Today, KAFA cuti so malas nak kejutkan Maisarah. Hari cuti kalau kejutkan dia, memang senang bangun and dia akan segera mengadap TV. Kejutkan twins tapi langsung tak bergerak. So SMS to teacher Emy, Twins Ponteng Today.
Masa nak pergi kerja, singgah beli nasi lemak kat Iris Aprtment. Orang SU kata nasi lemak kat situ sedap. After dah bayar and nak ke kereta semula, ada seorang budak india, mungkin darjah 4 atau 5, badan & muka chubby-chubby comel gitu bersuara pada aku ....
Budak : Makcik, boleh hantar saya ke sekolah?
Me : Kenapa, jalan kaki sahaja la ... (sekolah hanya beberapa meter shj, and ada budak sekolah yang tgh berjalan juga)
Budak : Penatlah Cik. ( sambil tersenyum-senyum )
Tanpa banyak soal, aku suruh dia naik. Muka dia nampak baik.
Me : Naiklah ... Awak tinggal di mana?
Budak : Apartment tingkat 4. Penat .... kaki saya sakit.
(Aku tengok biasa je bila dia jalan) Bukan jauh pun sebenarnya. Aku tinggalkan dia di simpang sekolah. Aku rasa memang every morning budak india tu akan tumpang orang ke sekolah.
No comments:
Post a Comment