Wednesday, 30 May 2012

WW - "Dia" dah datang dah ....



Siapa "Dia" yang dah datang tu??
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

MUSIM DURIAN la !!!!

Uols dah merasa??? 

Saya dah pulun beberapa bijik .... alahai, jangan le FAIL check-up next week.

Rambutan pun dah hampir MERAH

huk, huk

Tuesday, 29 May 2012

Baju Melayu kanak-kanak murah

LELONG!!! LELONG !!!

Tak lama lagi nak raya ... yeehaaa ..... walaupun saya tak beraya :(

This weekend ada wedding kat kampung. So hari Ahad kami carik baju untuk gegirls kat KELUARGAKU. Kalau kat Melaka ni, KELUARGAKU ada kat sebelah pejabat pos Bukit Baru. Dapat info dari SIL, ada jual baju readymade untuk kanak-kanak. Dah carik baju untuk gegirls, Imran pun merengek nak baju Melayu.

Masa bayar, TERBELIAK tengok harga baju Imran. Tanya adik counter tu "Berapa?" .... "RM 8 kak" ... suker, suker ... sgt murah untuk sepasang baju!!! Rasanya semua color, semua design (teluk belanga, Johor style, Raihan style etc), semua saiz, harganya RM 8. **Tolong betulkan kalau saya salah. Kain dan jahitannya pun nampak ok. Even my babah kata baju untuk lelaki dewasa pun RM 10 jer. (not sure sepasang or hanya baju sahaja sbb my babah selalu pakai dengan kain pelekat).

Murah kan ?? Harga panties gegirls lagi MAHAL (RM 8.90) dari sepasang baju Melayu Imran (RM 8) .. hehe.

Banyak juga pilihan baju kurung untuk dewasa dan kanak-kanak perempuan. Harga pun berpatutan la.

Monday, 28 May 2012

Belum pindah dah kena curi

Hari Sabtu kami survey utk lampu dan kipas untuk rumah baru. Ada 1 kedai lampu kat area Bukit Baru. Mata ku berkenan dengan lampu ala-ala Chandelier walaupun tahu tak sesuai dengan rumah. Tak beli lagi pun.

Saya berkenan Chandelier gini. Nampak simple tapi hubby tak suka berjurai2 gitu.
Harga pun BOLEH TAHAN.


Then kami pergi ke rumah baru, nak tengok progress. Pekerja tengah pasang kipas baru di living dan bilik anak2. Dah menyirap darah. Nanti tambah duit lagi !!! Bilik anak2 kami just nak tukar plaster ceiling then suruh pasang semula kipas lama. Dan di living room, kami plan nak carik kipas ikut selera kami sendiri. Hubby calling2 kontraktor, tanya kenapa?? Ghupa-ghupanya..... kipas lama + lampu lama di rumah kami semua dah kena CURI. So the kontraktor terpaksa ganti baru. Nasib baik kami tak beli lagik.

Sakit hati jugak but at the same time, ok jugak dapat kipas FREE untuk 6 bilik. Ada remote lagik. Cuma saya tak berkenan color kipas tu .... GOLD. Dan jenama KRONOS.... tak pernah dengar pun !!!

Saya dapat agak siapa si pencuri... pekerja Cina yg buat kerja kat rumah kami sebab setiap kali kami datang, sure dia tanya, "nak lagi ke lampu / kipas?". Dia selalu mention, "beli barulah, ini design lama" .... dah berkali-kali dia tanya sampai satu masa saya jawab, "Biarkan dulu, mana tahu kami nak ganti kat tempat lain". Sempat jugak dia clearkan semua kipas + lampu lama ye. Saya bernasib baik sempat ambil 2 lampu ala2 kerawang sebelum dicuri.

** Cermin besar yang ditinggalkan oleh owner lama pun kena curi. 

Thursday, 24 May 2012

Warna dinding di bilik-bilik

Semalam dah share bilik tidur utama yg merah menyala. Today n3 untuk bilik anak-anak dan bilik sembahyang pulak. Kontraktor pakai cat Nippon Paint. Warna pilihan adalah ikut citarasa masing-masing. Cuma kami tolong advise supaya tak dipilih warna yang terang-benderang.






