Thursday, 31 October 2013

Saat-saat terakhir di Toshiba

Lagi seminggu tinggal untuk saya say SAYONARA to TEM. From selasa, office kami sibuk berpindah ke building lain. Saya antara 1st batch yang dah pindah. Ada juga meja untuk saya ... uhuk...uhuk...uhuk..., sedih la pulak. Depan pulak tu, sebaris dengan senior2, mengadap big2 boss. Nasib baik they all tak berpindah lagi.

Semua kerja dah handover to my successor. So ... memang tunggu saat2 terakhir. Tadi kak Maziah belanja lunch. Bonus dapat EXCELLENT, kena la belanja. Sedapnya makan kat kedai kakak Pulau Carey tu. I will miss all this moments. Mana taknya, 9 tahun kerja kat Toshiba. Dari gadis sunti with blonde hair (glamer masa tu! Perasan!) sampai anak dah 4 orang. "Lepas ni kat company baru, baru ko tahu takde orang nak tengok ko, takde orang nak tolong ko, ha ... buat kerja sendiri" . Ini adalah antara ungkapan makcik-makcik laser di TEM.

Apa lagi ye saat that I will missed ? Sarapan cekodok kak anita, makan getok, nasi ambang, tempe sambal ... ni bab makan, memang syiok utk. dikenang.

Rezeki business makin kencang. Diorang tahu saya nak berhenti, kosmetik, jamu, perfume, madu, pil kurus ...... semua dorang borong. Borong, borong juga tapi payment before 1/7/2008 tau. Ada yang minta tolong belikan muffin la. Sampaikan cat untuk rumah pun they all suruh saya belikan. Katanya saya boleh dapat harga murah. Ini kerja Kak Maziah la ni. Ayoyo .... cat saya tak jual la. Rumah saya pun sempat cat sebelah dinding sahaja. Tak sempat nak buat surprise kat hubby. Lepas hubby balik, dia kena jadi mangsa untuk settlekan bahagian yang belum bercat.

Sehari di SU bersama anak2.

Bangun pagi macam biasa, cari sarapan. Naik basikal bersama Imran untuk menjimatkan petrol. After beli breakfast, cari lauk untuk dimasak.

Today plan nak masak udang masak lemak kunyit - favourite Nabilah. Beli juga ayam seekor, tak tahu bila nak masak agaknya??? Penat juga mengayuh basikal, naik bukit. Selalu OK sahaja. Tak tahu pulak kenapa hari ini boleh semput.

Suapkan anak makan nasi lemak 1 bungkus coz today seorang sahaja request nak nasi lemak, yang lain kuih-muih. Sambil suap anak, suap juga mulut sendiri. Then ikut kak emy pergi nursery, cari pokok utk. tanam di Q-Dees. Beli 1 pokok jambu air.

Kak Emy bukan jenis rajin nak bercucuk tanam. Berpeluh-peluh mencangkul tanah. Kawasan tu tanah berbatu. Atlast selamat juga tanam 1 pokok. Kawasan Q-Dees luas, kalau lah dapat kawasan rumah luas begitu, macam2 plan nak buat.

Balik dari Q-Dees, tidurkan Imran yang keletihan. Biasanya Imran akan tidur waktu pagi after mandi. Then masak. Terlupa pula nak beli kunyit. Serbuk kunyit pun dah habis. Terpaksa le mengayuh ke kedai semula. Nabihah & Maisarah tolong tumbuk bawang. Sekejap sahaja siap 1 lauk. Kalau masak udang, lauk lain tak perlu sebab anak2 akan mengadap lauk tu sahaja. Kalau hubby ada, masak sayur, goreng ikan etc ..

Petang bawa anak2 pergi playground di Saujana Utama 3. Semalam pun pergi ke situ. Hubby takde, merayau sahaja bersama anak2. Beli apam balik & pisang goreng untuk minum petang di playground. Anak2 enjoy main slide, swing etc. Imran pun cuba2 juga main slide. Next time kena bawa bola untuk Imran sebab kawasan di situ luas. Ramai parents bawa anak ke situ. Main layang-layang, jogging, tengok rumah2 contoh di situ. Lanscape pun cantik ...

Baby sitter for one day only

Today offer diri jadi baby sitter. Jaga anak kakak seramai 3 orang (2 boys-9 year & 8 years old, 1 girl - 2.5 years old) + anak sendiri 4 orang. Kakak ada seminar di PD selama 3 hari. Husband dia pulak kena kerja.

They all dah janji dgn baby sitter tapi last minute baby sitter kata tak boleh jaga. Semalam husband dia bawa semua anak dia pergi kerja. Yang kecil tu melalak sahaja. Hubby pulak takde rumah - outstation selama 10 hari. Ribut ... ribut ... Memang boys dilahirkan nakal sikitkan?

