Sunday, 23 November 2008

Anak belajar menjahit, ibu belajar buat kuih

Aku tengah ada semangat nak menjahit. Baru beli buku cara-cara jahit bag. Beli online. Aku sibuk menjahit, 3 daughters & Imran pun sibuk kacau. Then aku get an idea. Aku nak ajar my "anak-anak dara" menjahit la and they all very excited bila dengar my idea..... Aku buatkan bentuk "Love". Then aku suruh they all jahit biasa sahaja. Mula-mula agak kekok juga tengok they all menjahit sambil mulut ni penat melayan kerenah they all. Berbagai-bagai pose & bertukar-tukar tempat duduk untuk dapat keselesaan.
At the same time aku terpaksa tengok-tengokkan Imran sebab semua kakak sibuk menjahit, so dia takde kawan nak bermain.
Dan yang paling tak tahan dengan perangai Nabihah & Nabilah. Sampai merengek bila tak menjadi jahitan they all. Maisarah OK sahaja & jahitan dia kemas. Percubaan they all menjadi juga akhirnya. Tapi ada yang aku terpaksa selesaikan. Tengoklah hasinya ...
Petang Sabtu ibu dan babah datang jalan-jalan ke Sg Buloh. Ibu bawa bekas kuih bakar sebab aku nak minta tolong ibu ajar cara buat kuih bakar. Kuih bakar atau nama lain bahulu kemboja. Kat kampung ibu banyak menerima tempahan untuk kenduri kendara. Boleh la aku buat bisnes kat sini pulak ... hehehe. Aku seorang je anak ibu yang suka belajar masakan special ibu. So far yang jadi favourite kami, kuih bakar & sambal bali (dah belajar last raya). Very simple and delicious.

Pagi Ahad after breakfast ibu dah datang rumah. Ibu & babah tidur rumah kak emy. Daun pandan, tepung gandum, blender semua datang from Melaka. Alahai ... macam kat sini takde. So aku belajar bancuh bahan-bahan. After dah buat bancuhan, kena tunggu sampai buih hilang?? bak kata ibu, maybe around 1~2 jam kot. Sementara tu ibu & babah nak pergi Shah Alam coz nak visit cousin sakit. Aku pulak jenis yang tak sabar. Terus bakar dalam oven.

Percubaan pertama jadi tapi bentuk tak cantiklah. Macam mana pun sekejap je habis. Then bakar yang next & next, try and error, atlast jadi juga, cuma kena improve dari segi ketebalan. Sepatutnya dapat 4 ketul je tapi aku buat dapat 6 ketul. Silap dengar ... Boleh buat minum petang dan dapatlah buat balasan untuk pinggan jiran yang dah lama aku simpan. ** Lupa nak ambil gambar

2 comments:

cikliah said...

Whoaa... cutenye bantal love tuh...
Bagus la Fizah nie...dedahkan ilmu rumahtangga kat anak2 sedari awal lagi. Kak awa pun nak ajak anak2 kak awa le main jahit2 la...

Teratak Hami said...

cik liah, saya ajar anak2 menjahit sebab they all mengacau je. Atlast beg saya sampai sekarang tak siap ... hehehe