Met Ziah and Syde. Both kerja kat Toyota. Dah lama tak jumpa walhal kerja kat Shah Alam je ... so we all outing together kat SACC, The Teapot Deli. Very nice place to chat and makan.
Aja, Maziah, Rasidah
"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."
Aja, Maziah, Rasidah
Nabihah hisap jari sambil gentel bantal busuk. Sampai koyak and berbulu bucu sarung bantal tu tapi katanya "lagi berbulu, lagi best"
Dulu masa anak pertama (Maisarah) still boleh monitor kalau dia masukkan jari dalam mulut. Tarik jari dia keluar. Bila dapat twins, try juga tapi sebab dah 2 orang, kadang-kadang terlepas pandang. Ibu aku suruh letak JADAM (benda pahit) kat jari tu. Ibu aku kata, JADAM biasanya India yang jual. Aku dah tanya satu kedai India ni, diaorang pun tak tahu. Last-last jadi macam ni la.
Ada orang advise, beri puting sahaja kalau baby menangis atau masukkan jari dalam mulut. Masa tu pikir takut besar nanti gigi tak cantik, bibir terjongket, air liur meleleh etc ... Macam-macam pikir.
Bila dapat Imran, dia ni pulak memang selalu meragam even dah beri susu. Lagi satu hobby dia masa baby, suka masuk jari dalam mulutlah. Then masa aku nak start kerja after habis pantang, problem besar bila dia tak boleh terima puting susu botol and susu formula. Apa lagi, sumbat puting (yang ni boleh pulak dia terima). Aku terpikat juga tengok puting yg cute-mute, tu sebab aku relakan anak ke-4 ni disumbatkan puting. Alhamdulillah, after 1 tahun lebih, dia tak hisap puting and tak hisap jari.