Cinta hubbyku sampai ke bilik tidur ♥

Saya suka warna MERAH. Jadi untuk buktikan "cinta" hubby kepada saya (perasan sendiri .. hik, hik), hubby setuju untuk pilih color MERAH untuk bilik tidur kami (feature wall konon). Dia yang pilih color ye.

Saya terkesima tengok color yang dipilih oleh hubby masa pergi site visit seorang diri. Kata Indon yang tengah mengecat "Kalau dah kering, LAWE (instead of lawa) kak!!!"

Hubby site visit waktu tengah hari, tengah panas terik ........... DIA sakit kepala, penings ... hehehe. Hasilnya :
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
MERAH sgt NYAH !!!!



Now hubby tengah plan nak pilih color lain. I follow jer... duit dia. Not bad jugak color MERAH tu ... bagi saya ler :-) Takyah le susah2 nak pikir pakai langsir color apa?, cadar color apa? sebab saya selalu hantam kromo jek part2 gini, janji tidur ku lena jugak.

p/s : JOTUN ada sediakan software free untuk "main" pilih color2 ruang yang nak dicat !!!!

IDEA bilik tidur warna merah ♥
Cadar warna putih nampak sesuai.




Saya terjumpa info yang menarik tentang aura color. Cer tengok warna MERAH ... seram you lebih-lebih lagi untuk bilik tidur!!!

MERAH - ghairah, panas, romantis, agresif, rangsang selera makan
MERAH JAMBU - feminin, kelembutan, kasih sayanng
COKLAT - serius, semulajadi, maskulin, eksklusif
UNGU - mewah, glamor, elegan, versatile
HIJAU - segar, aman, harmoni, seimbang
BIRU - sejuk, tenang, kedamaian, dingin, selesa, kesederhanaan, kesembuhan
KUNING - keceriaan, hangat, terang, keluasan, gembira
JINGGA - aktif, riang, kreatif, hangat, santai
HITAM - kesedihan, kegelapan, sofistikated, misteri
PUTIH - bersih, suci, natural, ringkas


p/s : Cat kat bilik anak2 dorang pilih sendiri dan dorang suka. Len kali insyaAllah saya share cat bilik anak-anak pulak.



Wednesday, 23 May 2012

WW - Dulu aku SELAK je. Seksi !!!

Idea bagus. 5 tahun dulu saya tak merasa, insyaAllah anak ke-5 ni merasa lah :-)

SHAWL menyusu

Testing, testing .... si Imran pun still boleh masuk dalam shawl tu. TAPI susu takde :-)

Dapat Shawl FREE bila beli susu NESTLE ni. Shawl ada 3 colors, pink, biru dan kuning


Dapatkan di pasaran. Beli susu NESTLE(ada 2 kotak) dan FREE Shawl menyusu. Harga dalam RM36. Kalau ada yang teringin nak SHAWL tu, kenalah mengandung ye .. hehe

Tuesday, 22 May 2012

Aktiviti FM

FM collection saya dilekatkan kat fridge tapi bila mengemas, jumpa seketul sana, seketul sini. Sebelum simpan, projek labelling le pulak. Terover rajin di pagi Sabtu. Ada FM terlebih. Dari dulu nak buat GA tapi entah bila le agaknya???

Buat nombor ... mmg terlebih rajin
Letak nombor supaya dapat detect kalau ada "tangan2 kecil" kat rumah tu terpecah dan tersorok kan.
Dilonggokkan
Lepas tu disimpan dalam bekas ini. Mengemas untuk nak pindah rumah nanti.

Tapi saya buat kerja sekerat jalan. Carik FM yang beli kat China tak jumpa, terus ku "bungkus" semua kerja. BUAT KERJA IKUT MOOD.

Korang ada tak perangai buat kerja sekerat jalan???

Monday, 21 May 2012

Penyebab contraction bagi ibu mengandung

Tadi pergi check-up di klinik kesihatan. Dah minggu ke-31, day-4 ...alhamdulillah, semua normal. HB darah pun dah tinggi, no more pen merah.

