Tuesday, 25 November 2008

Dinner di Restoran Le Chateau De Puah

Dinner hari Ahad, hubby suggest this restaurant, Le Chateau de Puah. Nak sebut nama pun terbelit lidah. Hubby surf internet, so sesiapa pun never try this restaurant before. Dinner bersama babah & ibu, kak emy & abg shahrul dan aku sekeluarga. Tempat memang exclusive. Kami buat reservation dan dapat satu bilik yang ada TV. Bestnya.

Ada masakan melayu, barat dan timur tengah, Uzbekistan. Rasa masakan di sini memang sedap sangat & lain dari yang lain.

Hubby makan Samarkhan Stew & Obi Nan. Special order from hubby, Kopi Tunjuk Langit..... bukan menu from Ayah Pin ... hehehe. Aku rasa juga kopi tu, lemak dan tak manis ... sedap!

Aku makan nasi Bukhara Chicken.... perh dia punya kuah chicken tu memang sedap. Then order air Limau Kasturi Sourplum. Sedap, sedap!

Kak Emy order chicken wings. Sos memang sedap. Order lagi satu set chicken wings sebab anak2 aku dah meleleh air liur.

Abg Shahrul order Mee Bandung Muar. Pun sedap juga.

Babah & ibu order nasi goreng, sambal udang & tauhu bakar. Babah suka sangat sambal udang. Memang sedap kata babah.

Overall makanan kat restaurant ini memang sedap. Harga pun berpatutan.

After makan boleh relaks sambil tengok TV. Spa juga disediakan, RM 30 ..... Hubby puas hati sebab restaurant pilihan dia memuaskan .....Thumbs UP! Cubalah try, test ...

Dinner di Restoran Rumah Thai, SU

Kak Ina and family datang dari Melaka, bawa anak-anak cuti sekolah ke KL. Kebetulan babah dan ibu juga ada di Sg Buloh, jadi malam sabtu kami dinnner bersama. Semua adik-beradik ada kecuali Abang Long. Kami pilih Restoran Rumah Thai di Saujana Utama. Menu macam biasa-biasa sahaja, ikan siakap, tomyam, sayur campur etc....Yang bestnya bila time nak bayar. Menantu lelaki berebut ke kaunter nak bayar. Itu gimiks je. Nak pakai credit card, tak boleh lah .... hehehe, alasan la tu. >Atlast abg ipar dari Melaka tolong bayar. Memang dia dah niat. Tapi harganya, mak datuk, mahalnya ....
 

Kak Emy, Ariesha, Ardilla, Kak Ina, Abang Ijan .... terima kasih daun keladi. Lain kali, belanjalah lagi

Sunday, 23 November 2008

Anak belajar menjahit, ibu belajar buat kuih

Aku tengah ada semangat nak menjahit. Baru beli buku cara-cara jahit bag. Beli online. Aku sibuk menjahit, 3 daughters & Imran pun sibuk kacau. Then aku get an idea. Aku nak ajar my "anak-anak dara" menjahit la and they all very excited bila dengar my idea..... Aku buatkan bentuk "Love". Then aku suruh they all jahit biasa sahaja. Mula-mula agak kekok juga tengok they all menjahit sambil mulut ni penat melayan kerenah they all. Berbagai-bagai pose & bertukar-tukar tempat duduk untuk dapat keselesaan.
At the same time aku terpaksa tengok-tengokkan Imran sebab semua kakak sibuk menjahit, so dia takde kawan nak bermain.
Dan yang paling tak tahan dengan perangai Nabihah & Nabilah. Sampai merengek bila tak menjadi jahitan they all. Maisarah OK sahaja & jahitan dia kemas. Percubaan they all menjadi juga akhirnya. Tapi ada yang aku terpaksa selesaikan. Tengoklah hasinya ...
Petang Sabtu ibu dan babah datang jalan-jalan ke Sg Buloh. Ibu bawa bekas kuih bakar sebab aku nak minta tolong ibu ajar cara buat kuih bakar. Kuih bakar atau nama lain bahulu kemboja. Kat kampung ibu banyak menerima tempahan untuk kenduri kendara. Boleh la aku buat bisnes kat sini pulak ... hehehe. Aku seorang je anak ibu yang suka belajar masakan special ibu. So far yang jadi favourite kami, kuih bakar & sambal bali (dah belajar last raya). Very simple and delicious.

