Wednesday, 30 July 2008

Nabilah & Bicycle

Now (28/7/2009) Nabihah is an expert in cycling bicycle with 2 tyres. She spent 2 days to be the expert. She borrowed / used Maisarah's bicycle to practise even sometime Maisarah will be shouting at her. Since last Sunday, Nabihah asked me to hold the bicycle for her. After she could balance herself, we practised outside the house as it is small spatious. Then on Monday, I taught Nabihah how to start cycling without my help. So atlast, she did it. I promised to repair her bicycle & take away the 3rd & 4th tires from her bicycle. Next will be Nabilah, her twin's.

Sunday, 27 July 2008

Tokyo Disneyland - Life in Japan Part 2

22/4/1995
Kami beruntung sebab baru datang Jepun, sempai (seniors) dah bawa pergi ke Tokyo Disneyland. Kawan2 yang area Tokyo pun tak sampai lagi masa tu.

Lin, Kak Ijan, Kak Hern, me
Muka innocent & kami masih slim ...

Basikal Muda Ku

Basikal ini beli after dapat untung jual minyak wangi ... hehehe. Kononnya nak nampak something yang boleh buat kenangan. Berguna juga basikal ni. Semenjak minyak naik, pergi kedai naik basikal sahaja. Naik motor memang seriau. Tapi memang I suka naik basikal. Dah biasa hidup di Jepun dengan basikal. Bakul belakang khas untuk Imran. Petang bawa Imran jalan2 & my 3 daughters akan follow di belakang with their own bicycles. Masa mula naik basikal dengan anak-anak, ada makcik tegur .... "Fizah, macam anak dara, macam adik dengan kakak" ... tak tahu la perli ke apa, tapi 2-3 orang dah tegur, aku mula lah perasan ... hehehe.
Nak tambah bakul di hadapan. Senang nak letak barang. Tunggu RM mengizinkan.

Maisarah vs Dr Gigi

On 26/7/2008 (Saturday) ada sekolah ganti for hari raya. Maisarah told me that she have fever & sakit kepala. Alasan taknak pergi sekolah la tu! Nasib baik Maisarah sekolah petang, so I suruh dia mandi. After that dia dah ceria & watching TV tanpa "berkelip mata".

Maybe after dah boring tengok TV, she told ayah to bring her to dentist. Gigi depan Maisarah dah bergoyang & sikit lagi dah boleh tercabut. Then I said no need because cost RM 20 untuk cabut gigi yang memang tunggu masa boleh tercabut sendiri. Bab camni memang pandai berjimat .... hehehe. I ambil ais (function mcm ubat bius) & letak di gusi Maisarah then suruh dia try cabut sendiri. Sungguh-sungguh dia pusing gigi tapi tak tercabut juga.



I ambil Maisarah after school. Dari jauh dah nampak dia sengih semacam - tak nampak gigi. Then she told me, "Kakak dah cabut gigi masa perhimpunan. Kakak lap guna tuala kawan kakak." Ya Allah .... anak siapa la punya tuala agaknya. Maisarah simpan gigi yang dah tercabut & sometimes she shows me untuk buat I geli, loya etc ...

Friday, 25 July 2008

Life in Japan - Part 1

I further my study in Japan in March 1995. Masa ini nak ke musim bunga tapi cuaca masih sejuk. Bila bercakap berasap-asap mulut, jakunnya waktu tu. We all stay di Toko Hotel for orientation with the embassy about 2 days? Sepanjang di Jepun, sekali ini sahaja my experience tinggal di hotel. After orientation, kami dihantar ke university masing-masing. I dengan Lin dapat study di Utsunomiya University. About 100km north Tokyo. Naik shinkansen (keretapi laju tu!). Lebih kurang 45 min to my place. If keretapi biasa take about 1 1/2 hours. Shinkansen ni memang punctual. Dan sepanjang di Jepun, sekali ni juga I naik shinkansen. Di utsunomiya, to campus / shopping etc naik basikal sahaja.


