"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."
Friday, 15 May 2009
Khamis (14/5/2009) - Mengantuknya mata
Aduh dah tak boleh nak tongkat lagi mata ni. Baru pukul 10:50am. Masa break 9:30am tadi dah pulun makan lontong + kuah kacang, bertambahlah "syahdu" mata ni. Aku bangun pukul 3:00am pagi ni. Macam biasa, solat and balut minyak wangi. Then tak pulak sambung tidur. Banyak benda nak kena prepare, barang-barang anak etc.
Dah berhari-hari aku try connect kat company server dan pagi ni akhirnya berjaya jugak. Ni memang style US company, work from home. Dulu aku suka bila diberitahu yang ada masa-masa tertentu kita tak perlu datang office, Online dari rumah je. Tapi bila pikir-pikir balik, nak 1/2 day pun tak syok, kalau cuti/ MC, lagi la ... Ada member akan balik from training kat US, kena kuarantin seminggu, tak boleh datang kerja tapi bos awal2 dah pesan, sentiasa online ... khahahaha .... gelakkan dia!!!
Today my twins nak pergi Zoo Negara. Seminggu bercerita tak habis. Malam tadi pun dah bergaduh, si adik (Nabilah) cabut sticker nama si kakak (Nabihah) dari cap. Nabihah takmo duduk dengan Nabilah dalam bas. Reason sebab tak boleh duduk tepi. Dia prefer duduk dengan boys 2 orang. But aku dah pesan, jaga adik. Lagi satu aku pesan kat they all, Jangan buat bising kat tiger, lion and elephant. Aku bekalkan rm2 seorang (buat syarat) and air sebotol. They all prefer share sebotol air. Nabihah as a sister pegang duit and dia suruh Nabilah bawa botol air.
Bersambung,,,,
Sampai ke petang bersambung. Nak dijadikan cerita, tengah sedap menulis blog, dalam 11:20am Maisarah call kata beg sekolah kebangsaan takde .... arghhh!!! Patut le pagi tadi rasa macam "lengang" je tangan aku masa angkut barang anak2 to rumah babysitter. Nak cakap apa, terpaksa le aku balik ke rumah. PJ --> Sg Buloh, jauh jugak tu. Panjang la muncung ku ini and penat berleterkan Maisarah. Dia happy sesangat sebab ibu hantar ke sekolah.
Labels:
Ibu's Work
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment