Monday, 16 December 2013

Bisnes terbaru saya ♥

Bisnes saya ada kaitan dengan hobi saya, MENJAHIT. Now kan cuti sekolah, banyak masa free, so saya pun start ler "enjin" menjahit bag kecik. Tengok kain, geram jer ... trus la menggunting. Bawak pegi ofis bag yang dah dijahit, kengkawan berkenan. Jual murah2 jer.

*Pattern ni belajar dr Mr Google. Adjust size shj.





Nak share camne saya boleh minat menjahit ni.

Dulu masa form 1, kat sekolah ada subjek Sains Rumahtangga (SRT). Kelas memasak dan menjahit. Selang seminggu rasanya,  Week1: Menjahit, Week2: Memasak, Week3: Menjahit .....

Bab2 memasak memang saya FAIL, tak minat. Dapat pulak partner yang memang minat dan terror memasak. So saya amek part kecik jer, sediakan bahan, bersihkan meja memasak etc. Cikgu pun dah paham. Orang sibuk memasak, cikgu panggil saya bersihkan stor. Syukur masa SRP (now PMR - betapa tuanya diriku), saya dpt A untuk SRT. Teori memasak saya bagus dan masa praktikal memasak pun sedap masakan saya. Ingat lagi masak lemak ayam, siap letak daun kunyit bagai.

Bila kelas menjahit, saya suker !!! Maybe skill menjahit saya start di sekolah la. Cuma menjahit ni perlukan kesabaran. Tu pasal walaupun minat camner skali pun, susah betul saya nak siapkan projek. Last2 cikgu yang tolong siapkan projek Housecoat... hehe.

Jahit baju ??? Emm... penah try tapi berbulan-bulan nak siapkan. Bila dah siap, tak sedap nak memakainya. So saya prefer buat projek buat beg atau projek kecik2 jer.

Ramai orang order .. alhamdulillah. Tp bila siap tu takde jaminan. Depends bila saya free, saya jahit. (paling lambat seminggu)

Ada idea bisnes lain tak?

Thursday, 12 December 2013

SBP --- Alhamdulillah. Srikandi in the making ♥

Alhamdulillah... syukur yang tak terhingga sebab anak sulung saya dapat tawaran ke Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru (STF). Berita gembira buat kami sekeluarga. Terhapus segala kesedihan saya selama ini. Proud of you Maisarah. Anak yatim memang MURAH REZEKI.

* Dari result keluar sampai tarikh akhir permohonan SBP tutup (seminggu), saya banyak buat solat hajat dan solat istikharah. Minta petunjuk dan dipermudahkan segalanya. Taknak anak saya "tercampak" jauh mcm di Langkawi or belah2 utara sana.




Tingkatan 1 dah masuk asrama. Saya ada reasons kenapa nak masukkan dia asrama. Masa nak apply, tanye dia betul-betul, boleh ke kakak duduk asrama?

She replied, "Kakak kan dah biasa duduk asrama. Ayah kan selalu hantar kakak kursus, kem motivasi sampai jauh-jauh" 

Dia ingat jasa ayah dia. Arwah memang suka hantar anak-anak pergi kem motivasi cuti sekolah. Antaranya MOKHDAR, Kursus motivasi Aliran Pelajar by Dr Tengku Asmadi, kursus by Ustaz Zahazan. Walaupun kami dah pindah ke Melaka, arwah sanggup ambil cuti untuk hantar kakak ke Hulu Selangor. Semua tu kenangan sebab saya tak mampu buat begitu dari segi kewangan. InsyaAllah satu hari nanti.

Tapi tengoklah nanti macam mana Maisarah's life di asrama. Jangan melalak tarik2 kain ibu sudah ler !!!