They all kata taknak panggil MAKCU, panggil MAK SOM sebab suka marah budak, garang etc. Ehhhh .... tengok astro ceria tadi, macam dalam Hikayat Putera Syazwan je ... Mcam mana I tak garang, ada ke Adam berdiri atas sofa nak baling bantal ke anak I. I tahu anak I takkan cedera teruk kalau kena bantal, tapi I takut bantal tu terkena kipas, habislah berterabur kekabu....

Si kecil, Hana Safiah memang talkative. Dia suka main bersama Imran. Dari Imran bangun tidur, sampai ibu Imran tertidur, Hana sentiasa bersama Imran. Hana panggil Imran "baby lat" (Baby Bulat). Dah berkali-kali I ajar panggil "IMRAN" tapi dia tak pandai nak sebut.

Petrol

Start from 5/6/2008, harga minyak petrol naik dari RM 1.92 ~ RM 2.70 per liter. Tengok perbezaannya pada bil. Tangki penuh ini untuk seminggu perjalanan pergi balik kerja with my City from Sg. Buloh to Telok Panglima Garang. About 100 km ~ 120 km per day.

Ini tidak termasuk tol around RM 6.60. Nasib baik next month pindah ke tempat kerja baru at Sg. Way. Save 40km ++. Tol pun cuma RM 2 per day.

Raya 2007

First raya celebrate di Melaka then second day dah balik Mersing. Raya ... raya ... raya. Dah balik Sg Buloh, start kerja then sibuk dengan open house. 1st week after raya jemput member Toshiba datang rumah. Masak mee kari - resepi baby-siiter.

2nd week member2 hubby pulak. Ni order je sebab demam, tak boleh nak masak. After that terpaksa warded sebab denggi. MC 10 days tapi pergi beraya juga ke Banting, Dengkil .... Last week of raya sibuk dengan concert anak2.

Raya di Mersing

Officemate serbu datang rumah.

Egyptian Potion

Start this business on 19 November 2007 (my birthday) . Terbaca dalam Mingguan Malaysia mengenai perfume ni. Then beli satu sebab aku ni gila perfume. Everyday mesti nak pakai, rasa macam tak lengkap perjalanan.

Baunya wangi & bukan bau macam minyak atar. Try to promote pada member2 di tempat kerja. Alhamdulillah, pasaran bagus. Then aku terus jadi dealer. Jadi dealer kena beli banyak. Request pada big boss untuk jadi stokist, tapi tak boleh coz dah ada stokist at this area.

Aku suka business. Maybe ada cakap2 orang macam "engineer pun tak cukup duit". Duit lain cerita sebab kalau dah minat, apa2 pun sanggup buat. Apa yang aku pikir, everyday aku pergi kerja - balik kerja. Then di rumah kena buat kerja2 rumah, macam takde masa untuk diri sendiri. Atleast macam hubby, kawan ajak main futsal, lepak di coffee house, anytime dia boleh join. So that's why aku buat business, benda yang aku minat.


Egyptian Potion - minyak wangi bebas alkohol dari Egypt. Mempunyai 40 jenis wangian yg. diilhamkan dari wangian jenama antarabangsa. Sekotak mempunyai (10botol wangian* 2ml). 
 

Isu profile picture

Dah lama saya tak tukar profile picture kat fb. So baru-baru ni tukar le gambau kat bawah tu. Saya memang kena letak gambau sebab carik nama saya, berpuluh2 kluar.

Gambau telah ditepek dengan tulisan.

Apa komen uols pasal gambau tu?

Ofismate yang pilih gambau tu tau.

TAPI

Ada orang tegur pasal gambar tu. Nampak muka clear, resolution baik bla bla bla ... takut orang buat super impose... ehem, ehem... ala-ala artis le pulak kan. Takut fitnah etc ...

Makcik dengau terus berderau and cepat2 carik gambau lain, tukar profile.

Nasihat orang tu baik tapi RIMAS le. Sebab selalu apa2 saya buat kat fb, ada je orang nak tegur. Bukan saya selalu tayang muka pun. Tapi kalau pompuan2 yang tegur, saya relaks jer :-) sebab saya tahu pompuan2 kalau tegur ikhlas and positif. Takde niat lain.

Saya tahu saya dah takde suami tapi saya masih ada ibubapa, abang, kakak2, keluarga, sedara-mara, kawan-kawan yang sentiasa ambil berat pasal saya.

Pasal profile picture, saya jadi takut. Takut dengan super impose !!!!Baru merangkak nak bina semula kekuatan diri, jadi takut semula....

YAKIN ALLAH SENTIASA MELINDUNGI KAMI.

Profile picture baru .... 

COMEL TAK KAK TON ~ ~ ~ ???




Wednesday, 30 October 2013

Garden Hami

Baby Breath - baru beli at Carrefour Mid Valley. Cantik bunga ini.

Wakaf Abang Kamal & Kak Ina

Just admire ...

Bunga

Bunga Raya (Hibiscus) "sulung" dari species ini.