Saya cerita pada doktor tentang contraction yg menyerang diriku sampai kena warded. Antara penyebabnya adalah air kencing kotor / infection pada "dot". So nak elakkan infection pada "dot", kenalah jaga kebersihan ye.... alahai, terasa macam diri sendiri tak jaga kebersihan le pulak... hehe. Ni antara kemungkinan la ye :-)

So what to do :-)
  1. Selepas buang air tu, bersihkan "dot" sebersih-bersihnya. Masa pregnant mmg asyik terkucil je wlpn hanya batuk skit. Lepas dah basuh, lap kering2. Pakailah antibacterial etc.
  2. Mengandung ni asyik berpeluh jek termasuklah kat bahagian "dot". Jadi kena make sure dibersihkan selalu.
  3. Yang pakai pantiliner, pastikan sentiasa berganti. Semasa nak bersolat, of course before solat akan digantikan pantiliner itu.
  4. Bersihkan "rambut" di bawah tu. Kalau perut dah membesar, "rambut" pun tak nampak kan. Make sure la trim, bersihkan etc. Jangan kasi "malu" masa beranak ... hehe.
  5. Segera cuci "dot" selepas "bersama" dengan suami. 
  6. Dan kalau air kencing kotor, pastikan banyak minum air.

Sebelum ni juga saya ada tanya blogger cara nak naikkan berat badan baby dalam kandungan. Doktor nasihatkan minum banyak susu dan protein. Sebelum ni saya jarang minum susu, ikut kemalasan nak membuatnya. Start beberapa minggu lepas, every day saya merajinkan diri buat susu kat office ni. Kesannya juga buatkan HB darah saya meningkat. (^0^)


Friday, 18 May 2012

Action Song

Masa mula2 penglibatan twins dalam action song (gaya mcm laporan untuk retis pulak), dalam bulan 2 camtu, dorang bagitau, "Ibu, nanti kitaorang balik lambat sebab ada kelas tambahan" .... si ibu tertanya-tanya, "Apa rajin sangat cikgu sekolah ni, baru darjah 3 dah ada kelas tambahan". Ghupanya, salah faham!!!! Bukan kelas tambahan pelajaran, tapi kelas tambahan "tergedik-gedik".

Kenapa saya kata kelas tambahan "tergedik-gedik"? Sebab pergi sekolah pakai tudung, bila masa pertandingan Action Song, terus pakai skirt dan legging. Si ibu pun menyakat le, "wah wah wah ... best le pakai mini skirt, angin masyukkk!!!" ............ actually dah lama dorang STOP dari pakai "something" yang menampakkan kaki mereka. Kat rumah pun dorang tergedik2 menyanyi dan menari. Sampaikan Imran pun dah boleh ingat rentak lagu Action Song dorang.

Saya tak kisah dorang libatkan dalam aktiviti sekolah. Janji selamat semasa berada di sekolah. My babah lah yang terpaksa arrange masa untuk pick-up dorang kat sekolah sebab kalau ada "kelas tambahan", balik lambat skit. Sampai datuk sound, "tak habis-habis lagi menari?"

Last month dorang dah bertanding peringkat sekolah daerah melaka tengah. Dapat tempat ke-3. Semalam peringkat negeri le pulak. Saya "dipaksa" pergi tengok. Since saya pun tengah dalam mood "berkabus" kat office, apalagi, menari sama2 le kita ye.

For me, persembahan dorang sangat bagus (sbb ada anak sendiri ke?) berbanding dengan pemenang tempat ke3, tapi rezeki tak menyebelahi sekolah dorang. Nak wat camne kan!!! Janji enjoy !!!

Pose takle tutup mulut. Lipstick tebal dan berkilat. 
Sampai ibu sendiri pun tercari-cari anak sendiri.
 
 Lepas habis persembahan.
 Posing gedik. Ambai gambar sendiri tu pasal ku panggil gedik .. hehe

Bila suruh buka pagar rumah, cepat2 Nabilah bukak pagar then menyorok kat belakang motor. Malu konon sebab pakai skirt + make-up.




Wednesday, 16 May 2012

Tolong saya tambahkan berat badan

Terkejut baca tajuk N3 ???... muahahaha ... Statement gitu sesuai masa zaman saya anak dara je dulu :-)

Dulu masa tengah study, berat badan hanya 40kg jek. Makan le banyak mana pun, maintain 40kg. Naik jadik 42kg pun dah cukup happy. Naik 42kg tu pun sekejap jer. Kalau nak tunggu naik jadik 45kg, bagaikan MIMPI. Lepas dah balik M'sia, dah start kerja..... perhhhhh, bagaikan dipam-pam until now. Malaysia PANAS kot, tu pasal mengembang dengan cepat .. hehe

Entah apa le saya bebel ni ??? Ok, ok straight to the point.

Just nak mintak jasa baik bloggers sekalian. Nak mintak tips, petua / apa2 je la untuk naikkan berat badan. Bukan berat badan saya tapi berat badan baby dalam kandungan. Carik kat google, omongnya banyak di website Indon yg banyak omongnya ku sendiri tak paham.

Sebelum ni takde ler terpikir sangat pasal berat baby dalam kandungan, dan sepanjang mengandung 4 orang anak, setiap kali scan kami tak concern pun pasal berat baby. Yang pasti, anak2 kami semua lahir bawah 3 kg, saiz "secomel" ibunya ... auwww, ibunya zaman dulu la !!! 

Now semenjak kes baby nak "keluar" awal, makin risau dengan berat baby. Pada bulan ke-7, berat baby baru 1.4 kg. Nak kata ibu kurang makan, tak jugak sebab berat si ibu dah naik 8 kg ..... HOW COME kan???!!!! Now saya berusaha makan banyak. Lepas bersalin kalau tak turun jugak berat diriku, reramai ler tolong beri sponser untuk hamba ke slimworld, Marrie France etc ...

So you all, tolong beri tips ye untuk naikkan berat baby dalam kandungan saya ini.

SELAMAT HARI GURU


Anak2 uols sure kecoh nak beri hadiah kat cikgu2 kan? Gegirls kat rumah tu dah besar, so dorang settlekan sendiri hadiah untuk cikgu2 mereka, balut, tag etc.



Habis TOTE BAG yang saya pernah jahit, "diselongkar" oleh mereka (ada yang pernah ditayangkan di blog Perca Hami) untuk diberikan kepada cikgu-cikgu. Termasuk juga short sleeves T-Shirt yang tak pernah digunakan lagi. Barang2 kesayangan saya tapi saya pun tak tahu bila nak guna barang2 itu.

"Selamat Hari Guru" untuk guru-guru yang telah bersusah-payah mengajar saya. Jasamu dikenang. Juga khas untuk ibu saya (cikgu pencen) dan kakak saya (principal Q-Dees).

Monday, 14 May 2012

Saya admitted !!!

Dua hari berturut2 kena layan pelabur, maybe ni the reason keadaan saya yang kepenatan sampai admitted.

Rabu malam, contraction berlaku. Bukan macam biasa tapi kali ini seperti menyucuk-nyucuk di bahagian bawah, baby macam nak keluar. By 10.30pm, hubby tak balik lagi sampai le saya terlelap. Terjaga berkali-kali jugak di tengah malam tapi tak larat le nak gie klinik / hospital.

The next morning, ready to work tapi kat bahagian bawah still sakit. Nak jalan pun terpaksa "dikepit-kepit". Hajat nak pergi jugak kerja sebab Khamis ada lagi segrombolan pelabur nak datang. Tapi apakan daya, camne pun nak jugak pergi check. Hubby bawa pergi Hospital Melaka pagi itu. Di bahagian pendaftaran, after kata dah 30 weeks, terus disuruh naik wheelchair dan ditolak ke wad check bersalin. So jadiklah makcik ni bahan ujikaji. Contraction still ada tapi takde sakit menyucuk2. Diseluk, jalan pun dah buka around 1.5cm. Baby baru 1.4 kg, so doktor advise untuk tahan selagi boleh. Saya pun dah bagitau doktor awal2, saya takmo bersalin lagik.

Saya kena cucuk ubat untuk matangkan paru2 baby, just in case terberanak awal. Sakit wooooo...... 10 minit takle gerak sebab kesakitannya. Until today terasa-rasa lagi sakit kat bahagian punggung yang kena cucuk. Saya terpaksa di warded sebab dalam masa 12 jam kena cucuk lagi. Lagipun saya ni ada case terberanak tak cukup bulan waktu lahirkan TWINS. Twins keluar terawal sebulan lebih. Masa Imran pun pernah berlaku contraction begini sebulan awal. So memang WAJIB admitted.