Anak yatim memang MURAH REZEKI... saya dapat rasakan walaupun saya hanya "ibu yatim". Ramai happy for her. Awal-awal dah dapat sumbangan. Nenek dah beri RM500. Alang girl nak sponser toilettries dan stationery (utk setahun pls !! hehe). Ada jugak yang nak sponser TIKET FLIGHT sebab kakak tu ingat kami masih tinggal di Sungai Buloh. Anak dia pun di STF, form 2, so setiap kali balik cuti, dia nak beli 2 tiket flight untuk Maisarah jugak... SubhanaAllah. Mulianya hati mereka2 di sekeliling saya.

Terima kasih Allah, terima kasih semua.


Tuesday, 19 November 2013

My Day ♥

19 November 2013

Today is my birthday.... yeahhh!!!!!

Yang ke 38. Ada sesiapa jeles tak? Dah tua tapi selalu perasan muda.

Seharian busy dengan ucapan2 dari keluarga dan kawan-kawan. Thanks semua. Terharu saya.

Semalam dalam kereta beritahu anak2, "Esok birthday ibu, kalau ayah ada, sure ibu boleh gedik2 dengan ayah, mintak hadiah"

Anak2 ketawakan saya. Sampai hati !!! They are my HAPPINESS.

Pagi tadi masing-masing buat muka toye. Bila tanye takde sesape ke nak wish ibu, tiba-tiba semua jerit "HAPPY BIRTHDAY" ...

Dapat Munge ♥ from someone special ... opsss!!! Hahaha .... From my kakak ofismate laaaa.





Friday, 15 November 2013

Syukur Ya Allah

14 Nov 2013.. Terima kasih Allah... Ya Rahman, Ya Rahim. Airmata ku sentiasa mengalir. Syukur di atas nikmatmu Ya Allah.

Saya tidak dapat hadir ke sekolah pada hari penerimaan result UPSR. Ada program. Saya kena kerja. Ada pelabur-pelabur dari Middle East melawat Melaka. Bukan dipaksa bekerja, tapi kata hatiku suruh saya bekerja jugak. Inilah punca rezeki saya, untuk kami sekeluarga. Dalam pada bekerja, hati sentiasa berdebar-debar. Dah pesan pada Maisarah, apa pun result yang kakak dapat, telefon ibu cepat. Walau hati dah tak kisah apa result pun, tapi still nervous.

Alhamdulillah... Maisarah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Ini atas usaha kakak sendiri dan bantuan cikgu2 sekolah. Saya memang tak dapat monitor pelajaran dia. Saya mampu menghantar dia ke pusat tusyen (bayaran murah RM50 sebulan ... syukur) pada hujung minggu dan doa yang terbaik untuk Maisarah.

Syukur ada rahmat disebalik dugaan ini. Allah tak beri saya tidur yang lena. Saya menangis di tengah2 malam. Macam2 perkara yang difikirkan. Mata saya memang selalu bengkak sebab tak cukup tidur, sebab menangis. Allah suruh saya berdoa kepadaNya di saat saya tak dapat tidur. Mungkin inilah nikmat kelazatan yang dikurniakan.

Semoga saya tidak riak dan takbur. Takde apa yang nak saya riak atau takbur? Saya tumpang kesenangan yang arwah tinggalkan untuk kami. Hidup saya kosong. Semoga Allah sentiasa beri saya ruang untuk bersujud kepadaNya. Saya ingin bahagia bersama anak-anak kami.

Saya sangat-sangat gembira dengan kejayaan Maisarah. Maybe people will keep saying, "Alah baru UPSR", but I'm really happy and proud of my daughter. Dialah assistant dan bibik saya. Pada umur 12 tahun, dia dah dipaksa tolong uruskan Luqman, mandikan Luqman dan jaga adik-adik yang lain kalau saya keluar sekejap. Dia pun lebih muslimah dari saya :-) Alhamdulillah... semoga ianya berterusan. Saya tetap treat dia macam budak lagi. Dia pun nak enjoy. Enjoy membaca novel dan tengok TV. Bukan 100% kerja rumah saya suruh dia buat. Kejam ibu camni !!!