Di hadapan Utsunomiya station with Lin.

Seniors jemput kami di station. They all excited nak dapat juniors perempuan coz before this dah bertahun-tahun hanya Kak Ijan seorang sahaja. Kak Hern study at Yokohama tapi every week dia datang melepak di Utsunomiya. That time student Malaysia at Utsunomiya hanya Abang Nami, Abang Mosaic (my hubby), Abang Fairul, Kak Ijan (4th year), Ali (2nd year).

With our seniors : Kak Ijan, Abg Nami & Kak Hern
 
 
1st year kami tinggal di International House (In Japanese "kaikan"). Sewa murah JPY4000 ( ~RM120), beza kalau rumah sewa JPN35000. Bilik kecil sahaja complete with katil, meja study & almari. Toilet pun ada dalam bilik juga. Dapur sahaja di luar. Kena share with other foreign students. Our floor semua girls, nasib baiklah..... Peralatan memasak kami guna sendiri2 punya. Everytime nak masak kena masuk coins JPY10 untuk gas.
 
 
Barbeque at Shinagawa as welcoming party for us. Kami selalu buat barbeque / gathering di sungai ni. Takde apa yang special sungai ni. Senang nak buat gathering, bising-bising, bakar-bakar etc.


On 10/4/2008, we have our 入学式. Budak baru masuk sekolah. Abang Nami & Kak Ijan bawa kami ke university untuk pendaftaran & taklimat.


Posing depan Kaikan before go to school. Geram tengok sakura di belakang tu!
We are at Mine Campus. Di kampus ni kami belajar subjek2 yang luar dari our bidang & wajib. Lagi satu kampus kami panggil Yoto Campus. Di Yoto campus belajar engineering subjects. Jarak antara 2 campus ni about 5 km. So everyday mengayuh basikal.


Thursday, 24 July 2008

Birthday Hubby ke xx on 21/7/2008

Birthday hubby 2 days after birthday Adam. Dari awal dah promise nak beri hadiah to hubby, nak beri jam coz jam hubby dah hilang. Hubby dah ada target jam, nak ada digital & analog, so pergi survey kat Jusco Melaka. Budget ciput & for jenama yang hubby nak, among budget ciput memang tak banyak choice. So tak jadi beli. Balik from kampung singgah ke Mid Valley coz during hubby outsation, kereta hubby tinggalkan kat office for sevice. Office hubby dalam Mid Valley. I pakai T-shirt yang lusuh, anak2 pakai baju tidur, hubby dengan short pants masuk Mid Valley nak survey jam. Plan tiba2. Cakap dengan hubby, macam bangla! Hubby kata kalau bangla masuk Mid Valley terlebih smart. Apa2 la janji dapat juga jam yang diidamkan ...

Monday, 21 July 2008

Birthday Adam 9 tahun

19/7/2008 - Birthday Adam yang ke 9. Celebrate di Melaka bersama sepupu2 tersayang ... ahak! Kak Yaty beli cake chocolate untuk Adam. Plan nak join celebrate birthday hubby tapi bila tengok cake & belon decoration, tak sesuai pulak "orang tua" join sama.


Birthday boy senyum kambing. Malu nak tunjuk takde gigi depan.
 
Atlast nampak juga ...
 
Adam boleh duduk sekejap sahaja untuk blow candles. Then continue playing with cousins. Pening kepala datuk & nenek.
 
Aiman & Daniel .... kembar tak seiras. They all ni lahir beza sebulan tapi badan jauh berbeza.

Balik kampung Melaka on 19-20 July 2008

19-July-2008 Saya, Kak Yaty & Kak Emy sepakat nak balik kampung. Selalunya sebulan sekali kami akan balik kampung tapi nowadays busy, so memang jarang balik kampung. This time balik tengah musim rambutan & kak yaty nak celebrate birthday Adam yang ke-9.

