Start mendaki. Boleh jalan relaks dengan Imran sambil melayan celoteh dia. Imran sentiasa cakap "Imran jaga ibu tau" tapi bila ada "bunyi-bunyi hutan", dia kata "Imran takut".
1/4 daripada pendakian berakhir. Cerun.... beza sungguh dengan jalan di gambar atas tu. Terasa macam nak ter"keluar" jantung. Dah le pakai selipar. Dah tak boleh layan celoteh Imran sebab semput wei!!! Kami stop di sini sebelum ke jambatan gantung.
Most attractive thing kat sini, Jambatan Gantung. The kids suka sungguh. Gayat!!!! Imagine jambatan tu dibuat dari tangga-tangga besi yang disambung dan diletakkan papan. Idea yang canggih but mengerikan. At one stop, Imran tanya apa ni ? Sambil menggaru leher. Pacat hinggap di leher Imran tapi tak sempat hisap darah lagi.


This boy memang "angin" OK. Dia tak ingat susu, tak minta dukung and tak ingat nak melalak. Dia enjoyed masuk hutan. Yelah selama ini asyik bercerita pasal hutan sahaja. Tapi setiap kali jumpa air, mesti nak stop.

Kepenatan!!! Ni dah 3/4 perjalanan and terjumpa air terjun. Tengok tu Nabilah, dia berbaring dalam air.

Akar melingkau atas bukit....Akar Tongkat Ali ke??Ini antara kecerunan yang dapat dilihat. Ada banyak route yang boleh diikut. Kami ikut route yang merentas sungai.

WE DID IT !!!.... akhirnya sampai ke penghujung pendakian. Pendakian selama 2~3 jam. Rasanya banyak lemak dah terbakar. Kat gerai bawah, kami beli burger untuk membina semula lemak ... hehe. Tetiba rasa lapar sangat.

Team yang lain balik dulu, kami melepak lagi di sini sebab anak-anak nak berendam dalam air. Ramai orang bawa anak-anak di sini. Kami balik rumah sejam kemudian. Penat tapi enjoy.





















.jpg)






















