Jumaat aku terpaksa ambil MC. Jumaatlah hari paling seronok gie kerja sebenarnya. Bangun pagi aku terasa mata aku macam ada yang tak kena and sakit sangat. After bersiap-siap untuk pergi kerja, bila keluar rumah, sakitnya mata aku bila terdedah kepada cahaya kat luar yang terang. Cepat-cepat aku pergi buka contact lense dan pakai spec.
Aku bawa juga kereta untuk hantar anak-anak ke sekolah tapi masa drive, memang mata kecil dan kekadang terpaksa dipejamkan sekejap. Perit hanya aku sahaja yang tahu. Tengahari pergi Klinik Saujana. Memang mata aku kena infection. Dapat reference letter ke Sunway Medical Center. Hubby terpaksa balik from Melaka sebab dengan keadaan mata aku perit ni, aku memang tak boleh nak bawa kereta jauh. Thanks to Mr Suzuki (boss hubby) sebab membenarkan suamiku balik awal.
Di Sunway Medical Center, doktor check mata aku. Memang dah tahap kritikal. Aku dah guna contact lense dah berbelas tahun, so memang logik if dah teruk. Doktor suggest not to wear contact lense for at least a month.
Husband tertanya-tanya, kenapa aku tak pakai je spec. Aku tak suka pakai spec sebab hidung aku selalu gatal. Dah la hidung ku ini terover sensitivif. Pakai contact lense pun problem juga sebab every week aku kena tukar contact lense even 1 pair/month. Actually bulan 6 aku dah plan nak buat laser mata. Dah buat check-up cuma tunggu keluarkan RM3xxx. Tapi tu la ramai yang tak beri moral support kat aku, termasuklah orang yang jual contact lense sebab they all kata power aku still ok. Not worth it. So until now tak buat laser.
Dengan memakai spec,
(1) aku dapat jimatkan hutang credit card aku. Dah berangan nak beli sunglass Elle / Guess, alah fesyen terbaru yang besar-besar gitu.
(2) dapat elakkan dari orang lain buat dosa sebab aku berangan nak pakai contact lense yang color. Bukan nak glamour, setakat dapat mata macam Zac Efron pun jadilah .... hahaha. Apa-apa pun aku bersyukur sebab masih dapat melihat dunia ini and bersyukur dengan nikmat yang Allah Taala berikan.
2 comments:
salam aja. kekdg menyinggah gak ke sini :).mata ok dah? elok benor kalau ko nak buat laser.sokong2!! coz i did.. and worth it!!.terang benderang dunia.. (buat kat ginza last 2 yrs)
-yan-
Hi Yani, mata not fully ok. Fobia nak pakai contacts. Aku kena kumpul duitlah untuk buat laser atau mungkin dapat tempias duit bonus laki aku....
Post a Comment