Monday, 21 May 2012

Penyebab contraction bagi ibu mengandung

Tadi pergi check-up di klinik kesihatan. Dah minggu ke-31, day-4 ...alhamdulillah, semua normal. HB darah pun dah tinggi, no more pen merah.

Saya cerita pada doktor tentang contraction yg menyerang diriku sampai kena warded. Antara penyebabnya adalah air kencing kotor / infection pada "dot". So nak elakkan infection pada "dot", kenalah jaga kebersihan ye.... alahai, terasa macam diri sendiri tak jaga kebersihan le pulak... hehe. Ni antara kemungkinan la ye :-)

So what to do :-)
  1. Selepas buang air tu, bersihkan "dot" sebersih-bersihnya. Masa pregnant mmg asyik terkucil je wlpn hanya batuk skit. Lepas dah basuh, lap kering2. Pakailah antibacterial etc.
  2. Mengandung ni asyik berpeluh jek termasuklah kat bahagian "dot". Jadi kena make sure dibersihkan selalu.
  3. Yang pakai pantiliner, pastikan sentiasa berganti. Semasa nak bersolat, of course before solat akan digantikan pantiliner itu.
  4. Bersihkan "rambut" di bawah tu. Kalau perut dah membesar, "rambut" pun tak nampak kan. Make sure la trim, bersihkan etc. Jangan kasi "malu" masa beranak ... hehe.
  5. Segera cuci "dot" selepas "bersama" dengan suami. 
  6. Dan kalau air kencing kotor, pastikan banyak minum air.

Sebelum ni juga saya ada tanya blogger cara nak naikkan berat badan baby dalam kandungan. Doktor nasihatkan minum banyak susu dan protein. Sebelum ni saya jarang minum susu, ikut kemalasan nak membuatnya. Start beberapa minggu lepas, every day saya merajinkan diri buat susu kat office ni. Kesannya juga buatkan HB darah saya meningkat. (^0^)


10 comments:

Chekgu Azrine said...

sis..rin baru 18 minggu kalau batuk dah terkucil dah..huhu..dulu tak gitu pung..mmg sentiasa kena pakai panty liner..

Unknown said...

tak tahu kenapa baca entri akak ni buat saya tersenyum sorang2 ..huhu

Hanis MY said...

alhamdulillah mesti berat baby dah naik... terima kasih atas perkongsian ni sis...

Teratak Hami said...

yus, yus ... tang mana tersenyum sorang2 tu. Mesti imagine lebih2.. hehe.

NzA said...

syukur la dh jumpa alternatif...moga TH dan baby sentiasa sihat......

nazayiena said...

Nak kena minum byk air yea bg cuci air kencing kotor,tp klu dah minum byk selalu plk nak pegi kencing ulang alik gi toilet dgn perut memboyot.

Izan Ishak said...

akak... izan pun lately malas betul nak bancuh susu. makan vitamin pun ada skip2. sbb tulah hb masih pen merah lagi.

ashra said...

Moga akak dan baby sihat k.take care tau...

working mom... said...

semoga akak selamat melahirkan...hembus kuat2 skit kat saya kak.. :)

IxoR@ said...

HB sy bole turun naik... tapi maintain 11-12 bacaannya....