Mula-mula Kak Emy tak jadi balik coz busy dengan class tapi sebab takut rambutan habis, dia balik juga. Kat kampung ada more than 5 batang pokok rambutan. Rambutan merah, kuning, gula batu (tak tahu kenapa ibu panggil "gula batu". Maybe sebab manis terlebih). Tapi ada satu pokok belakang rumah busu normah (sebelah rumah our parents), buahnya kuning, isinya tebal & memang manis. Dulu pokok rambutan ni guna baja asli. Masa Dibob kecil suka "membuang" di situ. Now Dibob dah >20 years old.
Saya dan anak-anak bertolak from SU pukul 1pm. Singgah di Puchong untuk hantar makcik then saya drive to KLIA coz nak ambil hubby balik from outstation. On the way to KLIA, Nabihah & Maisarah jaga Imran di belakang tapi Nabihah yang lebih jaga, Maisarah just beri arahan sahaja. Nabilah duduk sebelah saya, temankan berborak. Sesuailah sebab Nabilah memang suka bercakap & bertanya. Sometimes terpaksa suruh dia senyap coz ganggu consentration tengah driving. Tunggu hubby at Burger King for lunch. After dah kenyang bertolak balik Melaka & arrived around 5 pm. Malam ada birthday celebration.
My new nephew Ikhwan (5 months).... Anak abang Long.
Hannah Safiah (2+ tahun)... anak Kak Yaty . Panggil Mincess Hana. Suka melawa & bercakap --> macam mak dia.

Friday, 18 July 2008

Mak "makcik" meninggal

Semalam (17/7/2008), my maid yang kami panggil Makcik beritahu yang maknya meninggal dunia. Innalillah .. semoga rohnya dicucuri rahmat

Sedapnya biskut ni

Beli at petronas on Tuesday (15/7/208) untuk mengunyah di office. Today my collegue (Chen) will be on annual leave & I plan not to go for lunch at cafeteria. The reason is I didn't received my koperasi card. Di cafeteria kena guna koperasi card, tak terima cash. So sebab belum terima card ni lagi, I malu nak pinjam my other collegue punya.

Masa lunch makan biskut ni. Rasa sedap pulak. Sebelum ni tak terpikir pun nak beli. So I buy untuk my kids & makcik kat rumah. Kalau dah suka sesuatu makanan, I akan beli selalu sampai muak makan. Macam makan tempe sambal .... yummy!

Twins at Sunway Lagoon Wildlife Park

On Monday (14/7/2008), Q-Dees adakan trip to Sunway Lagoon Wildlife Park. Kak Emy (principal Q-Dees) offered me to join tapi tak bolehlah, my first day at new company. Frust juga.... Since Friday twins dah excited bercerita & pesan berkali2, apa to bring, wear, bla ... bla... Pagi Isnin memang senang nak kejutkan they all. Twins pakai T-Shirts Q-Dees with jeans. Kak Emy pesan suruh pakai seluar panjang takut hama melekat kat kaki, nanti gatal. Then bekalkan extra panty, t-shirt & seluar. Yelah takut ter..... Terlupa something, cap! They all sepatutnya pakai Q-Dees cap. Tak teringat langsung until get sms from Kak Emy pukul 10am. Suruh my twins pakai cap tapi they all refused with the reason " takut rambut roboh". Ini mesti Nabilah coz Nabilah kalau sikat rambut mesti nak rambut jadi licin, taknak ada terpacak2. Dulu Nabilah selekeh je tapi semenjak dah pandai melawa, after sikat rambut, kepala pun tak boleh gerak until rambut jadi kering, baru dia can accept rambut jatuh ke dahi. Teringat gambar ayah mereka masa kecil, rambut disikat rapi, licin .... innocent je muka... hahaha. Ok ...gambar akak di upload later.

Monday, 14 July 2008

Tempat kerja baru

Today (14/7/2008), I melaporkan diri at Freescale. Sampai lagi 5 mins to 8am. Only take 30minutes from my house. Fuhh ... cepat sungguh walaupun traffic jammed sikit at NKVE. Pagi settle everything with HR.