Malam tu at 10:30pm kena cucuk lagi sekali. Kali ni sakit juga tapi boleh tahan. Masa nak cucuk kali ni nurse suruh tarik nafas panjang2, ni mungkin tips untuk tak rasa sakit after kena cucuk matangkan paru baby. Duduk kat hospital relaks jer. Berehat atas katil jer. Turun dari katil pun sebab nak pergi toilet yang hanya sebelah katil. Berehat sepanjang masa atas katil, sakit pun hilang. Alhamdulillah, the next day (Jumaat) dah boleh keluar.

Doktor beri saya MC selama seminggu tapi bila discharge, takde pulak surat MC. Dan oleh kerana itu, hari ini saya datang kerja. Dari kul 9am dah ada pelabur dari Jepun. Bawa pergi site visit & kul 3pm lebih baru balik. Nasib baik  ada "driver" tolong bawak kereta.

Soalan cepumas dari cik abe on the way saya ditolak ke bilik bersalin (sempat lagi tu), "Kenapa awak nak pergi Hospital Melaka?". Jawapan saya secara spontan, "Sebab saya takut Pantai paksa saya bersalin". Saya ada 2 bulan lebih lagi dari due date. Saya takmo terjadi seperti TWINS yang lahir sebulan awal.

Cik Abe tanya lagi, "oh, ingatkan sebab awak nak murah" ......... laser you!! Actually budget bersalin di Hospital Pantai dah termasuk dalam list.Cuma kalau kena admitted lama2, kena mintak sponser dari cik abe le.

Saya selalu berfikir sama ada nak bersalin di Hospital Melaka (hospital kerajaan) / Hospital Pantai (private) yang betul2 sebelah rumah saya. Now saya dah ada pilihan, insyaAllah saya akan bersalin di Hospital Melaka sebab dah ada record. Dah survey Hospital Melaka, not bad :-) 37 tahun yang lalu pun saya dilahirkan di Hospital Melaka.

Nota : Kena kurangkan berjalan dan kena kerja lemah-lembut .... hehe. Apa-apa pun, DAH DAPAT JERING REBUS.

Wednesday, 9 May 2012

WW - Selera ku .... nak ni jugak !!!

Dalam blog, dalam FB asyik gambar makanan jer.... terliur, terliur TAPI terliur bila tengok gambar jek. Bak kata orang, kalau takde orang nak MENGHANTAR, takde ler kita nak pergi MENCARI. Bestnya kalau ada depan mata :-) dan ready untuk NGAP !!!

PAVLOVA
PAVLOVA

Rainbow cake (Kek Pelangi)

Red Velvet cake

Walaupun ber COLOURFUL yang terhidang di skrin ini TETAPI yang ku idamkan hanyalah .....
Cer teka, cer teka ....
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Jering Rebus



Selera ibu mengandung paling tak MAHAL. Tak sabar nak tunggu hari Sabtu/ Ahad, nak dapatkan Jering Rebus ini di Pasar Besar Melaka. Rasa Jering Rebus yang marvellous !!! Try satu, NAK LAGI ...

Tuesday, 8 May 2012

Rindu pada mereka

Rasanya dah lama jugak tak celoteh pasal anak-anak kat blog ni.

This week minggu exam. Exam terlalu awal bagi saya coz selalunya the last week sebelum cuti sekolah. Macam biasa anak2 jadik mangsa leteran saya yg suruh belajar. Masing2 ada perangai masing2 yang buatkan bebelan ku tiada penghujung.

Maisarah Darjah 5. Puteri sulung ni memang kaki membaca tapi bukan baca buku sekolah tapi membaca novel, majalah dan komik. Everymonth dia akan kecek nak beli novel. Kalau dah dapat novel, tak buat kerja lain. Ni nak exam, takde novel2 tapi dalam diam, lepas mandi, bertuala lagik, sempat menyelak komik. Sekarang pulak ibu suka belek Majalah Anjung Seri yang lama-lama, dia pun join sama. Anjung Seri pun layan. Selalu kena perli dengan si ibu, baca novel tapi bila le markah BM nak cemerlang?