Pagi Ahad after breakfast ibu dah datang rumah. Ibu & babah tidur rumah kak emy. Daun pandan, tepung gandum, blender semua datang from Melaka. Alahai ... macam kat sini takde. So aku belajar bancuh bahan-bahan. After dah buat bancuhan, kena tunggu sampai buih hilang?? bak kata ibu, maybe around 1~2 jam kot. Sementara tu ibu & babah nak pergi Shah Alam coz nak visit cousin sakit. Aku pulak jenis yang tak sabar. Terus bakar dalam oven.

Percubaan pertama jadi tapi bentuk tak cantiklah. Macam mana pun sekejap je habis. Then bakar yang next & next, try and error, atlast jadi juga, cuma kena improve dari segi ketebalan. Sepatutnya dapat 4 ketul je tapi aku buat dapat 6 ketul. Silap dengar ... Boleh buat minum petang dan dapatlah buat balasan untuk pinggan jiran yang dah lama aku simpan. ** Lupa nak ambil gambar

Friday, 21 November 2008

Maisarah naik Al-Quran

Semalam aku dan anak-anak happy sangat bila ustazah beritahu kat aku yang setia menunggu di luar. "Mama, minggu depan bawa Al-Quran ye". Maisarah pulun habiskan 3 pages Iqra semalam. Selalunya dia akan baca 1 page then sementara tunggu kembar habis mengaji, dia akan bermain.

Aku SMS pada Ayah. Ayah terpaksa tidur di Melaka sebab ada kerja yang tak settle lagi. Dan kegembiraan aku share dengan "satu kampung". Sms kat babah, kakak2 dan kakak ipar ku. Sekarang aku nak hebohkan pada sesiapa yang baca blog aku ini. Mungkin you all kata, "alah baru habis Iqra dah kecoh sekampung". Suka hatilah ...... Aku rasa gembira sangat.

Terubat juga kesedihan aku .... sedih setelah Maisarah dapat 4A 1B dalam final exam. BM Penulisan dpt 79%, aku betul2 frust sebab lagi 1 markah shj untuk dapat A. Dengan result 4A 1B buatkan Maisarah gagal untuk dapat masuk kelas top 3, walaupun kedudukan dalam kelas baik dari yang dapat 5A. Sekolah tetapkan alihan kelas bergantung pada jumlah A dan kemudian peratusan. Aku cuba sejukkan hati aku setelah seminggu lebih aku terlalu pikir pasal Maisarah. Terima kasih kat Ayah sebab sentiasa beri support kat aku. Tak pasal-pasal aku kena lecture dengan Ayah. Darjah 2 ada 16 kelas semuanya. Apa yang aku risaukan, takut cikgu-cikgu tidak pedulikan pelajar yang bukan dalam kelas top 3. Habislah kalau macam tu .....

Wednesday, 19 November 2008

Happy Birthday to ME

Hari ini (19 November)hari lahir aku yang ke 33. Aku sambut birthday pada hari ini bersama ex-STFian (Sherliza - same batch) dan ADUN Lembah Pantai, Nurul Izzah. Happy Birthday semua ...
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes
Happy Anniversary to Kak Hanizah. Every year this makcik tak pernah lupa nak wish Happy Birthday kat aku. This year, walaupun aku dah pindah company lain, dia dah beri advance wish coz today dia bercuti. Husband dah beri present malam tadi ... jeng.. jeng .. jeng .. Seutas jam tangan. Thanks a lot ... Dah lama aku tak ber"jam". Jam GUESS aku (old design dari Form 5) dah rosak and dah tak boleh diperbaiki. Jam yang husband beri still tak pendekkan tali, buka harga etc, just in case aku tak berkenan. Berkenan tu memang berkenan tapi aku tetap nak tengok other design yang menarik kalau ada. So jam tu aku tak boleh pakai lagi.

