Saturday, 27 September 2008

Last day kerja before Raya

Lain benar suasana nak raya di sini. Berbeza sungguh dengan Toshiba. Tapi aku harus terima hakikat dan berada di bumi yang nyata. Hidup ini tidak semestinya penuh dengan keseronokan. Sayu hati ini bila drive balik ke rumah tadi. Entah apa yang sayu sangat pun aku tak tahu. Bukan tak dapat balik raya. Dapat cuti seminggu, dapat ambil advance annual leave lagi. Mood raya macam takde.

Hari Khamis sehari suntuk sibuk di production line, buat evaluation. Tu pun tak siap lagi. Balik rumah rasa macam nak menangis bila pikirkan esoknya kena sambung buat evaluation. Sumpah seranah dalam hati ini, they all tak fikir ke yang aku nak beraya, mood kerja pun dah takde. Tapi macam mana pun, kerja tetap kena buat.

Today (Jumaat), pagi lagi dah pergi production line, sambung kerja semalam. Memang nak habis kerja cepat, nak balik cepat etc ... Kalau duduk lama di office, macam-macam request akan datang. Alhamdulillah around pukul 2pm kerja dah siap. Offline IM takut orang kacau .... hehehe. Pukul 4pm ~ pergi shopping di cafeteria. Setiap bulan dapat subsidi RM 25 duit makan. Ada balance RM 10, kalau tak dihabiskan until end of the month, kira burnlah duit tu. Payah juga nak habiskan RM 10. Beli2 makanan, still ada balance. So dengan RM 10 tu dapatlah 2 jenis lauk, 14 ketul kuih & 4 ketul bun ... Alhamdulillah, kenyang makan waktu berbuka tadi.

Story Anak lagi ...

Tadi Teacher Emy called nak cerita pasal twins. Biasalah ... mostly everyday ada cerita, gossip! Teacher Emy said on the way balik, the kids sibuk cerita pasal baju raya.

Nabilah bercerita baju kakak dia warna "Dark bulu "(<- ni bukan salah eja tau!).

Ada yang tolong betulkan. Nabihah menyampuk .... " Bulu tu macam bulu ketiak".

Then ada pulak yang menyampuk lagi, Nadia said "Tak boleh cakap bulu ketiak. Orang besar sahaja boleh cakap".

Tergelak bila imagine muka budak2 ni bila bercerita.

Friday, 19 September 2008

Kasut "bertanduk" vs Hannah Montana & Camp Rock

Pernah dengar kasut "bertanduk"? Ini bukan magic atau cerita seram.

Masa cuti Nuzul Quran pergi mencuci mata dengan anak-anak di Sek 18 Shah Alam. Ayah kerja on that day. So bawa 3 orang anak dara sahaja, Imran tinggal di rumah. Pergi beli skirt & baju "duduk rumah" utk. anak-anak di Gedung Hari Hari. Memang murah tapi tak kisah la setakat nak pakai di rumah sahaja. Dan tak kisah juga nak pakai di Hari Raya, jimat duit ibu!

Masuk kedai kasut. Anak-anak dara sibuk pilih kasut. Nabilah sampai panjang muncung sebab nak beli kasut ada tanduk. Puas memikir, apalah kasut bertanduk. Rupanya kasut yang ada tumit. Jangan tak percaya, twin beli kasut tumit tinggi. I memang dah tak boleh masuk campur, pilih ikut taste they all. Tu pun dah banyak kena reject sampaikan risau they all akan berguling-guling kat kedai tu. Saiz besar sikit tapi no hal punya janji they all boleh menyanyi & menari macam Hannah Montana & Camp Rock. Now they all tengah "gila" dengan Hannah Montana, Camp Rock "This is ME", sampaikan Jonas Brothers pun they all dah kenal.

Pagi tadi suruh ibu carikan and download dalam laptop lagu HM & Camp Rock. Ibu baru download lagu taubat "Andai Ku Tahu", lain konsep pulak! Tapi macam mana "gila" pun, setiap hari pergi juga mengaji .... bekalan untuk akhirat. Twin bila mengaji suara kuat + ada confident. Tapi at the end dengar ustazah cakap "esok ulang lagi ye". Tu yang buat they all tersenyum malu jumpa ibu yang setia tunggu kat luar.

Jejak Kasih

Jejak kasih Pagi tadi dapat sms, ada customer nak order perfume. Layan macam biasa. I explained dari segi penghantaran, bila sampai etc. Then customer tu inform yang dia kenal I coz sekampung dengan my member kamceng dulu. Siapa ye??? Lambat pulak dia reply, so I called the number. Suara pun dah kenal.... Shazila @ Ileque. Lama sungguh tak jumpa & cakap dengan makcik sorang ni. Almaklumlah masing-masing sibuk dengan kerjaya & family. Kenal Ileque since di STF then kamceng masa di UM, 5th College. Sama-sama kena regging dengan seniors sebab ada cop mohor "budak STF". Then kami pergi ke Jepun, universiti lain2. Last jumpa dia masa wedding dia kot? Now dia kata dia dah gemuk. So excited nak tengok wajah barunya sebab dulu dia kurus.
Nie geng-geng kamceng masa di UM & Jepun. Gambar insyaAllah akan diupload.
Umie – now ada di Jepun. Buat master tapi not sure dah habis ke belum. Baru melahirkan 2nd baby on 14/9/2008. Baby girl. Umie-chan, omedetou! Selamatlah mengganti puasa nanti.
Hana – ada kat Jepun juga. Tak habis-habis belajar. Now tengah buat PHD. Dengar cerita habis satu kampong dia angkut untuk menemankan anak-anaknya. Biasalah buat PHD, sure banyak masa habis di campus. Lepas ni kena panggil Dr Sukreen Hana. Husband dia same batch with my husband. Ileque – kerja kat Johor after grad dari Jepun. Husband dia dulu satu college dengan we all. Kekal jodoh they all sampai dah ada 3 orang anak.