Datuk beri RM500 seperti cucu-cucu sebelum ini. Dan ada beberapa hamba Allah beri hadiah berupa wang. Kaya Maisarah. Alhamdulillah...


*** Luahan hati :-)

Monday, 11 November 2013

Masakan saya menang ♥

Salah satu aktiviti lepas exam dalam kelas Maisarah aritu adalah Sarapan Menu Sihat. Suh bawak je sandwich tapi ada kawan Maisarah dah bawak. Sampai saya keluarkan statement

"Mak xxx tak kerja, suruh le dia bawak benda lain"... Yelah bagi saya yang bekerja ni, sandwich adalah paling ringkas.

Of course muncung kakak jadi boleh sangkut hanger kan. Pecah kepala jugak saya memikirkan. Dalam seminggu, hampir setiap hari dia tanye.

Kepala saya yang "pecah" telah dicantumkan semula... hehe. So saya dapat 1 menu yang saya suka masak zaman student di Jepun dulu...... OKONOMIYAKI.

Dah berzaman tak buat, try test semula dan alhamdulillah jadik. Anak-anak pun suka.


Jom saya share cara buat. Takde specific timbang2 ni semua ye. Saya main campak2 gitu. Cara sama macam buat lempeng.

Bahan
Teping gandum
Kobis yang diracik halus
Telur - sebiji pun cukup
Udang, sosej, etc - ni suka hati le nak letak apa.

Then gaul semua. Letak air dan garam secukup rasa. Agak-agak macam buat lempeng. Then masak le atas dapur.

Dah siap, baru le letak topping. Topping letak sos. Saya guna sos marinade teriyaki. Maybe next time nak try guna sos BBQ Life. Murah skit. Letak mayonis and Katsuobushi(flakes ikan)- gambar seperti di bawah.



Sila makan ... marvellous. Terasa krap krup krap krup bila gigit sebab ada letak kobiskan. Tapi takle bunyi macam makan keropok :p

Bertempat di Holiday Inn Melaka (sekolah bawak pengawas2 gi berjimba kat sini) ...masakan saya telah menang. Kakak dapat le hadiah peralatan tulis. Actually banyak activity sekolah jalankan lepas abis exam.

Dan semenjak makan okonomiyaki, Imran dah suka makan mayonis. Makan nasi pun letak mayonis ... *pengsan!!!

Thursday, 7 November 2013

Tulis nama atas batu ♥

Saya tengah "giler" berkebun. Kerja-kerja kebun ni hanya bole dibuat time cuti jek... sedih kan? Tapi homework kali ini saya buat waktu hari bekerja sebab boleh buat dalam rumah. Tu pun bila Luqman dah tido.

Dah lama tak conteng-conteng. Kali ni conteng kat batu le pulak.


Dah selamat letak kat sudut kolam. Susah betul nak snap gambau kat luar sebab dari rumah jiran bole nampak apa kita buat. Segannnnnnnnnnn........... larikkkk...........




Baru tanam dan semai pokok. Beli sikit2 atau selalu jugak minta kawan-kawan anak pokok or batang pokok bunga.

Wednesday, 6 November 2013

Susahnya nak gather-gather.

Anak-anak makin besar. 3 orang anak yang teratas semuanya perempuan. Dan saya menghadapi masalah bila nak ajak mereka ke majlis-majlis rumah orang. Dah le saya keseorangan, layan diri dan perut sendiri sahaja la. Uols ada hadapi masalah gini tak?

Hari Ahad (2 November 2013) paksa jugak mereka ikut sebab ada 3 majlis (open house Deepavali, kenduri kawen, Aqiqah). Majlis kenduri kahwin tu adalah majlis perkahwinan anak saudara saya jadi anak2 saya kenalah hadir jugak.

Share gambar2 di majlis Deepavali. Saya memang tak ambil gambar. Gambar2 di bawah di share oleh kawan.