Segala-galanya bermula dari SINI.
Saya SUKA. Therapy bagi Diri Saya.

Dalam HATI ada TAMAN ♥


Saya dah "JATUH CINTA".... 

cer tengok tajuk entry tu... 

Gediks tau!!!

Bercinta dengan hobi baru ..... BERKEBUN.


Gambar atas tu buat pagar guna botol. Orang yang "takde perasaan" akan sentiasa BLUR, MENGUAP bila saya start bercerita dengan "cinta" baru saya ni. Biarlah.... sekali-sekala makcik nak tunjuk kretip !!!

Botol2 telah ku alihkan pandangan ke sudut lain. Rumah bersudut2, tu yang payah tu. Takpe, concentrate satu-satu tempat dulu.


Jeng jeng jeng ... sedikit pokok dan deco yg tak seberapa. Permulaan saya gunakan idea botol kaca recycle dulu.

Cat botol jadik warna putih untuk menutup "ketidaksempurnaan" botol

Sudut lain. Pagar botol kaca dari botol kecil saiz esen vanilla. Ni semua kawan beri. Yang bestnya dah siap basuh, so tak perlu la saya basuh dan cat bagai....


Gambar bawah tu 2 ketul simen yang saya jumpa kat belakang rumah. Jumpa satu di timur, satu di barat.


DIY signage. Walaupun tulisan tak cantik tapi makcik suka sangat2 :-) Sebab DIY kan.


Tanam pokok sikit-sikit. Nak panggil pakar, belum cukup mampu. Lagipun takut dah bayar mahal-mahal, last2 diri sendiri tak rajin nak maintain.

Maybe one day nak juga guna pakar. Jom kumpul duit sampai bertingket2. Sesaper ada kenal mana2 pakar buat lanskap rumah dengan harga berpatutan, boleh share dengan saya. Contact number please !!!



Monday, 28 October 2013

4 bulan yang lalu

Update cepat-cepat kisah 4 bulan yang lalu. Untuk kenangan nanti.

Bulan Julai, saya berpeluang outstation ke Kyushu,Jepun selama 4 hari (7-10 Julai 2013) bersama 8 orang delegasi dari Melaka termasuk seorang exco.

Tempat yang MEREKA-MEREKA nak terjah. I follow jer.

Shopping jugak. Of course la kan :-)
Next-----> Tengok gambar di bawah ye :-)

Gambar tengah meeting. Macam saya pulak chair the meeting kan.... saya kuli je!!!

** Stail Jepun meeting, the "biggest" jawatan memang duduk di bahagian tengah.



Dari Jepun, saya "melencong" ke Seoul, Korea... eh, atas arahan bos tau!!! Tidur semalam di Itaewon. Tapi mcm takde sangat gambau kat sana.


Raya ♥ SELAMAT HARI RAYA ... (8 OGOS 2013)
My lovely permata hati

Selepas bersalam-salaman dengan mak bapak, adik-beradik, saya baru anak-anak menziarahi pusara arwah. Dekat je dengan rumah PAMA. Ajar anak-anak sedekahkan Al-fatihah. Saya dah kena warning dengan Imran supaya jangan menangis. Luqman main baling-baling batu yang ada di atas kubur arwah ayah. Emm... tahun depan takut dia bawak mercun pulak.... hehe. Anak-anak.... doa kamu semua dipohon untuk arwah ayah.



10 SEPTEMBER 2013

My eldest daughter, Maisarah menduduki peperiksaan UPSR. Saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk kakak. Saya memang tak cukup masa nak belek pelajaran dia hari2. Saya hanya mampu hantar pergi balik ke tuition setiap Sabtu dan Ahad dan jugak terlibat apa2 aktiviti di sekolah.

17 SEPTEMBER 2013 - Birthday kakak yang ke-12. Dah boleh harap buat kerja rumah, mandikan Luqman, cuma malas jer. Kena leter, baru bergerak.



16 SEPTEMBER 2013

Setelah 11 bulan kami meninggalkan rumah kami (lepas arwah meninggal, terus tinggal dengan mak bapak), akhirnya kami kembali semula.

HOME SWEET HOME ..... RUMAH KU SYURGA KU
** Tak abis kemas lagik... punye le malas !!!



29 SEPTEMBER 2013
My hensem Luqman dah pandai jalan. Tu pun dah 1 tahun 2 bulan ++. Kurang skit penat nak mengendong dia sahaja.
TAPI
Now pun dia tak boleh nampak ibu. Saya panggil dia PEMINAT SETIA. Kaki ibu pun dipegangnya.


LAST BUT NOT LEAST----- MY HERO, IMRAN :-)
 



Tak tahu la saper yang ngajo dia skill memanjat pintu tu. Sempat bergaya "hebat" depan ibu tu. Si ibu dah kecut perut takut my hero tergolek ke bawah. Kat bahagian bawah tu pulak jadi lintasan Luqman.

Ok.. ok ... Opening yang banyak citer :-)