Wednesday, 17 September 2008

Andai Ku Tahu - Ungu

Lagu ini dah lama berkumandang di radio tapi tak pernah ambil "pot". Seorang ustaz menyanyikan lagu ini semasa ceramahnya (sedap pulak suara ustaz tu), ada makna. Layan!!!


Lirik lagu taubat
Penyanyi:Ungu
Lagu:Andai Ku Tahu

Andai ku tahu kapan tiba ajalku
ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umur ku
andai ku tahu kapan tiba masaku
ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku

aku takut akan semua dosa dosa ku
 aku takut dosa yg terus membayangi ku

andai ku tahu malaikat mu kan menjemput ku
izinkan aku mengucap kata taubat pada mu
aku takut akan semua dosa dosaku
aku takut dosa yg terus membayangi ku
ampuni aku dari segala dosa dosa ku
ampuni aku menangis ku bertaubat pada mu

aku manusia yang takut neraka
namun aku juga tak pantas di syurga

andai ku tahu kapan tiba ajalku
izinkan aku mengucap kata taubat pada mu
aku takut akan semua dosa dosaku
aku takut dosa yg terus membayangiku
ampuni aku dari segala dosa dosaku
ampuni aku menangis ku bertaubat pada mu

Happy Birthday Maisarah

Dah lama tak update blog. Today Maisarah's birthday (17 September 2008 ) yang ke 7. Dari awal bulan dia asyik mengira hari sahaja. Maisarah plan nak suruh ibu buat birthday party untuk dia tapi sebab bulan puasa and kebetulan hari ini public holiday for Nuzul Quran, so maybe esok bawa goodies bag for friends sahaja. Dah setengah bulan umat islam berpuasa. As for Maisarah, so far dia dah ponteng 3 hari. Not bad compare dengan last year yang hanya puasa beberapa hari sahaja. Bangun sahur pun dia takde masalah. Kejut 2-3 kali sahaja dah celik mata. So selalunya bila ibu balik kerja, dia akan melepek depan TV. Adik-adik yang tak puasa enjoy main dengan friends di luar. Ayah busy dengan kerja so memang jarang kami dapat berbuka bersama kecuali hujung minggu. Ayah selalu balik lewat, waktu bersahur sahaja masa untuk berborak. Selalunya Maisarahlah yang banyak bercerita di waktu pagi.

Saturday, 6 September 2008

Taman oh taman

Teringin nak buat halaman rumah macam hutan. Yelah dulu SU dikelilingi hutan belantara, tempat jin bertendang, sekarang dah banyak rumah, kehijauan pun hilang. Untuk rumah sendiri, boleh upah orang, memang senang tapi kos tinggi. Lagipun tak de kepuasan. Jadi I buat sendiri, tanam anak2 pokok. Now banyak masa terluang untuk berkebun. Jom jengah pokok-pokok yang jadi bahan eksperiment ....

Pokok mangga yang Glomac tanam depan rumah. Sedap kalau buat jeruk.
Ada pulak 2 orang yang dok asyik memanjat pokok
Ni koleksi pokok orkid yang tak pernah berbunga. Pokok2 lain ditanam dari saiz kecil. Bertahun nak tunggu jadi besar. Kalau rumput cepat pulak panjang.
Anak pokok cili, papaya & pokok bunga melur. Papaya tu my kids semai. Banyak pulak anak pokoknya. Nak buang terasa sayang. So I just alihkan ke pasu besar & sepokok I tanam di luar kawasan rumah. Entah hidup ke tidak???
Pokok yang "disayangi". Masa beli pokok ni besar sejengkal sahaja. Sekarang dah besar. Maybe kalau tanam di tanah / pasu besar, lagi besar tumbuhnya.
Pokok bunga melur ini baru beli hari sabtu lepas. Rm 5 sepokok. Hopefully tak beli tersalah pokok. Bunganya harum. Dulu arwah nenek suka cucuk bunga melur kat sanggul.

Wednesday, 3 September 2008

Selamat Menyambut Ramadhan

Selamat Menyambut Ramadan kepada seluruh umat Islam. Puasa hari pertama begitu tragis bagi saya & hubby. Kami terpaksa berbuka di dalam kereta di Petronas R&R Seremban. Kami dalam perjalanan dari Mersing ke Saujana Utama. Bertolak dari mersing around 1pm. Budget mungkin sampai dalam pukul 6pm. Tak boleh bawa laju coz Mr Suzuki follow kami. Ikut jalan Muadzam - Kuala Pilah. Mengikut kata suami, dah tak boleh bawa laju better ikut jalan biasa. Tol pun kurang. Pada mulanya jalan agak lengang. Seronoklah juga. Tapi bila lepas Kuala Pilah menuju ke Ulu Bendul, jalan mula jam. Kami stuck di situ hampir 1 jam. Ada kemalangan. Banyaknya dugaan, anak merengek dalam kereta, hujan lebat etc ... memang betul-betul menguji kesabaran.