Family yang suka makan. Nabihah (belah kanan), suka ada roti canai.

My Luqman.... tengok di sebalik gambar. Tangan Maisarah tengah "usha" makanan ibu. Sharing is caring.

Banyak lagi makanan susulan selepas ini. Alhamdulillah, kenyang.

Luqman with my officemate. Tengok tengok baju Luqman .. hehehe... *Ibu perasan.

T-shirt Luqman "BORN CUTE JUST LIKE MUMMY" ..... ada yang jeles ke?

Of coz kakak2 la jeles. Mereka memang selalu jeles dengan ibu. Lebih-lebih lagi kalau ibu beli lotion baru, celak mata baru, lipstick baru etc ... apa-apa yang pasal pompuan, mereka jeles.


Thursday, 31 October 2013

Saat-saat terakhir di Toshiba

Lagi seminggu tinggal untuk saya say SAYONARA to TEM. From selasa, office kami sibuk berpindah ke building lain. Saya antara 1st batch yang dah pindah. Ada juga meja untuk saya ... uhuk...uhuk...uhuk..., sedih la pulak. Depan pulak tu, sebaris dengan senior2, mengadap big2 boss. Nasib baik they all tak berpindah lagi.

Semua kerja dah handover to my successor. So ... memang tunggu saat2 terakhir. Tadi kak Maziah belanja lunch. Bonus dapat EXCELLENT, kena la belanja. Sedapnya makan kat kedai kakak Pulau Carey tu. I will miss all this moments. Mana taknya, 9 tahun kerja kat Toshiba. Dari gadis sunti with blonde hair (glamer masa tu! Perasan!) sampai anak dah 4 orang. "Lepas ni kat company baru, baru ko tahu takde orang nak tengok ko, takde orang nak tolong ko, ha ... buat kerja sendiri" . Ini adalah antara ungkapan makcik-makcik laser di TEM.

Apa lagi ye saat that I will missed ? Sarapan cekodok kak anita, makan getok, nasi ambang, tempe sambal ... ni bab makan, memang syiok utk. dikenang.

Rezeki business makin kencang. Diorang tahu saya nak berhenti, kosmetik, jamu, perfume, madu, pil kurus ...... semua dorang borong. Borong, borong juga tapi payment before 1/7/2008 tau. Ada yang minta tolong belikan muffin la. Sampaikan cat untuk rumah pun they all suruh saya belikan. Katanya saya boleh dapat harga murah. Ini kerja Kak Maziah la ni. Ayoyo .... cat saya tak jual la. Rumah saya pun sempat cat sebelah dinding sahaja. Tak sempat nak buat surprise kat hubby. Lepas hubby balik, dia kena jadi mangsa untuk settlekan bahagian yang belum bercat.

Sehari di SU bersama anak2.

Bangun pagi macam biasa, cari sarapan. Naik basikal bersama Imran untuk menjimatkan petrol. After beli breakfast, cari lauk untuk dimasak.

Today plan nak masak udang masak lemak kunyit - favourite Nabilah. Beli juga ayam seekor, tak tahu bila nak masak agaknya??? Penat juga mengayuh basikal, naik bukit. Selalu OK sahaja. Tak tahu pulak kenapa hari ini boleh semput.

Suapkan anak makan nasi lemak 1 bungkus coz today seorang sahaja request nak nasi lemak, yang lain kuih-muih. Sambil suap anak, suap juga mulut sendiri. Then ikut kak emy pergi nursery, cari pokok utk. tanam di Q-Dees. Beli 1 pokok jambu air.

Kak Emy bukan jenis rajin nak bercucuk tanam. Berpeluh-peluh mencangkul tanah. Kawasan tu tanah berbatu. Atlast selamat juga tanam 1 pokok. Kawasan Q-Dees luas, kalau lah dapat kawasan rumah luas begitu, macam2 plan nak buat.

