Wednesday, 17 February 2010

Kalumpang Resort

Cuti CNY kami & family Abg Kamal pergi ke Kalumpang Resort. Kami stay 2 malam di sana. Sabtu--> Isnin. Suasana kampung, BEST!!! Persekitaran bersih, ada banyak chalet, surau, mini zoo etc.
Gambar family masa dah nak balik
Camping style moden, bawa khemah tapi akhirnya semua orang tidur dalam chalet yang disediakan. Setiap chalet ada 4 katil double-decker, memang terlebih-lebih katil. Chalet kami dekat dengan sungai so sampai sahaja the kids dah conquer sungai.
Tak tahan air sungai yang sejuk, they all pergi ke swimming pool. Swimming pool for kids (sesuai jgk utk org dewasa) memang menarik sebab ada slide yang terus jatuh ke dalam air. Nampak pusat yg tak tahan tu!!!
These 2 cutest "berceloteh" Non-stop ?? di tepi pool.
Bar-B-Q wajib ada. Malam "panggang" ayam dan kambing.
Makanan memang banyak tapi semua SIMPLE. Makan ala kadar (namanya pun CAMPING), nasi + sardin, telur goreng, maggie, roti tapi NO HAL punya. Masing-masing enjoy especially the kids.
After dinner, aktiviti biasa, Night Walking. Bapaks layan the kids. Aku awal-awal dah tidur. Tak tahu apa yang penat sangat?? Tidur dalam suasana yang nyaman. Terasa sejuk walaupun dah tutup aircond and kipas. Ada pulak ayam berkokok yang kejutkan kami waktu subuh. Hari Ahad, memang ramai keluarga datang berkelah di sini. Jalan keluar dan masuk jam. Ini kerana ramai yang parking di kiri kanan jalan masuk. Hari Isnin pun sama, kami terpaksa tunggu lebih dari 30 minit untuk keluar ke jalan besar.

1 comment:

MisY said...

fizah,

tiap kali sy gi kalumpang, rasa mcm x nak balik... syok lepak kat situ...