Tuesday, 18 November 2008

Kelip-kelip at Kampong Kuantan

Hari Ahad kami pergi tengok Kelip-Kelip di Kampong Kuantan. Ini kiranya plan tergempar juga sebab selalunya kalau tiada hal penting, kami jarang keluar bersiar-siar pada Ahad malam. Pada mulanya kami sangkakan tempat kelip-kelip jauh dari rumah kami. Ayah said about 1.5 hours perjalanan. Mcm nak balik Melaka pulak jauhnya. Kami bertolak dari rumah dalam pukul 5:30pm. Lagi sekali, Imran terpaksa ditinggalkan. Kami tiba around 6:00pm, dekat sahaja rupanya. Now ada jalan baru, ikut estet, so tak perlu drive sampai ke pekan Kuala Selangor yang penuh dengan traffic lights etc. Jalan estet ni ok, banyak kereta guna cuma kalau malam after 10:00pm, hati-hati sikit sebab rasanya takde lampu jalan. Di penghujung jalan tu betul-betul jalan masuk ke jeti kelip-kelip. Kaunter tiket buka 7:00pm, so kami pergi dinner di restoran berdekatan. Nabilah dah lapar sangat ke? Tiket naik sampan RM 20 seorang?? (lupa pulak, need to check dengan cashier). <== Nak betulkan. Satu sampan RM40, boleh naik 4 orang dewasa. Life jacket disediakan. Sebelum pergi kami survey about this place. Masa yang tidak sesuai tengok kelip-kelip ialah (1) hari hujan (2) bulan terang. Kebetulan kat Saujana Utama memang hujan tengah lebat dan pertengahan bulan, so memang bulan tengah mengambang.... hehehe, memang tak sesuai betul tapi kami redah je. Alhamdulillah kami dapat juga naik sampan dan tengok keajaiban ciptaan Allah. Terpegun sekejap tapi dalam hati, takut juga .... sunyi & gelap ...
Maisarah dah bersedia dengan life jacket. Susah nak tengok kembar pose macam ni ....
Soksek / Gossip : Kat sini ada pulak laki bini bergaduh. Si suami pekerja kat situ, diserang oleh isteri dia. Macam filem hindustan pulak, baling-baling pasir dan berlaku pergelutan antara suami dan isteri. Atlast si suami hilang sabar, kuncikan isteri dalam tandas dan telefon polis. Terpekik la si isteri. Mat-mat salih yang concern siap suruh carikan kunci, nak bukakan pintu. Atlast polis datang. Yelah buat kacau kat tempat pelancongan. Rupanya they all dah bercerai. Isteri tu orang indon. Si isteri mengamuk bila dengar si suami nak kahwin lain bulan Dec ni .... begitulah kisahnya. Wah macam saksi utama pulak. Semoga jadi pengajaran untuk kita2 ...

Monday, 17 November 2008

Perpustakaan Raja Tun Uda


Cuti sekolah dah bermula. Kami belum plan any vacation untuk our kids. Kesian they all. Tapi dalam kepala ni dah bermacam2 aktiviti difikirkan, yang tak perlukan ayah dan ibu ambil cuti panjang buat masa ni. One of the activity, go to Perpustakaan Shah Alam. Kami pergi ke library on Saturday. Kebetulan ibu banyak urusan di Shah Alam.

Bawa 3 daughters, Imran tak layak jadi library's member lagi. Di sini, Maisarah, Nabihah & Nabilah daftar jadi ahli. Ibu ???.... tak sempat sebab bahagian buku kanak-kanak dan orang dewasa di level yang lain, jadi takut pulak anak2 hilang ... hehehe. Takpe, ibu akan cari waktu yang "tenang" untuk pilih buku.
Senang je nak jadi ahli. Isi borang (ada 3 orang anak so penat juga nak isi borang), photocopy IC penjaga then ambil gambar. Servis semua lengkap di sini. Photocopy IC cuma bayar 60sen. Gambar diambil di sini dan ianya PERCUMA. Kad ahli siap dalam masa 30 minit sahaja dan boleh pinjam buku selepas itu.

Tempat nak membaca pun selesa. Ada bising sikit-sikit je, almaklumlah tempat kanak-kanak. Setiap ahli boleh pinjam 3 buah buku dalam masa 3 minggu. So apa lagi, bermulalah aktiviti membaca buku & melihat gambar-gambar. Boleh dapat info dari ==> http://www.ppas.org.my/ibupejabat.htm

Thursday, 13 November 2008

Congratulation!

