cari tempat yang longgokan banyak skit. Cepat2 apek tu keluarkan kampit coklat. Apek tu cakap, "Mahu yg sekampit penuh Rm30 / sekampit penuh RM50? " Yang sekampit Rm30 kecik2. Tak timbang pun & tak sempat kami nego/pikir2, terus disumbatnya dalam kampit coklat tu. Zass, zass.... tak sampai 5 minits, selamatlah durian masuk dalam boot kereta. RM40, ambik ko!!! Isi durian ok jugak, ikut nasib. Tapi ada jugak yang dalam sebiji tu ada 3 ulas isi sahaja. Yang takde langsung pun ada.
Itulah pengalaman TERUJA sangat dengan 1 kilo = RM1 . Peniaga2 durian masih boleh "berlagak" dengan durian mereka. Tunggu le lagi 2 minggu, pasti dorang terpaksa LELONG.
Mungkin jugak silap kami pakai kereta PLAT SELANGOR!!!


































Ada masakan melayu, barat dan timur tengah, Uzbekistan. Rasa masakan di sini memang sedap sangat & lain dari yang lain.
Hubby makan Samarkhan Stew & Obi Nan. Special order from hubby, Kopi Tunjuk Langit..... bukan menu from Ayah Pin ... hehehe. Aku rasa juga kopi tu, lemak dan tak manis ... sedap!
Aku makan nasi Bukhara Chicken.... perh dia punya kuah chicken tu memang sedap. Then order air Limau Kasturi Sourplum. Sedap, sedap!
Kak Emy order chicken wings. Sos memang sedap. Order lagi satu set chicken wings sebab anak2 aku dah meleleh air liur.
Abg Shahrul order Mee Bandung Muar. Pun sedap juga.
Babah & ibu order nasi goreng, sambal udang & tauhu bakar. Babah suka sangat sambal udang. Memang sedap kata babah.
Overall makanan kat restaurant ini memang sedap. Harga pun berpatutan.
After makan boleh relaks sambil tengok TV. Spa juga disediakan, RM 30 ..... Hubby puas hati sebab restaurant pilihan dia memuaskan .....Thumbs UP! Cubalah try, test ...