Balik dari Q-Dees, tidurkan Imran yang keletihan. Biasanya Imran akan tidur waktu pagi after mandi. Then masak. Terlupa pula nak beli kunyit. Serbuk kunyit pun dah habis. Terpaksa le mengayuh ke kedai semula. Nabihah & Maisarah tolong tumbuk bawang. Sekejap sahaja siap 1 lauk. Kalau masak udang, lauk lain tak perlu sebab anak2 akan mengadap lauk tu sahaja. Kalau hubby ada, masak sayur, goreng ikan etc ..

Petang bawa anak2 pergi playground di Saujana Utama 3. Semalam pun pergi ke situ. Hubby takde, merayau sahaja bersama anak2. Beli apam balik & pisang goreng untuk minum petang di playground. Anak2 enjoy main slide, swing etc. Imran pun cuba2 juga main slide. Next time kena bawa bola untuk Imran sebab kawasan di situ luas. Ramai parents bawa anak ke situ. Main layang-layang, jogging, tengok rumah2 contoh di situ. Lanscape pun cantik ...

Baby sitter for one day only

Today offer diri jadi baby sitter. Jaga anak kakak seramai 3 orang (2 boys-9 year & 8 years old, 1 girl - 2.5 years old) + anak sendiri 4 orang. Kakak ada seminar di PD selama 3 hari. Husband dia pulak kena kerja.

They all dah janji dgn baby sitter tapi last minute baby sitter kata tak boleh jaga. Semalam husband dia bawa semua anak dia pergi kerja. Yang kecil tu melalak sahaja. Hubby pulak takde rumah - outstation selama 10 hari. Ribut ... ribut ... Memang boys dilahirkan nakal sikitkan?

They all kata taknak panggil MAKCU, panggil MAK SOM sebab suka marah budak, garang etc. Ehhhh .... tengok astro ceria tadi, macam dalam Hikayat Putera Syazwan je ... Mcam mana I tak garang, ada ke Adam berdiri atas sofa nak baling bantal ke anak I. I tahu anak I takkan cedera teruk kalau kena bantal, tapi I takut bantal tu terkena kipas, habislah berterabur kekabu....

Si kecil, Hana Safiah memang talkative. Dia suka main bersama Imran. Dari Imran bangun tidur, sampai ibu Imran tertidur, Hana sentiasa bersama Imran. Hana panggil Imran "baby lat" (Baby Bulat). Dah berkali-kali I ajar panggil "IMRAN" tapi dia tak pandai nak sebut.

Petrol

Start from 5/6/2008, harga minyak petrol naik dari RM 1.92 ~ RM 2.70 per liter. Tengok perbezaannya pada bil. Tangki penuh ini untuk seminggu perjalanan pergi balik kerja with my City from Sg. Buloh to Telok Panglima Garang. About 100 km ~ 120 km per day.

Ini tidak termasuk tol around RM 6.60. Nasib baik next month pindah ke tempat kerja baru at Sg. Way. Save 40km ++. Tol pun cuma RM 2 per day.

Raya 2007

First raya celebrate di Melaka then second day dah balik Mersing. Raya ... raya ... raya. Dah balik Sg Buloh, start kerja then sibuk dengan open house. 1st week after raya jemput member Toshiba datang rumah. Masak mee kari - resepi baby-siiter.

2nd week member2 hubby pulak. Ni order je sebab demam, tak boleh nak masak. After that terpaksa warded sebab denggi. MC 10 days tapi pergi beraya juga ke Banting, Dengkil .... Last week of raya sibuk dengan concert anak2.

Raya di Mersing

Officemate serbu datang rumah.

Egyptian Potion

Start this business on 19 November 2007 (my birthday) . Terbaca dalam Mingguan Malaysia mengenai perfume ni. Then beli satu sebab aku ni gila perfume. Everyday mesti nak pakai, rasa macam tak lengkap perjalanan.