Tahniah kepada anak-anak saudara ku Nurul Ariesha : 5A dalam UPSR 2008 Nurul Ardilla : No 1 daripada 170++ pelajar keseluruhan tingkatan di Sek Seri Puteri, Cyberjaya Apa yang dibanggakan, mereka belajar sekolah rendah di sekolah kampung sahaja. Kakak dan abang ipar saya bukan dari kalangan orang yang berpelajaran tinggi. Berniaga sendiri, jual gas. Kakak saya surirumah, angkat telefon bila orang order gas dan abang ipar pula bawa lori, hantar gas ke kedai-kedai. Alhamdulillah, anak-anak mereka menunjukkan prestasi yang boleh dibanggakan dalam pelajaran. Semoga menjadi inspirasi kepada anak-anakku .... AMIN

Monday, 10 November 2008

Cerita pagi

Today, KAFA cuti so malas nak kejutkan Maisarah. Hari cuti kalau kejutkan dia, memang senang bangun and dia akan segera mengadap TV. Kejutkan twins tapi langsung tak bergerak. So SMS to teacher Emy, Twins Ponteng Today.

Masa nak pergi kerja, singgah beli nasi lemak kat Iris Aprtment. Orang SU kata nasi lemak kat situ sedap. After dah bayar and nak ke kereta semula, ada seorang budak india, mungkin darjah 4 atau 5, badan & muka chubby-chubby comel gitu bersuara pada aku ....

Budak : Makcik, boleh hantar saya ke sekolah?
Me : Kenapa, jalan kaki sahaja la ... (sekolah hanya beberapa meter shj, and ada budak sekolah yang tgh berjalan juga)
Budak : Penatlah Cik. ( sambil tersenyum-senyum )
Tanpa banyak soal, aku suruh dia naik. Muka dia nampak baik.
Me : Naiklah ... Awak tinggal di mana?
Budak : Apartment tingkat 4. Penat .... kaki saya sakit.

(Aku tengok biasa je bila dia jalan) Bukan jauh pun sebenarnya. Aku tinggalkan dia di simpang sekolah. Aku rasa memang every morning budak india tu akan tumpang orang ke sekolah.

Friday, 7 November 2008

Fikir aktiviti cuti sekolah

Lagi seminggu nak cuti sekolah. Macam-macam activity nak fikirkan untuk my kids. So that, takde lah 24 jam duduk rumah and tengok TV sahaja. Bibik pun sure terlebih tension and penat.

Kebetulan, my jiran Nina offer diri nak bawa my kids to swimming class. Dia nak hantar anak dia tapi sebab tak cukup student, so dia offer I and maybe anak2 jiran lain. Dia suggest ke UIA tapi I akan try to survey Pusat Akuatik Shah Alam. Dekat sikit.

Tapi for this class, I prefer hantar Maisarah dulu sebab kembar tu banyak main-main and Nabilah penakut air. For twins, Nabihah nak belajar main gitar & Nabilah nak belajar main piano. Emm ... banyak budget.

Dengarnya kat Saujana Utama ada class piano. Nanti I will sebok2 survey for them. Tapi class macam tu, tak perlu tunggu cuti sekolah pun ada. Sediakan RM shj. For me & husband memanglah takde cuti panjang. Kalau boleh bawa anak jalan-jalan pun masa weekends je. Abang Kamal pun selalu plan / create activity for all of us. I selalu juga tengok blog orang lain untuk dapat idea tempat / activity yg best2. So kalau ada aktiviti yang menarik, sharekan bersama.

