Monday, 14 May 2012

Saya admitted !!!

Dua hari berturut2 kena layan pelabur, maybe ni the reason keadaan saya yang kepenatan sampai admitted.

Rabu malam, contraction berlaku. Bukan macam biasa tapi kali ini seperti menyucuk-nyucuk di bahagian bawah, baby macam nak keluar. By 10.30pm, hubby tak balik lagi sampai le saya terlelap. Terjaga berkali-kali jugak di tengah malam tapi tak larat le nak gie klinik / hospital.

The next morning, ready to work tapi kat bahagian bawah still sakit. Nak jalan pun terpaksa "dikepit-kepit". Hajat nak pergi jugak kerja sebab Khamis ada lagi segrombolan pelabur nak datang. Tapi apakan daya, camne pun nak jugak pergi check. Hubby bawa pergi Hospital Melaka pagi itu. Di bahagian pendaftaran, after kata dah 30 weeks, terus disuruh naik wheelchair dan ditolak ke wad check bersalin. So jadiklah makcik ni bahan ujikaji. Contraction still ada tapi takde sakit menyucuk2. Diseluk, jalan pun dah buka around 1.5cm. Baby baru 1.4 kg, so doktor advise untuk tahan selagi boleh. Saya pun dah bagitau doktor awal2, saya takmo bersalin lagik.

Saya kena cucuk ubat untuk matangkan paru2 baby, just in case terberanak awal. Sakit wooooo...... 10 minit takle gerak sebab kesakitannya. Until today terasa-rasa lagi sakit kat bahagian punggung yang kena cucuk. Saya terpaksa di warded sebab dalam masa 12 jam kena cucuk lagi. Lagipun saya ni ada case terberanak tak cukup bulan waktu lahirkan TWINS. Twins keluar terawal sebulan lebih. Masa Imran pun pernah berlaku contraction begini sebulan awal. So memang WAJIB admitted.

Malam tu at 10:30pm kena cucuk lagi sekali. Kali ni sakit juga tapi boleh tahan. Masa nak cucuk kali ni nurse suruh tarik nafas panjang2, ni mungkin tips untuk tak rasa sakit after kena cucuk matangkan paru baby. Duduk kat hospital relaks jer. Berehat atas katil jer. Turun dari katil pun sebab nak pergi toilet yang hanya sebelah katil. Berehat sepanjang masa atas katil, sakit pun hilang. Alhamdulillah, the next day (Jumaat) dah boleh keluar.

Doktor beri saya MC selama seminggu tapi bila discharge, takde pulak surat MC. Dan oleh kerana itu, hari ini saya datang kerja. Dari kul 9am dah ada pelabur dari Jepun. Bawa pergi site visit & kul 3pm lebih baru balik. Nasib baik  ada "driver" tolong bawak kereta.

Soalan cepumas dari cik abe on the way saya ditolak ke bilik bersalin (sempat lagi tu), "Kenapa awak nak pergi Hospital Melaka?". Jawapan saya secara spontan, "Sebab saya takut Pantai paksa saya bersalin". Saya ada 2 bulan lebih lagi dari due date. Saya takmo terjadi seperti TWINS yang lahir sebulan awal.

Cik Abe tanya lagi, "oh, ingatkan sebab awak nak murah" ......... laser you!! Actually budget bersalin di Hospital Pantai dah termasuk dalam list.Cuma kalau kena admitted lama2, kena mintak sponser dari cik abe le.

Saya selalu berfikir sama ada nak bersalin di Hospital Melaka (hospital kerajaan) / Hospital Pantai (private) yang betul2 sebelah rumah saya. Now saya dah ada pilihan, insyaAllah saya akan bersalin di Hospital Melaka sebab dah ada record. Dah survey Hospital Melaka, not bad :-) 37 tahun yang lalu pun saya dilahirkan di Hospital Melaka.

Nota : Kena kurangkan berjalan dan kena kerja lemah-lembut .... hehe. Apa-apa pun, DAH DAPAT JERING REBUS.

13 comments:

Kakzakie Purvit said...

Selalu kena pergi site tu yg terlebih aktif baby pun ikut aktif.. jalan pelan-pelan Hami tak boleh macam baru 3-4 bulan preggy...

Teratak Hami said...

Kak Zakie,
Terima kasih atas nasihat. Selalunya saya meeting dgn pelabur di office sahaja. Pergi site ada pegawai lain yang bawa. Today jer saya kena jadik bidan terjun pergi site sebab orang lain ada hal.

Fazleyatul Aini said...

hospital melaka pon ok. dari yg saya dengar2, melalui kawan/saudara yg melahirkan kat hosp melaka, komennya bagus. tapi ikut masing2, budget lebih dan nak kan keselesaan berganda, pergi je swasta. yg penting, melahirkan dengan selamat. hehe ceah gaya ckp macam ada pengalaman. hahaha

Teratak Hami said...

Lya Colours,
Janji selamat bersalin. Hospital Melaka dulu menakutkan sebab dekat dengan rumah mayat ... seram you. Now kat bangunan baru.

Unknown said...

seramnye tgk kes akak ni..
camne lah My ni nak lalui 9 bulan mi.
Almaklumlah pengalaman pertama... T___T

skrg loya2 dan muntah2 masih belum hilang. nak keje pun takde semangat.. T___T

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

cian akak get well soon sakit kena cucuk tue na...uwaaa sgt letih biler keja khen...minum susu byk2 yer akak...hugs!!!

Nadiah Sidek said...

berdebar baca cerita akak ni. harap baby belum keluar sampai dah cukup bulan nanti. sabar ye baby! :)

kasihredha said...

semoga segala2nya ok.
yang penting jering rebus dah dapat...akak le pulak mengidam jering rebus.

yatie chomeyl said...

take care kak...jgn lasak2 sgt, babab kang ehehe

maya amir said...

kene extra careful ye..boss tak boleh arrange org lain pergi site bawak pelabur ye..take care!

ashra said...

Take care ye kak..
Mudahan baby dan akak selamat dansihat nak menempuh perjalanan lagi dua bulan...

Insyaallah....


Err..suka ayat laser tu..ehehehe

Izan Ishak said...

akak... izan pulak yg berdebar2 ni. harap2 baby keluar bila sampai masanya nnti ye. sian kat mama...

jaga diri ye kak... jgn buat keje berat2 sgt...

Asmara said...

Anak no 2 salin kat hb mlk. Duduk first Class layanan pun ok la kot. Tp xde la best sgt cuma privasi sikit je duk sorang. Tp nurse yg jaga saya msa tu semua baik2 belaka. Trkilan lupa sgt nak bg bunga kat ward bersalin tu. X ingt ward 2 ke apa. Hehe..