Baunya wangi & bukan bau macam minyak atar. Try to promote pada member2 di tempat kerja. Alhamdulillah, pasaran bagus. Then aku terus jadi dealer. Jadi dealer kena beli banyak. Request pada big boss untuk jadi stokist, tapi tak boleh coz dah ada stokist at this area.

Aku suka business. Maybe ada cakap2 orang macam "engineer pun tak cukup duit". Duit lain cerita sebab kalau dah minat, apa2 pun sanggup buat. Apa yang aku pikir, everyday aku pergi kerja - balik kerja. Then di rumah kena buat kerja2 rumah, macam takde masa untuk diri sendiri. Atleast macam hubby, kawan ajak main futsal, lepak di coffee house, anytime dia boleh join. So that's why aku buat business, benda yang aku minat.


Egyptian Potion - minyak wangi bebas alkohol dari Egypt. Mempunyai 40 jenis wangian yg. diilhamkan dari wangian jenama antarabangsa. Sekotak mempunyai (10botol wangian* 2ml). 
 

Isu profile picture

Dah lama saya tak tukar profile picture kat fb. So baru-baru ni tukar le gambau kat bawah tu. Saya memang kena letak gambau sebab carik nama saya, berpuluh2 kluar.

Gambau telah ditepek dengan tulisan.

Apa komen uols pasal gambau tu?

Ofismate yang pilih gambau tu tau.

TAPI

Ada orang tegur pasal gambar tu. Nampak muka clear, resolution baik bla bla bla ... takut orang buat super impose... ehem, ehem... ala-ala artis le pulak kan. Takut fitnah etc ...

Makcik dengau terus berderau and cepat2 carik gambau lain, tukar profile.

Nasihat orang tu baik tapi RIMAS le. Sebab selalu apa2 saya buat kat fb, ada je orang nak tegur. Bukan saya selalu tayang muka pun. Tapi kalau pompuan2 yang tegur, saya relaks jer :-) sebab saya tahu pompuan2 kalau tegur ikhlas and positif. Takde niat lain.

Saya tahu saya dah takde suami tapi saya masih ada ibubapa, abang, kakak2, keluarga, sedara-mara, kawan-kawan yang sentiasa ambil berat pasal saya.

Pasal profile picture, saya jadi takut. Takut dengan super impose !!!!Baru merangkak nak bina semula kekuatan diri, jadi takut semula....

YAKIN ALLAH SENTIASA MELINDUNGI KAMI.

Profile picture baru .... 

COMEL TAK KAK TON ~ ~ ~ ???




Wednesday, 30 October 2013

Garden Hami

Baby Breath - baru beli at Carrefour Mid Valley. Cantik bunga ini.

Wakaf Abang Kamal & Kak Ina

Just admire ...

Bunga

Bunga Raya (Hibiscus) "sulung" dari species ini.

Segala-galanya bermula dari SINI.
Saya SUKA. Therapy bagi Diri Saya.

Dalam HATI ada TAMAN ♥


Saya dah "JATUH CINTA".... 

cer tengok tajuk entry tu... 

Gediks tau!!!

Bercinta dengan hobi baru ..... BERKEBUN.


Gambar atas tu buat pagar guna botol. Orang yang "takde perasaan" akan sentiasa BLUR, MENGUAP bila saya start bercerita dengan "cinta" baru saya ni. Biarlah.... sekali-sekala makcik nak tunjuk kretip !!!

Botol2 telah ku alihkan pandangan ke sudut lain. Rumah bersudut2, tu yang payah tu. Takpe, concentrate satu-satu tempat dulu.


Jeng jeng jeng ... sedikit pokok dan deco yg tak seberapa. Permulaan saya gunakan idea botol kaca recycle dulu.