Monday, 3 November 2008

Jiran

Aku tengah bengang dengan jiranku. Dia tebang pokok mangga depan rumah kami. Memanglah bukan pokok aku dan bukan juga pokok dia, tapi atleast discuss lah dengan aku dulu. Tak boleh ke tunggu kami balik rumah. Apasal desperate sangat? Tak boleh tunggu hari ini, minggu depan ke? Awak bukan bekerja pun. Dahlah kereta babah ku parking bawah pokok tu. Tak terpikir ke betapa susahnya nak tebang pokok tu sebab ada kereta. Reason dia sebab pokok dah nak mati. Alah setakat daun warna kuning, dah buat andaian camtu. Biasalah musim panas, daun jadi kering. Daun gugur bukan dia sapu pun … Dah 9 tahun aku tinggal di situ, dia baru 3 tahun, selama ni pokok tu tak mengacau pun hidup dia. Every year berbuah and sedap buahnya. Ramai yang dapat merasa. Aku selalu parking bawah pokok mangga tu tapi still dlm kawasan rumah aku. Dia pun selalu nampak aku gantung buaian untuk anak2 aku lepak bawah pokok tu …. DIA JEALOUS KE???? Entahlah …… Aku harap pokok tu akan terus hidup dan rendang semula. LOVE GREEN….. Tulah susahnya kalau LELAKI JADI SURIRUMAH. Rumah sendiri taknak bersihkan .....

Today is the DAY!! : Q-Dees Annual Concert

On 1st November, Q-Dees telah adakan Annual Concert di Kelab Sri Damansara. Ini hari yang ditunggu-tunggukan oleh Nabihah dan Nabilah. Pagi tu sempat belikan they all kasut di Tesco Shah Alam dan buat inai di tangan (Rm5). They all kena menari lagu bollywood, sesuailah dgn inai & modern dance. Datuk dan nenek pun ikut sama to the concert sebagai support to Teacher Emy and kids. And bawa kuih bakar dari Melaka untuk dihidangkan pada tetamu. Ramai juga yg hadir, bukan setakat parents shj tapi nenek, datuk, makcik, pakcik, abang, kakak sampaikan bibik pun boleh ikut. Layan je la gambar2 Nabihah & Nabilah. Nabihah with Principal Nabilah with Principal Gambar di bawah masa twins menari lagu Hindustan ... boleh tahan juga they all menari and ingat steps. Gambar ini masa they all menari modern dance, lagu La Camisa Negra ... Nabihah lembik je, penat ke? Nabilah enjoy menari dan asyik tengok ke arah ibu dan ayah sahaja.

Hampir Gelap Duniaku

Jumaat aku terpaksa ambil MC. Jumaatlah hari paling seronok gie kerja sebenarnya. Bangun pagi aku terasa mata aku macam ada yang tak kena and sakit sangat. After bersiap-siap untuk pergi kerja, bila keluar rumah, sakitnya mata aku bila terdedah kepada cahaya kat luar yang terang. Cepat-cepat aku pergi buka contact lense dan pakai spec.

Aku bawa juga kereta untuk hantar anak-anak ke sekolah tapi masa drive, memang mata kecil dan kekadang terpaksa dipejamkan sekejap. Perit hanya aku sahaja yang tahu. Tengahari pergi Klinik Saujana. Memang mata aku kena infection. Dapat reference letter ke Sunway Medical Center. Hubby terpaksa balik from Melaka sebab dengan keadaan mata aku perit ni, aku memang tak boleh nak bawa kereta jauh. Thanks to Mr Suzuki (boss hubby) sebab membenarkan suamiku balik awal.

Di Sunway Medical Center, doktor check mata aku. Memang dah tahap kritikal. Aku dah guna contact lense dah berbelas tahun, so memang logik if dah teruk. Doktor suggest not to wear contact lense for at least a month.

Husband tertanya-tanya, kenapa aku tak pakai je spec. Aku tak suka pakai spec sebab hidung aku selalu gatal. Dah la hidung ku ini terover sensitivif. Pakai contact lense pun problem juga sebab every week aku kena tukar contact lense even 1 pair/month. Actually bulan 6 aku dah plan nak buat laser mata. Dah buat check-up cuma tunggu keluarkan RM3xxx. Tapi tu la ramai yang tak beri moral support kat aku, termasuklah orang yang jual contact lense sebab they all kata power aku still ok. Not worth it. So until now tak buat laser.

Dengan memakai spec,
(1) aku dapat jimatkan hutang credit card aku. Dah berangan nak beli sunglass Elle / Guess, alah fesyen terbaru yang besar-besar gitu.
(2) dapat elakkan dari orang lain buat dosa sebab aku berangan nak pakai contact lense yang color. Bukan nak glamour, setakat dapat mata macam Zac Efron pun jadilah .... hahaha. Apa-apa pun aku bersyukur sebab masih dapat melihat dunia ini and bersyukur dengan nikmat yang Allah Taala berikan.