About 11am, my supervisor Mr IS Song bawa to office. Environment macam company lama, big office and all are engineers & managers. I think no clerks in the office. I get my new chair (belum buat plastik lagi) & laptop. Every seats ada partition tapi tinggi sikit dari Toshiba ... hehehe ...senang nak menyorok! Partition untuk managers lagi tinggi & they seat hujung office. Ramainya managers! Boleh sesat masa nak cari my boss tadi.

Our group under Mr IS ada 6 orang & I am the only girl. Most of them are new staff. Paling lama pun baru 3 bulan kerja.

Start today I have to speak English most of the time. Tergeliat juga lidah. Belasah je, broken ke apa ke, janji terkeluar apa yang nak dicakap.

Sunday, 13 July 2008

Cerita sedih ... Imran.

Everyday Imran bangun awal, around 6am. Bila we all bangun untuk kerja / kakak2 nak siap ke sekolah, time tu lah Imran bangun nak susu and then tak tidur semula. Pagi Ahad memang semua orang bangun lambat, ibu sedar Imran menangis pukul 6am. Then dia bangun & pergi ke master bedroom. Maybe dia cari ayah sebab ayah tidur di master bedroom. After ibu terjaga lagi, tengok Imran tidur di tepi tangga. Kesiannya .... maybe dah takde orang layan dia masa dia menangis.

My New PDA

Atlast on Saturday (12/7/2008), I get my PDA. Dah lama idamkan PDA dan dah beritahu hubby tapi tak dapat respon je, so tak jadi nak beli. Beberapa minggu lepas ulang lagi, this time hubby give good respon & dia tolong pergi surveykan. Hubby looks excited with my idea to buy PDA so atlast dapat juga.... Duit sendiri tau!
Baru beli dah banyak cop jari ...
See the three kids. They are playing games with my PDA ... Oh no!
I baru tahu basic functions : make call, receive call, sms, ambil gambar, use excel etc. Belum ada banyak masa nak belek. Enjoy juga games dalam PDA ni. Sudoku pun ada! Hubby asked the salesman to install sudoku sebab tahu bininya suka sudoku.

Thursday, 10 July 2008

Cat rumah

Today busy mengecat rumah. Actually projek ini tertangguh since a few weeks ago. Dinding lama warna kuning terang & nak dicat dengan warna light green. So kena guna cat under coat tapi sebab main belasah je, sebelah dinding dah berbelak warna & bekas conteng anak2 still can see kalau direnung dekat. Nasib baik dinding tu covered with sofa & frame gambar. Main wall buka pintu dah nampak so nak nampak cantik beli juga cat under coat. Penat & keletihan mengalihkan sofa2 yang besar. Cat tak cukup, alamak tangguh lagi kerja. Nasib baik tempat yang tersorok dari pandangan.

Before ... 1/2 dinding dah dicat tapi still can see bekas conteng anak2.


In progress
After ..... tenang dan damai


Next projek tak tahu bila. Now sibuk nak berkebun. Semai benih cili, papaya, tanam pokok pandan .... Tiap-tiap hari merenung anak pokok "bila agaknya nak besar?". Macam tu jugaklah merenung anak2.

Tuesday, 8 July 2008

Medical Check Up

Monday (7/7/2008), went for medical check-up at Sect 17, Shah Alam. Around 11:30am dah habis. Then apa lagi, merayau la. Go to bank to cash cheque from LHDN. Ada la sedikit pocket money. Pergi Giant to pay bill Maxis yang dah 2 bulan tak bayar (RM325.50 - actually RM200+ sahaja tapi sebab tak jumpa latest bill). And post parcel for customer. Belikan Maisarah track bottom & singlet. Teacher Maisarah dah pesan suruh pakai singlet ke sekolah. Beli majalah Anjung Seri & Hias Laman. Frust ... majalah Hias Laman semua laman yang dah pernah keluar dalam keluaran Anjung Seri yang lama. Rugi RM18..... Ambil stok minyak wangi & Soy Collagen untuk kakak.