Cat botol jadik warna putih untuk menutup "ketidaksempurnaan" botol

Sudut lain. Pagar botol kaca dari botol kecil saiz esen vanilla. Ni semua kawan beri. Yang bestnya dah siap basuh, so tak perlu la saya basuh dan cat bagai....


Gambar bawah tu 2 ketul simen yang saya jumpa kat belakang rumah. Jumpa satu di timur, satu di barat.


DIY signage. Walaupun tulisan tak cantik tapi makcik suka sangat2 :-) Sebab DIY kan.


Tanam pokok sikit-sikit. Nak panggil pakar, belum cukup mampu. Lagipun takut dah bayar mahal-mahal, last2 diri sendiri tak rajin nak maintain.

Maybe one day nak juga guna pakar. Jom kumpul duit sampai bertingket2. Sesaper ada kenal mana2 pakar buat lanskap rumah dengan harga berpatutan, boleh share dengan saya. Contact number please !!!



Monday, 28 October 2013

4 bulan yang lalu

Update cepat-cepat kisah 4 bulan yang lalu. Untuk kenangan nanti.

Bulan Julai, saya berpeluang outstation ke Kyushu,Jepun selama 4 hari (7-10 Julai 2013) bersama 8 orang delegasi dari Melaka termasuk seorang exco.

Tempat yang MEREKA-MEREKA nak terjah. I follow jer.

Shopping jugak. Of course la kan :-)
Next-----> Tengok gambar di bawah ye :-)

Gambar tengah meeting. Macam saya pulak chair the meeting kan.... saya kuli je!!!

** Stail Jepun meeting, the "biggest" jawatan memang duduk di bahagian tengah.



Dari Jepun, saya "melencong" ke Seoul, Korea... eh, atas arahan bos tau!!! Tidur semalam di Itaewon. Tapi mcm takde sangat gambau kat sana.


Raya ♥ SELAMAT HARI RAYA ... (8 OGOS 2013)
My lovely permata hati

Selepas bersalam-salaman dengan mak bapak, adik-beradik, saya baru anak-anak menziarahi pusara arwah. Dekat je dengan rumah PAMA. Ajar anak-anak sedekahkan Al-fatihah. Saya dah kena warning dengan Imran supaya jangan menangis. Luqman main baling-baling batu yang ada di atas kubur arwah ayah. Emm... tahun depan takut dia bawak mercun pulak.... hehe. Anak-anak.... doa kamu semua dipohon untuk arwah ayah.



10 SEPTEMBER 2013

My eldest daughter, Maisarah menduduki peperiksaan UPSR. Saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk kakak. Saya memang tak cukup masa nak belek pelajaran dia hari2. Saya hanya mampu hantar pergi balik ke tuition setiap Sabtu dan Ahad dan jugak terlibat apa2 aktiviti di sekolah.

17 SEPTEMBER 2013 - Birthday kakak yang ke-12. Dah boleh harap buat kerja rumah, mandikan Luqman, cuma malas jer. Kena leter, baru bergerak.



16 SEPTEMBER 2013

Setelah 11 bulan kami meninggalkan rumah kami (lepas arwah meninggal, terus tinggal dengan mak bapak), akhirnya kami kembali semula.

HOME SWEET HOME ..... RUMAH KU SYURGA KU
** Tak abis kemas lagik... punye le malas !!!



29 SEPTEMBER 2013
My hensem Luqman dah pandai jalan. Tu pun dah 1 tahun 2 bulan ++. Kurang skit penat nak mengendong dia sahaja.
TAPI
Now pun dia tak boleh nampak ibu. Saya panggil dia PEMINAT SETIA. Kaki ibu pun dipegangnya.


LAST BUT NOT LEAST----- MY HERO, IMRAN :-)
 



Tak tahu la saper yang ngajo dia skill memanjat pintu tu. Sempat bergaya "hebat" depan ibu tu. Si ibu dah kecut perut takut my hero tergolek ke bawah. Kat bahagian bawah tu pulak jadi lintasan Luqman.

Ok.. ok ... Opening yang banyak citer :-)


Wednesday, 18 September 2013

Jumpa Asmara

Assalamualaikum,

Setelah 3 bulan++ menyepikan diri, akhirnya saya munculkan diri. Macam orang berpantang pulak :-)

Ni gara2 terjumpa Asmara tengahari tadi. Adik blogger yang selama ini hanya dikenali di alam maya. Dari mereka dok kat Jepun sampai ke Melaka. Tinggal di "bukit" yang sama pulak.

Siapa kenal kami, sila tinggalkan komen ** statement mengalahkan retis !!!



Ada post saya sebelum ini dah hilang gambar2?? Kemana kah??

InsyaAllah nanti saya update news 3 bulan++ tu ye :-)

Monday, 10 June 2013

Apa saya suka?

Update cepat2....

Manusia ada masalah. 
Setiap masalah ada penyelesaiannya. 
Tapi masalah saya susah nak carik penyelesaian. 

SEDIH, SEPI.

So bz kan diri, buat apa yang saya suka. 
Suka travel tapi takkan nak travel je kan. 
Duit pun huk, huk ....


Saya suka SEWING. 
Yessssssssssss

So kalau pasal SEWING, sila le melawat link


# Peace #

Friday, 7 June 2013

Pasar Baru Bandung

Kalau ke Bandung, WAJIBs ke sini.
Alahhhhh memang semua akan ke sini pun. Poyo jek cik Fizah ni tau !!
Sini tempat shopping paling best, bagi saya la yang budget ciput.
Berkali-kali kami ke sini (emm... 3 kali je pun).
Dan berkedai2 Factory Outlet yang kami pergi, saya tak heran nak bershopping sebab saya suka shopping di sini, Pasar Baru.

Lets ronda dengan saya :-)

Awal pagi. Line clear.
Hari terakhir. Sempat abadikan pic.

Kami naik angkutan kota sahaja untuk ke Pasar Baru. Sekepala Rp6000 tapi kalau ramai2, 
kami ambik 1 angkut dlm Rp 30k ~ Rp 50k = RM 10 ~ RM15.
Dan dalam masa2 tertentu, 1 angkut kami sumbat more than 10 orang.
Ada yang berpangku2. 
Amacam, Ada bran ??





My sister & sister in law tengah nak borong pisang cheese. Serius sedap kerepek kat kedai ni.
Perut kami pun kenyang merasa kerepek2.

Apa ada di dalam Pasar Baru?
Telekung, kain ela, etc ...
Setiap tingkat produk lain2.

Rege?
More more cheaper dari Msia.
Kena pandai tawar-menawar
Imran dapat kasut bola Adidas Rp 70k = RM 21++
Yes, terus dia STOP meragam.









Amacam, puas tak?
Gambar2 atas tu Maisarah yang dok ambil, boring tunggu ibu belek2.


Gambar Bawah

MUKA PUAS

Maisarah tengah angau jumpa telekung lembut



Dalam kami puas@gembira, ada yang bersedih.
Tengok Ikhwan tu. Merajuk tak dapat beli mainan.



Saya beli kain ela untuk raya. The gegirls sorang sepasang jek. Ibu?? Dont ask ... hehehe.
Pening nak suh gegirls pilih kain.

TIPS ke Pasar Baru. 

Pasar Baru ni bertingkat2. Rasanya 7 tingkat (Dasar 1, Dasar 2, Tingkat 1 ~ 5). Saya tahu LANTAI 2 untuk kain ela...hehe.

Uols kena ingat lantai/dasar mana uols beli sebab mana tahu kot2 nak tukar saiz etc. Macam kami la. Kalau tak ingat lantai, jenuh jugak nak carik kedai tu semula.

2nd tips,
Tak semua orang shopping bersama-sama, mesti ada berpisahkan? So senang janji jumpa semula di Dunkin Donut.