Si kembar Nabihah & Nabilah, Darjah 3. Dah namanya kembar, banyak idea. Suruh buka computer untuk buat Score A tapi Score A nya skit, FB nya banyak. Kat FB dorang suka main game dan juga create Group. Dan di Group dorang create tu dimasukkan nama mak bapak, mak2 sedara, pak2 sedara, sepupu sepapat dan sedara-mara. Suka hati dorang jek sampaikan Alang Boy tegur coz BlackBerry Alang Boy asyik berbunyi masa meeting. Notification dari FB. Si ibu sangat marah tapi si ayah boleh LIKE status dorang .... camne tu? Lepas ni no FB !!! Ayah cakap ibu ni cepat jer cair, lepas ni mesti boleh FB lagik.

Si boboy Imran makin notty dan banyak mulut. Bila ayah balik, dia akan jerit, "Ayah balik eh, ayah balik eh ... Selamat pulang bang (ni yg rasa cute je dengar)"... macam dalam iklan kat radio tu. Dia happy nak dapat adik baru dan semakin manja. Suka dengar Imran cerita pasal sekolah. Baru 5 bulan sekolah tadika di Sekolah Rendah Islam Pintar tapi dah macam2 pelajaran agama dia belajar. Setiap kali solat maghrib berjemaah, dia jadik bilal, tukang iqamat. Kalau suruh sembahyang sendiri pun dah boleh dengan confidentnya walaupun sembahyang maghrib 3 rakaat tapi dibantainya 4 rakaat dan kekadang lebih dari itu. Dan banyak jugak doa2 yang Imran tahu. Dan kalau nak check doa apa yang dibaca, dia tanya kat ayah sebab ibu pun tak hafal doa2 itu ... malu juga bila anak gelakkan sebab ibu terpinga2 bila si anak baca doa lepas wuduk. Selalu beritahu Imran, ibu nak dengar suara Imran azan di masjid :-)

Rindu kat mereka2 ini. Dah besar, dah susah nak gomol-gomol. Imran masih boleh gomol-gomol lagi. Yang lain, kita pulak jadik "lemas" digomolnya.



Monday, 7 May 2012

Kenduri kawen spesel

Hujung minggu aku quite bz with kenduri kawen. Kenduri kawen ini spesel skit sebab perkahwinan antara sedara dan sedara. Kedua-dua mempelai adalah anak kepada sepupu-sepupu aku. Datuk dan datuk mereka adalah adik-beradik. Dah dinamakan jodoh, walau dilarang camne pun tetap bersatu jugak.

Lawak jugak perkenalan mereka. Antara bicara mereka semasa perkenalan,

Perempuan : "Datuk saya tinggal kat Bukit Beruang"
Lelaki : "Datuk saya pun tinggal kat Bukit Beruang"
Perempuan : "Datuk saya nama xxxx"
Lelaki : "Eh, bukan datuk kita adik-beradik ke?"

Gitu ler kalau tak kenal sedara-mara. Padahal dok kat kampung je tu .....hehe. Setiap raya akan berjumpa.

2 hari majlis rumah pengantin lelaki dan perempuan, aku pulak nak jadi tetamu pun boleh, nak jadi "orang sebelah" pun boleh. Berarak dengan pengantin tapi lari dari group sebab pergi makan dulu. Nak tunggu merenjis2 tu lama.... :-)

Dan 2 hari ini aku kenyang sampai ada masa kena baring sebab kalau duduk, perut sesak!!! 

Thursday, 3 May 2012

Malam dinner penuh glamour

Dah puas tengok gambar saya di malam dinner. Kalau tak puas, sila pergi N3 sebelum ni. Kang menyesal tak tengok ... hehe

Tema kami2 (staff) adalah hitam & merah. Cantik, glamour and nampak exclusive. Staf-staf lain lagi GLAM. Jom tengok.

Wednesday, 2 May 2012

Fesyen ibu mengandung (mak yong) pergi dinner

Saya hanya ada 20 minutes sahaja untuk mandi & bersiap pada malam tu (27/4/2012). Macam biasa, tepek bedak dan lipstick sahaja.


Saya berehat seorang diri di bilik ini. Bilik ini bersebelahan dengan Grand Ballroom. Bersandar di sofa sambil makan kacang. Kemudian artis2 datang. Kacau daun betul. Apalagi, POSING !!!!




Malas nak bergambar sebab keletihan. Maybe ini sahaja gambar2 yang ada muka saya ... hehe.