Monday, 7 July 2008

Weekends at Janda Baik

Last weekend (3 ~ 4 July 2008), we went to Janda Baik. Janda Baik located between Selangor & Pahang. After R&R Genting Sempah, guna jalan lama to Janda Baik, about 10 minutes drive. Selepas hantar "makcik" to her niece house at Puchong, then we direct go to Janda Baik. Pergi ke sana, as usual dengan family Abang Kamal. We stayed at Seri Pengantin Resort. Janda Baik is a small village with lots of nature. Di Seri Pengantin Resort yang kami tinggal ada swimming pool & sungai. My kids enjoyed swimming at the pool & sungai. I also bring "tangguk" (selalunya guna untuk perah santan) to catch fish at the river. I also bring back "pokok hutan" untuk tanam di rumah. Cuma ada sedikit terkilan dengan tempat we all stay. Bayar quite mahal (RM160 per night) tapi services not good. Bilik dapat standard room coz lain dah fully booked. Have 2 single beds. Punya la kecil bilik, sampai jalan boleh berlanggar-langgar. No aircond. Bathroom + toilet (macam biasa) tapi everytime nak buka air at sink/toilet, kena buka at main paip. So everytime my kids nak cuci tangan / go to toilet, I need to open the main paip for them. Mendokusai ..... Breakfast lagi hampeh!. We went for breakfast around 8:30am. Breakfast time actually until 11:30am. Makanan dah licin. Ada tinggal nasi lemak & beberapa ketul kuih yang "kureng" menyelerakan. Macam mana pun makan juga sebab lapar.
Father & son

Saturday, 5 July 2008

Hari Berkebun

Today (Friday-4/7/2008), 2nd day duduk rumah after resign. Nabihah tidak pergi sekolah coz demam. Pergi hantar Maisarah & Nabilah pergi school. Tak kerja so bangun lambat (6:45am) & tak sempat nak suruh kak emy ambil Nabilah. Kak Emy selalunya datang ambil Nabihah & Nabilah to school around 6:50am. Singgah ambil cangkul di Q-Dees. Mencangkul, buang pokok tepi pagar. Pokok ni senang tumbuh & beranak-anak sampai dah dekat dgn. paip air. Lagipun rumput in between batang2 pokok ni dah panjang, takut pulak ada "benda2 asing" tinggal dalam tu. Membaja pokok & alihkan anak pokok papaya dalam pasu besar. Pokok papaya ini dulu daughters yang semai dalam pasu kecil. Petang barulah mesin rumput. Alihkan pasu2. Nabihah & Nabilah tolong buang rumput yang dah dimesin. Ha ... barulah nampak berseri sikit. Malam dok berangan, camne nak cipta laman yang cantik... hehehe.

Friday, 4 July 2008

Nabihah & telinga

Semalam bawa Nabihah ke DEMC, jumpa ENT specialist (Dr Razak) untuk mengeluarkan "harta karun" from telinganya. Kami dapat detect Nabihah ada problem pendengaran bila bercakap dengan dia, dia akan selalu jawab "Ha .... apa?" Even kami cakap kuat pun, dia pasti macam orang tak dengar. So kami risau dalam class pun dia tak dengar because kami tengok adiknya, Nabilah more advance dari dia at certain parts.

Nak jumpa doktor pun satu hal, punya la lama nak menuggu. From 3:15pm ~ 5:30pm. Doktor break ke, rehat ke bukan they all nak beritahu. Tunggu sampai anak dah tertidur. Tapi apa-apa pun puas hati coz Nabihah dah boleh dengar dengan clear sampaikan ibu mengomel seorang diri masa tengah drive pun dia boleh dengar ... hehehe. Korek telinga sampai demam.

Thursday, 3 July 2008

Last Day in TEM - 2 July 2008

Kiranya ni the latest farewell speech aku .. sob, sob, sob

Sadly to say, today (2/7/2008) is my last day in Toshiba. I have worked in TEM for 9 years & 2 months. Proud to be one of TEM engineers. I have gained new experiences, meet new friends and learnt a lot of new things My 9 years and 2 months in TEM had been a wonderful and exciting journey. I definitely will miss all. Special thanks to all of TEM members especially to testing group. Thank you for all of your support and cooperation. I hope this will not be the end of our friendship. Till we meet again. Please keep in touch! - Nor Hafizah Mohd Nor - TEM ( 2/5/1999 ~ 2/7/2008 )

My ID ... was taken in 1999
Proud to be here!

Wednesday, 2 July 2008

Fauziah buat hal ...

Ni nak mengumpat sikit.

Fauziah my successor. Dah sebulan jadi our testing group member. So dalam sebulan after saya hantar surat resign, handover kerja pada dia. Kesian juga dia coz baru nak kenal dunia pekerjaan dah kena ambil kerja orang yang dah 9 tahun bekerja. My boss pun dah hantar surat resign, habislah budak-budak baru in our group.

Nak dijadikan cerita, semalam suruh dia transfer new test program received from Japan to tester. Education dah beri so this is a good chance for her to do the practical. Note semua ada di depan mata. Sementara tu saya buat hal lain. Steps to follow memang panjang tapi I told her to do until step 2. After kembali, I tried to continue but I check at tester by online, all the previous test program contents deleted. Macam mana mesin nak jalan???? Rupanya dia salah tekan button, suruh Download tapi dia tekan Mirror Upload (means all the contents will deleted). Ya ampun .... terpaksa cari back-up. Nasib baik ada .... Jenuh juga nak copy semula test programs, edit, compile, confirm .... Kalau smooth takpe juga, ada banyak pulak errors. Lunch orang belanja pun rasa tak berselera, sesak nafas!

Alhamdulillah until petang, become OK. Today (my last day) need to do the same thing for other department (QA use) test program.

Not prepare yet for farewell speech ...

Tuesday, 1 July 2008

New "bibik" in the house

Last Sunday hubby pergi ambil bibik di rumah kawan. Sepanjang hubby outstation, sempat dia uruskan hal nak ambil bibik. Dah 4 tahun kami sekeluarga tak ada bibik, so berdebar-debar juga nak berkenalan dengan bibik baru ini. Anak2 excited. Reason nak ambil bibik, coz this month saya nak kerja tempat baru, takut kena balik lambat. Nak uruskan anak2 pun senang. Before this hantar ke rumah orang, tiap2 hari rasa macam nak berpindah, angkut barang2 ke rumah baby sitter. Tu belum lagi keadaan dalam rumah yg. macam tongkang pecah. But, the most important, ada lebih masa nak tengok pelajaran anak waktu malam.

Bibik ini kami pinjam selama 3 bulan. After 3 bulan dah ada bibik lain yang janji nak kerja dengan kami. Tengok orangnya OK. Umur dah 40an. Rumah kami dibersihkan sungguh2, biasalah first impression. Dalam satu malam sahaja, rumah kami macam "make-over". Bersih.... Saya punya kotak yang dah prepare untuk bungkus perfume pun dah dibuangnya. Pagi Isnin nak cari peanut butter for breakfast, dah takde ....

Imran pun so far OK sahaja dengan bibik. Ini penting sebab Imran jenis yang tak boleh berenggang dengan saya. Nak mandi pun tak tenang coz dia akan menangis. Kakak-kakaknya lagi suka ada bibik, after school boleh duduk di rumah & sepanjang hari boleh tengok TV.

For me, I hope this bibik boleh jaga anak2 dengan baik. Layan anak2 after school. Tolong kemas rumah, basuh baju, lipat baju etc. Jiran2 pun give supports to me. Maybe tidak secara zahir tapi they all ambil tahu juga what happen in my house.